Anda di halaman 1dari 10

PROPOSAL KAJIAN

FAKTOR SOSIOEKONOMI KELUARGA DAN KEBOLEHAN MEMBACA MURID TAHUN 1 ZON SENTUL 1. PENGENALAN Membaca merupakan aspek yang sangat penting dalam proses pencerapan ilmu pengetahuan. Membaca melibatkan dua faktor iaitu pemahaman dan interpretasi idea yang dilambangkan melalui penulisan. Pandangan ini memberi pengertian bahawa aktiviti membaca berlaku secara serentak dalam perlakuan manusia yang akan melibatkan memahami. Justeru guru-guru yang terlibat dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran membaca perlu memastikan agar kedua-dua elemen tersebut diajar secara bersepadu kepada murid-murid terutamanya murid-murid Tahun 1. Zulkifley Hamid (2007), menyatakan bahawa proses menguasai kemahiran membaca dan memahami bukanlah suatu pekerjaan yang mudah berbanding dengan proses dengar-tutur. Dalam proses penguasaan bahasa secara lisan, setiap individu adalah secara automatis telah dibekalkan dengan suatu alat nurani yang membolehkan mereka mengenali dan memahami simbol bahasa secara natural. Berbeza dengan penguasaan kemahiran lisan, dalam proses membaca seseorang itu perlu mengamati, mengingati dan mendengar serta dapat membezakan bunyi dengan tepat, menyebut simbol-simbol huruf yang mewakili bunyi tertentu serta menggabungkan sesuatu bunyi bagi membentuk perkataan dan memindahkan lambang-lambang tadi kepada sistem kognitif bagi tujuan terjemahan dan pemahaman (Safiah Osman 1990).Menurut Docey & Travers, (1996), melalui model biopsikososial, perkembangan manusia merupakan hasil daripada interaksi antara aktor biologi, psikologi dan sosial. Elemen biologi meliputi perkembangan bermula dari baka sehinggalah ke isu-isu kesihatan dewasa, elemen psikologi melibatkan semua aspek kognitif dan perkembangan personaliti manakala elemen sosial merujuk kepada pengaruh dari keluarga, sekolah dan rakan sebaya. Murid-murid yang tidak menguasai kemahiran asas bacaan akan ditempatkan di kelas pemulihan khas seawal usia 8 tahun. Pendidikan pemulihan telah dilaksanakan di 1

negara ini sejak beberapa dekad yang lalu, iaitu sejak daripada awal 1970-an lagi. Namun, apa yang menjadi kerungsingan dan tanda tanya kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab ialah hasil dapatan beberapa kajian yang menunjukkan bahawa masih terdapat ramai murid, termasuk murid lepasan program pemulihan, yang mengalami masalah dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M). Pendidikan pemulihan di Malaysia diperkenalkan selepas projek perintis untuk meninjau keperluan mengadakan pendidikan pemulihan dilancarkan oleh Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1967 (Kementerian Pelajaran Malaysia). Kelas pemulihan khas diwujudkan bagi tujuan mengatasi masalah ketidakupayaan murid-murid lemah dalam menguasai kemahiran asas 3M membaca, menulis dan mengira. Dalam pengajaran pemulihan, strategi pengajaran diubah suai untuk keperluan murid-murid yang mengalami ketidakupayaan dalam pembelajaran (Rajesvari, 2008). Kelas Pemulihan Khas wujud kerana wujudnya kanak-kanak yang tidak boleh membaca meskipun mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran seawal usia 7 tahun. Membaca merupakan aspek yang sangat penting dalam proses pencerapan ilmu pengetahuan. Membaca melibatkan dua faktor iaitu pemahaman dan interpretasi idea yang dilambangkan melalui penulisan. Pandangan ini memberi pengertian bahawa aktiviti membaca berlaku secara serentak dalam perlakuan manusia yang akan melibatkan memahami. Justeru guru-guru yang terlibat dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran membaca perlu memastikan agar kedua-dua elemen tersebut diajar secara bersepadu kepada murid-murid terutamanya murid-murid tahun 1. Menurut Hasanalee dan Zulkifley (2007), proses menguasai kemahiran membaca dan memahami bukanlah suatu pekerjaan yang mudah berbanding dengan proses dengar-tutur. Menurut Abdul Rasid Jamian (2011), pengaruh faktor-faktor yang tertentu mewujudkan masalah dalam menguasai kemahiran membaca dan menulis murid. Kelemahan menguasai kemahiran membaca dan menulis menjadikan murid berasa rendah diri dan masalah disiplin diri merosot. Murid-murid ini beranggapan bahawa

perlakuan yang melanggar norma amalan di sekolah bertujuan menarik perhatian guru dan rakan-rakan. Sifat rendah diri akibat kegagalan yang berterusan membawa kepada konsep kendiri yang rendah. Tingkah laku agresif, negatif, kebudak-budakan serta bermuram adalah petunjuk-petunjuk masalah emosi yang serius. Ini akan menjejaskan keupayaan mereka untuk menguasai kemahiran bahasa yang lebih berkesan. Masalah menguasai kemahiran membaca dan menulis menjadikan murid lemah dan tidak berminat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu adalah akibat ketidakcekapan mereka menguasainya. Permasalahan membaca yang ada dalam diri murid adalah seperti keliru mengecam huruf besar dan huruf kecil semasa membaca, tidak membunyikan perkataan dengan betul dan tepat, tidak dapat menyebut perkataan yang dieja serta sering meninggalkan perkataan yang tidak ketahui makna atau gagal membunyikannya. Ini menimbulkan pola bacaan yang merangkak-rangkak dan pastinya menjadikan muridmurid tidak memahami maklumat dan makna bahan bacaan tersebut. Selain itu, murid ini juga lemah dan tidak berminat mencari maklumat yang terdapat dalam gambar rajah atau bahan rangsangan yang diberikan oleh guru (Abdul Rasid dan Zulkafli, 2008). Kajian ini difikirkan perlu dijalankan dalam konteks pendidikan pemulihan kerana kita sering mendapati murid pemulihan dikaitkan dengan masalah penguasaan kemahiran membaca. Ia dapat dijadikan sumber rujukan dan panduan bukan sahaja kepada guru-guru pemulihan khas tetapi juga kepada ibu bapa dan penjaga murid yang terlibat, (Rajesvari, 2008).

2. PERNYATAAN MASALAH Pendidikan pra sekolah telah diperkenalkan pada tahun 1992 dan ia diperkenalkan untuk menyediakan pengalaman pembelajaran kepada murid-murid yang berumur antara 4 hingga 6 tahun bagi menyuburkan potensi mereka dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah. Walaubagaimanapun, setelah 21 tahun pra sekolah dijalankan, masih wujud murid tahun 1 yang tidak boleh membaca yang dikategorikan sebagai murid

LINUS, manakala murid tahun 2 dan 3 yang masih belum boleh membaca dikategorikan sebagai murid LINUS dan murid kelas pemulihan khas. Pada tahun 2008 sahaja, masih terdapat 54,000 pelajar Tahun 1 (anggaran 13% daripada jumlah enrolmen pelajar Tahun 1) yang tidak menguasai kemahiran literasi dan 117,000 (24%) pelajar dalam Tahun 4 yang tidak menguasai kemahiran numerasi yang ditetapkan. Tanggungjawab berat dipikul oleh guru-guru yang terlibat apabila kementerian menetapkan bahawa bilangan murid LINUS di setiap sekolah hendaklah sifar selepas murid melalui saringan 9 LINUS.

3. RASIONAL KAJIAN Kajian ini penting untuk dijadikan panduan oleh ibu bapa, guru dan masyarakat dalam membantu Negara merealisasikan sifar buta huruf bagi pelajar berumur 9 tahun. Melalui kajian ini, pihak sekolah juga boleh mengenalpasti hubungan antara tingkat pendapatan dan tahap pendidikan ibu bapa dengan pencapaian murid secara keseluruhannya. Maka seluruh ahli masyarakat boleh bekerjasama dalam memastikan anak-anak boleh membaca selewat-lewatnya pada umur 9 tahun. Pihak Kementerian boleh mengetahui masalah murid dalam menguasai bacaan dan boleh merangka sesuatu dasar baru yang bertujuan untuk mengatasi masalah tersebut.Sebagai salah satu contoh pihak kementerian hendaklah memperuntukkan sumber tenaga dan kewangan yang lebih terhadap sekolah-sekolah luar bandar memandangkan taraf sosioekonomi penduduk luar bandar agak rendah berbanding di bandar. Sebagai guru Kelas Pemulihan Khas dan guru LINUS, saya melihat aspek kebolehan membaca sangat penting untuk setiap murid. Kebolehan membaca menjadi kayu ukur kejayaan guru Pemulihan Khas dan LINUS. Oleh itu kajian ini dijalankan bagi

menentukan sama ada sosioekonomi keluarga benar mempengaruhi kebolehan membaca seseorang murid. Maka tujuan kajian ini dijalankan adalah: a.
b. c. d.

Menyediakan data asas bagi faktor sosioekonomi termasuk sumbangan pendapatan ibu bapa.
Menentukan adakah terdapat hubungan yang signifikan antara tahap kebolehan membaca murid dengan faktor sosioekonomi keluarga. Mengenal pasti tahap kebolehan membaca murid berdasarkan jantina dan bangsa. Menentukan adakah wujud perbezaan tahap kebolehan membaca murid yang signifikan antara jantina dan bangsa.

3. OBJEKTIF KAJIAN Manakala objektif khusus kajian ini adalah untuk: 1. 2.


3. 4.

Mengenalpasti tahap kebolehan membaca murid tahun satu di 7 buah sekolah di Zon Sentul Kuala Lumpur. Mengenalpasti taburan sosioekonomi keluarga murid-murid Tahun 1 di 5 buah sekolah di Zon Sentul Kuala Lumpur.
Mengenal pasti perbezaan yang signifikan antara kebolehan membaca murid dengan jantina murid. Mengenal pasti perbezaan yang signifikan antara kebolehan membaca murid dengan bangsa murid.

5. 6. 7.

Untuk mengenalpasti hubungan antara tahap pendidikan ibu bapa dengan kebolehan membaca murid tahun 1. Untuk mengenalpasti hubungan antara tingkat pendapatan ibu bapa dengan kebolehan membaca murid tahun 1. Untuk mengenalpasti persekitaran keluarga dengan kebolehan membaca murid tahun 1.

4. METODOLOGI KAJIAN 4.1 Rekabentuk kajian Kajian yang dibuat bagi mendapatkan data adalah kajian yang bersifat kuantitatif. Terdapat banyak reka bentuk kajian yang sering digunakan oleh penyelidik dalam menjalankan penyelidikan. Setiap reka bentuk mempunyai kekuatan dan kelemahan dan pemilihan reka bentuk oleh penyelidik banyak bergantung kepada tujuan kajian dan masalah kajian yang ingin diselesaikan. Bagi menyiasat sejauh mana hubungan atau perkaitan diantara faktor sosioekonomi dan persekitaran keluarga mempengaruhi sikap dan pencapaian pelajar, maka kaedah tinjauan telah dipilih oleh penyelidik. Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk deskriptif. Sampel kajian dalam penyelidikan ini menggunakan Kaedah Persampelan Rawak Mudah. Persampelan jenis ini dipilih bersesuaian dengan keadaan sampel yang terdiri daripada ibu bapa murid tahun 1 sekitar zon Sentul. Perbandingan min digunakan dalam kajian ini. Sulaiman (1996) menyatakan bahawa kaedah tinjauan merupakan kajian terhadap perkara yang sedang berlaku. Kaedah ini boleh memberi sumbangan yang penting kerana maklumat yang diperolehi dapat menentukan aliran masa kini dan menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi. Seterusnya kaedah analisis korelasi (Pearson) digunakan untuk mencari hubungan antara dua pemboleh ubah untuk kajian ini. 4.2 Responden / sampel kajian Responden kajian ini terdiri daripada ibu, bapa atau penjaga murid Tahun 1 dari 5 buah sekolah rendah dari zon Sentul Kuala Lumpur. Berikut ialah perincian jumlah responden mengikut sekolah:

Nama Sekolah SK (L) Jalan Batu SK (P) Jalan Batu SK (L) Methodist SK Segambut Makmur SK Batu Muda SK Tiara Permai SK Convent Bukit Nanas 1 Jumlah

Bilangan Pelajar Murid Tahun 1 20 orang 20 orang 20 orang 50 orang 50 orang 50 orang 60 orang 270 orang

JADUAL 1.1. Jumlah murid yang terlibat Tahun 1 bagi 7 buah sekolah di Sekolah Rendah Zon Sentul. 4.3 Lokasi kajian Kajian dijalankan terhadap 270 keluarga murid tahun 1 untuk 7 buah sekolah rendah di zon Sentul Kuala Lumpur. 4.4 Instrumen kajian Proses pengumpulan data menggunakan dua jenis instrumen untuk mendapat maklum balas responden iaitu: 1. Soal Selidik 2. Ujian Saringan Literasi (LINUS) 4.4.1 Bahagian A : Soal selidik maklumat peribadi. Bahagian A adalah soal selidik yang berkaitan dengan maklumat peribadi responden. Ia dibentuk sendiri oleh penyelidik untuk mendapatkan maklumat jantina dan bangsa murid.

4.4.2 Bahagian B : Soal selidik sosioekonomi Bahagian B pula adalah berkaitan latar belakang keluarga

bertujuan mengumpul data mengenai latar belakang serta taraf sosioekonomi keluarga. Aspek yang dinilai adalah berkaitan dengan pendidikan ibu bapa, pendapatan keluarga, pekerjaan ibu bapa, bilangan ahli keluarga yang masih dalam tanggungan dan diluar tanggungan ibu bapa, status perkahwinan ibu bapa, dan jenis kediaman. 4.4.3 Kebolehan membaca murid Tahun 1 Kebolehan membaca murid tahun 1 dinilai atau diukur melalui Instrumen Ujian Saringan Literasi. Ujian ini dikelola oleh guru Bahasa Malaysia setiap kelas tahun 1.

Jadual 4.1: Pecahan Item Borang Soal Selidik. Kandungan Bahagian A Bahagian B Perkara Latar Belakang Murid (Sosioekonomi murid) tingkat pendapatan ibu bapa tahap pendidikan ibu bapa Bahagian C Jumlah persekitaran keluarga Kebolehan membaca 4 2 5 1 15 Tidak Bersandar Bersandar Bilangan Pemboleh ubah Item 3 Bebas

4.5 Tatacara / prosedur pemerolehan data

Terlebih dahulu sebellum dapat mengedar soal selidik, pengkaji mendapatkan surat kebenaran mengedar soal selidik daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Setelah mendapat kelulusan daripada KPM dan Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL), kerjasama guru-guru Bahasa Malaysia Tahun 2 diperlukan dalam mendapatkan data untuk kajian ini. Guru-guru tersebut diberikan set soal selidik dan diminta mengedarkannya kepada murd-murid tahun 1 di sekolah masing-masing diiringi surat kebenaran mengedar soal selidik daripada JPWPKL. Setiap murid tahun 1 diberi borang soal selidik dan diingatkan agar borang-borang tersebut diisi dan dilengkapkan oleh ibu bapa atau penjaga masing-masing. Murid-murid tersebut juga diingatkan agar mengembalikan borang yang lengkap diisi kepada guru Bahasa Malaysia itu semula. Guru Bahasa Malaysia akan melengkapkan Bahagian C dalam borang soal selidik tersebut. 4.6 Tatacara Penganalisian Data Data-data yang diperolehi akan dianasisis berdasarkan tujuan dan hipotesis kajian. Untuk tujuan pengujian hipotesis, alat statistik seperti korelasi Pearson akan digunakan. Data ini juga menggunakan pengiraan korelasi untuk melihat perhubungan antara faktor sosioekonomi dan persekitaran keluarga mempengaruhi kebolehan membaca murid Tahun 1. Data-data yang diperolehi dianalisis menggunakan komputer. Program yang digunakan ialah Statistical Package of the Social Science (SPSS). Menurut Mohd Majid Konting (1990) penganalisisan data berstatistik menggunakan perisian pengaturcaraan SPSS dapat menghasilkan pengiraan yang tepat dan jitu kerana bebas dari ralat. Kebolehan membaca murid tahun 1 dinilai melalui keputusan ujian Saringan LINUS, ujian telah ditadbir oleh guru Bahasa Malaysia / guru LINUS bagi sekolah berkenaan. RUJUKAN

Abdul Rasid Jamian & Zulkafli Abu Zarin. 2008. Keupayaan Kemahiran Membaca Dan Menulis Bahasa Melayu Murid Sekolah Rendah Kebangsaan Luar Bandar. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Dacey, Travers. 1996. Human Development: Across The Lifespan. Masison,Wl: Brown & Benchmark. Rajesvari Ramasamy. 2008. Murid-Murid Pemulihan Di Sekolah Rendah, Pulau Pinang. Sintok : Universiti Utara Malaysia Abdul Rasid Jamian (2011),

10

Anda mungkin juga menyukai