Anda di halaman 1dari 7

Sajak - Bintang

SAJAK
BINTANG
© HAK CIPTA TERPELIHARA
www.kkomsas.blogspot.com
MAKSUD
RANGKAP 1

Sajak - Bintang
 Pada suatu malam, penyajak duduk di halaman rumahnya
sambil memerhatikan gugusan bintang di langit. Penyajak
ingin terbang ke langit untuk mengambil bintang-bintang
itu dan memberikan bintang-bintang itu kepada ayah dan
ibunya. Penyajak merasakan perbuatannya itu akan
membuatkan ibunya gembira dan ayahnya bahagia
apabila melihat rumah mereka diterangi oleh cahaya
bintang tersebut.
MAKSUD
RANGKAP 2

Sajak - Bintang
 Namun begitu, ibu penyajak mengatakan bahawa
penyajak tidak perlu berbuat demikian kerana ayah dan
ibu penyajak sudah mempunyai bintang yang bercahaya di
rumah dan dalam jiwa mereka. Hal ini demikian kerana
penyajak ialah bintang hati ayah dan ibunya.
TEMA & PERSOALAN
TEMA
 Kasih sayang yang utuh antara anak dengan ibu bapanya.

Sajak - Bintang
PERSOALAN
1. Kasih sayang yang mendalam sesama ahli keluarga.

2. Pengorbanan dan jasa ibu bapa yang tiada nilainya.

3. Tanggungjawab seorang anak untuk membahagiakan


ibu bapanya.
4. Kebahagiaan ibu bapa terhadap anak yang taat dan
bertanggungjawab.
BENTUK & NADA
BENTUK
1. Terdiri daripada dua rangkap.

Sajak - Bintang
2. Rangkap pertama mempunyai sepuluh baris dan
rangkap kedua mempunyai lapan baris.
3. Bilangan katanya tiga hingga lima patah kata.

4. Terdiri daripada enam hingga sepuluh suku kata.

5. Bentuknya bebas.

NADA
Romantis
GAYA BAHASA
 Anafora. Contohnya, bintang itu adalah aku bintang hati
ayah dan ibu.

Sajak - Bintang
 Metafora. Contohnya, bintang hati.

 Personifikasi. Contohnya, menghias langit yang


terbentang.
 Kata ganda. Contohnya, bintang-bintang.

 Asonansi. Contohnya, begitu juga ibu (perulangan vokal


u).
 Aliterasi. Contohnya, begitu juga jiwa mereka
(perulangan konsonan j).
 Rima akhir bagi rangkap pertama ialah abccdcdded dan
rima akhir bagi rangkap kedua ialah aabaccaa.
NILAI & PENGAJARAN
NILAI
1. Kasih sayang.

2. Mengenang jasa.

Sajak - Bintang
3. Ketaatan.

4. Tanggungjawab.

5. Kejujuran.

PENGAJARAN
6. Kita mestilah mengamalkan kasih sayang dalam kalangan ahli keluarga.

7. Kita hendaklah mengenang jasa ibu dan bapa yang banyak berbudi kepada kita.

8. Kita perlulah taat akan ajaran dan perintah kedua-dua ibu bapa yang
membesarkan kita sejak kecil.
9. Kita hendaklah bertanggungjawab dalam membahagiakan dan menggembirakan
hati ibu bapa pada setiap masa.
10. Kita seharusnya jujur dalam berkata-kata untuk menyatakan kebenaran.

Anda mungkin juga menyukai