Anda di halaman 1dari 1

YAYASAN WARISAN ANAK SELANGOR (845878-A)

Syarikat Pengurusan Projek TAWAS


Aras 5, Kompleks Belia Dan Kebudayaan Negeri Selangor, Lot 4, Jalan Platinum 7/52,
Seksyen 7 Persiaran Kayangan, 40000 Shah Alam, Selangor D.E.

Rujukan Kami: YWS.100-2/PA(AM)JLD.2(112)


Rujukan Tuan:

Tarikh: 13 Jun 2019

ENCIK MUHAMAD RADZI BIN ABDULLAH


TIMBALAN PENGARAH
Jabatan Pendidikan Negeri Selangor
Jalan Jambu Bol 4/3e,
Seksyen 4,
 40604 Shah Alam, Selangor

Encik,

LAWATAN KUNJUNGAN HORMAT KE JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Sukacitanya YAWAS ingin mengadakan lawatan kunjungan hormat ke ibu pejabat Jabatan
Pendidikan Negeri Selangor pada tarikh dan masa yang dicadangkan seperti berikut:

Tarikh : 19 Jun 2019 (Rabu)


Masa : 10.00 pagi

3. Objektif utama lawatan kunjungan hormat ini adalah untuk membina hubungan kerjasama
antara JPNS dan YAWAS disamping mendapatkan maklumat terperinci berhubung pemprosesan data
khususnya yang melibatkan rekod kemasukan murid tahun 1 di semua sekolah di seluruh kawasan
Negeri Selangor.

4. Kerjasama pihak encik agar dapat memberikan maklumbalas berhubung perkara ini dan
mencadangkan tarikh dan masa lawatan kunjungan yang baru sekiranya ada pindaan pada cadangan
yang diberikan di atas.

5. Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Fitri Haziq di 014-849 1874 /emel fitrihaziq@yawas.my
. Perhatian dan kerjasama encik dalam perkara ini amat dihargai dan disusuli dengan ucapan terima
kasih.

Sekian.

Yang Benar,

…………………..
GAN PEI NEI
Pengurus Besar

No. Telefon : 03-54818800 No. Faks: 03-55242068 Laman Web: http://www.tawas.org.my

Anda mungkin juga menyukai