Anda di halaman 1dari 26

AHLAN YA RAMADAN!

Disampaikan oleh:
Eusoff bin Amiruddin
(Guru Pendidikan Islam
MRSM Semporna)
Renungan
Apakah kita…?
 Gembira menyambut Ramadan?
◦ Mencontohi orang-orang soleh
 Melihat Ramadan hanya sekadar bulan tidak boleh makan
minum?
◦ “Boleh jadi orang yang berpuasa itu tidak mendapat apa-apa
daripada puasanya melainkan lapar dan boleh jadi orang yang
berqiyam itu tidak mendapat apa-apa daripada qiyamnya
melainkan hanya berjaga malam”. [Riwayat Ibnu Majah, no.
Hadith 1690]
 Menganggap hanya Ramadan sahaja bulan
yang tidak boleh buat dosa?
Tuhan kita ALLAH, bukan Ramadhan.
Selamat Datang Ramadan!
Daripada Abu Hurairah berkata: Rasulullah menyampaikan
khabar gembira kepada sahabatnya dengan bersabda:
"Akan tiba kepada kamu bulan Ramadan. Satu
bulan yang penuh berkat. Padanya dibuka
pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu
neraka, dan dibelenggu syaitan-syaitan.
Padanya terdapat satu malam yang lebih baik
daripada seribu bulan. Siapa yang tidak
mendapatkan kebaikannya, maka ia sungguh
merugi." (Ahmad dan al-Nasai)
Khabar gembira Rasulullah:
Tahniah kerana datang ke Ramadan!
 ibn Rajab dalam Lataif al-Maarif berkata:
"Sesetengah ulama mengatakan bahawa hadith
tersebut adalah dalil bagi tradisi ucapan tahniah
dan selamat sempena kedatangan Ramadan yang
dilakukan orang ramai kepada satu sama lain."
 "Seorang mukmin pastinya bergembira dengan
berita pembukaan pintu syurga. Seorang pendosa
pastinya bergembira dengan penutupan pintu-
pintu neraka. Orang berakal pastinya bergembira
dengan pengekangan syaitan. Tiada masa yang
menyamai masa ini."
Sikap para Salaf al-Soleh: berdoa
sungguh-sungguh agar sampainya
Ramadan
Ramadan bulan keampunan
“…diampuni dosa-dosanya yang
telah lalu.”

Puasa
Ramadan
Iman
dan
Ikhlas
Mendirikan
Ramadan
(ibadah)
Bulan difardukan puasa
Surah al-Baqarah (2:183)
1. Perintah Allah kepada orang-orang
yang beriman
2. Perintah puasa bukan perintah baru,
tetapi ia telah diperintahkan untuk
umat terdahulu
3. Natijah puasa: “Agar kamu menjadi
orang yang bertakwa.”
Maksud puasa: Menahan diri
 Terdapat maksud saum
dalam ayat yang lain:
ُ ْ‫ فَقُولِي ِإنِّي نَ َذر‬
َ ‫ت لِلرَّحْ َم ِن‬
‫ص ْو ًما‬
 Maksud syarak: menahan
diri dari makan dan
dahaga serta tidak
melakukan sesuatu yang
boleh membatalkan
puasa dari terbit fajar
sehingga terbenam
matahari.
Menahan diri: Puasa sebagai
LATIHAN mengendalikan diri
(self control)
Ramadhan juga membawa maksud
panas dan sangat terik. Hal ini
kerana cuaca di Tanah Arab pada
bulan tersebut kering dan terik.

Disebalik perubahan cuaca itu, ia


menjadi simbolik agar kepanasan
tersebut diharap dapat membakar
segala kekotoran doa orang-orang
yang berpuasa dan beribadah di
sepanjang bulan Ramadhan.
Self control
 Menahan diri daripada melakukan perkara-
perkara yang membatalkan puasa
 Mendidik kita untuk sabar

‫الصيام نصف الصبر‬


”.Puasa separuh daripada sabar“
 Natijah puasa: TAKWA
 Letaknya takwa adalah di HATI
 HATI adalah RAJA kepada TUBUH.
Ganjaran Puasa
"Setiap amalan anak Adam akan diberi pahala
iaitu digandakan; satu kebaikan 10 hingga
tujuh ratus kali ganda. Allah berfirman:
Melainkan puasa, ia untuk Aku dan Aku sendiri
yang akan mengganjarinya. Hambaku telah
meninggalkan syahwat dan makan keranaKu."
(Riwayat Muslim)

Uniknya puasa ialah puasa ini


hanya kita dan Allah sahaja yang
tahu! Orang lain tidak nampak.
Bagaimana memelihara puasa kita?
 Daripada Abu Hurairah RA lagi katanya bahawa Nabi
SAW bersabda : “Sesiapa yang tidak meninggalkan
percakapan bohong dan berkelakuan keji lagi buruk
sedangkan dia berpuasa, baginya tidak ada kelebihan
di sisi Allah selain daripada lapar dan dahaga sahaja
yang didapatinya.” (Riwayat al-Bukhari)

 Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW


bersabda : “Apabila seseorang kamu berpuasa,
janganlah ia bercakap perkara-perkara yang kotor
dan sia-sia, dilarang juga bertengkar dan memaki
hamun. Apabila ia dimaki hamun oleh seseorang atau
diajak bermusuhan, maka hendak ia berkata,
“Sesungguhnya aku berpuasa hari ini”.
Puasa di siang hari: Sibukkan diri
dengan ibadah!
1. Membaca al-Quran
2. Berzikir
3. Sedeqah dan Infaq
4. Menghadiri majlis-majlis ilmu
5. Berselawat
6. dan banyak lagi…

Hindari perkara-perkara lagha (main game,


sibuk di media sosial, mendengar lagu dsb)
Bulan ibadah
Manfaatkan malam Ramadanmu!
1. Menyediakan makanan berbuka puasa
2. Berdoa sebelum berbuka puasa
3. Berbuka dengan sederhana
4. Bertarawih
5. Membaca al-Quran (sambung tilawah/tadarus)
dan mentadabburinya
6. Mendengar majlis ilmu dan perkara-perkara
yang bermanfaat

Hindari perbuatan maksiat meskipun malam


kita tidak berpuasa. Yakin anda boleh!
Bersahur memperoleh keberkatan
Waktu sahur adalah waktu istighfar!
Bulan al-Quran
Bulan diturunkan al-Quran
Bacalah Al-Quran!
Terdapat peristiwa dan hari-hari
besar
Penurunan al-Quran
(17 Ramadan)
Perang Badar al-Kubra

(17 Ramadan)
Malam al-Qadar

(10 malam terakhir)


Doa malam al-Qadar
Penutup:
Harapan Ramadan kali ini
“Andai Ramadan ini Ramadan terakhirku…”

Anda mungkin juga menyukai