Anda di halaman 1dari 5

E B A H A N

T
B A C A A N

A Z K I R A H

Ketibaan Bulan Ramadhan


Umat Islam akan menyambut bulan yang mulia, bulan Ramadhan yang penuh
dengan keberkatan serta mengandungi hikmahnya yang tersendiri. Oleh itu marilah
kita sama-sama mengucapkan ''Marhaban Ya Ramadhan". Marhaban
menggambarkan suasana penerimaan tetamu disambut dan diterima dengan lapang
dada dan penuh kegembiraan. "Marhaban Ya Ramadhan" (selamat datang
Ramadhan) mengandungi erti bahawa kita menyambut Ramadhan dengan lapang
dada, penuh kegembiraan dan tidak dengan keluhan.

Rasulullah sendiri sentiasa menyambut dgn gembira setiap kali kedatangan


Ramadhan. Berita gembira itu disampaikan pula kepada sahabatnya sambil
bersabda : "Sungguh telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang penuh
keberkatan. Allah memfardukan atas kamu puasanya. Didalam bulan Ramadhan
dibuka segala pintu syurga dan dikunci segala pintu neraka dan dibelenggu
seluruh syaitan. Padanya ada suatu malam yang lebih baik dari 1000 bulan.
Barang siapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malam itu, maka sesungguhnya
dia telah dijauhkan dari kebajikan." (Hr. Ahmad)

Marhaban Ramadhan, kita ucapkan untuk bulan suci itu kerana kita mengharapkan
agar jiwaraga kita diasah dan diasuh, untuk melanjuntukan perjalanan menuju ke
pangkuan Allah. Perjalanan kepad Allah itu dilukiskan oleh ulama salaf sebagai
pengalaman yang penuh ujian dan rintangan.

Ada gunung yang harus dihakis. Itulah nafsu. Di gunung itu ada lereng yang curam
dan ganas pula perjalanannya tetapi apabila tekat tetap membaja sebentar lagi akan
nampak cahaya terang-benderang dan saat itu akan nampak dengan jelas rambu-
rambu jalan, nampak tempat-tempat yang indah untuk berteduh serta telaga-telaga
jernih untuk melepaskan dahaga. Apabila perjalanan dilanjuntukan akan ditemukan
kenderaan Ar-Rahman untuk menghantar musafir bertemu dengan kekasihnya.

Untuk sampai pada tujuannya, tentu diperlukan bekalan yang mencukupi. Bekalan
itu adalah benih-benih kebajikan yang harus kita tabur di dalam jiwa kita. Tekad
yang keras dan membaja untuk memerangi nafsu agar kita mampu menghidupkan
malam Ramadhan dengan solat dan tadarus, serta siangnya dengan ibadat kepada
Allah melalui pengabdian untuk agama.
Ketibaan Bulan Ramadhan_____________________________________________

Melangkah masuk gerbang puasa, bererti memasuki gerbang pertapaan dan latihan.
Oleh itu, sudah semestinya sebelum melangkahkan kaki kita perlu menyiapkan diri
serta menyediakan bekalan yang perlu. Bekalan serta latihan yang perlu disediakan
ialah :

* Mengulangkaji pelajaran berkenaan puasa, agar apabila kita memasuki dan


menjalani ibadah puasa itu dengan pengetahuan yang diperbaharui dengan
mempunyai pedoman yang baik dan petunjuk yang
sempurna.

* Memperlihatkan kegembiraaan dan ketenangan jiwa dalam menghadapi bulan


puasa, sebagaimana dilalui Rasulullah dan sahabat-sahabatnya.

* Memperbanyakkan doa semoga Allah memberikan tenaga, kelapangan dan


kesempatan mengerjakan puasa dan mudah-mudahan Allah mentaufikkan kita
supaya kita dapat menunaikan puasa dengan hati yang jujur dan tulus ikhlas, jauh
daripada perasaan ria, ujud, sumah dan segala penyakit yang menghilangkan pahala
puasa.

Kata Al Mualia ibn Fadlil: "Para sahabat membahagi tahunnya kepada dua
bahagian. Bahagian pertama, mereka menggunakannya untuk memohon kepada
Allah agar menerima.puasa yang dilaksanakan. Bahagian kedua, mereka
menggunakan nya untuk berdoa, memohon dan mengharap kepada Allah
agar memberikan tenaga dan kekuatan untuk melaksanakan puasa yang akan datang
itu."
(Lathaiful Ma'rif 156)

* Menguatkan semangat untuk menjalankan latihan dengan sempurna, agar kita


memperolehi kesan-kesan yang diharapkan daripada berpuasa itu. Bulan puasa itu
adalah bulan latihan jihad, memerangi hawa nafsu serta tamak haloba. Bulan puasa
itu juga adalah bulan bercucuk tanam untuk AKHIRAT, bulan
menghasilkan bekalan untuk hari kemudian, bulan membersihkan dan mensucikan
diri daripada pelbagai dosa serta menghias diri dengan budi pekerti yang tinggi.
Oleh itu, kita perlu menyiapkan diri bagi
menunaikan segala hak puasa.

* Menyediakan diri untuk menjaga benih-benih amalan yang kita tanam pada bulan
Ramadhan. Ini adalah kerana jika seseorang menanam benih, tidak menyiraminya
dan tidak menjaganya dengan baik, akan mengeluh dan menggigit jari ketika
menuai kelak iaitu ketika dihadapan ALLAH SWT

* Membuang adat tradisi yang memberatkan. Kita dapati sebahagian besar umat
Islam menanti kehadiran bulan puasa dengan memberatkan diri dalam urusan
pembelanjaan. Pelbagai barangan dibeli untuk menyambut puasa.
Ketibaan Bulan Ramadhan_____________________________________________

Seorang ulama Salaf menjual jariahnya kepada seorang saudagar hartawan, maka
ketika jariah itu melihat betapa besar himmah tuannya yang kaya raya itu dalam
menyediakan makanan puasa, dia bertanya kepada tuannya itu; "Untuk apakah tuan
menyediakan makanan ini, selama yang sudah-sudah, tuan tidak sesungguh ini
mencari dan mengumpulkannya?" Saudagar hartawan itu menjawab, "Untuk bulan
puasa yang sedikit hari lagi akan tiba". Mendengar jawapan tuannya, jariah itu
berkata, "Kiranya tuan tidak pernah berpuasa selain daripada puasa bulan
Ramadhan dan kiranya tuan mengadakan puasa Ramadhan itu untuk bersedap-
sedapan dan membanyakkan makanan, saya tidak dapat bersama tuan, sudilah
kiranya tuan menjual saya kembali kepada tuan saya yang dahulu." (Lathaiful
Ma?rif 155)

Memberatkan diri dan boros berbelanja kerana puasa adalah keadaan yang tidak
sekali-kali disukai syarak. Syarak menyuruh kita membanyakkan memberi
makanan kepada fakir miskin dan memenuhi dengan sempurna hak keluarga, bukn
menyuruh kita membanyakkan makanan pada bulan puasa ini.

Itulah bekalan serta latihan yang perlu kita laksanakan bagi menyambut kehadiran
Ramadhan.

Bekalan serta latihan itu sewajarnya membantu kita melaksanakan ibadat puasa
dengan penuh nikmat serta memenuhi kehendak agama Islam.

Rasulullah mempunyai tatacaranya tersendiri ketika menyambut Ramadhan.

Pertama: Baginda memperbanyakkan puasa pada bulan Syaaban. Ini dapat dilihat
menerusi hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dari Aisyah yang bermaksud:

"Adalah Rasulullah saw kadangkala terus menerus berpuasa, hingga kami


mengatakan bahawa baginda tidak pernah berbuka dan kadangkala terus berbuka
hingga kami mengatakan bahawa baginda tidak pernah berpuasa sunat. Namun
demikian saya tidak pernah melihat Rasulullah SAW.menyempurnakan puasa
sebulan penuh selain bulan Ramadhan dan saya tidak pernah melihat baginda
banyak berpuasa sebagaimana puasa di bulan Syaaban."

Kedua: Mengadakan ceramah pada akhir bulan Syaaban untuk menyambut


Ramadhan. Pada hari terakhir bulan Syaaban, Rasulullah berceramah di hadapan
golongan sahabat untuk menerangkan keutamaan dan keistimewaan bulan
Ramadhan.

Diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah daripada Salman yang bermaksud:

"Rasulullah SAW pada hari terakhir dari bulan Syaaban berkhutbah dihadapan
kami. Maka baginda bersabda: 'Sungguh telah datang kepadamu bulan
Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan. Allah telah mewajibkan kepadamu
puasa-Nya. Di dalam bulan Ramadhan dibuka segala pintu syurga dan dikunci
Ketibaan Bulan Ramadhan_____________________________________________

segala pintu neraka dan dibelenggu seluruh syaitan. Padanya ada satu malam
yang terlebih baik dari 1000 bulan. Barang siapa tidak diberikan kepadanya
kebaikan malam itu, maka sesungguhnya dia telah dijauhkan dari kebajikan."

Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, penghulu segala bulan, maka "Selamat
datanglah" kepadanya. Wahai manusia! Sesungguhnya kamu akan sentiasa
dinaungi oleh bulan yang sentiasa besar lagi penuh keberkatan, bulan yang Allah
menjadikan puasanya satu kewajipan dan qiam pada malam harinya suatu
tatawwu?.

Barang siapa mendekatkan diri kepada Allah dengan suatu pekerjaan kebajikan
didalamnya samalah dia dengan orang yang menunaikan sesuatu fardu pada bulan
lainnya.

Ramadhan itu adalah bulan sabar sedangkan sabar itu pahalanya adalah syurga.
Ramadhan itu adalah bulan yang memberikan pertolongan dan bulan Allah
memberikan rezeki kepada mukmin di dalamnya.

Barangsiapa memberikan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa, yang


demikian itu adalah pengampunan bagi dosanya dan kemerdekaan dirinya
daripada neraka. Orang yang memberikan makanan itu akan memperoleh pahala
seperti yang diperoleh orang yang berpuasa. Allah memberikan
pahala itu kepada orang yang memberikan walaupun sebutir kurma, atau seteguk
air atau sehirup susu.

Dialah bulan yang permulaannya Rahmah, pertengahannya ampunan dan


akhirnya kemerdekaan daripada neraka. Barangsiapa yang meringankan beban
seseorang (membantunya) nescaya Allah mengampuni dosanya.

Oleh itu banyakkanlah yang empat perkara pada bulan Ramadhan. Dua perkara
untuk mendatangkan keredhaan Allah dan dua perkara lagi kamu sangat
menghajatinya.Dua perkara yang pertama ialah mengakui dengan sesungguhnya
tiada tuhan melainkan Allah dan mohon ampun kepadanya.Dua
perkara yang kamu sangat memerlukannya ialah mohon syurga dan perlindungan
daripada neraka.

Barang siapa memberi minum orang yang berpuasa, nescaya Allah memberi
minum kepadanya daripada kolam-Ku dengan sekali minum, dia tidak merasakan
haus lagi sesudahnya sehingga dia masuk ke dalam syurga.

Berdasarkan hadis ini maka sudah sewajarnya ketika mengakhiri bulan Syaaban
untuk memasuki bulan Ramadhan, kita mengadakan pertemuan atau ceramah bagi
memberi panduan kepada masyarakat iaitu apa yang perlu dilaksanakan di dalam
bulan Ramadhan kelak.
Ketibaan Bulan Ramadhan_____________________________________________

Ketiga: mengucapkan "tahniah" kerana kedatangan bulan Ramadhan.

Diriwayatkan oleh Ahmad dan An Nasa-i dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah
sentiasa menggembirakan kalangan sahabat atas kedatangan bulan Ramadhan.

Rasulullah menggembirakan kalangan sahabat dengan hadisnya yang bermaksud :


"Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkati.
Allah memerintahmu berpuasa didalamnya. Dalam bulan Ramadhan dibuka segala
pintu syurga dan dikunci segala pintu neraka dan dibelenggu segala
syaitan."

Berdasarkan penerangan hadis ini, perlulah kita mengucapkan tahniah sebagai


tanda kegembiraan menyambut bulan yang berbahagia ini.

Kita perlu memberi ucap selamat ke atas kedatangan bulan yang dibuka didalamnya
segala pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka, serta dibelenggu segala syaitan.

Justeru bagi menyambut kehadiran Ramadhan ini kita berusahalah mengikuti segala
garis panduan yang dinyatakan. Semoga kehadiran bulan Ramadhan ini akan
memberi cahaya keimanan yang lebih terang buat kita semua.

Anda mungkin juga menyukai