Anda di halaman 1dari 6

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS RAJA MELEWAR


SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

KERTAS KERJA
PROGRAM REKREASI & LAWATAN SOSIAL
JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
DENGAN KERJASAMA
PELAJAR PISMP PJ SK & SJKC SEMESTER 8

TARIKH
28 - 31 MAC 2019

TEMPAT
PULAU TIOMAN, PAHANG

PESERTA
Pelajar PISMP Ambilan Jun 2015 PJ(SK) & PJ(SJKC)
dan
Pelajar PISMP Ambilan Jun 2016 PJ(SK) & PJ(SJKT)
1.0 PENDAHULUAN

Aktiviti sukan adalah salah satu aktiviti yang memerlukan ketangkasan atau kemahiran
serta memerlukan tenaga yang banyak. Manakala, aktiviti rekreasi adalah kegiatan yang dapat
menyegarkan kembali kesihatan individu serta boleh melapangkan fikiran. Berdasarkan kajian
yang dijalankan, didapati aktiviti rekreasi atau senaman lebih diminati berbanding sukan.
(Sumber: Kementerian Belia dan Sukan)

Melalui program ini, ia dapat meluaskan minda dan memberi daya tahan fizikal dan
mental kepada guru pelatih. Semasa menjalankan program rekreasi dan lawatan sosial ini,
hubungan silaturahim antara para guru pelatih juga dapat dieratkan melalui aktiviti rekreasi yang
dijalankan. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang program rekreasi dan lawatan sosial ini juga
merupakan satu platform kearah membentuk guru pelatih yang cintakan alam semulajadi di
mana guru pelatih dapat menikmati pemandangan dan keindahan alam seperti melihat
kehidupan di dalam air melalui snorkeling, kebiruan dan kejernihan air laut serta kecantikan air
terjun. Secara tidak langsung, emosi para guru pelatih dapat dikawal secara efisyen melalui
aktiviti rekreasi yang mengurangkan tekanan.

Program rekreasi dan lawatan sosial ini bukanlah satu konsep yang terpisah dari
kurikulum pendidikan. Ia sebenarnya aktiviti amali sebagai lanjutan daripada mata pelajaran di
dalam bilik darjah. Pengetahuan mata pelajaran diintegrasikan dalam aktiviti praktikal secara
menjalani gerak kerja dalam bentuk gunaan (applied). Dengan kata lain, aktiviti rekreasi
mempunyai berbagai jenis aktiviti yang dapat dijadikan sumber pendidikan yang bermatlamatkan
kesuburan optimum individu.

Oleh hal yang demikian, penglibatan guru pelatih khususnya opsyen Pendidikan Jasmani
dalam aktiviti rekreasi adalah penting kerana program ini mendatangkan pelbagai faedah kepada
pekembangan kognitif, emosi, sahsiah, bahasa, dan sosial kepada guru-guru pelatih. Justeru,
guru pelatih yang terlibat dalam aktiviti ini dapat beriadah serta diberi pendedahan secara
langsung bagi memantapkan pemahaman terhadap Pendidikan Jasmani. Ini secara tidak
langsung mampu melahirkan bakal guru yang bukan sahaja mempunyai intelektual yang tinggi
tetapi cergas dari segi fizikal.

2.0 MATLAMAT DAN OBJEKTIF

Program Rekreasi ini bertujuan memastikan kecemerlangan Institut Pendidikan Guru


(IPG) bersinambungan bagi melahirkan guru pelatih yang cemerlang dalam bidang akademik
dan sukan terutamanya peserta Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) yang
mengambil matapelajaran teras pendidikan jasmani. Program ini diharap dapat membantu guru
pelatih memperolehi pengalaman dan demi memanfaatkan segala ilmu yang diperoleh apabila
menjadi guru yang berupaya serta dapat melatih murid-murid di sekolah menjalankan aktiviti
rekreasi secara selamat dengan latihan yang berkualiti.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Meningkatkan kecergasan fizikal serta kecerdasan mental guru pelatih agar dapat
menjadi guru yang cemerlang pada masa akan datang.
3.2 Memupuk kesedaran diri tentang pentingnya kesihatan serta kecergasan fizikal
dalam diri setiap guru pelatih yang terlibat.
3.3 Pelajar dapat membina ketahanan, disiplin dan keyakinan diri dalam menghadapi
cabaran-cabaran semasa;
3.4 Pelajar dapat meningkatkan pembelajaran menerusi pengalaman-pengalaman yang
menyeronokkan dan selamat dalam persekitaran yang berbeza-beza;
3.5 Pelajar dapat menunjukkan kepekaan dan keprihatinan terhadap keindahan dan
kekayaan alam semula jadi termasuk isu alam sekitar;
3.6 Pelajar dapat menguasai kemahiran-kemahiran asas kegiatan luar mengikut
kemampuan diri; dan
3.7 Pelajar dapat merancang, mengurus dan mengelolakan aktiviti-aktiviti pendidikan
luar.

4.0 TARIKH
28 - 31 Mac 2019

5.0 TEMPAT
Pulau Tioman, Pahang.

6.0 KUMPULAN SASARAN


Unit PISMP Ambilan Jun 2015 PJ(SK) & PJ(SJKC) dan
Unit PISMP Ambilan Jun 2016 PJ(SK) & PJ(SJKT)
7.0 AHLI JAWATANKUASA

Pengerusi : Muhammad Abdul Rahman bin Ilias


Naib Pengerusi : Vignesa A/L Chandran
Setiausaha : Wong Mei Hua
Naib Setiausaha : Nokalamal A/P Mokhan
Bendahari : Wan Solehah Akmar binti Ahmad Nasution

Jawatankuasa Kerja
AJK Pengangkutan & Perhubungan : Muhammad Yasin bin Hasan
: Sholehah binti Che Dok
AJK Buku Program : Nur Syiffa Farhana binti Mohd Hashim
: Leximi A/P Anpalagan
AJK Makanan : Munirah binti Saridan
: Munirah binti Ha Ali
AJK Kerohanian : Muhammad Nasran bin Nazlan
: Goe Rui Ting
AJK Peralatan & Logistik : Mohamad Nurfaizan bin Mokhtar
: Mohamad Aminuddin bin Abd Aziz
: Rebecca A/P Sandanasamy
: Muhammad Hisyamuddin bin Jukri
AJK Keselamatan : Muhammad Ikhwan bin Zulkipeli
: Ainul Zaquan bin Md Zul
: Ainul Nadia binti Yusli
: Mohamad Shahrul Fitri bin Mohamad Mastor

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

PERKARA KOS JUMLAH


Pengangkutan
- -
Bus IPG
Package 4 Hari 3 Malam
Termasuk feri, makanan & RM 500.00 x 36 Orang RM 18000.00
penginapan
Banner RM 60.00 RM 60.00
JUMLAH RM 18060.00

9.0 ATUR CARA/ TENTATIF PROGRAM

Tarikh Masa Butiran


28 Mac 2019 9:00 pg  Bertolak ke Juara Mutiara, Tioman dari IPG
(Khamis) 2:00 ptg  Tiba di Juara Mutiara Resort, Tioman
(Check in)
8:00 mlm  Pengurusan diri / Solat / Makan Malam
29 Mac 2019 7:30 pg  Senaman Pagi / Sarapan Pagi
(Jumaat) 9:30 pg –  Snorkeling (Coral Islands, Kampung Salang, Teluk Dalam,
3:30 ptg etc)
8:00 mlm Makanan Tengahari disediakan
 Malam BBQ
30 Mac 2019 7:30 pg  Senaman Pagi / Sarapan Pagi
(Sabtu) 10:00 pg  Waterfall
1:00 ptg  Makan Tengahari / Solat
8:00 mlm  Pengurusan diri / Solat / Makan Malam
31 Mac 2019 7:30 pg  Senaman Pagi / Sarapan Pagi
(Ahad) 10:00 pg  Balik ke IPG

10.0 PENUTUP

Program Rekreasi dan Lawatan Sosial ini merupakan satu saluran pembelajaran yang
berasaskan gerak kerja yang tersusun dan terancang. Melalui program ini, secara tidak lansung
ia berupaya untuk meningkatkan kualiti pelajar dalam melibatkan diri dengan rakan, ahli
masyarakat serta meningkatkan tahap disiplin diri seseorang individu itu sendiri. Selain itu juga,
ia dapat memberikan sumbangan yang besar dalam melahirkan individu yang benar-benar
berkualiti dan sedia berkhidmat kepada masyarakat dan negara bahkan melalui program ini juga
ia dapat menguji semangat kerjasama secara berpasukan dalam mencapai apa juga matlamat
menerusi aktiviti yang dijalankan. Oleh itu, secara kesimpulannya, guru-guru pelatih khususnya
pelajar teras Pendidikan Jasmani perlulah didedahkan dengan aktiviti-aktiviti seperti ini supaya
perkembangan dalam kemahiran insaniah dapat berkembang selari dengan pencapaian dalam
perkhidmatan seorang guru supaya dapat melahirkan bakal guru yang cemerlang dari semua
aspek.

Disediakan Oleh,

__________________
(WONG MEI HUA)
Setiausaha
Program Rekreasi dan Lawatan Sosial,
PISMP Ambilan Jun 2015

Anda mungkin juga menyukai