Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA PROGRAM

“KEM ANAK SOLEH”

22-24 NOVEMBER 2018


SMA SIDDIQIAH, NAKA

ANJURAN:
PERSATUAN KEBAJIKAN TABUNG AMANAH
PADANG TERAP (AmanahCare)
DENGAN KERJASAMA

EXCO PENDIDIKAN NEGERI KEDAH


KEM ANAK SOLEH

1. PENDAHULUAN
Dalam melahirkan masyarakat yang cemerlang di dunia dan di akhirat, pembinaan
sahsiah dan jati diri muslim perlu diterapkan ke dalam setiap individu muslim. Proses untuk
melahirkan insan yang bertaqwa kepada Allah haruslah didedahkan dengan ciri-ciri anak soleh
dan diterapkan dengan pelbagai ilmu duniawi dan ukhrawi agar terserlah keperibadian yang
terpuji dalam kalangan komuniti, dan seterusnya mampu menjadi anak-amak yang menjadi
permata ayah bonda. Di samping itu, sahsiah dan rohani mereka juga perlu dilengkapkan
dengan iman, ilmu, taqwa dan amal ibadah serta akhlak mulia. Oleh itu, pihak penganjur
berhasrat untuk merealisasikan pembinaan modal insan ini dengan mengadakan program
Kem Anak Soleh agar dapat melahirkan insan yang cemerlang dan anak yang soleh dan
solehah.

2. TEMA PROGRAM
“Anak Soleh Permata Ayah Bonda”

3. MATLAMAT
Program ini bermatlamat untuk melahirkan anak-anak soleh yang mahir dalam bab-bab
asas ibadat (wudhuk dan solat secara teori dan praktikal), berkeperibadian sebagai seorang
muslim (akhlak Islamiah), dan bimbingan rohani. Kem ini juga bermatlamat mahu melahirkan
modal insan yang berguna untuk agama, bangsa dan Negara.

4. OBJEKTIF
4.1 Menyedarkan para peserta tentang kepentingan Solat dan Ibadah serta memupuk
disiplin yang mantap.
4.2 Menanam sikap cinta pada ilmu dan penerapan akhlak Islamiah yang jitu.
4.3 Memantapkan rohani dan jasmani para peserta melalui aktiviti-aktiviti jasmani.

5. KUMPULAN SASARAN
100 Kanak-kanak berumur 9-12 tahun, lelaki dan perempuan.

6. TARIKH DAN TEMPAT


Tarikh : 22, 23 & 24 November 2018
Hari : Khamis - Sabtu
Tempat : Sek. Men. Ugama. Siddiqiah, Padang Kerasak.

7. PENGANJUR
Persatuan Kebajikan Tabung Amanah Padang Terap (AmanahCare) dengan kerjasama
EXCO Pendidikan Kerajaan Negeri Kedah.
8. YURAN PESERTA

RM 30/ seorang
9. TENTATIF PROGRAM

22 November 2018 (Khamis)

MASA AKTIVITI
8.00 pagi Pendaftaran dan urusan penginapan
- Taklimat program
10.00 pagi - Taaruf fasilitator
- Pembahagian kumpulan
11.00 pagi LDK 1 ( Taaruf )
- Kendiri
12.00 tengah hari - Makan tengah hari
- Solat Zohor
Kuliyyah 1
2.00 petang
"Solat Tiang Agama" oleh …………………………
- Persiapan untuk solat Asar
4.00 petang - Solat Asar
- Minum petang
- Riadah
5.00 petang
- Slot modul
- Kendiri
- makan malam
6.15 petang - Solat Maghrib
- Kuliyyah Maghrib
- Solat Isyak
Kuliyyah 2
9.00 malam
"Anak Soleh Permata Ayah Bonda" oleh: …………………………
Minum malam
10.45 P.M
Tidur

23 November 2018 (Jumaat)

MASA AKTIVITI
- Qiamullail
4.30 pagi
- Solat Subuh
- Kuliyyah Subuh
- Kendiri
7.00 pagi
- Riadah
- Sarapan pagi
8.00 pagi - Solat Dhuha
- Slot modul
Kuliyyah 2
9.30 pagi
"Thoharah, wudhuk, dan solat" oleh: ………………….
- LDK 2
11.30 pagi
(Penerangan Thoharah, amali wudhuk dan solat)
Kendiri
12.45 tengah hari Makan tengah hari
Solat Zohor
LDK 3
2.15 petang
( Tahsin Al Quran )
- Solat Asar
4.15 petang
- Minum petang
5.15 petang Riadah
- Kendiri
- Makan malam
- Solat Maghrib
6.30 petang - Bacaan surah Yasin
- Kuliah Maghrib
- Solat Isyak
- Minum malam
Kuliyyah 3
9.00 malam
"Laukana bainana" oleh: ………………………
11.00 malam Muhasabah
12.00 malam Tidur
24 November 2018 (Sabtu)

MASA AKTIVITI
- Qiamullail
4.30 pagi
- Solat Subuh
- Kuliyyah Subuh
- Riadah
- Sarapan
7.00 pagi
- Kendiri
- Solat Dhuha
Explorace Rabbani
8.30 pagi
( Amali solat , wudhuk , azan )
- Perasmian Penutup oleh YB. EXCO Pendidikan Negeri Kedah
10.30 pagi - Salam Wada’
- Sesi Bergambar
- Makan tengah hari
12.00 tengah hari
- Bersurai
10. PERBELANJAAN PROGRAM
PENDAPATAN

BIL ITEM KUANTITI JUMLAH (RM)

1 Yuran peserta RM 30 X 100 orang 3000.00

2 Sumbangan Kerajaan Negeri 5000.00

PERBELANJAAN

1 Makanan RM 45 X 100 orang 4500.00

Bayaran fasilitator RM 100 X 15 orang 1500.00

Bayaran urusetia RM 150 X 4 orang 600.00

Bayaran penceramah RM 150 X 2 orang 300.00

Banner RM 50 X 5 keping 250.00

Tag urusetia RM 6 X 25 orang 150.00

Buku panduan kem RM 2 X 100 unit 200.00

Sijil RM 100 X 1 rim 100.00

Top up (Unit Pendaftaran) RM 50 X 2 orang 100.00

File peserta RM 2 X 100 keping 200.00

Gula-gula RM 25 X 2 paket 50.00

Kertas A4 RM 10 X 5 rim 50.00

JUMLAH PERBELANJAAN RM 8000.00

11. AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA


Pengarah Program Mohd Nasri Bin Muarat

Setiausaha Rushdi Bin Abdullah

Bendahari Rusmidin Bin Ahmad

Unit Perhubungan Ahmad Shukri Bin Ismail

Unit Modul Mohd Faizal Bin Abdullah

Unit Publisiti Yub Bin Mahmud

Unit Makanan Sharif Bin Arshad

Unit Pendaftaran Mardiah Bin Yaakob

Unit Logistik Mohd Alwi Shafizi Bin Abd Wahab

Unit Keselamatan Mohd Fairuz Radzi Bin Mansur

12. PENUTUP

Pihak penganjur berharap agar program ini mampu mencapai matlamat yang telah
ditetapkan dengan jayanya. Sokongan dan dorongan daripada pelbagai pihak amat kami
harapkan dalam usaha melahirkan modal insan yang berguna buat agama, bangsa dan
Negara. “Hendaklah engkau bertemankan orang-orang yang benar supaya engkau dapat
menghayati kehidupan dalam lingkungan mereka”. Umar Al-Khattab

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

RUSHDI BIN ABDULLAH MOHD NASRI BIN MUARAT

Setiausaha Pengarah program


Kem Anak Soleh Kem Anak Soleh

Anda mungkin juga menyukai