Anda di halaman 1dari 1

Kampung Kuala Bangka Kota Sarang Semut 06800 ALOR SETAR Kedah

Mejar Jeneral (B) Dato Seri Jamil Khir bin Baharom Menteri Di Jabatan Perdana Menteri

1 Jun 2011

Yang Berbahagia Dato Seri PERMOHONAN BANTUAN ENJIN BOT NELAYAN BAGI PENGGANTIAN ENJIN BOT LAMA JENIS JOHNSON 40 Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk: 2. Untuk maklumat Yang Berbahagia Dato Seri, tujuan saya membuat permohonan ini adalah di atas sebab-sebab berikut: a. Enjin bot nelayan yang lama jenis Johnson 40 yang digunakan oleh saya telah rosak. b. Enjin tersebut tidak boleh diperbaiki lagi berikutan alat ganti bagi enjin tersebut sukar didapati. c. Saya tidak dapat meneruskan lagi kerja menangkap ikan berikutan enjin tersebut telah rosak. d. Pendapatan harian saya telah terjejas akibat dari kerosakan enjin tersebut.

3. Berdasarkan di atas sebab-sebab tersebut, saya dengan ini memohon jasa baik dari Yang Berbahagia Dato Seri agar dapat memberikan bantuan enjin bot tersebut. 4. Dengan ini saya amatlah berharap agar permohonan saya ini mendapat sokongan dan kelulusan dari Yang Berbahagia Dato Seri. Sokongan dan kelulusan dari Yang Berbahagia Dato Seri saya ucapkan ribuan terima kasih. 5. Sekian, terima kasih.

ROHMAT BIN OMAR

Anda mungkin juga menyukai