Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA

MAJLIS KOMUNITI KOTA MARUDU BERSELAWAT (ONLINE) 2021M/1443H

1. PENDAHULUAN

Program Majlis Komuniti Kota Marudu Berselawat secara atas talian ini adalah satu usaha untuk
menghidupkan kembali suasana kecintaan terhadap amalan selawat, zikir dan keilmuan dalam kalangan
komuniti Kota Marudu sepanjang tempoh era pandemik Covid-19 ini. Dalam masa yang sama, program ini
dapat melebarkan ruang dakwah dalam kalangan agamawan khususnya golongan asatizah di Kota Marudu
supaya dapat berkhidmat menyampaikan ilmu kepada masyarakat setempat.

2. OBJEKTIF

2.1 Melahirkan masyarakat yang berilmu, beriman dan bertaqwa.


2.2 Menjadikan medium selawat sebagai amalan harian serta menerapkan perasaan cinta yang
mendalam kepada Allah dan Rasul.
2.3 Memperkukuh aspek kerohanian dan keilmuan agama dalam masyarakat.
2.4 Membentuk jati diri golongan asatizah supaya gigih menabur bakti untuk masyarakat.

3. ANJURAN PROGRAM

Penganjur bersama:
3.1 Pejabat Pendidikan Daerah Kota Marudu
3.2 Sekolah Menengah Kebangsaan Bandau, Kota Marudu
3.3 Maahad Tahfiz al-Iman Kota Marudu
3.4 Masjid at-Taqwa, Masjid Daerah Kota Marudu
3.5 Masjid al-Syukri Kampung Korongkom, Kota Marudu
3.6 Masjid Nawwarah Kampung Ranau, Kota Marudu
3.7 Masjid Nurul Syifa Kampung Ongkilan, Kota Marudu

4. TARIKH PELAKSANAAN

Bermula 19 September 2021 (2 minggu sekali)

5. KUMPULAN SASARAN

Golongan asatizah dan masyarakat Islam Daerah Kota Marudu

6. TEMPAT

6.1 Pertemuan secara atas talian (aplikasi Google Meet)


6.2 Siaran langsung di dalam Facebook

7. KAEDAH / METODOLOGI

7.1 Bacaan al-Quran


7.2 Bacaan selawat secara berjemaah
7.3 Tazkirah ringkas
8. JAWATANKUASA PROGRAM

PENASIHAT: USTAZ NUKMAN BIN SUNGKIT

PENGERUSI : USTAZ ABD JABAR ABDULLAH

TIMBALAN PENGERUSI : USTAZ SAMSUL ANWAR BIN MAT JUSOH

SETIAUSAHA : USTAZ ABDUL HAKIM BIN ABD AZIZ

BENDAHARI : USTAZ SAIFUL BIN KHALID

AHLI JAWATANKUASA PROGRAM

JEMPUTAN PENCERAMAH: USTAZ BADRUL HISYAM BIN ABDUL HAMID

PUBLISITI & HEBAHAN: USTAZAH KHADIJAH BINTI AHMAD ZIZAN

TEKNIKAL: USTAZAH NURFARHANA BINTI ABDUL KAHAR

DOKUMENTASI: USTAZ MOHD AKMAL BIN ABD HAMID

9. TENTATIF PROGRAM

MASA ATURCARA MAJLIS


8.30 – 8.35 malam Ucapan aluan oleh pengerusi majlis
8.35 – 8.40 malam Bacaan ayat suci al-Quran Cadangan: Surah al-Kahfi ayat 1-10
8.40 – 8.50 malam Bacaan selawat secara berjemaah Cadangan: Selawat Jibril 100 kali,
Selawat Ibrahimiyyah dan Selawat Syifa’
8.50 – 9.20 malam Tazkirah ringkas Cadangan Tema: Hablumminallah dan
Hablumminannas
9.20 – 9.25 malam Doa munajat
9.25 – 9.30 malam Qasidah/selawat penutup
9.30 malam Majlis bersurai
10. SUMBER KEWANGAN

Penganjur program (sistem penggiliran)

11. ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara Bilangan / Unit Catatan


Setiap kali majlis dijalankan
1 Hibah kepada penceramah jemputan RM 50 / 1 orang
mengikut penggiliran penganjur
Jumlah RM 50

12. PENUTUP

Diharapkan agar segala yang dirancangkan ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan jayanya. Kerjasama dan
komitmen daripada semua pihak yang terlibat adalah amat diharapkan. Semoga di akhir pelaksanaan program
ini, cahaya zikir dan ilmu di bumi Kota Marudu semakin bersinar dan segala objektif yang ditetapkan dapat
dicapai dan terlaksana. InshaaAllah.

Disediakan oleh:

............................................................
(ABDUL HAKIM BIN ABD AZIZ)
Setiausaha
Program Majlis Komuniti Kota Marudu Berselawat

Disemak Oleh:

.................................................
(ABD JABAR ABDULLAH)
Pengerusi
Program Majlis Komuniti Kota Marudu Berselawat

Disahkah oleh:

..................................................................
(DATU ROSLIN BIN DATU SIABOK)
Pegawai Pendidikan Daerah, PPD Kota Marudu

Anda mungkin juga menyukai