Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA

MAJLIS KESYUKURAN
SEMPENA
SAMBUTAN MAULIDURRASUL TAHUN 2018

TARIKH
24 NOVEMBER 2018
(SABTU)

TEMPAT
DEWAN MASJID TARMIZI PADANG CHENDERAI

ANJURAN
PERSATUAN SAHABAT ARIF PADANG TERAP
1.0 PENGENALAN

Majlis Sambutan Maulidurrasul merupakan natijah daripada perasaan kecintaan terhadap Rasulullah
s.a.w.). Begitu juga perasaan taat, ingat, ingin mencontohi Baginda dan berbangga dengan Baginda,
sebagaimana Allah bangga terhadap Baginda dengan memuji Baginda di dalam Al-Quran:
"Sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang mulia" (al-Qalam: 4)

Justeru itu, Persatuan Sahabat Arif Padang Terap berhasrat untuk mengadakan Majlis
Kesyukuran sempena Sambutan Mualidurrasul tahun 2018.

2.0 OBJEKTIF PROGRAM

2.1 Memperingati sejarah kerasulan Nabi Muhammad S.A.W dn perjuangan Baginda dalam
menegakkan syiar Islam.
2.1 Mendidik pelajar mengenali dan mencontohi Rasullullah S.A.W.
2.3 Mengeratkan ukhwah antara persatuan dan masyarakat.

3.0 TARIKH
24 November 2018 (Sabtu)
4.0 TEMPAT
Dewan Masjid Tarmizi Padang Chenderai
5.0 SASARAN
Semua penduduk Mukim Batang Tunggang Kanan.
6.0 TENTATIF PROGRAM
Rujuk lampiran 1
7.0 ANGGARAN BELANJAWAN
Rujuk lampiran 2
9.0 PENUTUP

Diharap agar program yang telah dirancang ini akan berjalan lancar dan dapat memberi input baru
kepada penduduk yang terlibat. Kerjasama dan komitmen dari semua pihak amatlah diharapkan dan
semoga program ini akan memberi manfaat yang besar kepada masyarakat

Disediakan oleh,

…………………………………
(MOHD NASRI BIN MUARAT)
Setiausaha,
Persatuan Sahabat Arif Padang Terap
LAMPIRAN I

TENTATIF PROGRAM

24 NOVEMBER 2018 (SABTU)

MASA AKTIVITI

8.00 pagi Persediaan bahan dan persiapan tempat

8.30 pagi Sembelihan dan Proses

10.00 pagi Persediaan memasak

12.00 tengah hari Jamuan makan tengah hari

12.30 tengah hari Kemas tempat dan alatan

1.30 petang Solat Zohor berjemaah, bersurai

LAMPIRAN II

ANGGARAN BELANJAWAN

BIL PERKARA JUMLAH


1 Bayaran Lembu RM 5000 x 1 RM 5000
2 Barang masakan RM 500 RM 500
JUMLAH KESELURUHAN RM 5500

PENDAPATAN

BIL PERKARA JUMLAH


1 PERSATUAN RM 2000 RM 2000
2 SUMBANGAN AWAM RM 3500 RM 3500
JUMLAH KESELURUHAN RM 5500

Anda mungkin juga menyukai