Anda di halaman 1dari 3

Kebaikan Menggunakan Pengangkutan Awam

Mengurangkan kesesakan lalu lintas


Menjimatkan masa
Mengurangkan kos
Mengurangkan pencemaran udara
Dapat menambah pendapatan negara

Dunia kian berkembang pesat termasuklah negara kita Malaysia yang semakin
menuju ke status negara maju. Namun demikian, penggunaan pengangkutan
awam masih dipandang sepi oleh segelintir masyarakat. Perkhidmatan awam kini
adalah lebih baik jika hendak dibandingkan satu dekad yang lalu. Pihak kerajaan
telah mengambil tindakan yang sewajarnya dalam menambah baik mutu
perkhidmatan pengangkutan awam. Jika diperhalusi, ada berbagai-bagai faedah
yang kita peroleh apabila menggunakan pengangkutan awam.

Faedah utama pastinya dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas yang


sering menghantui jutaan penduduk di bandar-bandar besar. Hal ini bertambah
runcing lagi apabila tiba waktu puncak ketika pergi dan pulang dari bekerja.
Sekiranya orang ramai sepakat menggunakan perkhidmatan awam untuk ke
tempat kerja, pastinya masalah kesesakan ini tidak berlaku. Sebagai contoh,
semua orang menggunakan bas awam untuk ke tempat kerja, maka jumlah
kereta persendirian di atas jalan raya pastinya berkurangan.
Selain itu, penggunaan pengangkutan

awam juga pasti akan menjimatkan masa individu yang menggunakannya. Hal
ini demikian kerana, penggunaan Transit Aliran Ringan (LRT) atau Monorel yang
tidak melalui jalan raya pastinya mempercepat masa untuk sampai ke satu-satu
destinasi. Stesen-stesen LRT ini juga dibina di tempat-tempat tumpuan orang

ramai seperti Pudu Sentral, Kuala Lumpur Sentral dan Pasar Seni. Secara tidak
langsung, kita tidak perlu menempuh jalan raya yang sesak dengan kenderaan.

Di samping itu, apabila kita menggunakan perkhidmatan pengangkutan


awam, kita dapat menjimatkan kos pengangkutan. Sebagai contoh, harga petrol
yang tinggi dan juga bayaran parkir kenderaan pasti perlu ditanggung jika kita
menggunakan kenderaan persendirian ke tempat kerja. Namun demikian,
dengan kos yang rendah kita tidak perlu risau dengan kos petrol dan bayaran
parkir berkenaan apabila menaiki kenderaan awam. Wang lebihan berkenaan
boleh dibuat tabungan kerana sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.

Seterusnya, indeks pencemaran udara juga

dapat dikurangkan jika kita sepakat untuk menggunakan pengangkutan awam


untuk ke mana-mana destinasi. Hal ini tidak dapat dinafikan kerana apabila
kenderaan di atas jalan raya semakin berkurangan, maka pelepasan gas karbon
monoksida yang berbahaya kepada manusia turut berkurangan. Kesannya, kita
dapat mengurangkan pencemaran udara dan kesan rumah hijau sekali gus.
Secara tidak langsung juga, rakyat Malaysia dapat hidup dengan sihat dan
sejahtera.

Tambahan pula, penggunaan pengangkutan awam yang efisien turut


mampu menarik minat pelancong asing untuk berkunjung ke negara kita.
Justeru, pendapatan negara akan meningkat seiring dengan penambahan jumlah
pelancong tersebut. Hal ini membolehkan pihak kerajaan merangka lebih banyak
kemudahan dan prasarana untuk kegunaan rakyat tempatan. Oleh itu,
penggunaan pengangkutan awam ini perlu digalakkan demi memastikan
kelangsungan penggunaanya dalam masyarakat.

Izharnya, sudah terang lagi bersuluh,


penggunaan pengangkutan awam di negara kita ini mendatangkan seribu satu

faedah buat rakyat dan negara. Oleh itu, semua pihak perlu berganding bahu
bagai aur dengan tebing bagi memastikan kemudahan yang disediakan ini
diselenggara dan dijaga dengan rapi untuk memastikan kelangsungan
penggunaannya. Jika semua perkara ini tidak dipandang enteng, tidak mustahil
negara kita mampu mencapai status negara maju menjelang tahun 2020 seperti
yang dicita-citakan.

Anda mungkin juga menyukai