Anda di halaman 1dari 1

KELESUAN OTOT SEBAB-SEBAB KEJANG OTOT

Faktor - faktor yang menyebabkan kelesuan otot :


i. Pengumpulan asid laktik
ii. Kekurangan simpanan ATP dan PC
iii. Kekurangan simpanan glikogen otot.
Pengumpulan asid laktik
Asid laktik menyebabkan kelesuan kerana pemecahan karbohidrat yang tidak
sempurna. Tindakbalas ini berlaku dalam fiber otot. Simpanan glikogen ditukarkan
menjadi glukosa dan kemudiannya ditukarkan oleh enzim kepada asid laktik bagi
menghasilkan ATP. Tindak balas ini dinamakan glikolisis anaerobik. Jika asid laktik
terkumpul dalam otot dengan banyak mengakibatkan toksik. Keadaan ini
mengakibatkan kelesuan dan ketegangan pada otot.
Kekurangan simpanan ATP dan PC
Fosfokreatin (PCr) digunakan dalam sistem anaerobik untuk membina ATP dan
kemudiannya mengekalkan simpanan ATP dalam badan. Kajian biopsi menunjukkan
pengucupan otot berulang - ulang secara maksima menunjukkan kelesuan berlaku
bersama dengan pengurangan phophocreatine. Sistem ATP - PC r beintensiti tinggi.
Sistem ini mengakibatkan aras ATP menjadi berkurangan. Pada aras kelesuan yang
tinggi, kedua-dua ATP dan PCr menjadi kurang.
Kekurangan simpanan glikogen otot
Aras ATP otot dikekalkan melalui pemecahan glikogen otot disebabkan oleh system
aerobik dan anaerobik. Bagi acara yang berpanjangan, glikogen otot menjadi sumber
utama untuk sintesis ATP. Malangnya simpanan glikogen adalah terhad dan boleh
berkurang dengan cepat. Apabila PCr digunakan, kadar pengurangan glikogen otot
dikawal oleh intensiti aktiviti. Peningkatan kadar kerja tidak berkadar terus dengan
pengurangan glikogen otot. Sebagai contoh, semasa lari pecut glikogen otot digunakan
35 hingga 40 kali lebih cepat daripada berjalan. Oleh itu kelesuan dalam aktiviti yang
berintensiti tinggi disebabkan oleh kekurangan simpanan glikogen otot.
- See more at: http://www.zairedin.com/2012/03/kelesuan-otot.html#sthash.Z0inuzXm.dpuf

Anda mungkin juga menyukai