Anda di halaman 1dari 1

Ruj Kami :

Tarikh :

Nama Pekerja
No. Pekerja :

Pn. ………………,

SURAT TUNJUK SEBAB

Mengikut laporan yang kami terima daripada Ketua Jabatan anda, anda dituduh telah
menghilangkan dua pucuk surat yang anda terima dari Jabatan Perhubungan Perusahaan Selangor
bertarikh 15 Januari 2019 dan 28 Januari 2019 yang dialamatkan kepada Pengarah Urusan
Syarikat atau wakilnya menyebabkan pihak Pengurusan gagal menghadiri mesyuarat penting.
Oleh itu, anda dianggap tidak amanah dan cuai dalam menjalankan tugas sebagai Pembantu
Pentadbiran.

Anda dikehendaki memberikan penjelasan secara bertulis akan mengapa tindakan disiplin tidak
harus dikenakan terhadap anda. Penjelasan secara bertulis itu hendaklah diserahkan kepada
pegawai yang menandatangani surat dalam masa lima (5) hari dari tarikh anda menerima surat
ini.

Jika anda gagal memberi maklum balas bertulis dalam jangka masa yang ditetapkan, pihak
Syarikat akan menganggap bahawa anda tidak mempunyai sebarang alasan atau penjelasan yang
munasabah untuk diberikan dan pihak Syarikat seterusnya akan mengambil tindakan susulan yang
sewajarnya.

Sila sahkan penerimaan surat ini dengan menandatangani salinan pendua surat ini dan kembalikan
kepada kami sebagai bukti penerimaan.

Yang benar,
SYARIKAT SDN. BHD. (123456-H)

NAMA
Exsekutif – Sumber Manusia

Anda mungkin juga menyukai