Anda di halaman 1dari 3

Surat Kami : 100-UiTMKSH (PJI/UJI.

1/1)
Tarikh : 08 Disember 2016

En Mohd Hamdan Ruhimin


Ketua UMS Investment Center for Professional Development
UMS investment holding sdn bhd
Lot 64&65, blok K,K-0-2, Alamesra
Plaza Utama, Jln UMS, 88400
Kota Kinabalu, Sabah

Tel: 088-487311, Faks: 088-487331

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Tuan

KUNJUNGAN HORMAT DAN LAWATAN PERBINCANGAN KE UMS INVESTMENT CENTER

Merujuk kepada perkara di atas, dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa pihak UiTM
Cawangan Sabah ingin mengadakan kunjungan hormat ke UMS Investment Center.

2. Tujuan kunjungan hormat ini diadakan adalah untuk merapatkan silaturrahim disamping
untuk membincangkan jalinan kerjasama yang bakal dilakukan bersama dalam bentuk
Memorandum Persefahaman (MoU) dan juga berkenaan dengan program Duke of Edinburgh
(DOE MALAYSIA) . Tarikh dan masa yang kami cadangkan untuk kunjungan hormat ini adalah
pada ketetapan berikut :

Tarikh : 28 Disember 2016 (Rabu)


Masa : 9.00 pagi

3. Berikut disertakan senarai nama peserta rombongan kunjungan hormat tersebut kelak.
Pihak saya memohon agar sebarang maklumbalas mengenai perkara ini diajukan kepada saya
melalui telefon atau faks dalam seberapa segera yang boleh. Segala perhatian dan kerjasama
daripada pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar

firdaus
Mohammad Firdaus bin Mohamad
Koordinator
Unit Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni
Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri
UiTM Cawangan Sabah

s.k 1. Timbalan Rektor, Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri, UiTM Cawangan
Sabah
Senarai Peserta Rombongan Kunjungan Hormat

N Nama Jawatan
o
1 Dr Rozita @ Uji Timbalan Rektor, Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri,
Mohammed Masyarakat dan Alumni
2 Mohammad Firdaus bin Koordinator Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri,
Mohamad Masyarakat dan Alumni
3 Mohd Faizal Achoi Penyelaras UCTC
4 Puan Norayati Nordin Penolong Pendaftar, Bahagian Penyelidikan, Jaringan
Industri, Masyarakat dan Alumni

Anda mungkin juga menyukai