Anda di halaman 1dari 50

10 Ciri Al-Hafiz Berjaya

Disampaikan oleh:
Eusoff bin Amiruddin
Ciri Pertama:
Memahami Matlamat Hidup
Ciri Pertama:
Memahami Matlamat Hidup

Katakanlah: “Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku


dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan
mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagiNya, dan dengan
yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku (di antara seluruh
umatku) adalah orang Islam yang awal pertama - (yang berserah diri
kepada Allah dan mematuhi perintahNya)”.
Ciri Pertama:
Memahami Matlamat Hidup
• Sedar dan faham matlamat hidup.
• Matlamat hidup: mengabdikan diri kepada
Allah dan mencari redaNya.

“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia


melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat
kepadaKu.”
Bagaimana mencari Reda Allah?
Daripada Muaz bin Jabal, bahawa Rasulullah bersabda:
“Sesiapa yang menuntut ilmu dengan tujuan untuk
berbantah (berhujah) dengan orang-orang bodoh,
bermegah di kalangan ulama atau memalingkan wajah-
wajah manusia kepadanya (mencari perhatian dan
tumpuan), akan dimasukkan orang berkenaan ke dalam api
neraka.” (Sunan Ibn Majah)

IKHLASKAN NIATMU!
Usaha menghafal al-Quran semata-mata kerana Allah swt,
bukan kerana mengejar gelaran al-hafiz, sanjungan, dan
tujuan-tujuan lain.
Ciri Kedua:
Melaksanakan Kewajipan
Ciri Kedua:
Melaksanakan Kewajipan

Rasulullah s.a.w bersabda:


ُ‫ِإ ّن هَّللا َ تَ َعالى ي ُِحبّ ِإ َذا َع ِم َل َأ َح ُد ُك ْم َع َمالً َأ ْن يُ ْتقِنَه‬
“Sesungguhnya Allah ta’ala suka seseorang yang tekun (teliti).”
(HR al-Bayhaqi dalam Shu’ab al-Iman)
Ciri Kedua:
Melaksanakan Kewajipan
• Tugas manusia: Melaksanakan amanah Allah
• Kewajipan kita:
 Menunaikan tanggungjawab dan amanah yang
diberi
 Menyampaikan agama kepada orang lain

ً‫ بَلِّ ُغوا َعنِّي َولَ ْو آيَة‬،


“Sampaikan daripadaku walaupun satu
ayat.” (HR Bukhari)
Ciri Kedua:
Melaksanakan Kewajipan

• Tanggungjawab kita:
1. Sebagai seorang Muslim
2. Sebagai seorang pelajar
3. Sebagai seorang anak terhadap ibu bapa
Ciri Kedua:
Melaksanakan Kewajipan
1. Tanggungjawab seorang Muslim:
 Berhubung kefarduan solat lima waktu (berjemaah di
surau dan masjid, menjadi imam)
 Mengajarkan al-Quran kepada orang lain
2. Tanggungjawab seorang Pelajar
 Mentaati segala peraturan dan undang-undang
 Disiplin diri (tidak lewa dengan masa, pakaian)
3. Tanggungjawab terhadap ibu bapa dan penjaga
 Menunjukkan contoh teladan yang paling baik
Ciri Ketiga:
Menghargai Kepentingan Masa
Ciri Ketiga:
Menghargai Kepentingan Masa

ْ ,‫»مْن ُح ْس ِنِإ ْساَل ِم‬


«,ِ ‫ ْعنِيه‬,,‫ َما اَل َي‬,ُ‫ ْر ُكه‬,,,‫ َت‬،‫ل َم ْر ِء‬,,‫ا‬ ِ
“Di antara keelokan Islam seseorang itu,
dia meninggalkan perkara yang tidak berguna untuknya.”
(HR Tirmidzi)
Ciri Ketiga:
Menghargai Kepentingan Masa

Berhati-hati dengan
pengurusan masa!
Setiap detik masa akan membawa pulangan
yang menguntungkan untuk kehidupan dunia
mahupun akhirat… atau sebaliknya.
Ciri Ketiga:
Menghargai Kepentingan Masa
Sikap seorang Muslim terhadap masa:
1. Masa yang telah berlalu
• Ambil iktibar daripada apa yang telah menimpa umat terdahulu
2. Masa yang sedang kita lalui
• Persiapan untuk menghadapi masa depan
• Ketepikan soal remeh temeh yang tidak berfaedah dan kurang
menguntungkan
3. Masa yang bakal kita tempuhi
• Merancang dan mengatur kehidupan sesuai dengan peraturan
dan manhaj yang dikehendaki oleh Allah swt di dalam ajaran
Islam
Ciri Ketiga:
Menghargai Kepentingan Masa

• Hendaklah diuruskan sebaiknya:


1. Waktu persediaan tasmik (tahdir)
2. Waktu persediaan akademik (prep)
3. Waktu murajaah (al-Quran dan pelajaran)
4. Waktu-waktu lapang sebagai modal untuk
matlamat jangka pendek dan panjang
Ciri Keempat:
Istiqamah dengan Amalan Fardu dan
Sunat
Ciri Keempat:
Istiqamah dengan Amalan Fardu dan Sunat

Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya


dengan berkata: “Tuhan kami ialah Allah”, kemudian mereka
tetap teguh di atas jalan yang betul (dengan pengakuan iman
dan tauhidnya itu), maka tidak ada kebimbangan (dari sesuatu
yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan
berdukacita. (Surah al-Ahqaf: 13)
Ciri Keempat:
Istiqamah dengan Amalan Fardu dan Sunat
• Makna istiqamah: tetap pendirian, lurus, berprinsip
• Lurus: konsisten
• Orang yang menghafal al-Quran menanggung tugas
yang lebih besar dalam hal istiqamah. Contohnya,
beristiqamah dengan perintah solat lima waktu
dengan cara yang lebih sempurna.
Ciri Keempat:
Istiqamah dengan Amalan Fardu dan Sunat
• Mengapa pentingnya istiqamah?
1. Dapat ingat hafalan al-Quran yang telah dihafal
(istiqamah dengan al-Quran)
2. Memberi kesan kepada kekuatan dan
kelemahan iman
3. Memberi makna ketetapan dan kemenangan,
menggambarkan sifat kelelakian dan kejayaan
4. Penentu tercernanya nilai-nilai akhlak mulia
5. Penentu kepada kejayaan dunia dan akhirat
Ciri Keempat:
Istiqamah dengan Amalan Fardu dan Sunat
Antara amalan yang digalakkan untuk istiqamah:
1. Solat berjemaah di awal waktu
2. Membaca al-Quran setiap hari
3. Berzikir setiap kali selepas solat
4. Mengamalkan zikrullah pagi dan petang
5. Solat sunat rawatib
6. Qiyamullail
Ciri Kelima:
Mencintai Rasulullah
Ciri Kelima:
Mencintai Rasulullah

Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah


maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta
mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha
Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Ciri Kelima:
Mencintai Rasulullah
• Mencintai Rasulullah adalah kemestian bagi
seorang penghafaz al-Quran.
• Bukankah al-Quran yang dihafal dan dibaca itu,
merupakan wahyu yang diturunkan kepada hati
Baginda?
• Setiap kali membaca al-Quran, perlu diingat
bahawa ayat-ayat suci ini jugalah yang dibaca
dan diajarkan oleh baginda dan para sahabat
baginda.
Ciri Kelima:
Mencintai Rasulullah
• Manifestasi cinta:
1. Mencontohi nilai-nilai akhlak yang ada pada diri
Rasulullah (gambaran kepada kesempurnaan
iman)
2. Mentaati Rasul bermakna mentaati Allah
3. Membaca kisah-kisah perjuangan dan
pengorbanan Rasulullah, agar rasa kasih dan
cinta kepada baginda dapat ditanam dalam hati
para pelajar.
Ciri Kelima:
Mencintai Rasulullah

4. Membanyakkan selawat atas Nabi


5. Menghidupkan sunnah Nabi
6. Mempelajari Hadith-hadith Rasulullah
7. “Uswah hasanah” pada diri Rasulullah:
• Mengharapkan Rahmat Allah
• Mengharapkan hari akhirat
• Banyak mengingati Allah
Ciri Keenam:
Mencintai Ilmu Pengetahuan
Ciri Keenam:
Mencintai Ilmu Pengetahuan

‫ ْل ًما َسهَّ َل هَّللا ُ لَهُ بِ ِه‬,‫ط ِريقًا يَ ْلتَ ِمسُ فِي ِه ِع‬
َ ‫ك‬
َ َ‫َو َم ْن َسل‬
‫طَ ِريقًا ِإلَى ْال َجنَّ ِة‬
“Barangsiapa yang menempuh jalan untuk mencari
ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan
menuju syurga .”
Ciri Keenam:
Mencintai Ilmu Pengetahuan
Kepentingan dan kelebihan ilmu pengetahuan:
1. Penyebab kepada ketinggian dan kemuliaan
manusia di sisi Allah
2. Pembeza antara manusia yang berakal fikiran
dan binatang yang tidak berakal
3. Penyebab kedudukan Nabi Adam a.s. lebih tinggi
daripada para malaikat
4. Dihormati dan dimuliakan masyarakat
Ciri Keenam:
Mencintai Ilmu Pengetahuan

Sikap al-Hafiz yang berjaya:


1. Berlumba-lumba mencari ilmu pengetahuan
2. Tidak jemu-jemu menuntut ilmu pengetahuan
walau dengan apa cara sekalipun
3. Sentiasa berdamping dengan bahan bacaan
berilmiah
4. Berusaha menghadiri majlis-majlis ilmu
Ciri Keenam:
Mencintai Ilmu Pengetahuan

Bangunan Akademik Pusat Sumber (PSP)

Budayakan suasana mencintai ilmu di


tempat kita!
Asrama Surau al-Furqan
Tempat-tempat duduk dan sekitar maktab
Ciri Ketujuh:
Sabar dan Bermotivasi
Ciri Ketujuh:
Sabar dan Bermotivasi

Katakanlah (wahai Muhammad, akan firmanKu ini, kepada orang-orang


yang berakal sempurna itu): “Wahai hamba-hambaKu yang beriman!
Bertaqwalah kepada Tuhan kamu. (Ingatlah) orang-orang yang berbuat
baik di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di akhirat). dan
(ingatlah) bumi Allah ini luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas).
Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan
disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira”.
Ciri Ketujuh:
Sabar dan Bermotivasi
Pembahagian sifat sabar:
1. Sabar dalam menghadapi segala ujian dan
musibah dari Allah (reda dan tabah serta baik
sangka dengan Allah swt)
2. Bersabar dari perkara yang diharamkan (hawa
nafsu perlu dididik dengan sebaiknya)
3. Bersabar dalam menunaikan amalan-amalan
yang difardukan
Ciri Ketujuh:
Sabar dan Bermotivasi
Kepentingan sabar dalam menghafal al-Quran:
1. Menghafal al-Quran merupakan salah satu usaha
untuk memudahkan kerja-kerja dakwah
2. Berwaspada dengan sifat cuai ketika membaca
al-Quran dan tidak mengulangi hafalan dengan
sengaja
3. Meneruskan iltizam dan istiqamah yang bukan
setakat ‘hangat-hangat tahi ayam’
Ciri Ketujuh:
Sabar dan Bermotivasi
Cara-cara agar sentiasa bersemangat dan bermotivasi
dalam menghafal al-Quran:
1. Mendengar hadith-hadith Nabi s.a.w mengenai kelebihan
al-Quran
2. Selalu menonton atau mendengar bacaan al-Quran
daripada Qari’-Qari’ terkenal
3. Mencari dan bersikap berkawan dengan orang yang
menghafal al-Quran (juga digalakkan mencari suasana yang
baik)
4. Menyertai pertandingan hafazan al-Quran
5. Memulakan bacaan al-Quran dengan doa
6. Tidak terlalu cepat membaca al-Quran
Ciri Kelapan:
Berakhlak Mulia
Ciri Kelapan:
Berakhlak Mulia

»...‫«أكمل المؤمنين إيمانًا أحسنهم خلقًا‬


“Orang Mukmin yang paling sempurna imannya
adalah yang paling baik akhlaknya,…”
Ciri Kelapan:
Berakhlak Mulia
• Perkataan akhlak merujuk kepada perlakuan, tingkah laku,
pertuturan, sikap, dan kaedah seseorang itu berinteraksi
dengan Allah swt ataupun dengan makhluk di sekelilignya
sama ada manusia, binatang, dan tumbuh-tumbuhan.
• Sesorang al-Hafiz wajib berakhlak dengan nilai-nilai akhlak
mulia sesuai dengan kemuliaan al-Quran itu sendiri.
• Orang yang berakhlak mulia akan memperoleh kedudukan
istimewa di akhirat kelak dan menduduki tempat yang
hampir dengan Nabi s.a.w.
Ciri Kelapan:
Berakhlak Mulia
• Bagaimana mahu memiliki akhlak mulia?
1. Mempelajari nilai-nilai akhlak mulia Rasulullah s.a.w.
dan berusaha (mujahadah) untuk menirunya sedaya
mungkin.
2. Membiasakan diri bersahabat dengan orang-orang
yang baik.
3. Memaksa diri untuk bersikap tawaduk (merendah diri)
dan pemaaf.
4. Mementingkan ukhuwah dan mahabbah dalam
memupuk nilai-nilai murni akhlak Islam sesama umat.
Ciri Kesembilan:
Berwawasan dan Bercita-cita Tinggi
Ciri Kesembilan:
Berwawasan dan Bercita-cita Tinggi

»‫«المؤمن القوي خير وأحب إلى هللا من المؤمن الضعيف‬


“Orang Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih
dikasihi dari Mukmin yang lemah,” (HR Muslim)
Ciri Kesembilan:
Berwawasan dan Bercita-cita Tinggi
Pada ungkapan yang berbunyi “Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih
dikasihi dari mukmin yang lemah,” mengikut al-Imam al-Nawawi (6761 ) di
dalam Syarah Sahih Muslim:
“Yang dikehendaki dengan kekuatan di sini ialah kekuatan jiwa dan
keinginan pada urusan akhirat, di mana orang yang mempunyai sifat
ini lebih bersegera untuk menentang musuh di medan peperangan,
lebih cepat untuk keluar ke medan peperangan dan berangkat untuk
mencarinya (pihak musuh). Lebih kuat keazaman (kemahuan) dalam
urusan al amr bi al-ma'ruf wa al-nahy ‘an al munkar (menyuruh
kebaikan dan mencegah kemungkaran), bersabar di atas setiap
perkara yang menyakitkan (hati dan perasaan), sedia menanggung
kepayahan demi kerana Allah, lebih berminat dalam mengerjakan
solat, puasa, zikir-zikir dan semua jenis ibadat, lebih aktif
mengerjakan ibadah, memeliharanya dan apa saja yang
seumpamanya.”
Ciri Kesembilan:
Berwawasan dan Bercita-cita Tinggi

“Kebahagiaan manusia terletak kepada


kesungguhannya untuk merebut segala yang
mendatangkan manfaat untuknya sama ada di
dalam kehidupannya (di dunia) dan
sekembalinya di akhirat nanti.” (Ibnu al-Qayyim)
Ciri Kesembilan:
Berwawasan dan Bercita-cita Tinggi
Ciri-ciri kesungguhan seorang al-Hafiz yang
berjaya:
1. Belajar dengan bersungguh-sungguh
2. Bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu
agama
3. Menyimpan cita-cita untuk membangunkan
ekonomi ummah
4. Menaruh cita-cita ingin bersama dengan orang-
orang yang berjuang pada jalan Allah
Ciri Kesepuluh:
Akhirat Menjadi Keutamaan
Ciri Kesepuluh:
Akhirat Menjadi Keutamaan

»‫ وازهد فيما عند الناس يحبك الناس‬،‫«ازهد في الدنيا يحبك هللا‬


“Bersifat zuhudlah kamu dengan dunia ini
nescaya kamu dikasihi Allah, dan bersifat
zuhudlah kamu dengan apa yang ada di tangan
manusia, nescaya kamu dikasihi oleh manusia.”
(HR al-Hakim dalam al-Mustadrak)
Ciri Kesepuluh:
Akhirat Menjadi Keutamaan
Kepentingan meyakini Hari Akhirat:
1. Lebih maju dalam kehidupan duniawinya dengan
kemajuan yang sejajar dan selari dengan
kehendak al-Quran dan as-Sunnah.
2. Bermatlamatkan reda Allah
3. Tidak akan berbuat khianat, menipu, merasuah
dan memakan rasuah, bahkan apa jua
penyelewengan dapat dihindarkan.
Memahami Matlamat Hidup
Melaksanakan Kewajipan
Menghargai Kepentingan Masa
Istiqamah dengan Amalan
Mencintai Rasulullah
Mencintai Ilmu Pengetahuan
Sabar dan Bermotivasi
Berakhlak Mulia
Berwawasan dan Bercita-cita Tinggi
Akhirat menjadi Keutamaan
Kesimpulan dan Penutup

Anda mungkin juga menyukai