Anda di halaman 1dari 23

KESAN LATIHAN KEPADA SISTEM KARDIOVASKULAR Sistem kardiovaskular terdiri dari jantung, saluran darah, darah dan saluran

pernafasan. Sistem ini berfungsi untuk mengankut bahan-bahan keperluan dan bahan-bahan kumuh sel-sel tubuh. Antaran bahan-bahan yang diangkut ialah oksigen (sistem pernafasan), nutrien (sistem penghadaman) dan hormon dari kelenjar-kelenjar tertentu. Bahan-bahan kumuh seperti urea, karbon dioksida dan air pula akan diangkut dari sel-sel tubuh dan dihantar ke organ perkumuhan.

Jantung dan Peredaran Darah Dinding jantung terbina dari gentian otot yang dinamakan 'myocardium'. Bahagian interior jantung terdiri dari empat bahagian iaitu dua atrium dan dua ventrikal. Oleh kerana ventrikel berfungsi untuk mengepam darah keluar dari jantung, dinding keduadua ventrikel adalah adalah lebih tebal dari dinding kedua-dua atrium. Dinding ventrikel kiri pula lebih tebal dari ventrikel kanan kerana ia harus menampung tekanan darah yang lebih tinggi. Dinding yang tebal juga diperlukan kerana ventrikel kiri berfungsi untuk mengepam darah dari jantung keseluruh bahagian badan. Penguncupan otot jantung adalah berkait rapat dengan pengaliran impuls-impuls sinoatrikal node (S.A.Node), atrioventrikular node (A.V. Node), atrioventrikular bundle( A.V. Bundle) dan Purkinje fibers. Pengaliran darah dari satu bahagian ke satu bahagian dalam sistem kardiovaskular adalah berasaskan prinsip pergerakan cecair selari dengan Hukum Newton Pertama dan kedua iaitu ; cecair tidak mengalir jika tidak terdapat perbezaan tekanan. cecair mengalir dari bahagian bertekanan tinggi ke bahagian bertekanan rendah.

Dengan kedua-dua hukum ini, pengaliran darah dari ventrikel kiri ke aorta adalah disebabkan wujudnya perbezaan tekanan. Jumlah darah yang dipamkan apabila ventrikel kiri menguncup adalah dinamakan sebagai 'systolik discarge' atau 'isipadu stroke' ( stroke volume ). Isipadu stroke adalah menggambarkan kekuatan penguncupan ventrikel. Pengepaman otot ventrikel yang kuat akan menghasilkan isipadu stroke yang tinggi. Keluaran kardiak adalah bergantung kepada isipadu stroke dan bilangan denyutan nadi dalam masa satu minit. Keluaran Kardiak = Isipadu Stroke x Bil. Denyutan Nadi/minit. Oleh kerana keluaran kardiak berkait rapat dengan isipadu stroke dan kadar nadi seminit, sebarang perubahan yang boleh menyebabkan peningkatan kadar nadi atau sebarang perubahan yang menyebabkan penguncupan otot jantung bertambah kuat, akan menyebabkan keluaran kardiak turut meningkat.

Kesan-kesan Latihan Didapati latihan-latihan yang tertentu akan memberikan kesan yang tertentu terhadap sistem kardiovaskular. Untuk perbincangan ini, latihan yang dimaksudkan ialah latihan berintensiti tinggi, dilakukan tiga kali seminggu dalam jangkamasa bertahun-tahun. Antara kesan latihan fizikal kepada sistem kardiovaskular ialah Hipertrofi Kardiak. Hipertrofi bermaksud pernambahan saiz sel atau organ. Hipertrofi kardiak dapat dilihat dari dua ciri berikut : saiz kaviti ventrikel ketebalan dinding ventrikel

Terdapat perbezaan hipertrofi kardiak dikalangan atlit-atlit acara dayatahan dengan atlit-atlit acara bukan dayatahan. Atlit dayatahan ( seperti pelari marathon, perenang, pemain hoki ice ) mempunyai kaviti ventrikel yang lebih besar berbanding dengan ventrikel atlit-atlit bukan acara dayatahan. Dari segi ketebalan dinding ventrikel pula, atlit-atlit bukan acara dayatahan pula didapati mempunyai dinding ventrikel yang lebih tebal dari atlit-atlit acara dayatahan. Perbezaan hipertrofi kardiak di antara atlit-atlit acara dayatahan dengan atlit-atlit bukan acara dayatahan adalah disebabkan oleh perbezaan gerakbalas jantung terhadap aktiviti yang mereka lakukan. Latihan-latihan dayatahan biasanya memerlukan atlit bekerja dalam jangkamasa yang lama dan keluaran kardiak adalah tinggi. Bagi memenuhi keperluan tersebut, gerakbalas penyesuaian kardiak ialah melalui peningkatan saiz karviti ventrikel. Di kalangan atlit-atlit dayatahan pula, latihan-latihan yang mereka lakukan memerlukan tekanan darah di arteri pada masa-masa tertentu (gerakan-gerakan mereka berbentuk eksplosif ). Oleh itu gerakbalas penyesuaian kardiak ialah melalui penebalan dinding ventrikel. Selain dari kesan hipertrofi kardiak, atlit yang menjalani latihan fizikal yang tekal dalam jangkamasa yang panjang juga akan mengalami pengurangan kadar nadi rehat. Kadar nadi adalah antara indikator terhadap tahap kecergasan seseorang. Kadar nadi rehat yang rendah menggambarkan seseorang itu lebih cergas dari sesaorang yang mempunyai kadar nadi rehat yang tinggi. Perbezaan kadar nadi dapat dilihat sebelum dan sesudah atlit menjalani latihan selama beberapa tahun. Pengurangan kadar nadi rehat menunjukkan tahap kecergasan atlit yang menjalani latihan fizikal adalah bertambah baik. Kadar nadi adalah berkait rapat dengan impuls intrinsik dari S.A.Node. Sungguhpun begitu, peningkatan dan pengurangan kadar nadi akan dipengaruhi juga oleh rangsangan dari sistem saraf autonomik (sympathatik dan para sympathetik) yang dibawa ke S.A.Node. Semasa latihan, hormon epinephine dikeluarkan. Epinephine akan meningkatkan gerakbalas jantung, menyebabkan peningkatan kadar nadi. Latihan yang lama akan menyebabkan

kepekaan tisu kardiak terhadap epinephine menurun dan fenomena ini akan memberi kesan penurunan kadar nadi rehat kepada atlit yang menjalani latihan. Satu lagi kesan latihan terhadap sistem kardiovaskular ialah peningkatan isipadu stroke. Isipadu stroke adalah jumlah darah yang dikeluarkan melalui satu denyutan jantung (satu stroke). Perkara ini ada kaitannya dengan hipertrofi kadiak. Apabila kaviti ventrikel bertambah, jumlah darah yang dapat dipamkan kedalamnya juga meningkat. Dengan ini jumlah darah yang dipamkan keluar dari venrtikel juga akan meningkat. Peningkatan isipadu stroke juga disebabkan oleh peningkatan pengncupan otot-otot myokardium akibat latihan. Latihan menyebabkan jantung menjadi aktif. Peningkatan aktiviti jantung bereti peningkatan peningkatan penggunaan dan penghasilan ATP dalam otot jantung. Apabila bekalan ATP meningkat, keupayaan pengepaman otot jantung juga meningkat. Atlit yang selalu menjalani latihan fizikal juga akan mengalami peningkatan densiti salur darah. Densiti salur darah bermaksud jumlah saluran darah yang terkandung dalam fiber otot. Aktiviti-aktiviti fizikal yang dijalankan akan menyebabkan pengaliran darah ke otot-otot meningkat. Ini akan menyebabkan pembukaan salur-salur darah yang pasif dan juga menyebabkan penggunaan salur darah yang sedia ada menjadi lebih aktif. Ini pastinya akan menghasilkan peningkatan densiti salur darah. Peningkatan densiti salur darah yang ketara berlaku di otot kardiak dan otot-otot rangka.

PERANAN PENGURUS Definisi Lloyd (1992) mendifinisikan peranan sebagai satu set/kumpulan tingkahlaku yang tersusun serta berkait rapat dengan tugas yang dikenal pasti. Manakala pengurus didefinisikan oleh Stoner (1992) sebagai perancang, penganjur, ketua dan pengawal dalam sesebuah organisasi. Mengikut Robbins (1998), peranan ialah satu set pola kelakuan jangkaan yang telah diperolehi oleh sesorang individu yang mempunyai kedudukan dalam sesuatu unit sosial. Manakala pengurus pula sebagai individu yang mencapai matlamat-matlamat melalui orang lain. Seorang pengurus akan membuat keputusan, mengagihkan sumber dan mengarah aktivitivi orang bawahannya supaya mencapai matlamat organisasi. Peranan pengurus dalam organisasi meliputi tindakan -tindakan tertentu yang diperlukan oleh pengurus melaksanakannya dan cara-cara di mana pengurus dikehendaki mengakur.(Fleet dan Peterson 1994) . Oleh itu, setiap pengurus memainkan banyak peranan supaya matlamat organisasi tercapai. Pengarang-pengarang buku pengurusan , Ivancevich, Donnely dan Gibson, (1989),Pierce dan Dunham (1990), Fleet & Peterson, (1994), Stoner, Freeman, dan Gilbert, (1995), Rue dan Byars, (1997) dan Jones, George, dan Hill, (1998) merujuk kepada penyelidikan yang dijalankan oleh Mintzberg (1973) tentang peranan seorang pengurus. Menurut Mintzberg terdapat 10 peranan yang berbeza tetapi mempunyai saling kaitan yang rapat. Mintzberg menggolongkan 10 peranan pengurus itu kepada tiga kategori utama iaitu: Peranan 'interpersonal'- menolong pengurus agar organisasi berjalan lancar. Peranan Maklumat- menyediakan saluran informasi yang betul dan bijak. Peranan Pembuat Keputusan- membolehkan pengurus membuat keputusan yang bijak dan tepat.. Peranan 'Interpersonal'

Kategori ini mempunyai 3 peranan iaitu ketua, pemimpin dan 'liaison'. Ketiga-tiga peranan bercabang daripada kuasa pengurus yang formal dan berfokus kepada perhubungan 'interpersonal'. Dengan melaksanakan ketiga-tiga peranan ini akan membolehkan pengurus memainkan peranan maklumat dan seterusnya peranan yang berkaitan dengan membuat keputusan. Peranan ketua Sebagai orang nombor satu dalam organisasi, ketua adalah simbolik : Pengurus menjadi wakil bagi organisasi dalam melakukan tugas rutin yang bersifat sosial atau perundangan. Beberapa contoh peranan ketua ialah menghadiri majlis perkahwinan orang bawahan, sebagai dekan kolej yang menyampaikan sijil kepada para graduan, meraikan tetamu luar makan tengah hari mengiringi kumpulan pelawat atau pelajar kolej semasa lawatan ke kilang. Peranan pemimpin oleh kerana pengurus mempynyai hubungan terus dengan orang ramai, beliau haruslah bertanggungjawab terhadap tindakan orang bawahan yang melibatkan mengarah dan menyelaras aktiviti-aktiviti orang bawahan. Ini termasuk

mengupah, melatih, menaikkan pangkat, membuang pekerja dan memotivasi pekerja. Peranan memimpin juga melibatkan mengawal dan mempastikan semua aktiviti dijalankan mengikut pelan yang ditetapkan. Peranan 'Liaison'- pengurus seperti juga ahli politik di mana mereka perlu bekerja dengan setiap orang dalam organisasi mahupun orang luar demi mencapai matlamat organisasi. Dalam organisasi, pengurus perlu berhubung dengan pengurus-pengurus yang lain dan juga individu yang lain. Mereka perlu mempunyai hubungan yang baik dengan pengurus-pengurus yang menghantar kerja kepada unitnya dan penguruspengurus yang menerima kerja daripada unitnya. Contohnya, seorang dekan kolej perlu ada hubungan dengan individu-individu di seluruh kampus. Pengurus perlu juga berhubung dengan individu yang penting di luar organisasi. Contohnya, bila seorang pengurus jualan berinteraksi dengan pengurus-pengurus jualan yang lain dalam satu pertubuhan pemasaran, beliau sedang menjalin perhuhungan 'liaison'.

Peranan Maklumat Pengurus memainkan peranan yang penting dalam menerima dan menghantar maklumat yang tidak rutin. Berasaskan tiga peranan 'interpersonal' yang telah dibincangkan, pengurus telah membina satu rangkaian perhubungan 'interpersonal'. Perhubungan ini membantu pengurus mengumpul dan menerima maklumat, sebagai pemantau dan menghantar maklumat seterusnya sebagai penyebar dan jurucakap. Peranan pemantau - mengkaji kawasan persekitaran untuk mengumpul maklumat, perubahan, dan masalah yang boleh mempengaruhi unit. Perhubungan formal dan tidak formal yang telah wujud semasa menjalinkan hubungan 'liaison' akan membantu pengurus dalam peringkat ini. Maklumat yang didapati boleh mempengaruhi prestasi seluruh organisasi seperti maklumat-maklumat tentang pergerakan persaingan yang akan dilakukan oleh syarikat lain. Peranan penyebar segala maklumat penting sama ada arahan, siaran akan disebarkan kepada orang-orang bawahan melalui saluran tertentu. Antaranya seperti penghantaran memo antara jabatan, mesyuarat jabatan, interkom serta surat siaran. Contohnya, presiden sebuah syarikat dalam perbualannya semasa rehat dan makan tengah hari mungkin mendapat maklumat tentang salah sebuah firma yang merupakan pelanggannya akan bankrap, maka beliau akan mengarah pasukan jualannya supaya berhenti menjual secara kredit kepada firma tersebut. Pengurus yang bertanggungjawab akan mempastikan semua pekerja menerima maklumat yang betul dan tepat , lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan prosedur kerja. Peranan jurucakap di sini peranan pengurus seolah-olah pegawawi diplomatik di mana ia menjadi wakil organisasi untuk berurusan dengan orang luar, badan kerajaan, kontraktor yang menjadi pelanggan di samping kakitangan dalaman sendiri. Dengan adanya jurucakap, kepentingan serta keperluan kedua-dua pihak akan dipenuhi. Sebagai contoh, ia mewakili unitnya dalam tuntutan gaji. Begitu juga respon yang per;u ditunjukkan apabila timbul isu daripada pihak luar seperti pelanggan merungut kerana ketidakcukupan keperluan di pasaran.

Peranan Membuat Keputusan Menjalinkan hubungan 'interpersonal' dan mengumpul maklumat adalah penting untuk seorang pengurus tetapi adalah tidak mencukupi kalau peranannya sekadar tahap ini sahaja. Peranan tadi menjadi 'input' kepada proses membuat keputusan. Adalah dipercayai bahawa peranan membuat keputusan yang terdiri daripada 'entreprenuer', pengurus gangguan, pembahagian sumber, dan perunding merupakan perananperanan pengurus yang sangat mustahak. Peranan 'entreprenuer' - melibatkan pengurus itu membawa perubahan yang baik kepada unitnya. Seorang penyelia yang berkesan akan selalu mencari ide-ide yang baru yang membolehkan prestasi unitnya dipertingkatkan. Seorang dekan kolej akan selalu merancang perubahan supaya mencapai kualiti pendidikan yang lebih tinggi. Seorang pengurus pemasaran akan sentiasa mencari ide-ide supaya produk lama atau baru memuaskan hati pelanggan Peranan pengurus gangguan - pengurus-pengurus perlu membuat keputusan atau mengambil tindakan pembetulan bila masalah wujud di luar kawalan mereka. Selalunya, keputusan perlu dibuat dengan segera dan ini bermaksud peranan ini perlu diberi keutamaan berbanding peranan yang lain. Matlamat segera adalah untuk membawa kestabilan kepada unitnya. Contohnya, bagaimana seorang penyelia kilang mengurus suatu mogok pekerja atau bagaimana seorang pengurus teknikal respon kepada kerosakan alatan yang utama di unitnya. Kebolehan mengurus gangguan dalam persekitaran adalah sangat penting kepada seorang pengurus. Ini adalah kerana setiap minit yang terbuang akan mengurangkan prodiktiviti dan dalam masa yang sama meningkatkan kos. Pengurus perlu respon dengan segera dan membawa kestabilan kepada persekitaran yang di bawah jagaannya. Peranan pengagihan sumber - Pengurus juga perlu membuat keputusan untuk pengagihan sumber seperti kewangan, manusia, masa dan alatan. Biasanya sumber adalah terhad, oleh itu pengurus perlu bijak dalam mengagihkan sumber tadi. Seorang penyelia di kilang perlu membuat keputusan adakah satu jadual kerja lebih masa diatur atau pekerja sambilan perlu diupah. Beliau perlu membuat satu keputusan yang boleh membawa faedah kepada unitnya dan seterusnya kepada organisasinya. Seorang dekan kolej perlu membuat keputusan apakah kursus-kursus yang boleh ditawarkan berdasarkan kepada jabatan-jabatan dan tenaga pengajar yang sedia ada di kolej. Peranan perunding - seorang pengurus perlu berunding dengan individu-individu atau unit lain demi mencapai kebaikan bersama. Perundingan ini boleh berkaitan dengan kerja, prestasi, objektif, sumber-sumber dan perkara-perkara lain yang boleh mempengaruhi unitnya. Seorang pengurus jualan boleh berunding dengan unit pengeluaran tentang pesanan khas untuk pelanggan yang besar. Seorang penyelia boleh berunding dengan pihak atasan untuk mendapatkan sebuah komputer bagi unit jagaannya, manakala seorang pengurus besar boleh berunding dengan seorang wakil pertubuhan pekerja sekiranya timbul isu seperti kebajikan pekerja dan lain-lain .

PENDIDIKAN JASMANI

Pendidikan Jasmani merupakan satu fasa pendidikan am yang menyumbang kepada pertumbuhan dan perkembangan pelajarpelajar secara total melalui pilihan aktiviti-aktiviti pergerakan dan pengalaman jasmani yang terancang. Ringkasnya Pendidikan Jasmani ialah pendidikan dari dan melalui kegiatan fizikal. Pendidikan Untuk Jasmani Sejak 50 tahun lampau, kajian ke atas kesan latihan terhadap manusia mendapati hasil daripada latihan jasmani yang terancang ialah:

melanjutkan usia mengawal berat badan keseimbangan psikologi kesihatan umum

Pendidikan Melalui Jasmani Pendidikan Jasmani adalah asas bagi semua pendidikan di mana otak dan badan berfungsi serentak. Pendidikan psikomotor, akhlak dan intelektual dianggap sebagai pendidikan yang dicapai melalui pendidikan jasmani Clark W. Hetherington. Pendidikan Jasmani adalah jumlah semua aktiviti yang dipilih mengikut jenis dan dijalankan untuk mencapai hasil yang bermakna. Aktiviti yang dipilih haruslah mempunyai dan menyediakan peluang bagi individu untuk menjadi sabar, baik hati, berdikari, peramah, murah hati dan peribadi yang dinamis J.F Williams. Menginterperitasikan pendidikan melalui jasmani sebagai pendidikan melalui pengalaman pergerakan Delbert Oberteutter.

Pendidikan Untuk Jasmani ialah satu program aktiviti otot yang giat direka untuk merangsang organisma jasmani supaya faedah yang boleh diperolehi daripada aktiviti-aktiviti dicapai. Pendidikan melalui jasmani ialah satu program aktiviti jasmani di mana pergerakan jasmani direka untuk menghasilkan pelbagai jenis pengalaman dan pembelajaran social, intelektual, estetika dan kesihatan.

APA ITU SAINS SUKAN Sains sukan ialah aplikasi prinsip, idea serta pengetahuan sains ke atas aktiviti sukan. IOa merupakan suatu aspek penting dalam pendidikan jasmani dan aktiviti kokurikulum. Pengetahuan Sains Sukan boleh menjawab berbagai soalan yang sering dibangkitkan : Apakah sukan yang sesuai bagi diri saya? Adakah berat tubuh dan ketinggian suatu faktor yang penting ? Bagaimanakah saya dapat mencapai kemajuan dalam teknik sukan saya? Mengapakah pukulan lob badminton saya tidak sampai ke garis belakang? Apakah kesan daya tertentu ke atas tubuh saya semasa saya bersukan? Adakah saya mempunyai bakat dan kemanpuan fizikal untuk menjadi seorang juara ? Bolehkah saya mencapai kepantasan yang lebih baik? Apakah bentuk latihan yang dapat membantu saya memperbaiki prestasi sukan saya? Sains sukan akan dapat membantu anda mendalami pengetahuan anda sebagai peserta atau penonton sukan. Soalan-soalan seperti diatas akan dijawab, dan cara serta langkah-langkah untuk mengatasinya akan dibincangkan supaya pengetahuan dalam bidang sains sukan akan sekurang-kurangnya meningkat yang boleh membantu membuat keputusan yang bijaksana dalam bidang sukan. Bidang Sains Sukan Biomakanik Sains kajian pergerakan manusia mengkaji bagaimana anggota tubuh menghasilkan pergerakan dan bagaimana pergerakan manusia boleh diperbaiki dengan menggunakan berbagai teknik yang menghasilkan kestabilan tubuh, daya dan imbangan yang paling optimum. Fisiologi Bidang yang mengkaji perubahan yang dialami oleh tubuh kita dari segi biokimia hasil dari senaman. Psikologi sukan Menkaji faktor psikologi dan mental yang dialami oleh seseorang atlit dalam aktiviti sukan. Sosiologi sukan Bidang yang membincangkan pengaruh keadaan sosial ke atas prestasi sukan seseorang atlit.

Perubatan sukan. Bidang yang dapat membantu seseorang atlit pulih daripada kecederaan yang dialami. Disamping itu bidang ini juga membicarakan langkah-langkah awal untuk mengelak daripada kecederaan dalam melakukan aktiviti bersukan. Pelaziman sukan Kaedah mempelajari teknik dan tektik dalam sukan dengan mengaplikasikan prinsip-prinsip sains sukan. Berbagai kaedah latihan sukan dibincangkan dalam bidang ini.

PEMAKANAN
Definisi: Nutrien ialah segala jenis makanan yang digunakan oleh badan untuk pertumbuhan, kawalan dan pembaikian. Enam jenis kelas makanan ialah karbohidrat, lipid (lemak), protein, vitamin, garam galian dan air. Karbohidrat, lipid dan protein adalah kumpulan nutrien yang penting bagi penghasilan tenaga (ATP Adenosine Triphosphate) oleh sel-sel dalam badan. Nilai tenaga bagi setiap makanan diukur dalam unit kilokalori (kcal). Satu kilokalori ialah jumlah tenaga yang diperlukan bagi menaikkan suhu 1 kilogram air sebanyak 1 C (1.8 F).

Karbohidrat Sumber nutrien karbohidrat adalah daripada tumbuh-tumbuhan. Ada 3 jenis karbohidrat: i. Monosaccharides glukos dan fruktos ii. Oligosaccharides sukros, laktos dan maltos iii. Polysaccharides gula daripada kanji, fiber dan glikogen Gula (monosaccharides dan disaccharides) kebanyakkannya boleh diperolehi daripada buah-buahan, tebu, gula beets, madu dan susu. Kanji polysaccharide boleh didapati di dalam makanan bijiran, legumes dan akar-akar sayuran. Cellulose atau gentian fiber banyak terdapat dalam sayur-sayuran yang membantu proses penghadaman dan perkumuhan bahan-bahan buangan. Peranan karbohidrat dalam badan ialah sebagai Sumber tenaga Pengaruh simpanan protein Penggerak metabolisma lipid Sumber tenaga bagi sistem saraf pusat (CNS) Keperluan minimum karbohidrat bagi orang dewasa ialah 100 g. sehari. Individu 70 kg. yang mengamalkan gaya hidup yang sedentari memerlukan sekurang-kurangnya 300 g. karbohidrat sehari. Individu yang aktif dan terlibat dalam latihan sukan memerlukan 60% karbohidrat (400-600 g.) daripada keperluan kalorinya dalam sehari.

Lipid Sumber utama diet bagi nutrien lipid ialah triglycerides. Binatang dan hasil-hasil binatang adalah sumber nutrien utama bagi lemak tepu Sumber nutrien bagi lemak tidak tepu kebanyakkannya adalah daripada sayursayuran dan hasil-hasilnya. Lipid boleh diklasifikasi kepada 3 kumpulan: i. Lipid ringkas gliserol + 3 asid lemak Sebatian lipid phospolipids, glycolipids, dan lipoprotien ii. Gabungan ringkas kolesterol dengan sebatian lipid

i.

pembawa bagi vitamin A, D, E, dan K yang larut dalam air Nutrien lemak sepatutnya merangkumi 30% daripada kalori diet anda. 70% hingga 80% lemak ini perlulah dalam bentuk lemak tidak tepu kerana ia dapat mengurangkan penyakit korinari jantung. Lemak dalam badan berfungsi sebagai: a) simpanan tenaga b) pengampu organ-organ badan c) penebat suhu badan

Protein Protein berbeza sedikit daripada karbohidrat dan lipid kerana ia mengandungi nitrogen dan bahan-bahan lain seperti sulfur, fosforus dan besi. Protein terbentuk daripada asid amino. Ada 20 jenis asid amino. Lapan daripada asid amino ini perlu didapati daripada makanan kerana ia tidak boleh disintesis oleh badan. Protein boleh didapati daripada sel haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Haiwan dapat membekalkan protein yang bermutu tinggi yang mengandungi 8 asid amino yang diperlukan oleh badan. Asid amino adalah struktur utama binaan badan. Ia penting kerana ia mengawal perkembangan molekul dalam badan. Protein dalam badan berfungsi sebagai: i. Pengawal kepada fenomena 'all-or-none response' ii. Sumber tenaga iii. Penstabil nitrogen dalam badan iv. Pengawal hormon badan Protein akan menjadi sumber tenaga sekiranya badan sudah kehabisan sumber karbohidrat dan lipid. Keseimbangan nitrogen dalam badan akan lebih stabil sekiranya peratus pembinaan protien sama dengan kehilangan protein dalam badan. Pengambilan 0.8 g protein per kilogram berat badan disyorkan bagi diet orang dewasa

Vitamin Vitamin adalah sebatian organik yang penting dalam kebanyakkan proses fungsi badan. Keperluan sehariannya adalah kecil. Vitamin boleh didapati daripada makanan dan 'dietary supplementation' Ada 13 jenis vitamin yang boleh diklasifikasikan kepada: Vitamin yang larut dalam lipid A, D, E, K i. Vitamin yang larut dalam air C dan B Kompleks ii. Vitamin A, D, dan E boleh disimpan di dalam tisu badan secara berlebihan. iii. Vitamin C dan B kompleks yang larut dalam air tidak boleh disimpan dalam badan secara berlebihan (hanya tahan selama 8 14 jam). iv. Lebihan vitamin akan dikumuh melalui pengencingan. Vitamin dalam badan berfungsi: i. Mengawal metabolisme badan ii. Membantu pengeluaran tenaga iii. Bantu pembinaan tulang iv. Bantu sintesis tisu badan

Bertindak sebagai coenzymes Kajian menunjukkan pengambilan lebihan vitamin tidak ada kaitan dalam peningkatan prestasi latihan. Pengambilan vitamin larut lrmak secara berlebihan dalam jangka panjang boleh memudaratkan kesihatan.

Garam Galian Lebih kurang 4% daripada jisim badan terdiri daripada 22 elemen garam galian. Garam galian adalah sebahagian daripada elemen yang terdapat di dalam enzim, hormon dan vitamin. Ia boleh didapati otot, tisu penyambung dan air dalam badan. Garam galian dalam badan berfungsi: Sebahagian daripada binaan enzim bagi metabolisme badan Struktur binaan bagi tulang dan gigi Membantu sintesis makronutrien, glikogen, lipid dan protein Badan memerlukan pelbagai garam galian tetapi pada kadar yang sedikit sahaja. Pengambilan jumlah garam galian dan perkumuhannya penting bagi badan supaya tidak berlaku keracunan atau kelebihan garam galian dalam badan. Haiwan dan hasilnya, sayur-sayuran dan legum adalah makanan yang kaya dengan garam galian.

MEROKOK
BAHAN-BAHAN KIMIA DALAM ROKOK

TAR NICOTINE CARBON MONOXIDE(GAS RACUN) ACETONE (PENGHAPUS CAT) NAPHTHYLAMINE TOLUIDINE METHANOL(BAHAN PEMBAKAR ROKET) ARSENIC(RACUN TIKUS) AMMONIA TOLUENE (PELARUT INDUSTRI) DOBENZARCRIDINE HYDROGEN CYANIDE (GAS UNTUK HUKUMAN BUNUH) BUTANE(BAHAN BAKAR PEMETIK API) POLONIUM-210 POTASSIUM-40 CADMIUM (DIGUNA DALAM BATERI KERETA) BENZOPYRENE VINYL CHLORIDE NAPTHALENE (UBAT GEGAT) DIMETHINITROSAMINE D.D.T. (UBAT PEMBUNUH SERANGGA) URETHANE PYRENE

BAHAN-BAHAN YG. DIKENALPASTI PENYEBAB KANSER (KASINOGEN)

TAR NAPHTHYLAMINE TOULENE URETHANE PYRENE DIBENZACRIDINE POTASSIUM-40 CADMIUM BENZIPYRENE VINYL CHLORIDE NAPTHALENE POLONIUM-210

CARA-CARA BERHENTI MEROKOK

1. BERHENTI TERUS (COLD TURKEY)

5 % KEJAYAAN MEMERLUKAN PENDORONG/MOTIVASI YANG KUAT 2. PENGGANTIAN NIKOTIN:

- NIKOTIN DIPEROLEHI MELALUI KULIT, LALUAN PERNAFASAN & PENGHADAMAN - BERKESAN & SELAMAT DIGUNAKAN ATASI KETAGIHAN & KESAN KEKURANGAN NIKOTIN CTH: a) TRANSDERMAL NICOTINE PATCHES CTH: NICOTROL, HABITROL, PROSTEP, NICODERM PATCHES + PROGRAM MODIFIKASI TINGKAHLAKU UNTUK 12 BULAN 12-25 % KEJAYAAN MUDAH DIGUNA BADAN MUDAH MENERIMANYA BEKALAN NIKOTIN STABIL & BERTERUSAN DITERIMA OLEH MASYARAKAT MENGURANGKAN BERAT BADAN KETAGIHAN ALAMI SIMTOM KEKURANGAN NIKOTIN

KESAN SAMPINGAN: KULIT RADANG SETEMPAT SUKAR NAK TIDUR & GANGGUAN MIMPI OVERDOSE JIKA PATCHES + MEROKOK BAHAYA STROKE @ SERANGAN SAKIT JANTUNG

b) NICOTINE POLACRILEX CHEWING GUM BERKESAN KURANGKAN KETAGIHAN TETAPI TIDAK PRACTICAL RASA PAHIT BOLEH UPSET PERUT

c) NICOTINE NASAL SPRAY BERKESAN KURANGKAN KETAGIHAN JIKA GUNA LEBIH 6 MINGGU 3. TERAPI TINGKAHLAKU KOGNITIF

BERHENTI TERUS (COLD TURKEY) PENGGANTIAN NIKOTIN (NICOTINE PATCH, GUM, NASAL SPRAY) TERAPI TINGKAHLAKU KOGNITIF TEKNIK-TEKNIK TERAPI KOGNITIF CARA-CARA LAIN SEPERTI: HIPNOSIS AKUPUNTUR ROKOK GANTIAN UBAT & CAMPURANNYA APA-APA CARA YANG DAPAT MEMBERHENTIKAN ANDA MEROKOK

MENGAPA MEROKOK ? o o o o o o o o o o
MENGHILANGKAN STRESS ? TEKANAN RAKAN SEBAYA & PENERIMAAN ? SEJARAH KELUARGA & MODEL TINGKAHLAKU KELIHATAN MATANG, YAKIN & BEBAS ? INGIN CUBA ? DISEBABKAN IKLAN ? TIDAK BERKEMAMPUAN MENOLAK PELAWAAN ? MUDAH DIPEROLEHI ? BERPERSONALITI RISK TAKING ? INDIVIDU EXTROVERTED ?

PERTOLONGAN CEMAS
Pengenalan

Bantumula atau pertolongan cemas adalah bantuan rawatan pertama yang diberikan kepada mangsa yang mengalami kecederaan atau kemalangan atau orang yang diserang oleh penyakit secara tiba-tiba. Setiap orang harus tahu cara memberi pertolongan cemas atau bantu mula. Bantuan yang diberikan mungkin melibatkan pengubahsuaian bahanbahan yang ada pada masa itu. Bagi kebanyakan kecederaan kecil, bantuan kecemasan yang diberikan mungkin sudah mencukupi. Kecederaan yang lebih serius pula memerlukan pemerhatian daripada orang yang lebih profesional dan rawatan lebih lanjut. Dengan adanya modul ini diharapkan dapat membantu peserta jika berlakunya sesuatu kemalangan dan kecederaan ketika pendidikan luar dijalankan.
Prinsip-prinsip Pertolongan Cemas
Matlamat Pertolongan Cemas

o menyelamat nyawa o mengurangkan atau melegakan kesakitan o mencegah kecederaan daripada merebak atau menjadi lebih teruk

Memberi Pertolongan Cemas dalam kemalangan

penilaian (assessment) bertenang dan bertindak untuk menyelamat jaga keselamatan diri dan mangsa hindarkan daripada keadaan yang membahayakan minta bantuan daripada orang yang berhampiran dianogsa atau pengenalan punca kesakitan (diagnosis)

Rawatan (treatment)
Menentukan mana-mana kecederaan yang lebih tenat atau serius, kemudian rawatan dengan cara yang betul.

Keutamaan
Bila terdapat lebih daripada seorang yang tercedera atau banyak luka pada seseorang, maka pertolongan cemas mestilah segera diambil yang mana keadaan diutamakan semasa memberi rawatan.

Perhatian

o o o

Jangan biarkan mangsa dikerumuni oleh orang ramai kerana akan menyebabkan mangsa menjadi rimas, risau, bimbang dan pengedaran udara akan berkurangan. Tanggal atau longgarkan pakaian yang perlu sahaja. Elakkan daripada memberi mangsa minum air jika.

mangsa tidak sedarkan diri disyaki mangsa mengalami kecederaan dalaman jika memerlukan pembedahan
Dapatkan bantuan

telefon ambulan - 994 berikan keterangan tentang tempat kemalangan.

ASFIKSIA (TERHENTI PERNAFASAN)


Asfiksia adalah satu keadaan di mana sistem pernafasan terhenti disebabkan oleh kekurangan oksigen di dalam darah dan tisu-tisu badan tidak dapat menerima bekalan oksigen yang mencukupi. Punca-punca asfiksia.

lemas keracunan gas dan asap yang merbahaya tersekat saluran udara - tergantung dan tercekik oleh makanan atau benda benda asing lain. tersumbat saluran nafas oleh bantal, karung plastik, lidah tersentak ke dalam ketika tidak sedarkan diri. disambar petir atau kilat terhimpit dada - runtuhan tanah serangan penyakit termakan racun

Tanda-tanda

pernafasan adalah pendek-pendek tetapi cepat, susah bernafas dan akhirnya terhenti bahagian bibir, jari-jari, muka dan telinga menjadi kebiru-biruan. kebanyakannya menyebabkan tidak sedarkan diri.

Peraturan Am Memulihkan asfiksia:

A - Airways (saluran Pernafasan)


terbuka atau tersekat keluarkan bendasing seperti gigi palsu, rumput, tanah, bahan mentah daripada
mulut jika ada.

B - Breathings (pernafasan)
Boleh bernafas atau tidak jika pernafasan terhenti, beri bantuan pemulihan pernafasan dengan segera.

C - Circulation (peredaran darah)


pastikan adakah denyutan nadi atau tidak jika tiada, lakukan pemulihan CPR (Cardio-pulmonary Resuscitation) (pemulihan pernafasan dan pemulihan jantung dari luar)
Jenis-jenis Pemulihan Pernafasan

Pemulihan pernafasan mulut ke mulut Pemulihan pernafasan Holgen Nielson Pemulihan pernafasan mulut ke hidung Pemulihan jantung dari luar atau tekanan dada (External cardiac compression) Pemulihan kardio-palmonari (Cardio-Pulmonary Risuscitation) - CPR LEMAS DI DALAM AIR
Tindakan untuk menyelamat:

jaga keselamatan diri usahakan menarik mangsa ke darat dengan tali / kayu

lemparkan sesuatu objek yang boleh terapung seperti pelampung kepada mangsa yang masih sedarkan diri, kemudian tarikh mangsa ke darat dengan menggunakan tali yang terikat kepada objek itu. anda boleh juga menyelamat dengan berenang sekiranya anda seorang perenang yang baik.

Rawatan

keluarkan air daripada perut atau paru-paru bersihkan mulut mangsa daripada benda-benda yang mungkin menghalang pernafasan mulakan bantuan pernafasan periksa pernafasan dan denyutan nadi jaga suhu badan mangsa supaya tidak mengalami hipotermia
apabila bernafas semula, baringkan mangsa ke kedudukan pemulihan, pastikan ia dapat terus bernafas dengan sempurna. Hantar ke rumah sakit secepat mungkin jika keadaannya tidak memuaskan.

PENDARAHAN

Keluar darah daripada saluran darah yang tercedera. Ia boleh berlaku di bahagian luar atau dalam tubuh.

Jenis-jenis Pendarahan. Pendarahan boleh dikatakan berpunca daripada arteri, vena kapilari. o Arteri memancut merah terang o kapilari menitis merah o vena meleleh perlahan merah tua

Tanda-tanda dan gejala-gejala


Apabila seseorang kehilangan darah yang banyak sama ada di bahagian luar atau dalam tubuh ada beberapa tanda atau gejala dapat dikesan: denyutan nadi bertambah cepat serta lemah kulit sejuk, lembab, pucat dan berpeluh muka dan bibir kelihatan pucat pernafasan cepat, pendek dan tercungap-cungap mangsa berasa pening, pitam dan pengsan mangsa mungkin merasa dahaga berasa resah dan gelisah pendarahan banyak dan mungkin menyebabkan rejatan Peraturan am bagi merawat luka yang banyak berdarah angkat tinggi bahagian yang berdarah untuk melambatkan pengaliran darah dan menolong mengurangkan darah mengalir keluar daripada tubuhnya. Cara-cara menghentikan pendarahan Hentikan Pendarahan Secara Langsung (direct pressure) Bahagian ibu jari / jari-jari tekan dengan kuat di bahagian yang cedera ke atas pelapek atau kain kasa (gauze) selama 10 minit.Kemudian tutuplah pelapik dengan lapisan kapas dan ikat

dengan pembalut yang ketat. Ia biasanya akan menahan darah itu daripada mengalir keluar. Jika pendarahan berjalan terus, jangan cabut pelapik tetapi letakkan pelapik tambahan dan balut sekali lagi. Hentikan Pendarahan Secara Tidak Langsung (Indirect Pressure) Jika pendarahan tidak dapat dikawal dengan tekanan secara langsung ke atas luka atau dalam keadaan di mana tekanan secara langsung tidak boleh digunakan, anda boleh gunakan tekanan secara tidak langsung pada titik tekanan (pressure point). Titik tekanan adalah satu tempat di mana saluran darah artei boleh ditekan ke tulang dengan rapat untuk menghalang pengaliran darah di kawasan itu.

KECERGASAN FIZIKAL
Perangkaan perubatan menunjukkan bahawa masyarakat kini telah dinafikan banyak aktiviti fizikal. Ini boleh menyebabkan keadaan fizikal yang lemah. Ujian-ujian mudah ke atas kekuatan otot, stamina, kelembutan, koordinasi dan kemahiran motor asas telah menunjukkan keputusan yang lemah. Kekurangan aktiviti fizikal boleh menyebabkan penurunan prestasi paru-paru dan saluran darah tersumbat dengan kolesterol. Keadaan ini boleh menyebabkan ketidakupayaan fungsi seperti masalah jantung, tekanan darah tinggi, aterosklerosis dan lain-lain masalah pengaliran darah. Tambahan lemak badan, kemerosotan kekuatan otot badan boleh menjejaskan posture dan menyebabkan masalah fizikal seperti kecacatan ortopedik. Oleh itu fizikal harus dirangsang. Aktiviti fizikal harus dijalankan sekurang-kurangnya 30 minit untuk 3 hari dalam seminggu. Apa dia Kecergasan Fizikal Kecergasan fizikal adalah kemampuan dan kebolehan seseorang melakukan aktiviti seharian tanpa merasa letih serta masih mempunyai tenaga untuk melakukan aktiviti kesenggangan. Definisi kecergasan fizikal: Falls (1980)-"Kecergasan untuk kesihatan merangkumi aspek-aspek yang berkaitan dengan fungsi fisiologi dan psikologi yang dipercayai memberi seseorang individu perlindungan dari ancaman penyakit-penyakit hipokinetik (kekurangan pergerakan) seperti penyakit jantung, kegemukan dan berbagai-bagai penyakit otot dan tulang. Kecergasan untuk prestasi pula merujuk kepada fungsi-fungsi dan keupayaan seseorang itu yang membolehkan beliau bertanding dalam aktiviti sukan dengan lebih tenaga daya kuasa, kekuatan, daya tahan, kemahiran dan sebagainya" Tiap-tiap orang boleh meningkatkan kecergasan fizikalnya hingga ke tahap maksima. Untuk mencapai ke tahap kecergasan ini seseorang harus baik dalam tiap-tiap komponen kecergasan. Program kecergasan fizikal yang seimbang terdiri dari gabungan senaman yang boleh meningkatkan daya kadiovaskular, kekuatan otot, ketahanan dan kelenturan. Terdapat dua komponen utama kecergasan iaitu : Komponen Kecergasan Kesihatan. Komponen kecergasan kesihatan melibatkan kecergasan kardiovaskular atau daya tahan aerobik, kekuatan dan daya tahan otot kelenturan serta komposisi badan Komponen Kercergasan Perlakuan Motor. Komponen kecergasan perlakuan motor melibatkan kelajuan, keseimbangan, koordinasi, kuasa dan ketangkasan yang diklasfikasikan sebagai kecergasan motor

Anda mungkin juga menyukai