Anda di halaman 1dari 1

----------------------------

-----------------------------

-----------------------------

Pengarah Urusan Kumpulan

Dan Pengarah Pegawai Eksekutif,

LEMBAGA TABUNG HAJI,

(u.p: Bahagian Operasi Domestik)

TUAN,

RAYUAN UNTUK MEMPEROLEH PENEMPATAN HAJI BAGI TAHUN 1440 H/2019

Dengan hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.

2. Saya seperti nama diatas telah pun membuat pendaftaran haji pada tahun 2010 manakala isteri
saya pula membuat pendaftaran pada tahun 2009. Untuk makluman pihak tuan, isteri saya telah pun
menerima surat tawaran bagi menunaikan haji pada tahun ini (2019).

3. Sehubungan itu, saya amat berharap dan merayu jasa baik tuan agar memberi peluang untuk
saya mengerjakan haji bersama-sama isteri saya bagi tahun ini( 2019).

4. Ini adalah kerana harapan saya adalah untuk mengerjakan haji bersama isteri saya dan disamping
itu adalah menjadi tanggungjawab saya untuk menjaga keselamatan isteri saya di tanah suci Mekah.
Selain itu saya juga telah bersedia dari segi kewangan dan akaun tabung haji saya juga telah
mencukupi dan usia saya juga semakin meningkat.

5. Justeru itu ,saya merayu dan amat berbesar hati serta syukur pada Allah sekiranya saya diterima
dan diberi peluang menunaikan haji pada tahun ini. Kerjasama dan jasa baik pihak tuan amat saya
hargai dan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekain, wasalam.

Yang benar,

____________________________

(-----------------------------------)

Anda mungkin juga menyukai