Anda di halaman 1dari 3

NAMA: NOR KALILAH BINTI MOHAMAD RASDEI KELAS: DIA 2B NO MATRIK: 2011204102 PENGUCAPAN AWAM (HPD 112) Assalamualaikum

w.b.t dan selamat pagi saya ucapkan kepada yang dihormati pensyarah Pengucapan Awam (HPD 112) En. Mohamad Fitri bin Mohd Yusof dan rakanrakan kuliah yang dikasihani sekalian. Pada pagi yang mulia ini , saya memanjatkan rasa syukur atas nikmat ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat sama-sama kita berkumpul dalam majlis ilmu ini bagi menimba pengetahuan. Terlebih dahulu, saya ingin memperkenalkan diri, nama diberi Nor Kalilah Binti Mohamad Rasdei dari kelas DIA 2B. Sebelum memulakan ucapan saya pada pagi ini, saya ingin memberikan serangkap pantun yang berbunyi, Anak cina makan cili, Makan cili ditepi perigi, Berdirinya saya disini, Adalah untuk memberikan ucapan cara-cara meningkatkan keyakinan diri.

Keyakinan diri adalah penting untuk menguruskan segala aktiviti dalam kehidupan seseorang. Ini adalah kerana mustahil untuk anda sentiasa bergantung terhadap orang lain. Pasti mereka mempunyai urusan tersendiri yang perlu diuruskan terlebih dahulu sebelum dapat membantu anda. Adakah anda sanggup untuk menangguhkan sesuatu tugasan hanya untuk menunggu bantuan orang lain sedangkan anda sendiri mampu untuk menyelesaikannya? Pasti tidak bukan dan saya yakin 99.5% anda mampu melakukan dengan lebih baik. Keyakinan diri adalah merupakan proses yang berterusan untuk anda sentiasa meningkatkan taraf keyakinana anda. Didalam ucapan saya ini adalah merupakan cadangan tentang bagaimana cara meningkatkan keyakinana diri yang mungkin dapat membantu anda.

Pertama,bina keyakinan diri melalui pencapaian. Anda perlu terlebih dahulu mengetahui apakah pencapaian yang membawa makna bagi anda. Sentiasa cuba

tingkatkan pencapaian anda dari satu tahap ke tahap yang lebih baik. Seperti contoh, jangan hendak berjaya sahaja tetapi tidak berusaha. Anda seharusnya perlu ada usaha untuk mencapai sesuatu kejayaan. Jangan sesekali membandingkan pencapaian orang lain dalam kehidupan anda. Ini kerana apabila anda berfikiran seperti ini, ia secara automatic akn mengurangkan keyakinan dalam diri anda. Dalam konteks ini, jangan sesekali berasa rendah diri. Pantau setiap pencapaian yang telah anda lakukan dan cuba bina keyakinan diri melaluinya. Ia pasti akan membuatkan anda lebih yakin untuk melaksanakan tugasan yang lebih mencabar. Contohnya, kita hendak memberi ucapan HPD ini, perlukah kita berasa gementar atau takut? Anda seharusnya tidak berfikiran seperti itu, fikir satu matlamat sahaja, kita hendak berjaya dan menyelesaikan tugasan yang diberi dengan sempurna. Kemungkinan melalui keberanian kita dalam menyampaikan dalam ucapan ini, kita akan lebih yakin dan berani memberi ucapan dalam mana-mana aktiviti atau slot.

Seterusnya adalah dengan melalui membina minda yang kuat. Pemikiran adalah perkara yang mempengaruhi setiap tindakan seseorang. Sebelum anda melakukan apa-apa pasti otak anda terlebih dahulu memikirkannya. Apabila otak anda memikirkan anda mampu untuk melakukannya, secara tidak langsung tindakan anda akan menjurus untuk melakukan perkara tersebut. Begitu juga untuk membina keyakinan diri, sekiranya minda anda yakin untuk melakukan sesuatu, secara automatic pasti tubuh anda mampu untuk melaksanakannya. Tetapi ia sebenarnya memerlukan latihan dan minat yang mendalam. Mulakan latihan minda anda mulai sekarang. Seperti contoh, untuk melakukan sesuatu kerja perlu ada minat, jangan fikir tidak suka, tidak boleh. Sekiranya sudah berfikiran seperti itu secara automatic otak kita berfikir tidak mampu melakukannya. Cuba untuk meminati pekerjaan yang kita tidak suka tersebut. Sekiranya tidak suka, cuba untuk cari keistimewaan, keseronokan atau kelebihan mengenai perkara tersebut.

Selain itu, melalui penjagaan penampilan juga dapat meningkatkan taraf keyakinan diri. Hasil pendapat pakar psikologi menyatakan bahawa, seseotang akan berasa lebih yakin melalui apa yang mereka cuba tampilkan. Sebagai contoh, anda menjaga penampilan diri anda sentiasa kemas dan sentiasa bersih, ia secara tidak langsung mewujudkan keyakinan dalam diri anda. Pasti anda akan lebih yakin untuk berhadapan dan berkomunikasi dengan orang ramai. Penampilan juga adalah penting untuk membuatkan orang lain berfikiran positif terhadap diri anda. Apabila orang lain berfikiran positif, anda juga akan turut berfikiran positif mengenai diri anda.

Akhir sekali, adalah memahami konsep keyakinan diri. Untuk anda sentiasa berasa yakin terhadap diri sendiri, anada perlu terlebih dahulu memahami apakah konsep sebenar keyakinan diri. Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, ia adalah merupakan proses yang berterusan. Ia bermakna apabila anda tidak berasa yakin untuk melakukan sesuatu, anda perlu membinanya sehingga anda berasa yakin. Begitu juga untuk proses seterusnya yang lebih mencabar. Ini akan membuatkan pemikiran anda sentiasa positif dan secara tidak langsung anda sebenarnya telah sentiasa mencabar diri sendiri untuk menjadi yang lebih terbaik. Bak kata orang, manusia ini pantang dicabar. Cuba untuk cabar diri sendiri untuk menjadi lebih berani dan berkeyakinan. Pasti sampai ke satu tahap anda akan merasakan bahawa keyakinan diri anda telah meningkat. Apabila anda menhadapi masalah yang sebelum ini anda tidak pernah hadapinya, pasti tidak akan timbul kesukaran untuk anda menyelesaikannya.

Secara konklusinya, anda mampu melakukannya, janji ada keyakinan diri yang tinggi. Saya berharap keyakinan diri anda dapat ditingkatkan dengan perbincangan saya sebentar tadi. Sebenarnya mudah untuk memperoleh keyakinan diri, yang pertama, bina keyakinana melalui pencapaian. Kedua, bina minda yang kuat. Ketiga, sentiasa menjaga penampilan diri dan yang terakhir adalah memahami konsep sebenar keyakinan diri. Ribuan terima kasih saya ucapkan kerana sudi mendengar ucapan saya sebentar tadi. Akhir kata, saya memohon maaf sekiranya sepanjang ucapan saya sebantar tadi terkasar bahasa atau menyinggung perasaan mana-mana pihak. Sesungguhnya yang baik itu dating dari Allah s.w.t dan yang buruk itu datangnya dari diri saya sendiri. Sekian terima kasih .

Anda mungkin juga menyukai