Anda di halaman 1dari 16

Bintang (Sajak)

-Siti Zaleha M. Hashim


Bintang
Suatu malam aku duduk Tetapi kata ibu
di halaman rumah itu tidak perlu
kulihat cantiknya bintang-bintang ayah sudah ada bintang
menghias langit yang terbentang
begitu juga ibu
aku ingin terbang ke sana
membawa pulang bintang-bintang rumah sudah bercahaya
tentu ibu gembira begitu juga jiwa mereka
tentu ayah Bahagia bintang itu adalah aku
melihat rumah ini bintang hati ayah dan ibu.
penuh dengan cahaya.
Maksud
Suatu malam aku duduk
di halaman rumah Pada suatu malam, penyajak
kulihat cantiknya bintang- duduk di halaman rumah
bintang sambal melihat keliauan
menghias langit yang bintang-bintang di langit.
terbentang Maksud Penyajak ingin terbang ke
aku ingin terbang ke sana sana dan mengutip bintang-
membawa pulang bintang- bintang itu untuk dibawa
bintang pualng ke rumah agar cahaya
tentu ibu gembira bintang itu dapat
tentu ayah Bahagia menggembirakan ibu dan
melihat rumah ini membahagiakan ayah.
penuh dengan cahaya.
Tetapi kata ibu Ibu penyajak tidak bersetuju
itu tidak perlu dengan Tindakan penyajak
ayah sudah ada bintang yang ingin membawa
begitu juga ibu Maksud bintang itu. Ibu dan
rumah sudah bercahaya penyajak meluahkan
begitu juga jiwa mereka bahawa penyajak
merupakan bintang hati
bintang itu adalah aku
yang menerangi hidup dan
bintang hati ayah dan ibu. jiwa mereka
Tema
• Kasih sayang yang utuh anatara anak dengan
ibu bapanya.
• Demi kasih sayang yang mendalam terhadap ibu
dan ayahnya,penyajak ingin mengambil bintang-
bintang di langit untuk dihadiahkan kepada
ibu dan ayahnya bagi menerangi rumah mereka.
• Namun begitu, ibu penyajak mengatakan bahawa
tidak perlu berbuat demikian kerana penyajak
merupakan bintang hati ayah dan ibunya.
Persoalan
(a) Kasih sayang yang mendalam sesama ahli keluarga.
(b) Pengorbanan dan jasa ibu bapa yang tidak terkira nilainya.
(c) Tanggungjawab seorang anak untuk membahagiakan ibu bapanya.
(d) Kebahagiaan ibu bapa terhadap anak yang taat dan
bertanggungjawab.
Bentuk
• (a) Sajak ini berbentuk bebas .
• (b) Sajak ini terdiri daripada dua rangkap.
• (c)Bilangan baris pada setiap rangkap adalah tidak sama. Contohnya :
• rangkap 1 : sepuluh baris
• rangkap 2 : lapan baris .
(d) Bilangan perkataan bagi setiap baris sajak ini antara tiga hingga
lima patah kata . Contohnya :
membawa pulang bintang-bintang (3 patah kata)
bintang hati ayah dan ibu (5 patah kata)
• (e) Jumlah suku kata dalam sajak ini antara enam hingga
sepuluh suku kata. Contohnya :
ini tidak perlu (3 patah kata)
kulihat cantiknya bintang-bintang (5 patah kata)
(f) Rima akhirnya bebas. Contohnya :
• rangkah 1 : abccdcdded ;
• rangkah 2 : aabaccaa
Unsur Bunyi
(a) Asonansi . Contohnya :
• ayah sudah ada bintang ( perulangan vokal a )
• begitu juga ibu ( perulangan vokal u )
(b) Aliterasi. Contohnya :
• begitu juga jiwa mereka ( perulangan konsonan i )
Gaya Bahasa
(a) Anafora (perulangan perkataan yang sama pada awal
baris)Contohnya :
• tentu ibu gembira
• tentu ayah bahagia (rangkap 1 , baris 7 dan 8)
(b) Epifora (perulangan perkataan yang sama pada akhir
baris).Contohnya:
• Kulibat cantiknya bintang-bintang
• Membawa pulang bintang-bintang ( Rangkap 1 , baris 3 dan 6 )
(c) Personifikasi : Contohnya , menghias langut yang
terbentang.
(d) Inversi : Contohnya , tentu ibu gembira.
(e) Metafora : Contohnya , bintang hati.

Nada
Romantis.
Nilai
• (a) Kasih sayang. Contohnya , penyajak amat menyayangi ayah dan
ibunya.
• (b) Mengenang jasa. Contohnya , penyajak ingin menghadiahkan
bintang di langit kepada ayah dan ibunya sebagai membelas jasa
mereka
• (c)Kataatan. Contohnya, penyajak membesar sebagai seorang anak
yang taat sehingga dia menjadi bintang hati ayah dan ibunya .
• (d)Tanggungajawab. Contohnya, sebagai seorang anak, penyajak
bertangggungjawab untuk membahagiakan dan menggembirakan
ayah dan ibunya
• (e) Kejujuran . Contohnya, ayah dan ibu penyajak
mengatakan bahawa penyajak tidak perlu memetik bintang
di langit untuk dihadiahkan kepada mereka kerana penyajak
ialah bintang hati mereka .
Pengajaran
• (a) Kita mestilah mengamalkan kasih sayang dalam kalangan ahli
keluarga .
• (b) Kita hendaklah mengenang jasa ibu bapa yang banyak berbudi
kepada kita .
• (c) Kita haruslah taat akan ajaran dan perintah kedua-dua ibu bapa
yang membesarkan kita sejak kecil.
• (d) Kita hendaklah bertanggungjawab dalam membahagiakan dan
menggembirakan hati ibu bapa pada setia masa.
• (e) Kita seharusnya jujur dalam berkata-kata untuk menyatakan
kebenaran
Latihan Quizizz
:D

https://quizizz.com/join?gc=
584464
Sekian, Terima Kasih
:D :L :) XD

Anda mungkin juga menyukai