Anda di halaman 1dari 1

PERSATUAN KEBAJIKAN ANAK RANTAU TUARAN

(PKAR)
(PPM-023-12-11082017)
No 2, Gerai Pertubuhan Peladang Kawasan Tuaran,
Kampung Berungis, 89208 Tuaran, Sabah
Email: pkartuaran@gmail.com

Ruj. Fail : PKAR/03/02/2 ( )


Tarikh : 1 Oktober 2019
YBhg. Datuk Mohd Nazri Bin Abdullah

YB Datuk,

PELANTIKAN SEBAGAI PENASIHAT PERSATUAN KEBAJIKAN ANAK RANTAU BAGI


SESI 2019/2020

Dengan segala hormatnya perkara yang tersebut di atas adalah dirujuk.

2. Sukacitanya dimaklumkan pada Mesyuarat Agung Persatuan Kebajikan Anak


Rantau yang telah diadakan pada 2 Septmber 2019 (Isnin), mesyuarat telah bersetuju
sebulat suara agar Ybhg. Datuk Mohd Nazri Bin Abdullah dilantik sebagai PENASIHAT
PERSATUAN KEBAJIKAN ANAK RANTAU bagi sesi 2019/2020

3. Adalah diharapkan YBhg. Datuk dapat menerima pelantikan ini seterusnya dapat
menyumbang idea dan pandangan serta memastikan Persatuan ini bergerak lancar dan
cemerlang.

4. Penerimaan YBhg. Datuk di atas perlantikan ini saya dahului dengan ucapan terima
kasih. Semoga dengan adanya YBhg. Datuk, segala aktiviti yang dijalankan akan berjaya.

Sekian, wassalam.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

ROSLANI BIN ABDULLAH


Pengerusi
Persatuan Kebajikan Anak Rantau Tuaran (PKAR)

Anda mungkin juga menyukai