Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA: LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN

PEMBELAJARAN ABAD KE-21


SK SUNGAI BEDAUN
1.0 Pengenalan
Seiring dengan perkembangan teknologi dan kemajuan dunia siber abad ke-21 ini, kaedah
pengajaran dan pembelajaran juga perlu berubah. Kaedah pengajaran konvensional
chalk and talk semata-mata kurang berhasil menarik minat murid sebaliknya
memerlukan kaedah yang lebih dinamik dan kreatif dengan kandungan pengajaran yang
relevan. Menyedari kepentingan guru memahami dan bersedia melakukan perubahan
dalam pengajaran dan pembelajaran sesuai dengan pembelajaran abad ke-21,
Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan inisiatif pembelajaran abad ke-21
secara rintis pada tahun 2014 dan meluaskan pelaksanaan keseluruh negara mulai tahun
2015.
Pembelajaran abad ke-21 turut merangkumi model susun atur kelas abad ke-21
sejajar dengan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan transformasi
pendidikan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025.
Semua pihak yang terlibat secara langsung dengan dunia pendidikan perlu menyedari
bahawa tiada ruang untuk tidak ikut sama melaksanakan transformasi pendidikan. Malah
perubahan dalam pendidikan perlu sentiasa seiring perkembangan zaman atau selangkah
kehadapan. Guru-guru perlu bersedia menerima perubahan dan dapat pula mengurus
perubahan dengan cekap dan berkesan agar pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih
segar dan memenuhi keperluan murid. Elemen-elemen yang terkandung dalam kemahiran
abad ke-21: Pelaksanaan pengajaran berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) merupakan penanda aras
keberkesanan pendidikan abad ke-21 seperti dihasratkan Kementerian Pendidikan
Malaysia mulai tahun 2014, iaitu selaras dengan transformasi pendidikan negara dalam
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025).

2.0 Objektif Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) Pembelajaran Abad Ke-21:


2.1 Membantu guru-guru memahami dengan jelas tentang Pembelajaran Abad Ke-21
2.2 Mencetuskan idea kepada guru untuk menjalankan pembelajaran abad ke-21.
2.3 Mewujudkan suasana sekolah yang positif dan berdaya saing.
3.0 Matlamat LDP Pembelajaran Abad Ke-21:
3.1 Mewujudkan guru-guru yang kreatif dan serba boleh.
3.2 Melahirkan murid-murid yang bijak dan berkebolehan dalam semua aspek.
4.0 Maklumat LDP :
3.1 Tarikh pelaksanaan LDP : 18 Februari 2016 (Khamis)
3.2 Tempat: Bilik Kristal, SK Sungai Bedaun, WP Labuan.
3.3 Penceramah : En. Pgn Abdul Kadir bin Pgn Budin
3.4 Peserta :Semua guru SK Sg Bedaun
3.5 Anggaran Kos:
3.5.1 Sijil penghargaan dibekalkan oleh pihak sekolah
3.6 Sumber Kewangan: -

4.0 Penutup
Semoga perancangan yang telah dibuat dapat dijalankan dengan jaya dan berkesan
serta mencapai objektif yang diharapkan.

Disediakan oleh ,

Disemak oleh,

(PN. RADZIAH BINTI TARIS)


Setiausaha LDP ,
SK Sungai Bedaun
WP Labuan

....
(PN NORLIHA BAYONG)
GPK Kurikulum
SK Sungai Bedaun
WP Labuan

Disahkan oleh,

Guru Besar
SK Sungai Bedaun
WP Labuan

Anda mungkin juga menyukai