Anda di halaman 1dari 6

KESAHAN

KESAHAN
Tahap sesuatu ujian itu boleh mengukur apa yang
sepatutnya diukur.
Contoh: jika hendak ukur sikap perlu ukur sikap,
ujian diagnostik x perlu bagi gred, ujian ejaan
ukur kebolehan mengeja, ujian mendengar ukur
kemahiran mendengar.
Memenuhi objektif yang ditetapkan.
Dibahagikan kepada 4:

Kandungan
Ramalan
Serentak
Konstruk

Kesahan Kandungan
Keupayaan ujian menguji apa yang sepatutnya diuji.
Contoh: ujian kebolehan berbahasa (soalan perlu
berkaitan bacaan petikan dan kefahaman)
Merangkumi kandungan ujian yang hendak diukur.
Merujuk kepada objektif pengajaran yang ditentukan
atau bidang pengajaran yang khusus.
Digunakan dalam ujian pencapaian.
Mengukur penguasaan pengetahuan atau kemahiran
tertentu.
Memastikan setiap konstruk yang diuji mewakili aspek
penting pelajaran yang diajar.
Bergantung kepada relevansi / kesesuaian tingkah laku
yang ingin diperhatikan @ diketahui.
Perlu memenuhi HSP & JSU.

Kesahan Ramalan
Merujuk kepada takat ujian meramal kebolehan
seseorang calon menjalankan sesuatu tugas
dalam situasi yang lain ataupun pada masa
hadapan.
Item ujian perlu benar2 menguji kebolehan yang
sesuai dengan kebolehan, kemahuan @ kelayakan
dalam sesuatu bidang yang diterokai kelak.
Contoh: hasil ujian penulisan mungkin dapat
meramal sejauh mana murid dapat membuat
karangan dalam sesebuah bengkel. Jika markah
calon tinggi dan selalu dapat membuat karangan
dengan baik semasa bengkel dijalankan, maka
kesahan ramalan ujian penulisan adalah tinggi.

Kesahan Serentak
Bertujuan menentukan tahap seseorang murid.
Merujuk kepada pencapaian ujian seseorang calon
di dalam sesuatu ujian adalah sama atau setara
dengan pencapaian di dalam ujian yang lain.
Contoh:
1) jika melakukan kesilapan di dalam satu ujian mata
pelajaran, anda juga dijangka akan melakukan
kesilapan yang hampir sama dalam ujian lain anda
akan mengulangi kesilapan yang sama di dalam
ujian ulangan untuk subjek yang sama.
2) dalam subjek BM, satu objektif penting adalah
untuk membolehkan murid menulis dengan baik
berdasarkan peraturan2 tatabahasa.

Kesahan Konstruk
Merujuk kepada takat sesuatu trait hipotetikal
dibayangkan dalam pencapaian ujian.
Tujuaannya adalah untuk mengubah tahap
kebolehan ciri mental atau kognitif individu
seperti kecerdasan, kebolehan dan kemahiran
berfikir, kreativiti, motivasi, emosi, toleransi,
kebolehan mengulas, keadilan dan sifat.
Contoh: markah seseorang mungkin dipengaruhi
oleh kecerdasan, kebolehan menaakul dan
sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai