Anda di halaman 1dari 2

PEPATAH MELAYU : YANG BULAT TIDAK DATANG BERGOLEK, YANG PIPIH TIDAK DATANG

MELAYANG
'YANG bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang'. Pepatah Melayu ini
jelas menggambarkan sesuatu kejayaan tidak mungkin datang dengan sendiri tanpa
sebarang usaha gigih, hidup akan terus berada pada takuk lama jika tiada kesungguhan
mengubahnya.
Kejayaan yang mampu dicapai adalah hasil daripada usaha yang tidak mengenal putus-asa.
Usaha berkait rapat dengan disiplin. Tanpa disiplin, pelajar mudah leka dan terpengaruh
dengan keadaan persekitaran mereka sehari-hari, lantas menjejaskan tumpuan. Antara
factor persekitaran tersebut termasuklah pengaruh rakan, permainan video, dan tidak
kurang juga dengan aplikasi dunia siber sekarang. Bagaimana membentuk disiplin diri agar
dapat mencapai kejayaan?
1.Pelajar boleh melakukan amalan-amalan yang boleh menenangkan jiwa dan rohani seperti
melakukan amal ibadat dan membaca doa. Amalan-amalan ini boleh membantu diri dalam
memperoleh ilmu pengetahuan dan diberkati.
2.Belajar di tempat yang kemas dan mempunyai pencahayaan serta pengudaraan yang baik.
Duduk diatas kerusi yang dapat memberi postur tubuh yang betul bukannya duduk di kerusi
empuk yang boleh menyebabkan rasa malas.
3.Kawal pemakanan. Sekiranya mahu belajar, elakkan makanan yang berat seperti nasi
kerana boleh menyebabkan rasa mengantuk. Cukup sekadar mengalas perut sahaja seperti
minum segelas susu dan sekeping roti sebelum belajar.
4.Sediakan peralatan pembelajaran seperti pen, pensel, kertas, pemadam dan lain-lain
secukupnya sebelum duduk belajar atau mengulangkaji. Tabiat suka bangun dan duduk
pada waktu belajar mengakibatkan sesuatu kerja itu tertangguh.
Kejayaan bukanlah suatu misteri yang tidak terungkap. Malah sekiranya seseorang itu telah
melakukan sesuatu perkara maka orang lain pasti mampu melakukannya juga. Kita mungkin
tidak bercita-cita terlalu tinggi seperti Datuk Azhar Mansor yang berlayar di lautan luas
seorang diri; atau seperti Datuk Abdul Malek yang berenang merentasi Selat Inggeris; atau
seperti Shalin Zulkifli yang menjadi ratu bowling negara; atau seperti Nik Nur Madihah yang
mendapat 21A dalam SPMnya.
Tetapi janganlah pula sekadar selesa dengan pencapaian yang biasa hingga tiada apa yang
boleh dibanggakan oleh kita atau yang boleh diceritakan kepada anak cucu kita nanti.
Sekurang-kurangnya, kalau kita sebagai pekerja maka berusahalah untuk menjadi pekerja
yang cemerlang hingga menerima anugerah dari majikan. Kalau kita seorang usahawan
binalah empayar perniagaan kita yang mampu diwarisi oleh anak cucu. Kalau kita sebagai
seorang pelajar belajarlah dan berusahalah hingga sampai ke peringkat yang tertinggi.
RESEPI KEJAYAAN

Bahan-bahannya;

250 gm Daya usaha

100 gm Kesabaran

100 gm Keimanan

190 gm Keinsafan

150 gm Pengorbanan

150 gm Campuran akhlak mulia

( boleh didapati dari didikan yang baik dan sempurna)

8 sudu rasa tanggungjawab

200 gm senyum secukup rasa


Cara-cara membuatnya:
Pukul semangat hingga menjadi kembang dan kental. Masukkan usaha dan
kesabaran, gaul sehingga sebati. Masukkan keinsafan sedikit demi sedikit .
Biarkan adunan menjadi lembut. Setelah itu campurkan keimanan , rasa
tanggungjawab dan campuran akhlak mulia. Ia perlulah dibungkus dengan
kertas ingin tahu dan ingin mencuba. Masukkan adunan tersebut ke dalam
mangkuk bertimbang rasa dan tolak ansur. Hiaslah dengan senyum yang
menawan kemudian bakar dengan tenaga yang ada.
U/p : Untuk mendapatkan kek yang cantik dan elok, jauhilah ia dari air mata
putus asa walaupun setitik. Oleh kerana kek kejayaan ini amat sukar unutk
dibuat, syabas kepada sesiapa jua yang berjaya melaksanakan dengan baik.
 

Anda mungkin juga menyukai