Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA : PROGRAM IBADAH KORBAN 1439H/2018M

1.0 TUJUAN

Mengadakan program Ibadah Korban tanda kesyukuran bagi menyambut Hari


Raya Aidiladha.

2.0 PENDAHULUAN

Pada setiap tahun upacara korban merupakan upacara yang menjadi kemestiaan
dilakukan oleh umat Islam pada 10 Zulhijjah. Ini kerana ibadah korban merupakan
ibadah yang dituntut dan digalakkan (sunat muakkad) bagi setiap individu
muslim. Hal ini ada dinyatakan di dalam al-Quran, firman Allah SWT yang
bermaksud, “Sesungguhnya Kami telah memberi engkau akan kebaikan yang
banyak. Oleh itu dirikanlah solat kepada Tuhanmu ( pada Hari Raya Haji) dan
sembelihlah (binatang) korbanmu (sebagai ibadah dan mensyukuri nikmat
Tuhanmu”. (Surah al-Kauthar 1-2). Kefahaman dari konsep ibadah korban ini
adalah untuk menyedari hakikat pengorbanan Nabi Ibrahim dalam melaksanakan
perintah Allah SWT untuk menyembelih anaknya. Oleh itu, program ibadah
korban secara perdana ini adalah sebagai suatu inisiatif ke arah membersihkan hati
dan jiwa sekaligus mengharapkan keredhaan Allah SWT.

3.0 LATAR BELAKANG

3.1 Majlis ini bertujuan untuk membina ukhwah dan mengeratkan hubungan
silaturrahim dalam kalangan umat Islam terutamanya bagi masyarakat
sekitar.
3.2 Mengiktiraf peranan yang dimainkan oleh individu yang aktif
menggerakkan kerja-kerja kemasyarakatan dan kebajikan
3.3 Melahirkan modal insan kamil yang cemerlang bersesuaian dengan
kehendak agama, bangsa dan negara.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Mewujudkan sifat tabah dan sabar di dalam jiwa generasi Islam dan
mematuhi perintah Allah SWT.
4.2 Memupuk nilai-nilai kerjasama dan perpaduan dalam kalangan
masyarakat
4.3 Melahirkan generasi belia Islam agar sentiasa bersedia untuk berkorban
harta, tenaga dan jiwa dalam melaksanakan syariat Allah SWT.
5.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT

5.1 adalah dicadangkan agar majlis tersebut diadakan seperti berikut:

Tarikh :
Masa:
Tempat:

6.0 STRUKTUR ORGANISASI

7.0 TENTATIF PROGRAM

8.0 SASARAN PESERTA

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara Unit Rm

Jumlah

10.0 PENUTUP

10.1 Diharap agar semua pihak yang terlibat mengambil peranan dan
tanggungjawab masing-masing bagi menjayakan program ini.
10.2 Diharapkan agar majlis ini dapat mencapai objektif yang telah
ditetapkan dan memberi suatu nilai kebaikan bersama.

Sekian, Terima kasih.

Disediakan oleh,
..............................................
( )

Anda mungkin juga menyukai