Anda di halaman 1dari 10

Mengapa orang lain berjaya, anda tidak?

Apakah yang menjadikan tokoh-tokoh seperti Imam As-Syafi'e, Al-Ghazali, Ibnu Khaldun, Ibnu Sina, Einstein, Ford dan ribuan yang lain begitu tersohor dan nama mereka disebut-sebut orang hingga ke hari ini? Mereka sudah tiada, namun nama dan sumbangan mereka masih tetap dikenang orang. Apakah sebabnya? Adakah kerana mereka mempunyai IQ yang tinggi? Jawapannya, tidak! Kebanyakan mereka mempunyai tahap kecerdasan yang sama dengan kebanyakan orang. Mereka sama sahaja dengan orang lain yang mempunyai bakat atau kebolehan semula jadi yang istimewa di dalam pelbagai bidang. Cuma yang membezakan mereka dengan orang lain ialah mereka mempergunakan tahap kecerdasan dan bakat yang ada pada mereka itu semaksima mungkin. Oleh itu mereka berjaya memperolehi hasil dan kesan yang maksimum. Lantaran itu sumbangan mereka dengan sendirinya menjadi penting dan bermakna. Pemikir Barat, Goleman menyatakan bahawa 80% kejayaan seseorang adalah bergantung kepada EQ atau kecerdasan emosinya berbanding dengan cuma lebih kurang 20% sahaja yang disebabkan oleh IQ atau kecerdasan mentalnya. Konsep EQ atau Emotional Intelligence atau kecerdasan emosi ini adalah satu konsep kecerdasan yang lebih luas dan ada kaitan dengan kesedaran terhadap emosi dan perasaan dan bagaimana perasaan boleh berinteraksi dengan kecerdasan mental atau IQ. Goleman menyatakan bahawa EQ mengandungi beberapa faktor iaitu: memahami emosi sendiri, kebolehan mengendalikan emosi , memotivasikan diri , menyedari emosi orang lain dan mengendalikan hubungan sillaturrahim dengan orang lain. Justeru, peranan hati yang menjadi tunjang kepada perasaan dan emosi (EQ) itu mempunyai pertalian yang begitu rapat dengan kejayaan manusia dalam melayari kehidupan sehariannya. Hakikat ini jelas kerana Nabi Muhammad SAW telah menyatakan bahawa : "Sesungguhnya di dalam tubuh manusia itu ada seketul daging. Sekiranya baik daging itu, maka baiklah jasad keseluruhannya, dan sekiranya buruk daging itu,maka buruklah jasad keseluruhannya, dan daging itu adalah hati." Dengan erti kata lain, seseorang perlu bijak mengendalikan hatinya sendiri jika dia ingin berjaya. Salah satu daripada faktor kejayaan tokoh-tokoh terkenal ialah mereka mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi terhadap bakat atau keupayaan diri mereka untuk menghasilkan sesuatu yang bermanfaat bagi manusia seluruhnya. Tentunya keyakinan itu letaknya di hati! Mereka tidak cepat merasa kalah atau berputus asa dengan ujian dan halangan yang ditempuh, walaupun gagal beribu-ribu kali! Dengan adanya keyakinan diri, dibantu oleh faktor-faktor lain, seperti matlamat utama hidup yang jelas, rancangan bertindak yang betul dan teratur, sedia bertindak dan menghadapi segala ujian dan halangan dengan tabah dan tenang, maka apa jua matlamat hidup kita tetap akan tercapai. Apatah lagi, selaku mukmin, kita sepatutnya memiliki keyakinan diri dan mampu mengurus emosi dengan lebih baik mengatasi manusia yang lain. Jangan biarkan emosi menguasai diri anda hingga hanyut dan akhirnya karam! Firman Allah SWT : "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu beriman."- Ali Imran : 139. Benar, hidup tidak selalunya indah. Adakalanya hidup kita disapa kekecewaan, kesedihan,dan kegagalan, walaupun kita sering mengimpikan kebahagiaan, kejayaan dan kegembiraan. Namun, semua ini bukanlah alasan untuk kita menjadi pesimis dalam menanggapi hidup. Gagal sekali bukan bererti gagal selama-lamanya kerana sesuatu kejayaan mempunyai banyak jalan untuk sampai kepadanya. Barangkali kegagalan mendidik kita lebih kreatif mencipta jalan kejayaan. Kekecewaan pula mengajar kita erti tabah dan tidak berputus asa. Kesedihan tidak seharusnya menjadikan kita lupa akan nikmat Allah yang terlalu banyak untuk kita syukuri. Bukankah Rasulullah berpesan :" Alangkah ajaib hal orang mukmin, apabila beroleh kesenangan dia bersyukur,maka hal tersebut menjadi baik bagi dirinya, dan apabila ditimpa musibah dia bersabar,maka hal tersebut menjadi baik baginya." Imam Al-Gazali juga ada menukilkan : "Apabila besar yang dituntut, dan mulia yang dicari, nescaya panjanglah jalannya dan banyaklah rintangannya." Yang penting, kita mesti berusaha, berdoa dan akhirnya bertawakallah kepada Allah. Untuk mengatasi masalah ketiadaan keyakinan diri ini dan membina kembali keyakinan diri anda, beberapa langkah yang disarankan di bawah mungkin boleh membantu: Insafilah bahawa keyakinan diri itu pada asasnya ada pada setiap individu. Lawan segala perasaan dan sikap hidup yang negatif. Jangan biarkan lagi ia bertapak di dalam diri anda. Gantikannya dengan perasaan dan sikap yang positif. Berjanjilah pada diri anda bahawa mulai saat ini anda sudahpun mula memulihkan kembali keyakinan diri

anda dan jangan teragak-agak. Anda kini tegak sejajar dengan tokoh-tokoh besar yang telah dan yang sedang menempa nama di dalam sejarah kehidupan mereka Sedarilah bahawa anda mempunyai segala potensi dan kekuatan untuk berjaya di dalam hidup anda. Anda sekarang baru sahaja menggunakan 10 peratus daripada keseluruhan potensi yang ada pada diri anda. Dan kebanyakan orang tidak menyedari hakikat ini. Kenalilah diri, bakat dan minat anda. Asah dan kembangkan bakat dan minat anda supaya anda memperolehi pengetahuan dan kemahiran yang lengkap di dalam bidang-bidang yang berkenaan. Jangan terlalu memikirkan diri sendiri, mengharapkan pujian atau penghargaan daripada orang lain. Daripada bersedih tidak mendapat perhatian daripada orang lain, lebih baik anda ikhlaskan hati, taburkan bakti untuk kebajikan dan kebahagiaan orang lain. Anda akan memperolehi keyakinan diri, seterusnya ia akan menjadi mangkin kejayaan hidup anda. Ingatlah, manusia mungkin mengecewakan anda tetapi Allah tidak akan sekali-kali mengecewakan anda! Cipta suasana ceria, menarik, kemas dan teratur di dalam persekitaran anda dan juga di tempat anda bekerja. Isi fikiran anda dengan harapan dan kebahagiaan. Dari suasana yang indah ini, lahirlah pula keyakinan diri yang sememangnya anda cari-cari selama ini. Tetapkan matlamat hidup anda yang utama. Apa yang harus anda lakukan ialah anda hendaklah semaikan matlamat itu di dalam fikiran anda. Kemudian berusahalah untuk mencapai matlamat itu. Jangan lakukan perkara buruk yang bercanggah dengan ajaran Islam dan nilai akhlak yang murni. Tindakan itu bukan sahaja akan menjadikan anda mendapat kemurkaan Tuhan, bahkan semakin menjauhkan anda daripada impian anda. Berdoa dan mengadulah kepada Allah kerana Dia Maha Mendengar.Doa juga akan mendorong anda bertindak sewajarnya. Bertindaklah dengan penuh hati-hati, bijaksana dan berdiplomasi dalam segala urusan dengan orang lain. Jangan sekali-kali membuang masa memikirkan tentang orang yang anda benci kerana dengan berbuat demikian, anda akan lebih menderita daripada dirinya. Biarlah masa yang berlalu terus berlalu, jangan dikenang lagi, dan jangan risaukan apa yang akan terjadi pada masa hadapan kerana nasib kita telah ditentukan oleh Allah, tiada apa yang perlu dirisaukan. Oleh itu, jangan bersedih, sebaliknya lakukan yang terbaik pada masa sekarang. Apabila anda dikritik, terimalah kritikan yang jujur dan membina dengan berlapang dada dan berusahalah memperbaiki kelemahan. Namun, ada kalanya kritikan melulu dan tidak kena pada tempatnya ialah pujian yang tersembunyi. Ini kerana anda telah berjaya membuat orang lain iri hati.Oleh itu, carilah kritikan yang jujur, konstruktif dan berguna dan anggaplah kritikan itu sebagai cabaran. Kesimpulannya, selaku pewaris para nabi, kita WAJIB mempunyai keyakinan diri, berjiwa besar, optimis dan tidak mudah berputus asa. Kita mesti yakin kita akan berjaya, walaupun hari ini kita gagal. Kita mesti yakin bahawa masa depan adalah untuk Islam, walaupun saat ini umat Islam ditindas. Lihat bagaimana Rasulullah menjanjikan Suraqah bin Malik dengan gelang tangan Kisra dalam peristiwa hijrah, akhirnya terbukti selepas jatuhnya kerajaan Parsi pada zaman Khalifah Umar Al-Khattab. Bayangkan sahabat, alangkah indahnya suatu hari nanti perundangan Islam didaulatkan dan dunia aman damai di bawah naungan Islam, walaupun mungkin bukan zaman kita, tapi anak cucu kita kelak! Kitalah batu-bata binaan kegemilangan Islam. Kita akan berjaya dan apa yang kita impikan akan tercapai, tetapi dengan syarat; mulakan dengan diri kita. Lalu, apalagi yang ditunggu? FIKIR, RANCANG DAN BERTINDAK!

Setiap orang mengimpikan kejayaan. Namun kelihatannya hanya sebahagian kecil sahaja yang mengecapi kejayaan. Walaupun ramai yang percaya kejayaan datang daripada usaha namun tidak kurang juga yang beranggapan nasib baik atau takdir yang merupakan faktor kejayaan seseorang. Jadi benarkah begitu? Benarkah takdir yang lebih memainkan peranan dalam menentukan kejayaan seseorang? Sebenarnya tidak ada satu apa pun dalam dunia ini yang berdiri sendiri tanpa berkait dengan yang lain. Ertinya tiada satupun yang berlaku kerana ia harus berlaku. Semuanya punyai sebab dan hubung kait antara satu sama lain. Namun begitu, banyak perkara dalam dunia ini yang mana cukup sukar untuk diterangkan kerana terlalu rumit atau bertitik tolak dari faktor kurangnya ilmu manusia. Begitu jugalah dengan apa yang dikatakan sebagai takdir atau nasib baik. Ia ada penjelasannya cuma terlalu sukar. Namun apa yang jelas dapat kita lihat ialah takdir juga boleh dipertanggungjawabkan kepada diri kita sendiri. Dalam erti kata lain gagal atau berjaya dalam hidup kita sebahagian besarnya ditentukan oleh Allah dan juga berpunca daripada diri kita sendiri. Sebenarnya jika diperhalusi, keyakinan diri memainkan peranan utama dalam menentukan tindakan dalam hidup seseorang. Tindakan ini pula akan mencorakkan hidupnya. Pergantungan pada Allah menjadi kekuatan diri di samping keyakinan yang sedia pada diri. Orang yang yakin dengan dirinya berbeza dengan orang yang tiada keyakinan. Seseorang yang percaya pada dirinya menjadi lebih praktikal dalam tindakannya kerana keyakinan ini boleh menghapuskan dialog- dialog dalaman negatif dalam fikiran. Ini menyebabkan fikiran lebih tenang dan istiqamah dalam melakukan sesuatu kerja yang juga berperanan dalam menghapuskan sifat ragu-ragu untuk menyiapkan sesuatu kerja.

Manusia tiada kuasa mencipta dirinya dan memang tidak sanggup untuk menjadikan sesuatu buat dirinya. Maka jelas bahawa dirinya dan segala sesuatu yang menjadi keperluan dalam hidupnya itu ada yang Pencipta baginya. Itulah Allah SWT Rabb semesta alam. Sudah tidak diragukan lagi dan tidak ada yang menyangkal bahawa manusia mempunyai tabiat mementingkan dirinya sendiri sebelum orang lain. Jelasnya, manusia mempunyai sifat tamak dan rakus. Akibat dari ingin menguasai antara satu dengan yang lain, maka terjadilah kekacauan dan perpecahan di kalangan mereka. Sejarah telah membuktikan bahawa dunia ini telah lama tenggelam di dalam kegelapan. Hukum yang berlaku pada zaman itu ialah hukum rimba, yakni siapa yang kuat itu menang dan mereka menghalalkan segala cara untuk memenuhi keperluan hidupnya. Rasulullah SAW membimbing umatnya ke jalan yang benar dan suci sehingga mampu menjadi khalifah iaitu pemimpin yang bertaqwa di muka bumi. Semoga buku ini dapat memberi pedoman bagi generasi Islam amnya, insya Allah.

Bersempena Sambutan Hari Guru yang diadakan saban tahun diseluruh negara pada 16 Mei, saya ingin menyingkap resepi kejayaan para guru melahirkan insan cemerlang, seterusnya dapat membina sebuah negara menuju kearah kemakmuran dan keberkatan disisi ALLAH SWT. Guru adalah ibarat cahaya yang menerangi kegelapan diwaktu malam, sanggup berkonban masa dan tenaga demi mendidik anak-anak bangsa menjadi insan berguna, rela pula mengenepikan kepentingan diri sendiri demi memastikan kejayaan anak-anak didiknya dimasa hadapan. Guru juga adalah merupakan insan pendidik yang tidak pernah kenal erti penat dan jemu, sentiasa berusaha memberikan sesuatu yang terbaik untuk anakanak didiknya dan tidak pula berputus asa dengan kegagalan yang mereka hadapi. Inilah kerjaya dan rutin harian seorang guru.

Guru merupakan asas utama kepada pembinaan negara dan bangsa. Tanpa didikan guru, maka akan pincanglah perjalanan sebuah takbir urus negara dan akan rosaklah bahasa yang dipimpin. Oleh itu, tidak dapat dinafikan lagi bahawa kejayaan sesebuah bangsa dan negara adalah juga merupakan kejayaan seorang guru dalam mendidik pada hari ini kita dapat melihat pemimpin-pemimpin negara kita dapat mentakbir negara dengan baik. Pada hari ini juga kita dapat melihat para engineer dan arkitek kita mampu membina kemajuan dengan terdirinya bangunan-bangunan pencakar langit dan segala bentuk pembangunan dan lain-lain. Tidak kurang juga para cendiakawan kita yang mendapat pengitirafan dalam dan luar negara kerana sesuatu

kejayaan yang mereka tempuhi. Kesemua itu adalah bermula dari didikan seseorang insan yang bernama guru. Faktor kejayaan seorang guru atau pendidikan didalam mendidik anak bangsa banyak bergantung kepada beberapa perkara antaranya: Pertama: meletakkan sifat ikhlas sebagai keutamaan didalam menyampaikan ilmu pengetahuan kepada anakanak didikannya. Sifat ikhlas mempunyai pengaruh yang amat besar didalam amalan dan gerak kerja seharian manusia semudah amalan-amalan peribadi yang berhubung kait dengan orang lain. Sekiranya sifat ikhlas itu tidak , maka sudah akan timbul pula sifat-sifat mazmumah dikalangan guru seperti riak, hasad dengki, taksub dengan pendapat diri sendiri, tiada sifat tawaduk dengan ilmu yang dimilikinya dan lain-lain lagi. Kedua: meletakkan matlamat untuk melahirkan insan rabbani. Untuk mencapai matlamat itu, guru itu sendiri dari guru sifat-sifat rabbani iaitu dengan sifat ketaatan, pengabdian terhadap syariat allah s.w.t disamping sifat2 mahmudah yang lain. Guru yang telah memiliki sifat-sifat ini secara tidak langsung akan memberi kesan mendalam didalam ucapan dan tingkah-lakunya ketika berhadapan dengan anak-anak didiknya. Seterusnya ia akan dijadikan contoh terbaik untuk di dan dapat pula menunaikan sifat-sifat rabbani didalam diri anak-anak didiknya. Sebaliknya,tanpa memiliki sifat-sifat itu,sudah pasti matlamat tarbiah islamiah itu tidak akan dapat dicapai sepenuhnya. Firman Allah S.W.T didalam surah Al-Imran ayat 79: Tidaklah patut bagi seorang manusia yang allah berikan kepadanya kitab dan kenabian,kemudia ia tergamak mengatakan kepada orang ramai:Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menyembahku dengan meninggalkan dengan perbuatan menyembah Allah.Tetapi (sepatutnya ia berkata): Hendaklah kamu menjadikan orang-orang rabbani (orang yang hanya menyembah Allah S.W.T dengan ilmu dan amal yang sempurna),kerana kamu sentiasa menjadi insan Allah itu,dan kerana kamu selalu mempelajarinya. Ketiga: mengutamakan kesuburan didalam meyampaikan ilmu dan segala maklumat kepada anak-anak didikannya. Seorang guru perlu sabar dan tabah menghadapi segala bentuk kerenah anak-anak didikannya. Ini adalah kerana setiap manusia tidak memilki terhadap kemampuan yang sama ketika melalui suatu proses pembelajaran. Dalam masa yang sama, sikap sebilangan pelajar yang acuh tak acuh didalam pelajarannya

juga merupakan suatu cabaran besar kepada guru. Jesteru, sifat sabar inilah yang amat diperlukan didalam diri setiap guru. Rasullullah S.A.W adalah merupakan seorang nabi dan guru yang patut dicontohi. Kesabaran baginda s.a.w didalam menyampaikan risalah dakwah kepada umat manusia telah menghasilkan suatu kejayaan yang tidak dapat ditandingi oleh orang lain. Keempat: seorang guru haruslah menjadikan dirinya sebagai contoh teladan yang baik kepada anak-anak didiknya. Percakapan seorang guru samada berbentuk nasihat, pengajaran atau sebagainya haruslah disusuli dengan perbuatanya. Ini adalah kerana guru merupakan role model kepada anak-anak didiknya. Setiap gerak-geri dan perlakuan guru dihadapan anak-anak didiknya sudah pasti akan diperhatikan oleh mereka.

Sekiranya perlakuan itu menyalahi diri apa yang diucapkannya, maka ini akan menimbulkan persepsi yang tidak baik dikalangan anak-anak didiknya. Seterusnya perkara ini akan menimbulkan kesan jangka panjang yang negatif dalam aspek pembinaan generasi yang akan mewarisi kepimpinan negara kita. Firman Allah S.W.T didalam surah Al-Saff ayat 2 dan 3: Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!. Amat besar kebenciannya disisi Allah bahawa kamu mampu katakan sesuatu yang kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya. Kelima: seorang guru berlaku adil dikalangan anak-anak didiknya. Tidak melebih-lebihkan atau membeza-bezakan diantara satu dengan yang lain kecuali pada perkara-perkara yang sepatutnya. Sikap adil, apabila telah ditanamkan kedalam jiwa anak-anak didik kita, sudah pasti akan dapat melahirkan generasi pimpinan yang dapat menjalankan tanggungjawab secara jujur dan amanah. firman Allah S.W.T didalam surah Al-Maidah ayat 8: Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum iaitu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah maha mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. Selain daripada itu,guru juga mempunyai tanggungjawab dan berperanan melindungi anak-anak didiknya dari terpengaruh dengan budaya-budaya negatif yang telah menular didalam masyarakat kita pada hari ini.Keagaraban,kemesraan,dan perhatian yang diberikan guru kepada anak-anak didiknya akan memudahkan tugas mereka membentuk generasa ini mengikut acuan yang mereka kehendaki.Sikap seperti inilah juga yang telah dianjurkan oleh dianjurkan oleh Rasulluh S.A.W kepada umatnya ketika mendidik anak-anak mereka.

Profesion perguruan bukanlah satu profesion yang statik dan tidak menjanjikan peluang kenaikan pangkat yang menarik. Kementerian Pelajaran Malaysia mengadakan pelbagai insentif untuk membantu meningkatkan profesionalisme perguruan melalui pelaksanaan Guru Cemerlang contohnya. Sebagai seorang guru, kita seharusnya mempunyai kualiti yang khusus dan konsisten supaya dipandang mulai oleh masyarakat. Profil guru cemerlang atau ciri-ciri guru yang cemerlang dibahagikan kepada dua aspek utama iaitu: 1. Ciri-ciri personaliti seperti: menepati masa, berupaya mewujudkan suasana kecindan atau humorous (jenaka) dan tegas. 2. Aspek kemahiran pedagogi seperti: komunikasi berkesan (bahasa yang mudah dan lancar, pergerakan badan dan mimik muka yang sesuai, intonasi yang menarik dan lantang); kreativiti dan keupayaan menyelesaikan masalah secara spontan. Terdapat lima (5) aspek kecemerlangan yang dikehendaki oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menurut seorang penyelidik iaitu Md. Nasir Masran (2000) dalam kertas prosiding bertajuk Guru Cemerlang: Personaliti dan Kemahiran (Prosiding seminar kebangsaan penyelidikan dan pembangunan dalam pendidikan 2000. 3 4 Oktober 2000, Bahagian Pendidikan Guru, KPM, ms. 173 178): 1. Kecemerlangan Peribadi Kecemerlangan peribadi yang dimaksudkan ialah meliputi perkara berikut: Nilai kendiri yang positif Berakhlak mulia Adil Bertimbang rasa Amanah Bertanggung jawab Kreatif Inovatif Kemas Sikap sedia berkongsi Bersikap terbuka Berpemikiran positif

2. Kecemerlangan Pengetahuan dan Kemahiran Berikut adalah perkara yang berkaitan dengan kecemerlangan pengetahuan dan kemahiran: Mengamalkan budaya ilmu Berkebolehan menyelesaikan masalah Membuat keputusan yang rasional serta objektif Sebagai pakar rujuk bidang masing-masing

3. Kecemerlangan Komunikasi Komunikasi adalah suatu bidang yang amat perlu dikuasai oleh warga guru sebagai suatu senjata utama dalam melaksanakan tugas menyebarkan ilmu dan kemahiran kepada murid-murid. Berikut adalah perkara yang perlu dikuasai oleh seseorang guru cemerlang berkaitan dengan komunikasi: Kecekapan berinteraksi dan menyampaikan idea dan mesej secara berkesan. Memula dan merintis sesuatu usaha sehingga berjaya. Berkeupayaan memelihara hubungan mesra. Menghormati semua ahli masyarakat sekolah atau institusi pendidikan.

4. Kecemerlangan Potensi Keberkesanan sumbangan terhadap kejayaan sekolah atau institusi pendidikan dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Penglibatan yang bermakna dalam aktiviti-aktiviti ilmu seperti kursus-kursus profesional, seminar, bengkel. Sentiasa berusaha meningkatkan ilmu dan kemahiran melalui akademik dan penyelidikan.

5. Personaliti Unggul Personaliti ialah perwatakan dan tingkahlaku. Personaliti ialah satu daripada pembolehubah yang boleh memudahkan atau menyulitkan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Guru cemerlang perlu mempunyai ciri-ciri personaliti unggul seperti berikut: Adil Sabar Tegas Konsep kendiri positif Kesungguhan Mesra Prihatin Kerjasama Menepati masa Bertanggung jawab

Berakhlak mulia Kecindan (unsur jenaka)

Menurut penyelidik ini (Md. Nasir Masran, 2000) hanya memiliki tiga (3) sahaja ciri-ciri di atas iaitu tegas, menepati masa dan kecindandimiliki oleh semua guru cemerlang yang ada di negara kita masa kini.

5.1.1 Ciri-ciri Guru yang Berkesan Perbincangan tentang guru yang berkesan memang banyak ditulis dan juga dikaji. Aspek keberkesanan dilihat dari segi sekolah, pengurusan, media pengajaran, latihan guru dan lainlain. Dalam bahagian ini penumpuan diberikan kepada guru. Antara ciricirinya adalah: (a) Kecekapan Bidang Seseorang guru perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang mendalam tentang bidangnya. Pengetahuan yang mendalam membantu guru mengajar dengan penuh yakin. Guru yang mengetahui bidangnya dengan mendalam juga dapat mengawal kelas dengan baik kerana beliau dapat menggunakan kecekapan itu untuk merancang dan mengajar dengan baik. Guru juga perlu menyedari bahawa tidak semua yang dipelajari di pusat pengajian, dapat memenuhi keperluan di sekolah. Bagaimanapun, guru yang berkesan akan terus menerima tanggungjawab untuk mempelajari perkara yang beliau kurang mahir. (b) Kepelbagaian Kaedah Mengajar Pembelajaran pelajar akan berlaku dengan baik jika guru mengetahui kaedah yang sesuai dengan isi pelajaran. Kaedah pengajaran untuk mengajar teori adalah berbeza daripada kaedah untuk mengajar kemahiran. Oleh itu, guru perlu berkemahiran dalam pelbagai kaedah mengajar. (c) Penglibatan Pelajar dalam Pengajaran Guru yang berkesan sentiasa memikirkan bagaimana hendak melibatkan pelajar dalam pengajarannya. Penglibatan pelajar boleh meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar. Penglibatan ini adalah dalam bentuk aktiviti pembelajaran, penyoalan dan lainlain. Guru yang berkesan akan sentiasa sensitif dan prihatin dengan keperluan pelajar. (d) Enthusiasm Guru yang bersemangat (enthusiastic) akan mempamerkan keyakinan dalam perkara yang hendak diajar. Guru berkenaan menunjukkan kesungguhan semasa mengajar melalui nada suara dan gerak geri yang menunjukkan bahawa perkara yang hendak diajar adalah penting dan menarik. Guru juga kelihatan bertenaga dan gembira semasa mengajar. (e) Susunan dan Kejelasan Guru yang berkesan menyediakan objektif pengajaran dengan jelas. Isi pelajaran dan aktiviti pengajaran disusun mengikut objektif berkenaan. Isi pelajaran juga

disampaikan mengikut urutan dan penerangan guru jelas dan boleh difahami oleh pelajar. Ini seterusnya menyumbang kepada pencapaian pelajar.

Anda mungkin juga menyukai