Anda di halaman 1dari 4

SOALAN LATIHAN BAB 3 GEOGRAFI TINGKATAN 2

PENGARUH PERGERAKAN BUMI TERHADAP CUACA DAN IKLIM

Jawab semua soalan dengan memilih jawapan yang paling tepat.

1. Antara yang berikut yang manakah benar mengenai pergerakan bumi?

A. Pergerakan ini dipengaruhi oleh gerhana bulan

B. Orbit bumi berbentuk bulat

C. Bumi beredar mengelilingi matahari

D. Kedudukan bumi di hadapan matahari.

2. Apakah faktor yang membezakan zon waktu?

A. Keluasan kawasan

B. Jumlah penduduk

C. Bentuk muka bumi

D. Putaran bumi

3. Apakah faktor yang mempengaruhi air pasang dan air surut?

A. Perbezaan waktu tempatan

B. Populasi penduduk

C. Jenis iklim

D. Tarikan gravity
4. Antara yang berikut, manakah kesan yang akan berlaku semasa kejadian air

pasang?

A. Saiz bumi berubah

B. Paras air laut meningkat

C. Pergerakan matahari terhalang

D. Bulan mengalami waktu malam

5. Berapakah nilai sudut jika bumi berputar dalam 1 jam?

A. 15°

B. 90°

C. 180°

D. 360°

6. Antara yang berikut yang manakah benar mengenai peredaran bumi mengelilingi

matahari?

A. Mengikut arah lawan jam

B. Mengikut pusingan jam

C. Bergerak secara songsang

D. Pergerakan langsung
7. Apakah kesan peredaran bumi?

I. Siang dan malam

II. Kejadian gerhana bulan

III. Perubahan musim

IV. Waktu siang dan malam tidak sama panjang

A. I dan II

B. I dan IV

C. II dan III

D. III dan IV

8. Antara berikut, manakah tarikh yang tidak berkaitan dengan perubahan musim?

A. 21 Jun

B. 23 Mac

C. 22 Disember

D. 23 September
9. Antara yang berikut yang manakah benar mengenai Solstis musim sejuk?

I. Matahari pada waktu tengah hari berada tegak di Garisan

Khatulistiwa

II. Siang dan malam sama panjang

III. Kecondongan matahari pada 23½°

IV. Waktu malam di Hemisfera Utara lebih panjang

A. I dan II

B. I dan IV

C. II dan III

D. III dan IV

10. Apakah persamaan antara Ekuinoks musim bunga dan Ekuinoks musim luruh?

A. Berlaku pada Tarikh yang sama

B. Matahari tengahari tegak di Garisan Sartan

C. Siang dan malam sama panjang

D. Dipengaruhi oleh putaran bumi pada paksinya.

:::SOALAN TAMAT:::

PANITIA GEOGRAFI
SMK JATI, IPOH
PERAK DARUL RIDZUAN

Anda mungkin juga menyukai