Anda di halaman 1dari 52

Tazkirah Ramadhan

Hak Cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana


artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan apa jua
cara sekali pun untuk tujuan komersial tanpa mendapat kebenaran dan
persetujuan daripada penulis dan penerbit buku.

© AHMAD TARMIZI BIN ISMAIL

CETAKAN PERTAMA 2017

TAZKIRAH RAMADHAN – Koleksi Tazkirah Lima Minit (TAALIM) / AHMAD


TARMIZI BIN ISMAIL

Muka Taip Teks: Century Gothic

Saiz Taip Teks: 12/14

Diterbitkan oleh:

Diedarkan oleh:

Ustaz Akhi Mizi Al-Masrawi 1


Tazkirah Ramadhan

PRAKATA
DENGAN nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala
puji dirafa’kan ke hadrat Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam
buat junjungan mulia penghulu segala nabi dan rasul, Nabi Muhammad
SAW, ahli keluarga baginda dan para Sahabatnya.

Buku Tazkirah Ramadhan ini adalah hasil susunan Koleksi Tazkirah Lima Minit
(TAALIM) yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Tarmizi Bin Ismail atau juga
dikenali sebagai Ustaz Akhi Mizi Al-Masrawi. Koleksi Tazkirah Ramadhan ini
disusun oleh beliau untuk mengisi slot Tazkirah Ramadhan sepanjang bulan
Ramadhan yang disiarkan melalui Radio Langkawi FM 104.8.

Bukanlah senang untuk menghasilkan 30 koleksi tazkirah dengan pelbagai


tajuk untuk slot 5 minit. Isinya mesti tepat dan padat. Bahasanya perlu ringkas
dan sesuai untuk difahami oleh semua lapisan masyarakat. Tajuknya juga
perlu sesuai dan boleh diterima oleh khalayak pendengar radio yang terdiri
daripada pelbagai lapisan umur dan penerimaan yang berbeza. Justeru,
seandainya buku ini tidak menepati citarasa anda harap dimaafkan.

Buku Tazkirah Ramadhan ini turut disisipkan dalam bentuk E-BOOK supaya
mudah dipindahkan dan diakses oleh sesiapa sahaja sama ada sebagai
bacaan peribadi mahupun digunakan sebagai teks panduan tazkiran di
organisasi masing-masing.

Di sekolah-sekolah misalnya, program Tazkirah Ramadhan seringkali


dilaksanakan sepanjang bulan Ramadhan dalam aktiviti “Ihya’ Ramadhan
(menghidupkan Ramadhan) dalam kalangan para guru dan pelajar. Tidak
dinafikan kadang kala bahan untuk dijadikan pengisian tidak sempat
disediakan disebabkan kekangan tugas para pendidik. Justeru, teks Tazkirah
Ramadhan ini diharap dapat membantu sedikit sebanyak para ustaz dan
ustazah untuk menyampaikan tazkirah ringkas dan berkesan sebagai
kelangsungan aktiviti dakwah sepanjang menghidupkan budaya ilmu dalam
bulan Ramadhan.

Buku Tazkirah Ramadhan ini juga wajar dimiliki oleh setiap umat Islam
sebagai bacaan santai untuk ulangkaji ilmu berkaitan Ramadhan dari segi
ibadah puasa dan ibadah-ibadah lainnya yang digalakkan dalam bulan
Ramadhan. Justeru, adalah diharapkan buku kecil ini mampu memberi
pencerahan dan panduan.

Selaku penyusun Buku Tazkirah Ramadhan – Koleksi Tazkirah Lima Minit


(TAALIM), saya memohon maaf atas segala kekurangan dan kelemahan
buku ini. Segala komentar atau tunjuk ajar sila salurkan menerusi E-Mel atau
Ustaz Akhi Mizi Al-Masrawi 2
Tazkirah Ramadhan

Whatsapp. Mudah-mudahan ia menjadi ilmu yang bermanfaat dan amal


soleh yang diterima serta berterusan pahalanya di sisi Allah Azza Wa Jalla.

Al-Fikru Wa Tatbiq.

Penyusun,

Us. Akhi Mizi Al-Masrawi


Pendakwah Radio Langkawi FM 104.8 (Untukmu…)
Guru Bahasa Arab SK Padang Matsirat, Langkawi.
E-mel: akhimizi@yahoo.com
Whatsapp Nombor H/P: 019 5785596

Ustaz Akhi Mizi Al-Masrawi 3


Tazkirah Ramadhan

TAZKIRAH RAMADHAN - KOLEKSI TAZKIRAH LIMA MINIT (TAALIM)

Senarai Kandungan:

1. Ramadhan menjelma lagi... (niat puasa sebulan)


2. Mencari Taqwa bermula dengan Niat yang Ikhlas
3. Hikmah-hikmah Ibadat Puasa
4. Adab-adab berpuasa.
5. Qiyam Ramadhan (Solat Terawih)
6. Siapakah yang diwajibkan berpuasa?
7. Perkara-perkara yang membatalkan puasa.
8. Adab-adab berbuka puasa.
9. Bersahurlah untuk mendapatkan keberkatan
10. Puasa yang sempurna.
11. Siapa yang diberi rukhsah untuk tidak berpuasa.
12. Beberapa perkara Sunat bagi orang yang berpuasa
13. Antara Adab-adab berpuasa.
14. Ustaz, saya terlupa...
15. Kelebihan Ramadhan
16. Bang... Sudah separuh Ramadhan.
17. Sepintas lalu Informasi Nuzul Al-Quran
18. Jom ganda pahala dengan beri makan kepada orang berpuasa
19. Lazimi beristighfar dan Banyakkan berdoa
20. Jom Tunaikan Zakat Fitrah
21. Kelebihan orang yang membaca Al-Quran
22. Mukjizat Al-Quran
23. Jom Hayati dan Tadabbur makna Ayat Al-Quran.
24. Fasa Akhir Ramadhan, 1,2,3 pecut...
25. Hukum Wisol (Berpuasa berterusan).
26. Lailatul Qadar
27. Bersedekahlah, jangan tunggu kaya...
28. Jom kita perbanyakkan berdoa
29. Jauhi perkara sia-sia
30. Apa silapnya kita sepanjang Ramadhan?
31. Salam Aidil Fitri, Sambut laksana Ibadah

Ustaz Akhi Mizi Al-Masrawi 4


Tazkirah Ramadhan

Siri 1 : Ramadhan menjelma lagi... jom niat puasa sebulan.

Ramadhan menjelma lagi... ya begitulah saban tahun selagi ada umur yang
diberi oleh Allah SWT kepada kita. Selagi belum sampai ajal. Bersyukurlah
kepada Allah sebab masih ada peluang ditarbiyah lagi sekali dalam
madrasah Ramadhan.

Tanya pada diri kita, adakah kita termasuk dalam kelompok manusia
beriman yang seronok dan merasa bahagia dengan kedatangan Ramadhan
atau tergolong golongan yang resah gelisah dengan kehadiran Ramadhan?

Marhaban Ya Ramadhan...

- Orang-orang yang seronok dan merasa bahagia dengan kedatangan


bulan Ramadhan:

1. Sudah terbiasa dengan ibadah puasa. Mereka sedar, ganjaran


pahala yang besar dijanjikan oleh Allah kepada orang yang
berpuasa. Orang yang meninggalkan apa yang harus mereka nikmati
pada bulan-bulan yang lain untuk mendapatkan kenikmatan di
akhirat kelak.

2. Bersedia untuk beribadah dan menumpukan perhatian kepada


amalan-amalan soleh kerana pada bulan Ramadhan adalah masa
terbaik untuk menggandakan pahala setiap amalan soleh sama ada
yang wajib mahupun yang sunat.

3. Semakin berlalu hari-hari Ramadhan mereka akan melipat gandakan


amalan untuk mendapatkan lailatul Qadar dan merasa hiba dengan
Ramadhan yang bakal berakhir.

- Manakala golongan yang kedua pula ialah golongan yang merasa


resah gelisah dan berat hati dengan kehadiran Ramadhan.

1. Mereka merasakan Ramadhan seperti tamu yang tidak diperlukan.


Kehadirannya hanya menyebabkan timbul rasa kurang selesa. Tidak
selesa kerana terpaksa menahan diri daripada makan, minum dan
perkara-perkara yang membatalkan puasa. Golongan ini, mereka
telah hanyut dengan nafsu. 11 bulan telah diasuh oleh Syaitan,
sebulan sahaja nafsu pula menjadi raja.

2. Mungkin juga mereka adalah golongan yang lalai, malas, leka, cuai
dalam mentaati perintah Allah dan menjauhi laranganNya. Mereka
inilah golongan yang berat untuk melaksanakan ibadah. Hanya
sekadar berpuasa tetapi meninggalkan amalan-amalan yang lain.

Ustaz Akhi Mizi Al-Masrawi 5


Tazkirah Ramadhan

3. Apabila Ramadhan sudah semakin banyak hari berlalu, merekalah


yang tidak sabar-sabar untuk berhari raya. Mereka sudah tidak
mempedulikan ibadah, hanya ingin berseronok dengan hari raya yang
Allah beri kepada orang-orang yang berpuasa dan Berjaya melalui
madrasah Ramadhan sebagai tanda kemenangan. Padahal mereka
tidak lulus pun madrasah Ramadhan.

Lafaz niat Puasa Ramadan:

Ertinya: “Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan


pada tahun ini kerana Allah Taala.”

Ertinya: “Sahaja aku berpuasa sebulan bulan Ramadhan kerana Allah


Taala.”

Bagi orang Islam yang mampu, lafaz niat puasa Ramadan boleh dilafazkan
dalam bahasa Arab. Tetapi niat boleh dilakukan dalam apa-apa bahasa
termasuk Bahasa Melayu. Tempat niat adalah di hati. Afdhal berniat puasa
setiap malam, dan dibolehkan berniat puasa sekaligus selama sebulan bagi
mengelakkan terlupa berniat iaitu pada malam pertama 1 Ramadhan.

Waktu berniat puasa Ramadan pula ialah antara selepas masuk waktu
maghrib sehingga sebelum terbit Fajar Sodiq.

Daripada Hafsah Rha, Rasulullah SAW bersabda, “ Sesiapa yang tidak


berniat puasa sebelum terbit Fajar maka tidak sah puasa baginya.” (Riwayat
Nasaie)

Ustaz Akhi Mizi Al-Masrawi 6


Tazkirah Ramadhan

Siri 2: Mencari Taqwa bermula dengan Niat yang Ikhlas

Allah SWT berfirman:

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa


sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu,
supaya kamu bertaqwa. (Al-Baqarah 2:183)

Dalam ayat ini, Allah SWT memfardhukan kepada kita umat Islam dengan
syariat berpuasa sebagaimana kata Allah telah difardhukan kepada umat-
umat yang terdahulu.

Nabi SAW bersabda dalam sebuah hadis:

Daripada Umar bin al-Khattab r.a berkata: Aku telah mendengar Rasulullah
SAW bersabda:

“Sesungguhnya setiap amalan adalah dengan niat dan sesungguhnya


setiap orang (mendapat pahala) berdasarkan apa yang diniatkan,..”

Para ulamak Islam bersepakat menyatakan bahawa setiap amalan yang


dilakukan oleh seorang mukallaf tidak dikira amalan tersebut di sisi syara’
melainkan dengan disertai niat. Bahkan niat adalah menjadi rukun kepada
ibadat-ibadat seperti wuduk, mandi wajib, solat sama ada fardu atau sunat,
menjadi imam atau makmum atau solat sendirian, puasa sama ada puasa
wajib atau sunat, iktikaf, zakat, sedekah, umrah, haji, korban, nazar, kafarah,
jihad, wasiat, nikah, wakaf, akad-akad dan lain-lain jenis ibadat taqqarrub
dan dinilai di sisi syara’ sebagai tidak sah tanpanya.

Atau dalam kata lain, wujudnya niat taqarrub dalam amalan-amalan


seseorang mukmin barulah ianya boleh dipastikan wujudnya ganjaran
pahala terhadap amalan-amalan tersebut lantaran ianya sah dan diterima
oleh Allah SWT.

Allah SWT berfirman di dalam al-Quran surah al-Bayyinah: ayat 5,

Ustaz Akhi Mizi Al-Masrawi 7


Tazkirah Ramadhan

              

  

Ertinya: “Dan tiadalah mereka disuruh kecuali supaya menyembah Allah


dengan mengikhlaskan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama
yang lurus, dan supaya mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat; dan
yang demikian Itulah agama yang lurus.”( al-Bayyinah: ayat 5)

Tujuan utama mengapa niat disyaratkan ialah untuk menentukan untuk


siapa sesuatu ibadat itu dilakukan, adakah untuk Allah SWT atau sebaliknya.
Seterusnya membezakan antara sesuatu amalan yang dilakukan sama ada
ianya berstatus ibadat ataupun sebaliknya (adat).

Hari ini... Ramadhan, baru bermula. Jom kita ikhlaskan niat untuk setiap
amalan yang kita buat semata-mata kerana Allah SWT. Insya-Allah, Allah
akan memberikan ganjaran pahala dan keredhaanNya kepada kita.

Jangan ubah tujuan, insyaAllah tidak sesat di jalan.

Ustaz Akhi Mizi Al-Masrawi 8


Tazkirah Ramadhan

Siri 3: Hikmah-Hikmah Ibadat Puasa.

Dalam sebuah hadis, Daripada Abu Hurairah RA berkata:

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila telah tibanya


Ramadan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan
diikat segala syaitan.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Antara hikmah-hikmah berpuasa ialah:

1. Tazkiyatun nafsi (penyucian diri) dengan mentaati Allah SWT iaitu


dengan melakukan apa yang diperintah dan meninggalkan apa yang
ditegah dengan ubudiah berfokus kepada Allah semata-mata
walaupun ia terpaksa meninggalkan naluri dan keinginan diri yang
biasanya harus dilakukan jika tidak berpuasa. Ia menegah hal-hal itu
untuk mendekatkan dirinya kepada Allah SWT dan mendapatkan
keredhaan Allah SWT.

2. Dari sudut kajian perubatan didapati puasa mampu memberikan


kebaikan terhadap kesihatan. Hal ini terbukti apabila para pakar
perubatan menemui pelbagai kebaikan bagi menjaga kesihatan
dengan berpuasa.

3. Mengawal nafsu syahwat. Hal ini bersesuaian dengan sabda Baginda


Nabi Muhammad SAW sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam al-
Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Mas’ud bahawa Nabi bersabda:
“Wahai sekalian para pemuda, barangsiapa yang mempunyai
kemampuan (ba`ah) untuk berkahwin, maka berkahwinlah. Maka
sesungguhnya ia memelihara pandangan dan kemaluan, dan
barangsiapa yang tidak mampu hendaklah ia berpuasa kerana ianya
merupakan pengendur (wija’) baginya.”

4. Jihad hawa nafsu dan mensyukuri nikmat Allah SWT. Orang-orang


yang berpuasa akan merasai bagaimana rasanya lapar supaya
mereka bersyukur dengan segala nikmat yang telah mereka rasai.
Lantaran puasa, mereka perlu merasai lapar dan dahaga serta
perkara-perkara yang harus mereka lakukan sekiranya mereka tidak
berpuasa. Namun, disebabkan mereka berpuasa maka mereka
perlulah berjihad menahan nafsu dengan sifat-sifat kemulian seperti
sabar, bersyukur dan tidak membazir.

Ustaz Akhi Mizi Al-Masrawi 9


Tazkirah Ramadhan

5. Bulan Ramadhan adalah madrasah yang mendidik diri memantapkan


ketaqwaan. Madrasah Ramadhan dibuka setiap tahun dengan
dijanjikan rahmat, pengampunan dan pembebasan daripada api
neraka. Oleh itu umat Islam mestilah memperbanyakkan amalan
dalam bulan Ramadhan dan menaiktaraf kualiti sekaligus.

Justeru, untuk memastikan seseorang yang melangkah masuk madrasah


Ramadhan ia mestilah bersedia dan bersungguh-sungguh beramal dengan
tekun dan ikhlas. Oleh itu, ia mestilah menjaga adab-adab bagi orang yang
berpuasa.

Ustaz Akhi Mizi Al-Masrawi 10


Tazkirah Ramadhan

Siri 4: Adab-adab Berpuasa

Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah SAW telah bersabda yang


bermaksud: “Sesiapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan
dan keikhlasan nescaya akan diampunkan segala dosanya yang telah lalu.”
Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kesempurnaan adalah milik Allah SWT. Selaku hamba Allah SWT, kita
diperintahkan supaya melakukan amal ibadat sebaik mungkin supaya menuju
kesempurnaan. Setiap umat Islam yang berpuasa mestilah berusaha
menyempurnakan ibadah tersebut dengan menjaga adab-abad berpuasa.

Antara adab-adab berpuasa ialah:

1. Memelihara lidah dari bercakap perkara yang sia-sia seperti berbohong,


mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada berkaitan
dengannya;

2. Menjaga mata, telinga dan pancaindera yang lain daripada melihat atau
mendengar yang sia-sia dan dilarang di sisi syara’;

3. Menjauhi perkara-perkara haram dan syubhat (ragu-ragu) terutama


makanan untuk berbuka dan bersahur;

4. Menjauhkan diri daripada perkara-perkara maksiat dan sia-sia;

5. Mengurangkan tidur sama ada pada waktu siang atau malam hari dengan
melakukan amalan-amalan sunat seperti membaca al-Quran, berzikir,
I’tikaf dan Qiyamullail (solat malam).

6. Mengawal keinginan diri dengan mengawal nafsu untuk makan beraneka


jenis juadah yang kadangkala berlaku pembaziran;

7. Mengutamakan hal-hal ibadat daripada menyibukkan diri dengan urusan


duniawi; lazimi zikir dan baca al-Quran.

8. Mempraktikkan amalan sunat seperti menyegerakan berbuka puasa


apabila telah masuk waktu, berbuka puasa dengan tamar (buah kurma ),
jika tiada memadai dengan air kosong dan melambatkan bersahur.

Ustaz Akhi Mizi Al-Masrawi 11


Tazkirah Ramadhan

9. Menyediakan (termasuk membelanjakan wang untuk menyediakan


makanan bagi orang berpuasa) untuk berbuka puasa akan mendapat
ganjaran seumpama orang berpuasa.

10. Memenuhi malam dengan solat berjemaah, solat terawih, witir dan solat
malam seperti solat sunat tahajud.

Ustaz Akhi Mizi Al-Masrawi 12


Tazkirah Ramadhan

Siri 5: Qiyam Ramadhan (Solat Terawih)

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesiapa yang
mendirikan Ramadan dengan penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan
baginya segala dosanya yang telah lalu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Mendirikan Ramadhan, maksudnya melakukan ibadah pada malam hari


dalam bulan Ramadhan. Ibadah yang dimaksudkan ialah Solat Sunat
Terawih. Hebatnya solat sunat Terawih ini kerana ia tidak ada pada waktu
lain melainkan ketika bulan Ramadhan.

Di masjid-masjid, surau-surau Alhamdulillah dipenuhi jemaah untuk


menunaikan solat Sunat Terawih. Suasana ini selalunya hanya terlihat pada
awal Ramadhan sahaja. Beberapa hari kemudian, keadaan kembali
lengang. Mana perginya mereka yang datang pada awal-awal
Ramadhan? Adakah sudah kecundang?

Hukum mendirikan solat sunat Terawih ini adalah Sunat Muakkad, yakni sunat
yang sangat-sangat dituntut. Bilangan rakaat solat sunat terawih
sebagaimana diitifaq oleh Jumhur Fuqaha’ ialah 20 rakaat dan ditambah
dengan 3 rakaat solat sunat Witir, menjadikan jumlahnya ialah 23. Bagi yang
tidak mampu mungkin disebabkan oleh sakit atau uzur, buatlah sekadar
mampu... mudah-mudahan akan mendapat pahala daripada Allah SWT.

Pada zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab selaku khalifah Ar-


Rasyidin yang ke-2, umat Islam dihimpunkan dalam satu jamaah untuk
menunaikan solat sunat Terawih ini secara berjemaah dengan dilantik Ubai
Bin Kaab RA selaku imam dan bilangan rakaat adalah 20 rakaat.

Jom kita beramal. Bukan senang, hanya dalam bulan Ramadhan ini sahaja
ada solat Terawih. Niatkan dengan ikhlas semata-mata beribadah kerana
Allah, insyaAllah Allah akan menolong kita dan memudahkan kita untuk
melaksanakan ibadat yang mungkin secara logiknya berat bagi kita.
Namun, dengan sifat Maha PengasihNya Allah, insyaAllah akan menjadi
mudah.

Jom, kita sama-sama istiqomah menunaikan solat sunat Terawih sepanjang


bulan Ramadhan. Moga Allah beri kita kesihatan yang baik, kelapangan
dan keinginan untuk mengerjakan solat yang banyak rakaatnya yang pada
bulan lain kita tak mampu nak laksanakan, tetapi bulan Ramadhan dengan
siangnya kita berpuasa, lapar, letih, penat... tetapi malamnya kita sambung
pula dengan mengerjakan solat. Kita lawan hawa nafsu kita dan pastinya
Allah SWT akan memberi ganjaran yang terhebat kepada kita insyaAllah.
Ustaz Akhi Mizi Al-Masrawi 13
Tazkirah Ramadhan

Amat rugi, mereka yang hanya sekadar berpuasa dalam bulan Ramadhan
tetapi malamnya sepi daripada melakukan ibadah seperti mengerjakan
solat sunat Terawih. Biarpun ia sunat, tetapi ganjarannya hebat.

Ustaz Akhi Mizi Al-Masrawi 14


Tazkirah Ramadhan

Siri 6: Siapakah yang diwajibkan berpuasa?

Bagaimana Berpuasa?

Orang Islam yang berpuasa hendaklah menahan diri dari makan, minum
dan perkara-perkara yang membatalkan puasa. Mereka wajib berniat pada
malam harinya. Mereka wajib berpuasa bermula terbit fajar sodiq sehingga
terbenam matahari atau masuk waktu maghrib. Rukun puasa ada dua iaitu
niat pada malam hari dan menahan diri daripada perkara-perkara yang
membatalkan puasa.

Siapakah yang diwajibkan berpuasa?

1. Orang-orang Islam – tidak wajib atas orang-orang kafir.

2. Taklif – iaitu orang Islam yang berakal dan cukup umur yakni baligh
(mencapai umur) – berakal/waras – tidak wajib atas orang gila. Tidak
wajib atas kanak-kanak, tetapi kanak-kanak yang mumayyiz adalah
dituntut atas kedua ibu bapanya mendidiknya untuk berpuasa.
Sekiranya dia puasa dan selari dengan syariat dia juga akan diberi
pahala oleh Allah Azza Wa Jalla.

3. Berkemampuan (sihat tubuh badan) maka diwajibkan berpuasa –


bagi mereka yang sakit atau uzur syarie diberikan rukhsah boleh untuk
tidak berpuasa tetapi Wajib mengqadha’ pada waktu yang lain.

4. Bermukim – bagi orang yang bermusafir melebihi 2 marhalal iaitu lebih


kurang 90 kilometer maka dia juga diberi rukhsah untuk tidak berpuasa
seperti orang sakit tetapi masih diwajibkan untuk Qadha’ puasa pada
hari lain.

Rasulullah S.A.W. bersabda:

“Sesungguhnya di syurga terdapat pintu yang dinamakan al-Rayyan. Orang-


orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu itu pada hari Kiamat. Tidak
ada seseorang pun yang akan masuk melalui pintu ini kecuali mereka.
Dikatakan: Mana orang-orang yang berpuasa? Lalu mereka semua berdiri.
Tidak ada seorang pun yang masuk melalui pintu ini selain mereka. Apabila
mereka semua telah masuk pintu ini akan ditutup dan tidak ada seorang pun
akan masuk melaluinya.”

(Riwayat Al-Bukhari)

Ustaz Akhi Mizi Al-Masrawi 15


Tazkirah Ramadhan

Siri 7: Perkara-perkara yang membatalkan puasa.

Pada hari ini, mari kita tinjau sedikit tentang perkara-perkara yang
membatalkan puasa:

1. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka dengan sengaja.


Rongga ialah, Qubul (kemaluan depan), Dubur (kemaluan belakang),
kerongkong melibatkan mulut, hidung dan telinga.

2. Makan atau minum dengan sengaja walaupun dengan kadar yang


sedikit. Termasuk suntikan ke dalam badan yang sampai ke perut dan
mengenyangkan.

3. Muntah dengan sengaja.

4. Gila (hilang akal) – walaupun seketika.

5. Pitam, pengsan, mabuk atau lena sepanjang hari.

6. Merokok – bagi orang yang merokok, usahalah untuk berhenti


merokok sebab sepanjang Ramadhan ini adalah masa tarbiyah yang
amat baik.

7. Bersetubuh sekalipun tidak keluar mani. – dikenakan kaffarah bagi


orang yang berjimak pada siang hari bulan Ramadhan. Kaffarahnya
ialah, 1. Memerdekakan hamba, jika tidak mampu hendaklah 2.
Berpuasa dua bulan berturut-turut, jika tidak mampu hendaklah
memberi makan 60 orang miskin. Kaffarah ini berganda jika perbuatan
bersetubuh itu berulang gandaan hari.

8. Mengeluarkan air mani dengan sengaja. Jika air mani keluar kerana
mimpi, tidak batal puasa. Manakala bagi orang yang bersetubuh
pada malam

9. Keluar darah Haid atau nifas (perempuan).

10. Bersalin/ beranak.

11. Murtad – iaitu orang yang keluar daripada agama Islam menjadi kafir
sama ada secara I’tiqad, perkataan atau perbuatan.

12. Berbuka puasa sebelum yakin terbenam matahari atau masuk waktu
maghrib.

Ustaz Akhi Mizi Al-Masrawi 16


Tazkirah Ramadhan

Siri 8: Adab-adab berbuka puasa.

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: “Bagi orang yang
puasa itu ada dua kegembiraan, kegembiraan ketika berbuka puasa dan
kegembiraan ketika bertemu dengan Tuhannya. Dan bau mulut orang
yang berpuasa itu lebih harum daripada bau kasturi di sisi Allah
S.W.T."(Riwayat Muslim)

1. Menyegerakan berbuka puasa


Rasulullah S.A.W. bersabda : “Manusia akan sentiasa berada di dalam
kebaikan selagi mereka sentiasa menyegerakan berbuka
puasa.”(Hadis riwayat al-Bukhari)

2. Biasakan diri berbuka dengan rutob/tamar atau air kosong.


Anas bin malik r.a. berkata: “Rasulullah S.A.W. berbuka puasa sebelum
solat (maghrib) dengan rutab. Jika tiada rutab, Baginda akan berbuka
dengan tamar dan jika tiada tamar, Baginda akan meneguk
beberapa teguk air.” (Riwayat Imam al-Tirmizi)

3. Berdoa dan bacalah Bismillah

4. Banyakkan beristighfar dan berdoa sebelum berbuka puasa


“Tiga doa yang sangat mustajab, doa orang yang puasa, doa orang
yang dizalimi dan doa orang yang musafir”
(Riwayat Al-Bukhari, Ahmad dan Tirmidzi)

5. Beri makan kepada orang yang berbuka puasa


Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang memberi makan kepada orang
yang berpuasa makanan untuk berbuka puasa maka baginya pahala
orang yang berpuasa itu dengan tanpa dikurangi pahala orang yang
berpuasa itu.” (Hadis Riwayat Imam At-Tirmidzi)

6. Mendoakan orang yang memberi makan berbuka puasa


Sabda Rasulullah S.A.W: “Sesungguhnya doa yang tidak ditolak bagi
orang berpuasa itu ialah ketika dia berbuka.” (Hadis riwayat Ibn
majah)

7. Berbuka dengan makanan dan minuman yang halal

8. Menyegerakan berbuka untuk segera menunaikan solat Maghrib

Ustaz Akhi Mizi Al-Masrawi 17


Tazkirah Ramadhan

Sabda Rasulullah S.A.W: “Apabila seseorang dihidangkan makan


malam sedangkan solat (jemaah) telah didirikan, utamakan makan
malam. Janganlah seseorang itu tergopoh-gopah menghabiskan
makanan itu sehinggalah dia selesai dalam keadaan tenang.”
(Riwayat al-Bukhari)

9. Berbuka puasa dengan makanan yang sekadarnya sahaja, tidak


berlebih-lebihan.
“…Cukuplah bagi anak Adam itu beberapa suap dapat meluruskan
tulang belakangnya (memberi kekuatan kepadanya). Sekiranya tidak
mustahil (boleh dilakukan), suaplah satu pertiga untuk makanan, satu
pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan.” (Hadis
riwayat al-Tirmizi)

10. Jangan membazir. – membazir adalah amalan syaitan. Bulan


Ramadhan syaitan dibelenggu jangan nafsu kita pula menjadi syaitan.

Ustaz Akhi Mizi Al-Masrawi 18


Tazkirah Ramadhan

Siri 9: Bersahurlah untuk mendapatkan keberkatan

Dari Anas r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Bersahurlah kamu


semua, kerana sesungguhnya dalam sahur itu ada berkatnya." (Riwayat
Bukhari & Muslim)

Maksud barokah atau keberkatan dalam hadis tersebut ialah wujudnya


ganjaran pahala yang besar bago orang yang bersahur dan menjadi
ibadah yang disukai oleh Allah SWT yang dilakukan oleh kita selaku
hambaNya untuk mencapai redha Allah Azza wa Jalla.

Menurut Imam Ibnu Hajar Al-‘Asqolani, “Keberkatan sahur itu diperolehi


melalui beberapa perkara: iaitu mengikuti sunnah, membezakan amalan
Islam dengan amalan ahli kitab, menambahkan tenaga dan kekuatan untuk
berpuasa, menghindari rasa lapar dan tabiat buruk ketika lapar, menjadi
sebab untuk memberi sedekah kepada orang lain atas rasa insaf merasa
lapar, menjadi alasan untuk berzikir, berdoa dan memberi kesempatan untuk
mereka yang tidak berniat sebelum tidur untuk berniat puasa ketika bangun
sahur.”

Memang benar, beza antara amalan puasa kita orang Islam dengan puasa
ahli kitab ialah pada sahur. Orang Yahudi dan Nasrani mereka berpuasa
tetapi mereka tidak bersahur bahkan mereka ditegah makan dan minum
setelah tidur.

Bangunlah untuk bersahur, paksalah diri untuk menjamah makanan dan


hidangan sahur yang ada padanya keberkahan. Atau meskipun hanya
meminum seteguk air kosong dengan niat mengikut sunnah maka insyaAllah
akan diberikan keberkatan. Bersahurlah di akhir waktunya kerana ia lebih
Afdhal. Tetapi berhati-hatilah jangan sampai melanggar masanya pula. Oleh
itu, carilah keberkatan ketika bangun sahur. Jangan hanya sekadar makan
dan minum sahaja… tetapi cubalah untuk melakukan amalan-amalan
qiamulillah dan zikir seperti solat sunat Tahajjud, baca al-Quran dan berdoa
kepada Allah SWT.

Setelah itu, bersiap-siaplah untuk menunaikan kewajipan solat Subuh… dan


afdhalnya ditunaikan secara berjemaah di masjid atau pun surau.

Ustaz Akhi Mizi Al-Masrawi 19


Tazkirah Ramadhan

Siri 10: Puasa yang sempurna.

.
[‫] ﻣﺘﻔﻖ ﻋﻠﻴﻪ‬

Abu Hurairah berkata: Rasulullah S.A.W telah bersabda, Allah berfirman:


“Setiap amalan anak Adam baginya melainkan puasa maka ia untukKu dan
Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila
seseorang berada pada hari puasa maka janganlah ia bercakap-cakap
yang kotor dan jangan pula bertengkar (meninggikan suara). Sekiranya dia
dihina atau diserang maka dia berkata: “Sesungguhnya aku berpuasa” demi
Tuhan yang mana diri nabi Muhammad di tanganNya maka perubahan bau
mulut orang berpuasa lebih baik di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau
kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia
bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan
waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan
puasanya.” (Riwayat Bukhari, Muslim)

Berdasarkan hadis yang saya bacakan tadi, amalan puasa adalah amalan
yang khusus yang akan diberi balasan. Oleh itu, marilah sama-sama kita
perbaiki puasa Ramadhan kita.

Imam Al-Ghazali bagi panduan kepada kita,

Puasa orang awam: Puasa dengan meninggalkan makan, minum dan


perkara yang membatalkan puasa.

Puasa khusus Ahlul Khawas: Puasa dengan meninggalkan makan, minum


dan perkara yang membatalkan puasa dan dalam masa yang sama
meninggalkan perbuatan sia-sia yang boleh mengurangi pahala puasa
seperti menahan lidah, mata, telinga, tangan, kaki dan anggota lain
daripada terlibat dengan perkara maksiat.

Puasa khususul khusus Ahlul Makrifat: termasuk hati juga berpuasa. Hanya
semata-mata mengharapkan redha Allah SWT. Tidak memikirkan hal-hal
duniawi.

Ustaz Akhi Mizi Al-Masrawi 20


Tazkirah Ramadhan

Siri 11: Siapa yang diberi rukhsah untuk tidak berpuasa.

Allah SWT berfirman:

(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa
di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka),
kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-
hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa
(kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang
miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah)
lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan
(walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi
fidyah), kalau kamu mengetahui. (Al-Baqarah 2:184)

Bagi orang yang tertentu diizinkan mereka berbuka puasa iaitu:

1. Orang yang sakit termasuk uzur syarie seperti haid, nifas, wiladah. - Qadha

2. Orang yang bermusafir. - Qadha

3. Orang yang bekerja berat untuk mencari nafkah wajib atau dalam situasi
darurat yang boleh memudaratkan. fidyah

4. Orang tua yang sudah lemah dan tidak mampu lagi untuk berpuasa dan
orang sakit sepanjang tahun. fidyah

5. Orang yang hamil dan ibu yang menyusukan anak dikhuatiri menjejaskan
kesihatan. Dalam mazhab Shafie, jika kerana…

- Diri sendiri – Wajib Qadha sahaja

- Diri sendiri dan anak atau anak sahaja – Qadha dan fidyah.

Allah SWT Tuhan yang Maha Pemurah dan Penyayang menerusi sifat
Rahman dan Rahimnya, memberikan rukhsah iaitu keringanan untuk orang
Islam berbuka puasa atau tidak berpuasa. “Allah menghendaki
kemudahan, dan tidaklah Allah menghendaki kesukaran.”

Ustaz Akhi Mizi Al-Masrawi 21


Tazkirah Ramadhan

Siri 12: Beberapa perkara sunnah dan sunat bagi orang yang
berpuasa.

Antara perkara sunat bagi orang berpuasa ialah:

1. Bersahur dan melambatkan sahur – banyak hikmah dalam makan sahur.


Selain hikmah yang kita boleh Nampak seperti rasa bertenaga dan
membantu kita untuk kuat berpuasa, hikmah lain adalah keberkatan
yang ada pada sahur itu. Dan melambatkan sahur adalah Afdhal Cuma
jangan sampai lebih masa.

2. Menyegerakan berbuka puasa apabila telah masuk waktu dengan buah


kurma rutob (kurma masak yang basah)atau tamar (kurma masak yang
kering) atau air kosong.

3. Menyediakan jamuan berbuka kepada orang berpuasa. Rasulullah SAW


bersabda dalam sebuah hadis: “Sesiapa yang menjamu orang yang
berpuasa makanan berbuka puasa, nescaya dia memperoleh pahala
seperti pahala puasa orang yang dijamunya itu tanpa berkurang sedikit
pun daripada pahala puasa orang itu.”

4. Beristiqomah mendirikan solat Qiyam Ramadhan iaitu solat Terawih dan


solat Witir sebanyak 23 rakaat sepanjang bulan Ramadhan. Nabi
bersabda dan sebuah hadis soheh riwayat Imam Bukhari dan Muslim:
“Sesiapa yang mendirikan Ramadhan (Solat Qiyam Ramadhan) dengan
keimanan dan keikhlasan maka diampunkan segala dosanya yang telah
lalu.”

4. Memperbanyakkan ibadat sunat yang lain seperti bertadarus al-Quran,


menghayati dan mentadabbur makna ayat Al-Quran, solat-solat sunat
yang lain seperti solat sunat Dhuha, solat Sunat Tahajjud, Solat sunat
Rawatib dan sebagainya, bersedekah, menghubungkan silaturrahim,
I’tikaf di masjid, berzikir dan sebagainya.

5. Meninggalkan perkara sia-sia sepanjang bulan Ramadhan sebagai latihan


supaya dapat meninggalkan terus perbuatan tersebut pada bulan-bulan
yang lain.

6. Gunakan masa dalam bulan Ramadhan untuk lebih banyak meluangkan


masa dengan keluarga. Berbuka puasa dan makan sahur semeja
sehidangan sekeluarga mungkin sukar untuk didapati pada bulan-bulan
lain, tetapi bulan Ramadhan boleh untuk kita laksanakan. Masa inilah
hubungan keluarga antara anak dengan ibu bapa, adik beradik akan
bertambah erat.

Ustaz Akhi Mizi Al-Masrawi 22


Tazkirah Ramadhan

Siri 13: Adab-adab Berpuasa.

Antara adab-adab berpuasa ialah:

1. Memelihara lidah dari bercakap perkara yang sia-sia seperti


berbohong, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang
tiada berkaitan dengannya;

2. Menjaga mata, telinga dan pancaindera yang lain daripada melihat


atau mendengar yang sia-sia dan dilarang di sisi syara’;

3. Menjauhi perkara-perkara haram dan syubhat (ragu-ragu) terutama


makanan untuk berbuka dan bersahur;

4. Menjauhkan diri daripada perkara-perkara maksiat dan sia-sia;

5. Mengurangkan tidur sama ada pada waktu siang atau malam hari
dengan melakukan amalan-amalan sunat seperti membaca al-Quran,
berzikir, I’tikaf dan Qiyamullail (solat malam).

6. Mengawal keinginan diri dengan mengawal nafsu untuk makan


beraneka jenis juadah yang kadangkala berlaku pembaziran;

7. Mengutamakan hal-hal ibadat daripada menyibukkan diri dengan


urusan duniawi;

8. Mempraktikkan amalan sunat seperti menyegerakan berbuka puasa


apabila telah masuk waktu, berbuka puasa dengan tamar (buah kurma
), jika tiada memadai dengan air kosong dan melambatkan bersahur.

9. Menyediakan (termasuk membelanjakan wang untuk menyediakan


makanan bagi orang berpuasa) untuk berbuka puasa akan mendapat
ganjaran seumpama orang berpuasa.

10. Memenuhi malam dengan solat terawih, witir dan solat malam seperti
solat sunat tahajud.

Ustaz Akhi Mizi Al-Masrawi 23


Tazkirah Ramadhan

Siri 14: Ustaz... saya terlupa.

Pernah kah kita terlupa ketika sedang berpuasa Ramadhan? Misalnya... kita
pulang dari kerja atau pulang dari sekolah bagi anak-anak. Cuaca amat
panas, tekak kita terasa kering dan dahaga... lantas bila kita sampai di
rumah kita terus saja menuju ke dapur dan mengambil air dan meminumnya.
Atau mungkin kita mengambil makanan dalam peti sejuk dan memakannya
sedangkan kita berpuasa. Apabila tersedar, rupa-rupanya kita sedang
berpuasa.

Jika berlaku situasi sedemikian, jangan panic. Jangan gelabah. Lupa


memang sifat manusia. Apa nak buat, sudah kita lupa. Tetapi jika sengaja
membatalkan puasa sama ada dengan makan, minum atau perkara-
perkara yang membatalkan puasa maka jelas berdosa dan perlu bertaubat
serta mengqadha’ puasa itu pada hari yang lain. Ada pun bagi mereka
yang lupa, ianya tidaklah mengapa.

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

“Sesiapa yang lupa sedangkan dia sedang berpuasa, lalu dia makan atau
minum maka hendaklah dia sempurnakan puasanya kerana ketika itu Allah
memberikan dia makan dan minum.” (Muttafaqun Alaih).

Berdasarkan kepada hadis ini, menjadi dalil bahawa makan dan minum
dengan sebab lupa ketika berpuasa tidak mengapa. Tidak batal puasanya
dan tidak pula berdosa. Hendaklah dia menyambung berpuasa. Puasanya
sah. Bahkan minuman dan makanan yang dimakannya itu adalah rezeki
daripada Allah. Para ulamak mengqiaskan lupa dengan perbuatan tidak
sengaja juga tidak membatalkan puasa. Misalnya, ketika kita sedang
berkumur untuk mengambil wuduk air yang tertelan dengan tidak sengaja
itu tidak membatalkan wuduk.

Lupa adalah sifat manusia. Jangan mengkeji dan mencela orang yang
terlupa. Boleh jadi suatu hari kita pun boleh lupa. Jadi, jika kita melihat
seseorang makan dan minum ketika dia sedang berpuasa kerana lupa,
hendaklah kita menegurnya dan mengingatkannya tentang puasa.
Menegur termasuk amar makruf dan nahi mungkar. Justeru, sama-samalah
kita berhati-hati dan sentiasa ingat bahawa kita sedang berpuasa.

Ustaz Akhi Mizi Al-Masrawi 24


Tazkirah Ramadhan

Siri 15: Kelebihan dan Keistimewaan Ramadhan

1. Bulan Tarbiyah

Tarbiyah ketaqwaan kepada setiap orang yang berpuasa. Melatih diri


supaya menjadi seorang yang bersyukur, bersabar, amanah, berdisiplin,
memelihara lidah, memelihara anggota lain-lain daripada melakukan
perkara yang boleh mengurangi pahala puasa. Melatih diri supaya bersifat
pemurah dan tidak kedekut. Suka membantu orang lain yang memerlukan.

2. Diwajibkan berpuasa Ramadhan disunatkan Tarawih

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa


sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu,
supaya kamu bertaqwa. (Al-Baqarah 2:183)

Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang


bermaksud : “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan
dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu.”
(Riwayat Imam Nasaie, Ibn majah, Ibn Habban dan Al-Baihaqi)

Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda, Tuhanku berfirman:


“Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan
Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang
berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada
hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka
dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi
Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih
harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang
berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya
apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila
bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya.” (Hadis riwayat imam
Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi)

Abu Hurairah telah berkata, Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda
tentang Ramadhan yang bermaksud: “Sesiapa yang mendirikan Ramadhan
dengan penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya
yang telah lalu.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud,
Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi) Maksudnya ialah melaksanakan solat
Sunat Terawih.

3. Diturunkan Al-Quran

Ustaz Akhi Mizi Al-Masrawi 25


Tazkirah Ramadhan

Membaca al-Quran secara istiqamah dan bermujahadah. Imam As-Syafie


mengkhatam al-Quran dalam bulan Ramadhan dua kali dalam sehari
semalam. Ini bermakna dalam sebulan Ramadhan beliau mengkhatamkan
60 kali Al-Quran.

Allah Ta’ala berfirman, mafhumnya: “Bulan Ramadhan yang diturunkan di


dalamnya Al-Quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan atas
petunjuk itu, serta pemisah antara haq dan batil”. (Al Baqarah: 185)

Al-Quran akan menjadi syafaat kepada ahlinya di akhirat nanti. Nabi SAW
bersabda,

”Bacalah al-Quran sesungguhnya al-Quran akan datang pada hari kiamat


memberikan syafaat kepada pembacanya.” (Hadis Riwayat Muslim)

4. Bulan rahmat dan pengampunan serta keberkatan

Rasulullah Saw. bersabda: “Dan siapa yang berpuasa Ramadhan dengan


penuh keimanan dan keikhlasan, diampunkan untuknya dosa yang telah
lalu.”(Riwayat Al- Bukhari)

5. Lailatul Qadar

Diriwayatkan oleh Imam Malik dalam Al Muwatha’, dia telah mendengar


dari seorang ahlul ilmi tsiqah yang telah mengatakan: “Sesungguhnya telah
diperlihatkan usia-usia umat sebelumnya kepada Rasulullah Saw., atau apa
yang telah Allah kehendaki dari hal itu, dan sepertinya usia umat beliau tidak
mampu menyamai amalan yang telah dicapai oleh umat-umat
sebelumnya, maka Allah memberi beliau Lailatul Qadar yang lebih baik
daripada seribu bulan.” (Riwayat Imam Malik).

6. Pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup dan syaitan dibelenggu

Abu Hurairah menyatakan : “Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang


bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga
dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan.” (Hadis
diriwayatkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasaie, Ahmad dan Baihaqi)

7. Digandakan ganjaran pahala untuk setiap amalan soleh

Dari Salman ra., bahawasannya Rasulullah Saw. berkhutbah di hari terakhir


bulan Sya’ban: ”Wahai manusia, telah datang kepada kamu bulan agung
yang penuh berkat. Bulan yang terdapat di dalamnya sebuah malam yang
lebih baik dari seribu bulan, bulan yang Allah jadikan puasa di dalamnya
sebagai kewajiban, dan qiamul lail sebagai perkara yang disunnahkan,
barang siapa mendekatkan diri di dalamnya dengan perbuat kebajikan,
maka ia seperti mengerjakan kewajiban selainnya, dan barang siapa

Ustaz Akhi Mizi Al-Masrawi 26


Tazkirah Ramadhan

mengerjakan kewajiban di dalamnya, maka ia seperti mengerjakan tujuh


puluh kewajiban selainnya…” (Riwayat Ibnu Huzaimah dalam Shahihnya)

8. Mustajab Doa

Diriwatkan dari Abu Umamah Ra, bahawa Rasulullah Saw. bersabda:”...Dan


untuk setiap muslim di setiap hari dan petang (dalam bulan Ramadhan) doa
yang mustajab.” (Riwayat Al-Bazar).

Rasulullah juga bersabda:”Tiga yang tidak tertolak doanya, orang yang


berpuasa hingga berbuka, imam adil, dan doa orang yang dizalimi”.
(Riwayat Imam At-Tirmidzi)

9. Meningkatkan amalan-amalan sunat pada 10 yang terakhir

Contohnya : I’tikaf, Tadarus Al-Quran, Bersedekah dan sebagainya.

Ustaz Akhi Mizi Al-Masrawi 27


Tazkirah Ramadhan

Siri 16: Abang... Sudah separuh Ramadhan.

Masya-Allah abang-abang, kakak-kakak, pakcik-pakcik, makcik-makcik...


rupanya sudah separuh Ramadhan berlalu meninggalkan kita. Sama ada
kita sedar atau sebaliknya, hakikatnya Ramadhan sedang berlalu pergi.
Yang sudah berlalu tak akan kembali. Alangkah ruginya kita. Sebab tak
ambil peluang yang ada. Peluang yang diberikan oleh Allah Taala kepada
kita ini hanya datang setahun sekali. Bukan lama mana, hanya sebulan saja.

Kita, Umat Islam kena sedar bahawa Ramadhan adalah bulan yang sangat
hebat dan istimewa. Hebat kerana Allah memilihnya sebagai bulan
keberkatan. Diturunkan Al-Quran pada bulan Ramadhan. Difardhukan
puasa juga pada bulan Ramadhan. Syurga dibukakan dan neraka ditutup.
Peluang pengampunan diberikan kepada hamba-hambaNya yang
meminta pengampunan Tuhan. Kita orang Islam diwajibkan berpuasa.
Diberikan lagi peluang beribadah dengan menunaikan solat Terawih pada
malamnya sebanyak 20 rakaat dan 3 rakaat witir, sedangkan bulan-bulan
yang lain kita tak puasa, kita tak bersembahyang sebanyak solat pada
bulan Ramadhan. Allah beri kita kekuatan untuk melaksanakannya.

Alhamdulillah, syukur kita kepada Allah SWT kerana kita dapat hidup dalam
sebuah Negara yang aman makmur di Malaysia. Kita jauh daripada zon
peperangan dan huru hara. Kita dapat menunaikan puasa dengan baik.

Bayangkan tuan-tuan, puan-puan... andai kita berada di Negara yang


sedang berlaku peperangan. Makanan pun tak ada nak berbuka dan
bersahur. Kehidupan sangat sukar. Kita berbuka puasa, kenyang. Kemudian
malas menguasai diri. Kita tak rebut peluang untuk beribadah kepada Allah
dalam bulan mulia ini.

Rugi sungguh, sekarang sudah separuh Ramadhan berlalu. Abang... sudah


separuh Ramadhan. Jangan ralit lagi. Cuba semak balik diri kita, amalan
kita. Adakah sudah memadai? Sudah tentunya tidak. Bagaimana puasa
kita? Apakah puasa telah mendidik kita meninggalkan perkara-perkara
yang sia-sia yang mengurangkan pahala puasa seperti mengumpat,
bercakap yang sia-sia, pemarah, menghina dan mengkeji orang lain,
berbohong.

Bagaimana pula dengan amalan soleh kita, solat terawih kita, zikir kita,
bacaan al-Quran, sedekah, infaq dan sebagainya. Lupakah kita, bahawa
pada bulan Ramadhan ini setiap amalan Fardhu digandakan sehingga 70
kali ganda dan setiap amalan sunat diberi pahala amalan Fardhu?

Ayuh, masih belum terlewat. Muhasabah diri kita.... kita sudah berada pada
separuh Ramadhan. Jangan abaikan yang separuh lagi...

Ustaz Akhi Mizi Al-Masrawi 28


Tazkirah Ramadhan

Siri 17: Sepintas lalu Informasi Nuzul Al-Quran

Nuzul al-Quran atau Penurunan Al-Quran, telah menjadi salah satu peristiwa
besar dalam Islam sekaligus ia membawa petunjuk hidayah, pimpinan dan
rahmat untuk sekalian alam, khususnya manusia sebagai khalifah di atas
muka bumi. Al-Quran diturunkan kepada Baginda Nabi SAW selama 23
tahun. 13 tahun di Makkah iaitu sebelum Hijrah dan 10 tahun di Madinah iaitu
selepas hijrah.

Al-Quran merupakan kalam Allah Azza wa Jalla yang benar. Sesiapa yang
meragui dan mengingkarinya boleh menyebabkan kufur. Ini disebabkan
kitab suci al-Quran adalah salah satu kitab yang wajib diimani dan diyakini
berasal daripada Allah SWT yang diturunkan kepada pesuruhnya iaitu rasul-
rasul yang terpilih.

Al-Quran diturunkan pada bulan Ramadhan. Sebagaimana Allah berfirman


dalam Surah Al-Baqarah ayat 185, mafhumnya: “bulan Ramadan yang
padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan
menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan
(menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.”

Allah SWT berfirman:

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, (Al-Qadr 97:1)

Menurut Ibnu Abbas r.a dan majoriti ulamak Ahli sunnah waljamaah,
penurunan al-Quran berlaku dalam 2 cara iaitu secara sekaligus dan
berperingkat-peringkat. Iaitu penurunan secara sekaligus dari luh mahfuz ke
Baitil Izzah di langit dunia pada malam al-Qadar yang diberkati dan mulia.
Kemudian al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW secara
berperingkat-peringkat. Ini berdasarkan hadis daripada Ibnu Abbas yang
diriwayatkan oleh Al-Baihaqi, Al-Hakim, An-Nasai dan at-Tabarani.

Bersyukur kita kepada Allah di atas penurunan Al-Quran. Kitab suci umat
Islam yang menjadi rujukan kehidupan kita di dunia dan akan memberi
kebahagian dan kesejahteraan di akhirat. Justeru, jom kita baca Al-Quran,
hayati dan tadabbur makna ayat-ayat Al-Quran kemudian amalnkan dalam
kehidupan kita. Apa yang menjadi kerugian umat Islam adalah, apabila
gagal untuk menghayati isi ajaran Islam yang terkandung dalam Al-Quran.

Jom ubah diri kita, jadi manusia yang lebih baik.

Ustaz Akhi Mizi Al-Masrawi 29


Tazkirah Ramadhan

Siri 18: Jom ganda pahala dengan beri makan kepada orang
berpuasa

Islam adalah agama keharmonian dan mementingkan kesejahteraan hidup


bermasyarakat. Oleh itu, umat Islam mempunyai tanggungjawab
masyarakat terhadap orang lain. Orang yang kaya, tidak sombong dengan
kemewahannya. Manakala orang miskin pula tidak dengki dengan
kekayaan orang lain. Justeru, amalan bersedekah amat dianjurkan oleh
agama Islam supaya kehidupan bermasyarakat akan jadi lebih bermakna.

Nabi Muhammad SAW bersabda dalam sebuah hadis:

“Siapa memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti
orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi pahala orang yang
berpuasa itu sedikit pun juga.”

Termasuk antara sedekah yang sangat-sangat dianjurkan dalam bulan


Ramadhan ialah beri orang yang berpuasa makanan untuk mereka berbuka
puasa. Hari ini kita tengok, rata-rata masjid ada diadakan majlis berbuka
puasa. Tahniah kepada mereka yang memberi sumbangan untuk orang lain
berbuka puasa. Itulah amalan yang patut dicontohi.

Bagi orang yang berbuka puasa dari makanan yang diberikan pula, jangan
lupa untuk berdoa kepada pemberi sumbangan makanan tersebut. Doalah
kebaikan untuknya kerana orang yang berpuasa termasuk salah satu antara
orang yang doanya mustajab. Antara doa yang didoakan oleh Nabi ketika
diberi makan dan minum ialah:

[Ya Allah, berilah ganti makanan kepada orang yang memberi makan
kepadaku dan berilah minuman kepada orang yang memberi minuman
kepadaku]

Untuk itu, disamping beri makanan kepada orang-orang faqir miskin, jangan
lupa beri juga makanan kepada orang-orang soleh dan para alim ulamak
supaya mereka juga mendoakan kepada kita. Kalau kita beri makan
kepada orang yang tidak lapar, tidak berpuasa, mereka mungkin akan
mencela kita dan makanan kita, sebaliknya jika diberikan kepada orang
berpuasa yang soleh mereka akan selalu mendoakan kita. InsyaAllah.

Ustaz Akhi Mizi Al-Masrawi 30


Tazkirah Ramadhan

Siri 19: Lazimi beristighfar dan Banyakkan berdoa

Mana ada seorang manusia pun tanpa kesilapan dan kesalahan? Mana
ada pula manusia biasa yang tidak pernah melakukan dosa dan maksiat.
Kecuali para Nabi dan Rasul kerana mereka maksum. Allah mengampunkan
mereka dan memelihara mereka daripada dosa dan maksiat. Sedangkan
kita manusia biasa, Allah membuka seluas-luasnya pintu taubat.

Sebab itu, ketika Nabi Adam AS diceritakan dalam Al-Quran setelah mana
diperdayakan oleh Iblis Laknatullah, Nabi Adam dan isterinya melazimi doa
meminta ampun daripada Allah.

Mereka berdua merayu: "Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan
kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya
menjadilah kami dari orang-orang yang rugi". (Al-A'raaf 7:23)

Bahkan kesemua para Nabi dan Rasul mereka melazimi istighfar dan
bertaubat kepada Allah Azza Wa Jalla, sedangkan mereka adalah manusia
yang maksum yang suci daripada palitan dosa maksiat. Nabi Ibrahim, Nabi
Musa, Nabi Yunus juga meminta ampun kepada Tuhan dan dicerita dalam
Al-Quran. Begitulah juga dengan Nabi kita, Nabi Muhammad SAW. Dalam
hadis riwayat Imam al-Bukhari Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya aku
beristighfar kepada Allah dalam sehari 70 kali.” Dalam riwayat yang lain 100
kali.

Lihatlah para pendengar sekalian, bagaimana mereka para rasul yang


dikasihi oleh Allah yang maksum daripada sebarang dosa pun melazimi
istighfar dan bertaubat kepada Allah. Marilah kita, lazimi istighfar kepada
Allah SWT dan bertaubat atas kesalahan dan kesilapan yang kita lakukan.

Allah menyebut,

“SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan


mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.” (Al-Baqarah 2:222)

Bertepatan dengan kelebihan bulan Ramadhan ini, jom kita lazimi istighfar
lebih-lebih lagi ketika hampir hendak berbuka puasa kerana untuk
menampung kelemahan ibadah puasa yang kita laksanakan.

Ustaz Akhi Mizi Al-Masrawi 31


Tazkirah Ramadhan

Siri 20: Jom Tunaikan Zakat Fitrah

Zakat Fitrah ialah zakat diri yang menjadi kewajipan ke atas setiap orang
Islam sama ada lelaki atau perempuan yang berkemampuan dan
memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syarak. Maksud
kemampuan ialah mereka yang mempunyai lebihan belanja untuk
berbelanja pada malam dan hari raya. Selain itu, kita patut ingat zakat ini
wajib atas orang Islam yang hidup pada Ramadhan dan 1 Syawal. Begitu
juga orang yang baru memeluk Islam, sekiranya dia memeluk Islam pada
bulan Ramadhan sebelum terbenam matahari akhir Ramadhan dan kekal
hidup dalam Islam pada 1 Syawal. Atau anak yang lahir sebelum terbenam
matahari akhir Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari 1 Syawal.
Maka diwajibkan zakat fitrah.

Allah SWT berfirman:

Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah
kamu kepada Rasul Allah; supaya kamu beroleh rahmat. (An-Nuur 24:56)

Pada asasnya zakat fitrah ini dikenakan terhadap makanan asasi iaitu beras,
namun... boleh kita bayar berdasarkan nilai yang telah ditetapkan oleh
pihak berkuasa agama Islam. Khususnya di Kedah nilainya ialah RM7 untuk
setiap seorang. Misalnya kita selaku suami, kita juga diwajibkan untuk
membayar kepada tanggungan kita iaitu isteri, anak-anak, termasuk ibu
bapa yang kita sara.

Kita disunatkan membayar atau menunaikan zakat fitrah ini sepanjang bulan
Ramadhan. Saya dapati ada kaunter pembayaran zakat dibuka sama ada
di pejabat zakat mahupun melalui amil yang dilantik di masjid-masjid setiap
Qaryah. Tunaikan zakat fitrah ini jangan sampai lupa. Kita masih boleh
menunaikan zakat Fitrah ini sehingga sebelum sembahyang hari Raya Aidil
Fitri bahkan menjadi wajib setelah mana terbenam matahari akhir
Ramadhan kerana sudah masuk 1 Syawal.

Antara hikmah di sebalik pensyariatan zakat fitrah ini adalah untuk memberi
peluang kepada faqir miskin dapat merayakan hari raya bersama-sama.
Oleh itu, sekiranya ditunaikan awal maka ia akan memberi peluang agar
perbelanjaan zakat daripada wang yang terkumpul itu dapat diagihkan
kepada para asnaf terutamanya kepada golonga faqir dan miskin untuk
menyambut hari raya. Zakat fitrah juga adalah tanda syukur orang yang
berpuasa atas nikmat berpuasa yang diberikan oleh Allah. Oleh itu, marilah
kita menunaikan zakat fitrah. Orang yang sengaja tidak menunaikan zakat
fitrah sedangkan dia mampu maka dia berdosa.

Ustaz Akhi Mizi Al-Masrawi 32


Tazkirah Ramadhan

Siri 21: Kelebihan orang yang membaca Al-Quran

Ada banyak hadis mahupun ayat Al-Quran yang menyebut tentang


kelebihan orang yang menjadi ahli Al-Quran. Orang yang membaca Al-
Quran, menghafal Al-Quran, mengamalkan al-Quran, belajar Al-Quran,
mengajar Al-Quran, mempraktikkan al-Quran dan sebagainya...

Dalam ruang yang terbatas ini, saya akan sebut beberapa hadis sahaja
antaranya:

Rasulullah s.a.w. bersabda, “sebaik-baiknya kamu adalah orang yang


belajar al Qur’an dan mengajarkannya) ”. (Riwayat Bukhari, Abu Daud,
Tirmidzi, Nasaie)

(‫)ﺭﻭﺍﻩ ﺍﻟﺘﺮﻣﺬﻱ ﻭﻗﺎﻝ ﻫﺬﺍ ﺣﺪﻳﺚ ﺣﺴﻦ ﺻﺤﻴﺢ ﻏﺮﻳﺐ ﺍﺳﻨﺎﺩﺍ ﻭﺍﻟﺪﺍﺭﻣﻰ‬

Dari Ibnu Mas’ud r.a. berkata bahwa Rasulullah saw. bersabda,


“barangsiapa membaca satu huruf dari Kitab Allah, maka baginya satu
hasanah (kebaikan) dan satu hasanah itu sama dengan sepuluh kali
lipatnya. Aku tidak mengatakan alif lam mim itu satu huruf, tetapi alif
satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf.” (Riwayat At-Tirmidzi)

“Barangsiapa membawa amalan baik, maka untuknya (pahala) sepuluh kali


lipat amalannya)”…Surah Al An’am [6] :160

Daripada Abi Umamah Al-Bahily RA berkata, Aku mendengar Rasulullah


SAW bersabda: “Bacalah Al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada
hari Kiamat memberi syafaat kepada ahlinya.” (Riwayat Muslim.)

Ustaz Akhi Mizi Al-Masrawi 33


Tazkirah Ramadhan

Siri 22: Mukjizat Al-Quran

Mukjizat merupakan pemberian Allah SWT khusus kepada para nabi dan
rasulNya bagi membuktikan kekuasaanNya dan menjadi kelangsungan
membuktikan kenabian dan kerasulan seseorang pesuruh Allah SWT. Mukjizat
menguatkan hujah kenabian dan kerasulan mereka terhadap pengikut dan
penentang mereka. Mukjizat agung baginda Nabi Muhammad SAW adalah
Al-Quran. Kitab Al-Quran dijamin oleh Allah SWT bahawa ia terjaga dan
terpelihara sesuai Firman Allah SWT dalam surah al-hijri ayat 9,

“Sesunguhnya kamilah yang menurunkan al-Quran dan kamilah yang


menjaga dan memeliharanya.”.

Selain, Allah berjanji untuk memelihara Al-Quran sebagai mukjizat agung


Baginda Rasulullah SAW... Al-Quran sebenarnya diturunkan kepada baginda
Nabi Muhammad dalam kalangan masyarakat Arab yang mementingkan
kesusateraan. Namun, apabila ayat-ayat Al-Quran dibacakan ternyata
segala karya sastera manusia tidak menandingi gaya bahasa Al-Quran.
Selain itu, Al-Quran bukan sebuah buku cerita rekaan... sebaliknya segala
fakta, sejarah umat masa lalu, hukum hakam, perbandingan, janji dan
ancaman semuanya adalah benar belaka. Bahkan tidak ada satu ayat pun
yang berbeza dengan ayat yang lain. Sekiranya ia buatan manusia, sudah
tentu akan ada kesilapan.

Selain Al-Quran menjadi rujukan ilmu, dalam ayat-ayat Al-Quran terkandung


ilmu pengetahuan yang tepat dan ditemui dalam dunia modern. Misalnya
Al-Quran telah membicarakan tentang proses kejadian manusia secara
terperinci, padahal ilmu sains hanya menemuinya setelah adanya alat-alat
modern.

Kita amat-amat digalakkan memperbanyak bacaan al-Quran pada bulan


Ramadhan kerana ganjaran pahala yang besar dan merupakan amalan
para salafus soleh. Antaranya,

1. Uthman RA khatam sekali setiap hari.


2. Sahabat-sahabat khatam setiap 3 hari sekali.
3. Ada yang 7 hari sekali khatam.
4. Ada yang 10 hari sekali khatam.
5. Imam As-Syafie Rahimahullah khatam 60 kali dalam bulan Ramadhan.

Ustaz Akhi Mizi Al-Masrawi 34


Tazkirah Ramadhan

Siri 23: Jom Hayati dan Tadabbur makna Ayat Al-Quran.

Kita biasa diajak untuk membaca Al-Quran. Bahkan, sejak kecil-kecil lagi
seawall usia 4 tahun kita telah mempelajari al-Quran. Kita bermula
membaca Muqaddam atau Iqra’ dan kemudian baca Al-Quran.
Masyarakat kita khususnya orang Melayu, Alhamdulillah mempunyai
kesedaran yang amat tinggi mengenai pendidikan Al-Quran. Tak dinafikan
ada juga ibu bapa yang masih tidak menitik beratkan pendidikan Al-Quran
kepada anak-anak. Jom ubah diri kita. Al-Quran adalah cahaya petunjuk,
kitab rujukan yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada kita.

Membaca Al-Quran merupakan satu ibadah yang dijanjikan pahala oleh


Allah SWT. Kita mampu membaca surat khabar, buku-buku cerita, novel,
cerpen, cereka hikayat dan pada zaman ini membaca mesej di media
social seperti aplikasi Whatsapp dan facebook dan sebagainya, sekalipun
ada manfaatnya tetapi ia tidak sama dengan membaca Al-Quran. Al-Quran
mempunya pelbagai kelebihan dan kebaikan kepada pembacanya sekali
pun kita tidak memahami ayat-ayat Al-Quran. Apatah lagi seandainya kita
belajar dan cuba memahami makna ayat Al-Quran.

Antara adab-adab membaca al-Quran ialah, hendaklah:

Menutup Aurat, Berwudhuk, Meletakkan Al-Quran Di Atas Rehal Atau Tempat


Yang Sesuai. Memulakan dengan membaca surah al-Fatihah, Berdoa
Sebelum Memulakan Bacaan contoh: “Allahummaftah alaina….”,
Memulakan Bacaan Dengan Membaca “A’uzubillah” & “Bismillah.”,
Membaca Dengan Tertib, Beradab, Betul & Bertajwid. Jangan bercakap
atau bersembang ketika mendengar bacaan al-Quran. Akhiri Dengan
“Sodaqallahul ‘Azim” Sekiranya telah khatam Berdoa dengan Doa Khatam
Al-Quran. “Allahummarhamna Bil Quran…”Sekiranya bertadarus berjemaah
duduk dalam bulatan. Baca dengan tertib, diam dan dengar bacaan,
sekiranya salah beri teguran secara baik, Bersalaman Dengan Ahli Tadarus
al-Quran dan pembimbing Sebelum Bersurai.

Berusahalah untuk memahami makna ayat-ayat Al-Quran. Amat rugi kita


selaku umat Islam tetapi tidak tahu, apa yang Allah sampaikan kepada kita
dalam al-Quran. Jangan takut, kalau ayat hukum yang mungkin kita tidak
faham rujuk dan bertanyalah kepada orang yang lebih mengetahui para
ustaz ustazah insyaAllah boleh membantu.

Ramadhan, adalah bulan Al-Quran diturunkan. Jom kita ambil ruh ini untuk
mendidik diri dengan Al-Quran.

Ustaz Akhi Mizi Al-Masrawi 35


Tazkirah Ramadhan

Siri 24: Fasa Akhir Ramadhan, 1, 2, 3 pecut...

Cepatnya masa berlalu. Kita sekarang sudah berada di 10 akhir Ramadhan.


Hanya beberapa hari sahaja lagi, Ramadhan akan berakhir. Syawal akan
menjelma. Selalunya, ada orang yang sudah tidak sabar-sabar untuk
menyambut hari raya. Yang duduk di perantauan sudah bersiap-siap
dengan kenderaan, tiket, perbelanjaan untuk pulang berhari raya di
kampung halaman. Berjumpa dengan ibu bapa dan sanak saudara setahun
sekali.

Tetapi jangan pula kita lupa... Ramadhan masih ada berbaki beberapa hari.
Beberapa hari ini sahaja lagi untuk mengaut keuntungan dalam pesta
ibadah dalam bulan Ramadhan. Biasanya, kalau pada awal Ramadhan
masjid-masjid dan surau penuh dengan jemaah untuk solat Terawih, pada
penghujung ini jemaah sudah semakin sedikit. Sayangnya, 10 terakhir
Ramadhan inilah masanya yang sepatutnya dilipat gandakan amalan soleh
sebab Nabi Muhammad SAW akan menghidupkan 10 Ramadhan dengan
bersungguh-sungguh.

Ummul Mukminin Aisyah Rha, menceritakan bahawa Rasulullah SAW pada 10


akhir Ramadhan baginda akan mengetatkan ikatan kain di pinggangnya,
menghidupkan malam-malam Ramadhan dengan ibadah dan
membangunkan keluarganya.

Persoalannya mengapa Baginda Nabi amat bersungguh-sungguh pada


akhir Ramadhan? Sudah tentu ada sebab. Antara sebabnya, setiap amalan
kita tidak bermakna melainkan kesudahannya juga adalah baik. Bayangkan
jika kesudahan yang tidak baik, seperti kematian orang yang mensyirikkan
Allah sekalipu dia adalah ahli ibadah selama 70 tahun tetapi sekiranya
ditutup dengan syirik alangkah ruginya.

Oleh itu, selain berusaha beribadah... berusahalah juga untuk menjaga hati.
Jangan biar hati dijangkiti penyakit-penyakit mazmumah. Jangan ada tidak
ikhlas dalam beramal. Jangan ada syirik, jangan ada riyak, jangan ada
sum’ah, ujub, hasad dengki dan segala kejahatan hati. Amalan kita tidak
akan diterima sekiranya tidak ada ihsan. Justeru, ingatlah untuk apa
matlamat kita beramal? Hanya mencari Redha Allah SWT.

Tanamkan dalam diri kita, kita tidak punya apa-apa. Segalanya pinjaman
Allah. Kita hanya sedang melalui ujian dan takdir Allah. Justeru, akan
sentiasa baik seseorang mukmin selagi mana dia sentiasa bersyukur atas
nikmat Allah SWT dan sentiasa bersabar atas segala musibah.

Ustaz Akhi Mizi Al-Masrawi 36


Tazkirah Ramadhan

Siri 25: Hukum Wisol (Berpuasa berterusan).

Allah SWT menjelaskan mengenai batasan waktu berpuasa iaitu sejak terbit
fajar sehingga terbenam matahari. Mungkin ada antara kita yang terfikir...
kalau dilewatkan waktu berbuka barangkali pahala akan semakin banyak.
Jangan ketawa dulu... itu sebab kita kena ada ilmu dalam beralam soleh.

Perbuatan menyambung puasa ini dinamakan Wisol. Dalam hadits-hadits


Shahih disebutkan secara tegas larangan wishal, yaitu menyambung puasa
hari ini dengan hari berikutnya, dan tidak makan suatu apapun di antara
kedua hari tersebut.

Imam Ahmad meriwayatkan, dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda:


“Janganlah kalian melakukan wishal.” Para sahabat bertanya, “Ya
Rasulullah, sesungguhnya engkau melakukan wishal.” Beliau pun menjawab,
“Sesungguhnya aku tidak seperti kalian, pada malam hari aku diberi makan
dan juga minum oleh Rabbku.”

Abu Hurairah berkata, ketika mereka tidak juga menghentikan wishal, Nabi
melakukan wishal bersama mereka selama dua hari dua malam. Kemudian
mereka melihat hilal, maka beliau pun bersabda, “Seandainya hilal itu tidak
segera datang, niscaya akan kutambah wishal ini.” Hal itu beliau lakukan
sebagai peringatan dan pelajaran bagi mereka. Hadits ini diriwayatkan pula
oleh al-Bukhari dan Muslim dalam kitab Shahih mereka.

Telah ditegaskan melalui berbagai jalur, bahwa wishal itu dilarang. Di lain
pihak ditegaskan pula, bahwa wishal itu hanya dikhususkan bagi Nabi ,
karena beliau tahan atas hal itu dan diberi pertolongan (oleh Allah).

Jelas bahwa makan dan minum Rasulullah itu bersifat immaterial dan bukan
material. Sebab jika bukan makanan dan minuman immaterial, maka ia
tidak dikatakan melakukan wishal, sebagaimana dikatakan seorang penyair:

Ia mempunyai banyak cerita kenangan bersamamu


Yang menjadikannya lupa minum dan perbekalan.

Menjadi hamba Allah yang baik adalah melakukan sesuatu yang sesuai
dengan syariat agama. Jangan melampaui batas-batas agama. InsyaAllah,
hidup bersyariat itulah pilihan yang tepat.

Ustaz Akhi Mizi Al-Masrawi 37


Tazkirah Ramadhan

Siri 26: Lailatul Qadar

Umat Nabi Muhammad SAW amat beruntung kerana Allah SWT


menganugerahkan satu malam yang nilai ibadahnya lebih baik dari seribu
bulan. Ini dibuktikan menerusi Firman Allah SWT ayat 3 surah al-Qadr. “Lailatul
qadar lebih baik dari seribu bulan.”

Bilakah berlakunya Lailatul Qadr?

Para ulamak sepakat mengatakan bahawa Lailatul Qadar hanya berlaku


dalam bulan Ramadan. Tetapi ada beberapa pendapat tentang bilakah
berlakunya lailatul qadar dengan lebih terperinci antaranya:

1. Lailatul qadar berlaku pada malam-malam 10 terakhir Ramadan.


2. Lailatul qadar berlaku pada malam-malam ganjil 10 malam terakhir iaitu
malam 21, 23, 25, 27 dan 29.
3. Lailatul qadar berlaku pada mana-mana malam dalam bulan Ramadan.

Pendapat yang paling rajih (kuat) ialah pendapat yang mengatakan lailatul
qadar berlaku pada malam-malam 10 terakhir Ramadan. Oleh itu umat Islam
digalakkan memperkasakan amalan-amalan mereka menjelang 10 hari
terakhir Ramadan. Namun, tidak ada hadis Nabi Muhammad SAW yang
menyatakan dengan tepat bilakah berlakunya lailatul qadar.

Hikmahnya adalah supaya umat Islam tidak hanya menumpukan ibadah


pada malam itu sahaja selain hanya Allah SWT yang mengetahuinya. Cuba
kita bayangkan jika lailatul qadar telah ditentukan pada malam 27 Ramadan,
tentulah pada malam-malam lain umat Islam lalai dan leka daripada
beribadah.

Realitinya berbeza, Umat Islam ketika awal Ramadan kelihatan lebih


bersungguh-sungguh mengunjungi masjid-masjid untuk beribadah sedangkan
Nabi Muhammad SAW menyaran kepada kita supaya lebih menumpukan
pada 10 malam terakhir.

Petanda Berlaku Lailatul Qadar


Hadis Riwayat Ahmad Bin Hanbal ada menjelaskan tentang petanda-petanda
berlaku lailatul qadar iaitu, “Tandanya adalah langit kelihatan bersih, terang-
benderang bagaikan bulan sedang purnama (seperti bulan penuh), tidak dingin dan
tidak panas…”

Manakala petanda pada paginya pula sebagaimana Riwayat Muslim, Abu Daud
dan At-tirmizi yang diriwayatkan melalui Ubai Bin Ka’ab yang bermaksud: “Tanda
kehadiran lailatul qadar ialah matahari pada keesokan paginya kelihatan cerah
tanpa sinarnya.” Apakah yang dimaksudkan dengan sebenar-benarnya secara
realiti?

Ustaz Akhi Mizi Al-Masrawi 38


Tazkirah Ramadhan

Siri 27: Bersedekahlah, jangan tunggu kaya...

Antara kesilapan yang paling ketara bagi orang Islam adalah memupuk sifat
kedekut. Sifat kedekut atau bakhil ini, adalah sifat yang tercela. Sifat
mazmumah yang lahir daripada hati yang sakit.

Sebab apa sifat kedekut atau bakhil ini saya kata dipupuk? Cuba kita
renung sejenak dan perhatikan kehidupan kita. Kita takut untuk bersedekah
dan infaq kerana kita takut rezeki kita akan berkurangan. Padahal rezeki itu
telah dijanjikan oleh Allah SWT. Ketika Allah menciptakan makhlukNya, Dia
telah menetapkan rezeki kepada setiap makhluk.

Oleh itu, marilah kita perhatikan beberapa kelebihan bersedekah. Bang...


sedekah jangan tunggu kaya. Masa ada sikit, sedekah cara sikit. Masa ada
banyak sedekah cara banyak. Kalau tunggu kaya baru nak sedekah,
apakah kita yakin bahawa suatu masa nanti kita akan kaya?

Para Nabi dan Rasul gemar besedekah, begitu juga dengan para sahabat,
para salafussoleh... mereka amat suka bersedekah. Sebab itu, hidup mereka
tenang dan bahagia.

Antara kebaikan bersedekah ialah:

1. Mendekatkan diri kepada Allah (Taqarrub Ila Allah) – Seorang hamba


mesti kena buat apa jua amalan yang terbaik untuk dapatkan
keredhaan Allah.
2. Diampunkan dosa – khusus bulan Ramadhan mintalah orang yang kita
sedekah itu berdoa kepada kita, sebab doa orang yang berpuasa
antara doa yang mustajab.
3. Memperolehi pahala – dilipat gandakan pahala.
4. Menambahkan kesihatan – kesihatan adalah rezeki dan beruntunglah
sesiapa yang sihat. Ada seorang sahabat saya dia bagitahu kepada
saya, sejak dia masuk TAKAFUL dia jarang sakit, anak-anak dia pun
sihat. Inilah bukti amalan Tabarru’ yang ada dalam Takaful.
5. Menambahkan ketenangan hati – Kena cuba istiqamah.
6. Keberkatan rezeki – Dalam maksud kata, dalam rezeki yang kita dapat
ada hak orang lain. Mungkin melalui zakat, nafkah, infaq dan sedekah.
7. Melahirkan rasa syukur – Seorang hamba yang tamak dia tidak
bersyukur atas kurnia Allah. Orang yang bersyukur dia sanggup beri
kepada orang lain rezeki yang dia dapat.
8. Menghindari penyakit bakhil
9. Membantu umat Islam yang memerlukan
10. Melatih diri jangan mencintai dunia.

Ustaz Akhi Mizi Al-Masrawi 39


Tazkirah Ramadhan

Siri 28: Jom kita perbanyakkan berdoa

Sebab-sebab Doa Tidak Diperkenankan Oleh Allah

Seorang ulama Sufi Basrah yang terkenal iaitu Ibrahim bin Adham
menyenaraikan 10 sebab kenapa doa seseorang itu tidak diperkenankan oleh
Allah iaitu,

1) Kita mengaku mengenali Allah, tetapi tidak pernah menunaikan hak-


hakNya dengan melaksanakan segala suruhan-Nya serta meninggalkan
larangan-Nya.

2) Kita mengaku menyintai Rasulullah tetapi tidak pernah sekalipun mengikuti


sunnahnya.

3) Kita mengakui bahawa syaitan adalah musuh yang peling ketat teteapi
masih patuh dan mengikuti segala hasutannya.

4) Kita sering membaca kitab suci Al-Quran tetapi tidak pernah mengamalkan
segala isi kandungannya.

5) Kita sentiasa berdoa supaya dijauhkan dari seksaan api neraka tetapi
dalam masa yang sama masih melakukan maksiat dan dosa.

6) Kita sering mengumpat dan mendedahkan keaiban saudara seagama


tetapi tidak pernah melihat keaiban sendiri.

7) Setiap hari kita mendapat nikmat dan rezeki yang Allahberikan tetapi tidak
pernah sekalipun bersyukur dan berterima kasi di atas pemberian-Nya.

8) Kita mengiringi dan mengebumikan jenazah di perkuburan tetapi tidak


pernah meahu mengambil iktibar dari kematian itu.

9) Kita tahu dan yakin bahawa keatian itu pasti berlaku tetapi tidak membuat
persiapan untuk menuju ke sana.

10) Kita sentiasa berdoa supaya dimasukkan ke dalam syurga dan


ditempatkan bersama orang-orang soleh tetapi tidak pernah berusaha
mendapatkannya.

Ustaz Akhi Mizi Al-Masrawi 40


Tazkirah Ramadhan

Siri 29: Jauhi perkara sia-sia

Cepat sungguh masa berlalu. Sekejap saja rasanya Ramadhan pada tahun
ini. Kita sudah berada di penghujung Ramadhan. Sedih rasanya, bila
terkenangkan Ramadhan akan berlalu meninggalkan kita. Entah masih
berpeluang atau tidak untuk bertemu lagi Ramadhan pada tahun hadapan.

Amalan ibadah yang kita buat sepanjang bulan Ramadhan ini, tidak akan
termampu kita buat seandainya tanpa izin Allah SWT. Allah SWT yang beri
kita kekuatan, dia yang pilih kita untuk melaksanakan ibadah puasa. Dia
juga yang beri kita peluang dan kesihatan untuk ke masjid menunaikan solat
sunat terawih bagi menghidupkan bulan Ramadhan. Kita cuba sedaya
upaya untuk menjadi golongan yang bertaqwa yang dijanjikan oleh Allah
Azza wa Jalla. Mudah-mudahan amalan ibadah yang kita kerjakan diterima
oleh Allah SWT.

Berdoalah supaya Allah membantu kita dan menerima pengabdian kita.


Saya teringat sebuah hadis bahawa Nabi SAW telah memperingati sahabat
baginda yang bernama Muaz Bin Jabal.

"
Daripada Muaz bin Jabal, Bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Aku berpesan
kepadamu jangan kamu tinggalkan untuk berdoa setiap kali selepas solat,
Ya Allah bantulah aku untuk mengingatiMu, mensyukuriMu, dan beribadah
yang baik.”

Walaupun Ramadhan berlalu, ia bukan bermakna kita berubah kepada


asalnya kita sebelum masuk bulan Ramadhan. Sebulan kita sudah
ditarbiyah, sebulan kita telah berusaha meninggalkan yang haram, sebulan
lamanya kita telah berusaha beribadah kepada Allah... teruskan dan
beristiqamahlah. Jangan hanya beribadah pada bulan Ramadhan. Jangan
hanya baca al-Quran pada bulan ini. Jangan hanya bersedekah pada
bulan ini... teruskan tuan-tuan dan puan-puan.

Kita, selamanya hamba Allah. Sama ada bulan Ramadhan atau bulan
lainnya... jangan kembali buat perkara sia-sia dan maksiat. Jom kita jadikan
setiap hari adalah seumpama hari Ramadhan.

Ustaz Akhi Mizi Al-Masrawi 41


Tazkirah Ramadhan

Siri 30: Apa silapnya kita sepanjang Ramadhan?

Berpuasa sekadar adat bukannya ibadah Faktor iman dan mengharapkan


keredhaan Allah tidak menjadi pendorong utama kepada ibadah puasa.

Berpuasa hanya pada menahan lapar dan dahaga sahaja, tetapi perbuatan
mungkar seperti berdusta, mengumpat, menipu, berkata lucah dan
sebagainya masih dilakukan.

Meninggalkan bersahur, sedangkan banyak hadis yang menyatakan


tentang kelebihannya. Ada yang tangguh lewat sehingga tertinggal solat
subuh. Rugi, hilangnya keberkatan sahur. Selain makan, waktu itu kita boleh
juga solat sunat Tahajjud dan berdoa.

Mengkhususkan solat hanya pada bulan Ramadhan sahaja, Ibadah solat


fardhu dan sunat lainnya tidak dilakukan dengan istiqomah pada waktu lain.

Bersungguh-sungguh mengerjakan solat sunat tarawih dan witir, tetapi


meninggalkan solat fardhu yang pahala amalan Fardhu jauh lebih besar
berbanding pahala amalan sunat.

Meningkatkan amal untuk diri sendiri sahaja seperti membaca al-Quran,


tetapi mengabaikan penglibatan ahli keluarga untuk sama-sama beribadah.

Bersungguh-sungguh menghidupkan ibadah pada awal Ramadhan sahaja,


sedangkan banyak hadis yang menyatakan tentang kelebihan 10 hari
terakhir, antaranya terdapat Lailatul Qadar.

Membaca al-Quran hanya pada bulan Ramadhan sahaja dan berakhir


dengan berakhirnya Ramadhan.

Membaca al-Quran tanpa berusaha untuk menghayati dan memahami isi


kandungannya sebagai panduan dalam kehidupan seharian.

Menghabiskan sebahagian besar masa pada bulan Ramadhan dengan


amalan yang sia-sia seperti menonton TV, bersiar-siar, berbual kosong dan
sebagainya.

Puasa tidak menginsafkan diri terhadap penderitaan dan kesengsaraan


saudara seIslam yang lain. Mereka terus dengan sifat bakhil dan kedekut.

Mensia-siakan kelebihan 10 akhir Ramadhan termasuk meninggalkan


amalan takbir hari raya pada malam hari raya kerana sibuk dengan
program-program yang melalaikan.

Ustaz Akhi Mizi Al-Masrawi 42


Tazkirah Ramadhan

Tidak mengeluarkan zakat harta di samping zakat fitrah. Sedangkan zakat


adalah ibadah yang mesti disertakan dengan ibadah solat dan puasa.
Melewat-lewatkan pengeluaran zakat fitrah, sedangkan Rasulullah s.a.w.
menggalakkan agar dikeluarkan lebih awal sebelum tibanya hari raya untuk
diagih-agihkan kepada mereka yang berhak menerimanya.

Berlalunya Ramadhan, diri tiada perubahan sama seperti sebelumnya atau


lebih teruk.

Berbangga dengan amalan yang dilakukan sedangkan tidak tahu Allah


terima atau sebaliknya. Amalan yang dipaliti oleh syirik khafi adalah tertolak.

Ustaz Akhi Mizi Al-Masrawi 43


Tazkirah Ramadhan

TAZKIRAH 1 SYAWAL (Aidil Fitri)

Siri Khas: Salam Aidil Fitri, Sambut laksana Ibadah

AIDILFITRI (‘IDULFITRI) atau hari raya fitrah adalah suatu anugerah Allah SWT
kepada hamba-hambaNya yang beriman dan telah berjaya melaksanakan
perintah berpuasa selama sebulan dalam bulan Ramadhan. Aidilfitri adalah
hari kemenangan dan kegembiraan yang diberikan kepada umat Islam
yang telah berusaha dengan gigih dan bersungguh-sungguh mengerjakan
puasa Ramadhan dan mendirikan malamnya dengan solat terawih. Oleh
sebab ia adalah hadiah ke atas ibadah puasa maka Aidilfitri perlulah
disambut sebagai sebuah perayaan keagamaan dan berkonsepkan ibadat.

Terdapat dari kalangan umat Islam yang sama ada tidak tahu atau tidak
menyedari bahawa menyambut hari raya adalah ibadat kerana
kekurangan ilmu dan pengetahuan berkaitan agama Islam. Ini
menyebabkan ada di antara umat Islam yang mengambil jalan mudah
dengan merayakan Aidilfitri tanpa berlandaskan adab-adab hari raya
seperti mengamalkan apa yang dianjurkan dari perkara-perkara yang wajib
dan sunat. Hari raya bukan semata-mata untuk keseronokan tetapi hari raya
adalah wasilah untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT atas kemenangan
malaksanakan perintahNya.

Sabda Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW dalam sebuah hadis yang
diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim daripada Amirul
Mukminin Umar Bin Al-Khattab RA berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW
bersabda: “ Sesungguhnya segala amalan itu adalah dengan niat dan
setiap orang diberikan balasan berdasarkan apa yang diniatkan…”

Niat yang betul dan ikhlas wajar dijadikan keutamaan setiap muslim. Ini
berdasarkan kepada pelajaran yang dapat diambil dari hadis di atas
bahawa setiap orang akan diberikan balasan berdasarkan apa yang
diniatkan. Oleh itu, jika diniatkan untuk menyambut hari raya dengan
melakukan perkara-perkara yang dianjurkan oleh Islam maka ia akan
menjadi ibadah yang baik. Namun, jika sekiranya diniatkan dan disambut
Aidilfitri dengan cara yang tidak dianjurkan oleh Islam tentulah akan
mengundang dosa dan kemurkaan Allah SWT.

Aidilfitri adalah hadiah Allah SWT kepada kemenangan Umat Islam


mengerjakan ibadat puasa. Dalam erti kata yang lain, kemenangan tersebut
adalah kerana umat Islam telah berjaya menahan nafsunya daripada
makan, minum dan bersetubuh pada siang hari sepanjang bulan Ramadhan

Ustaz Akhi Mizi Al-Masrawi 44


Tazkirah Ramadhan

sedangkan hal-hal tersebut adalah harus dilakukan pada siang hari bulan-
bulan yang lain. Termasuklah dalam hal-hal yang berkaitan perkara-perkara
yang membatalkan puasa mampu diharungi oleh umat Islam yang
berpuasa sepanjang bulan Ramadhan. Justeru, Allah SWT menghadiahkan
satu hari untuk meraikan kemenangan tersebut dan diharamkan berpuasa
pada hari tersebut.

Menyambut Aidilfitri mestilah bersesuaian dengan nilai-nilai syara’ Islam.


Kemeriahan menyambut Aidilfitri jangan disalahertikan dengan melakukan
pembaziran dan hal-hal yang ditegah. Ini kerana terdapat beberapa
saranan dan adab-adab menyambut hari raya supaya ianya dirayakan
dengan mengambil kira nilai-nilai syariat Islam, antaranya ialah:

Menghidupkan Malam Raya dengan Ibadat-ibadat Sunat serta Melaungkan


Takbir

Setelah diumumkan hari raya pada keesokkan harinya maka pada malam
itu yang disebut sebagai malam raya disunatkan kepada umat Islam untuk
memperbanyak zikrullah dan melaungkan takbir di samping menghidupkan
malam tersebut dengan amalan-amalan yang wajib dan sunat. Selain
melaungkan takbir umat Islam juga disarankan melakukan amalan-amalan
sunat yang lain yang dihidupkan dan dilakukan pada bulan Ramadhan
seperti bertasbih, bertahmid, membaca al-Quran, menunaikan solat sunat,
bersyukur atas nikmat kurniaan Allah SWT dan sebagainya.

Ada ulamak yang berpendapat bahawa pada malam raya digalakkan


banyak berdoa kerana pada malam raya adalah antara waktu-waktu yang
mustajab doa. Antara doa-doa yang baik adalah dengan memuji Allah SWT
dengan bertasbih, bertahmid, bertahlil dan bertakbir. Oleh itu,
memperbanyak bertakbir pada malam raya adalah disunatkan. Perintah
Allah SWT supaya umat Islam bertakbir ini dijelaskan dalam Al-Quran dalam
surah al-Baqarah ayat 185.

“… dan hendaklah kamu mengagungkan Allah SWT atas petunjuknya yang


diberikan kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur.”

Menurut riwayat Imam Malik bin Anas bahawa Ibnu Umar RA diriwayatkan
mezahirkan takbirnya pada hari raya dengan jelas. Waktu bertakbir bagi hari
raya Aidilfitri ialah sepanjang masa setelah diketahui nampaknya anak bulan
syawal sehinggalah imam keluar untuk menunaikan solat sunat hari raya.
Takbir bukan semata-mata di masjid, tetapi ianya boleh dilaksanakan di
mana-mana termasuklah di rumah atau di luar rumah. Bahkan ketika

Ustaz Akhi Mizi Al-Masrawi 45


Tazkirah Ramadhan

perjalanan ke masjid pada pagi hari raya itu juga amat digalakkan diiringi
langkah dengan takbir.

Malangnya, ada juga segelintir umat Islam yang langsung tidak


menghormati ajaran-ajaran Islam dengan melebih-lebihkan perbuatan-
perbuatan maksiat dan berdosa pada malam raya tersebut iaitu dengan
melakukan perkara-perkara yang ditegah dalam Islam. Ada juga yang
menganggap bahawa mereka telah merdeka dari berpuasa dan bebas
untuk melakukan apa-apa yang diingini oleh nafsu mereka.

Ada juga kedapatan orang yang lebih mengutamakan persiapan untuk


menyambut hari raya dengan meriah tanpa mengambil peluang untuk
bertakbir atau melakukan amalan-amalan sunat yang lain. Mereka lebih
sibuk mengurus diri, rumah, juadah dan keperluan fizikal tanpa menguruskan
amal ibadat sebagai tanda syukur kepada Allah SWT.

Dalam sebuah hadis daripada Ubadah bin Somit, bahawa Rasulullah SAW
bersabda: "Sesiapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan Aidiladha
(dengan amalan yang baik dan ikhlas kerana Allah), maka tidak akan mati
hatinya pada hari semua hati-hati akan mati (hari kiamat)."

Membersih Diri & Mandi Sunat Hari Raya

Diriwayatkan dalam kitab Muwatta’ karya Imam Malik daripada Nafi’


bahawasanya Ibnu Umar RA mandi hari raya sebelum ia keluar untuk
menunaikan solat hari raya.

Hukum mandi pada pagi hari raya sebelum keluar ke masjid atau ke tempat
menunaikan solat sunat hari raya adalah sunat muakkad berdasarkan
perbuatan Abdullah Bin Umar Bin Al-Khattab RA yang merupakan seorang
sahabat yang amat menitik beratkan sunnah Rasulullah SAW. Hukum
tersebut meliputi semua umat Islam tanpa mengira status, jantina, umur dan
kepentingan peribadi. Ianya berbeza dengan hukum mandi sunat Jumaat
yang hanya dikhususkan kepada orang-orang lelaki yang difardhukan
menunaikan solat Jumaat.

Mandi yang dimaksudkan adalah mandi pada waktu pagi hari raya dengan
niat kerana Allah SWT. Ini berdasarkan kepada sunnah Rasulullah SAW
bahawa ia dilakukan sebelum keluar menunaikan solat hari raya yang
dilakukan pada waktu Dhuha. Hikmad disebalik mandi sunat hari raya ini
ialah supaya umat Islam membersihkan diri dan menyediakan diri dengan
cara yang baik termasuklah memotong kuku, bersugi (memberus gigi),
mendandan misaim dan janggut dan perkara-perkara yang berkaitan

Ustaz Akhi Mizi Al-Masrawi 46


Tazkirah Ramadhan

dengan keperibadian agar pada hari raya ia merayakannya dalam


keadaan yang lebih baik berbanding hari-hari biasa.

Memakai pakaian baru/ terbaik & Memakai Haruman.

Diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi bahawa Ibnu Umar RA memakai pakaian


yang terbaik pada kedua-dua hari raya. Selain dari itu ada juga riwayat lain
seperti Riwayat Imam as-Syafie dan Al-Baghawi bahawa Rasulullah SAW
memakai burdah (kain seperti selendang) pada setiap kali hari raya. Ada
juga riwayat lain yang menyatakan pakaian yang terbaik itu adalah pakaian
yang baru namun tidaklah dibebankan supaya membelanjakan wang untuk
semata-mata membeli pakaian yang baru. Namun, jika berkemampuan
cukup dengan kadar yang berpatutan dan tidak melakukan pembaziran
dan melampaui batas.

Di samping itu disunatkan juga memakai harum-haruman dan


menghilangkan segala bau-bauan yang tidak elok. Tidak kira sama ada
orang itu hendak keluar pergi ke masjid untuk menunaikan solat sunat hari
raya ataupun tidak, kerana hari tersebut merupakan hari untuk berhias-hias
dan berelok-elok kerana merayakan kemenangan.

Umat Islam baik lelaki mahupun perempuan mestilah mengikut peraturan


berpakaian menurut Islam. Umat Islam diharamkan memakai pakaian yang
menyerupai cara berpakaian orang-orang kafir dan musyrikin. Orang-orang
Islam juga hendaklah memakai pakaian yang menutup aurat dan sopan.
Meskipun ianya adalah hari raya, tidaklah bermakna bebas untuk memakai
apa jua pakaian menurut kemahuan dan kehendak nafsu semata-mata.
Haram hukumnya apabila memakai pakaian yang melambangkan cara
berpakaian orang-orang kafir dan musyrik walaupun tarikh hari raya itu jatuh
pada hari perayaan mereka.

Memakan Tamar Sebelum Menunaikan Solat Sunat Hari Raya

Turut disunatkan ialah makan tamar (buah kurma) terlebih dahulu sebelum
keluar ke masjid untuk menunaikan solat sunat hari raya. Ini berdasarkan
sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari daripada Anas Bin
Malik RA bahawa Rasulullah SAW tidak keluar untuk menunaikan solat hari
raya sehinggalah Baginda menjamah terlebih dahulu tamar secara witir
(bilangan yang ganjil). Umpamanya memakan 3 biji buah tamar seperti
bilangan solat sunat Witir.

Hikmah disebalik memakan tamar pada pagi hari raya ialah kerana hari
tersebut diharamkan berpuasa. Justeru dengan memakan tamar
menunjukkan seseorang itu memahami tuntutan agama.
Ustaz Akhi Mizi Al-Masrawi 47
Tazkirah Ramadhan

Mengeluarkan Zakat Fitrah Sebelum Menunaikan Solat Sunat Hari Raya

Mengeluarkan zakat fitrah adalah kewajipan ke atas setiap umat Islam yang
berkemampuan dari sudut kewangan dan perbelanjaan. Bahkan ia amat
digalakkan supaya membersihkan diri sebagai kesinambungan ibadat
puasa. Zakat fitrah dikeluarkan baik semasa sepanjang bulan Ramadhan
atau pun pada pagi 1 Syawal sebelum menunaikan solat sunat hari raya.
Jika ditunaikan selepas solat sunat hari raya maka ia hanyalah menjadi
sedekah sahaja. Oleh itu sebagai orang Islam wajib ke atas kita supaya
berhati-hati dan peka dalam menunaikan zakat fitrah sekiranya mempunyai
kemampuan untuk berbuat demikian. Janganlah ditangguh-tangguh
dengan alas an sibuk atau belum sampai masanya lagi kerana dikhuatiri
akan terlupa.

Menunaikan Solat Sunat Hari Raya dan Mendengar Khutbah Raya

Solat sunat hari raya hukumnya sunat muakkad iaitu sunat yang amat
dituntut dilakukan. Umat Islam yang tiada keuzuran adalah amat digalakkan
keluar menunaikan solat sunat hari raya dan mendengar khutbah hari raya
sama ada di masjid, surau mahupun kawasan lapang seperti di padang
bola asalkan ianya bersih. Bagi melaksanakan tuntutan ini, hal-hal sunat
yang telah disebutkan seperti mandi, membersihkan diri, memakai pakaian
yang baru atau terbaik dan memakai haruman ‘atar adalah untuk
menceriakan suasana menyambut hari raya apabila umat Islam telah
berkumpul untuk sama-sama menunaikan solat sunat hari raya dalam
keadaan yang terbaik. Bahkan inilah kemuncak kepada perayaan umat
Islam kerana mereka berkumpul untuk sama-sama melakukan ketaatan dan
ketaqwaan.

Solat Sunat hari raya seeloknya ditunaikan secara berjemaah iaitu solat sunat
dua rakaat dengan rakaat pertama tujuh kali bertakbir dan 6 kali bertasbih.
Manakala rakaat kedua ialah 5 kali bertakbir dan 4 kali bertasbih. Selepas itu
hendaklah mendengar pesanan-pesanan yang disampaikan menerusi
khutbah hari raya.

Bersalaman Dan Saling Mengucapkan Tahniah Dan Mendoakan Orang Islam


Lain

Termasuk juga di antara adab-adab berhari raya ialah saling mengucapkan


ucapan-ucapan yang baik seperti mengucapkan tahniah di atas kejayaan
melalui Madrasah Ramadhan dan Qiyam Ramadhan dengan beberapa
ucapan yang bersesuaian di samping mendoakan penerimaan di sisi Allah
SWT. Orang-orang yang suka mendoakan orang lain akan diberikan oleh

Ustaz Akhi Mizi Al-Masrawi 48


Tazkirah Ramadhan

Allah SWT kemuliaan akhlak yang terpuji. Di samping berdoa dan


mengucapkan tahniah, syiar seperti bersalaman dan bergaul dengan cara
yang baik akan menambah ukhuwah dan mahabbah.

Mengeratkan Silaturrahim Dengan Ziarah Menziarah dan Bersedekah

Perintah menghubungkan dan mengeratkan silaturrahim adalah wajib.


Justeru, hari raya adalah peluang yang terbaik untuk mengeratkan
silaturrahim dan menghubungkan mana-mana hubungan yang renggang
dan mengembalikan kesegaran kepada persaudaraan yang retak. Dengan
amalan ziarah menziarahi dan bermaaf-maafan akan bertambahlah
keberkatan merayakan hari raya kerana Allah SWT menjanjikan
pengampunan ke atas hamba-hambaNya yang bertaqwa dan beramal
soleh.

Nabi SAW diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah RA bahawa Nabi


Muhammad SAW semasa hari raya baginda akan pergi ke masjid dan
pulang pada jalan yang berbeza. Hikmah di sebalik sunnah Baginda ini
adalah memberikan peluang yang lebih untuk bertemu dan menziarahi
kenalan, rakan-rakan, saudara-mara dan lebih terutama ialah ibu bapa.

Amalan-amalan sampingan seperti bersedekah atau memberi duit raya


semasa hari raya juga digalakkan supaya orang yang menerima dan
memberi mendapat manfaat yang besar. Orang yang memberi sudah tentu
diberikan ganjaran berlipat kali ganda manakala orang yang menerima
sedekah itu pula merasa keseronokan menyambut hari raya. Lebih-lebih lagi
kanak-kanak yang baru belajar berpuasa apabila menerima pemberian
daripada orang yang lebih tua daripadanya akan menjadi dorongan dan
motivasi untuk istiqamah berpuasa pada masa-masa akan datang.

Banyak dalil-dalil daripada ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis tentang


kelebihan bersedekah. Namun, perlu diingatkan janganlah pula ia menjadi
bebanan kepada seseorang untuk menyediakan duit raya sehingga
terpaksa berhutang dan bergadai pula. Islam adalah agama yang
memudahkan bukan menyusahkan.

Konsep berhari raya adalah ibadah. Justeru perlulah diingatkan kepada diri
masing-masing agar janganlah melampaui batas-batas syara’. Berbelanja
untuk segala keperluan menyambut hari raya biarlah sederhana dan tidak
membazir kerana sesungguhnya Allah SWT tidak menyukai orang-orang
yang melampaui batas dan melakukan pembaziran.

Wa Allau a’lam.

Ustaz Akhi Mizi Al-Masrawi 49


Tazkirah Ramadhan

DEDIKASI
“Ya Allah, terimalah
segala amalan yang
kami laksanakan.
Ampunkanlah segala
dosa-dosa kami, ibu
bapa kami, guru-guru
kami, ahli keluarga
kami dan sekalian
Muslimin dan
Muslimat. Tiada daya
upaya bagi kami
melainkan dengan
kehendakMu jua.”
Ustaz Akhi Mizi Al-Masrawi 50
Tazkirah Ramadhan

AUTOGRAF

Ustaz Akhi Mizi Al-Masrawi 51

Anda mungkin juga menyukai