Anda di halaman 1dari 26

AZMI BAHARI

MUDIR
Maahad Tahfiz Ad Daie Wal Diniah [MADANI] ALPINE SKI HOUSE
10 KEBIASA AN
ORANG BERJAYA
KEJAYAAN & KEBIASAAN
• Kita berjaya bukan kerana kita pandai atau
kerana kita dari keturunan yang berjaya.
• Kita berjaya kerana kita memiliki kebiasaan
yang hebat. Kebiasaan ini terbangun apabila kita
melaksanakan suatu sikap atau pendirian secara
berterusan hingga ianya menjadi sebahagian
dari diri kita yang sebenar.
"Kejayaan adalah sejumlah kebiasaan yang harus
dilakukan dengan baik kerana kebiasaan dan
penerapannya atau pelaksanaannya dalam
kehidupan itulah yang akan menentukan
keberhasilan atau kejayaan seseoarang baik
berkaitan dengan status sosial, kedudukan ataupun
keahlian dalam melakukan tugas." Dr Ibrahim A'
Qua'yyid.
MELAHIRKAN KEBIASAAN YANG
BAIK
• Untuk melahirkan kebiasaan-kebiasaan ini bukanlah
perkara yang mudah. Ianya memerlukan pemahaman
dan latihan.
• Kata Dr Ibrahim Al Qu'ayyid, kebiasaan itu akan
terbina kemas pada diri kita apabila kita memiliki
kefahaman atau PENGETAHUAN yang mendalam
berkaitan suatu kebiasaan. Kita memahami bagaimana
kebiasaan itu akhirnya akan membahagiakan kita.
Pengetahuan ini seterusnya menimbulkan
KEINGINAN yang kuat untuk melaksanakan
kebiasaan tersebut dalam kehidupan. Semakin kerap
kita mengulanginya dan semakin AHLI kita dengan
selok belok kebiasaan tersebut maka kebiasaan itu
akhirnya akan mendarah daging dalam tubuh kita.
KEBIASAAN BURUK PADA DIRI
• Kalau kita renungkan pada diri kita ternyata
kadang-kadang kita melakukan sesuatu yang
merugikan kita kerana kita sudah terbiasa
dengannya. kalau kita sudah biasa bertangguh,
banyak kerja-kerja kita yang tergendala kerana
sikap kita itu.
• Memang kita tidak suka perkara itu berlaku tetapi
kenapa ia masih berlaku? Ternyata kehidupan kita
ditentukan oleh kebiasaan-kebiasaan kita yang salah.
• Oleh itu dengan membetulkan salah satu kebiasaan
kita yang salah ini, kita seumpama sedang mengalih
pergerakan hidup kita agar berada diatas landasan
yang benar.
"Kejayaan atau kesuksesan bukanlah sekadar konsep,
prinsip ataupun pendapat-pendapat yang kita pelajari KONSEP
atau kita pernah dengar dari orang lain. Kejayaan atau
kesuksesan ini adalah sebuah PROSES perjalanan dari VS
pengalaman dan keahlian seorang manusia yang PROSES
berlangsung terus menerus dalam jangka waktu yang
panjang.
• Oleh itu kata kunci kejayaan adalah usaha manusia
dalam melakukan interaksi aktif dengan berbagai situasi
dan keadaan yang ada pada waktu dan tempat tertentu
sesuai dengan potensi dan kemampuan yang dimilikinya.
• Kejayaan atau kesuksesan adalah MEMBIASAKAN diri
untuk hidup dengan cara tertentu, menghadapi
berbagai persoalan dengan langkah yang efektif,
membiasakan diri berinteraksi dengan sesama manusia
dengan cara tertentu, membiasakan diri berinteraksi
dengan masa dan membiasakan diri untuk menjalankan
suatu kerjaya, pekerjaan atau tugas secara professional
dan tepat.
KEBIASAAN & KARAKTER
• Kejayaan adalah sejumlah kebiasaan yang harus
dilakukan dengan baik kerana kebiasaan dan
penerapannya itulah yang akan menentukan
keberhasilan seseorang, baik dalam status sosial,
kedudukan maupun keahlian dalam
melaksanakan tugas.
• Kejayaan adalah sejumlah kebiasaan yang agung
dan mulia yang harus dilaksanakan dengan upaya
dan peruntukan masa yang besar serta
memerlukan adanya kesabaran, tekad dan
pengorbanan. Hasil kejayaan ini merupakan hasil-
hasil yang bersifat pasti dan dapat mengubah
kehidupan manusia serta menjanjikan masa
depannya menjadi masa depan yang istimewa dan
berbeza.“
• Kebiasaan membangunkan karakter orang yang
berjaya
ORANG BERJAYA SENTIASA MENIKMATI KEHIDUPANNYA

• Ciri utama perilaku orang berjaya adalah


dia menikmati hidupnya betapapun
keadaan dirinya dan melakukan perbaikan
diri secara berterusan, sehingga selalu hari
ininya lebih baik dari semalam.
• Dan dia merancang hari esoknya lebih
baik dari hari ini.
• Kita yang sebenarnya mencorak
kehidupan kita dengan sikap & cara
berfikir
ORANG BERJAYA SENTIASA MENIKMATI KEHIDUPANNYA
• Orang-orang yang gagal adalah orang yang
sudah mempersepsikan dirinya pada tingkat
atau kelas rendahan. Dia sukar dan enggan
untuk naik ke tingkatan yang lebih tinggi dan
memperbaiki nasibnya. Dia terkurung dengan
persepsi yang ia bina sendiri.
• Dia membatasi kemampuan dan kejayaannya
sebatas yang dia fikirkan dan gambarkan. Dia
tidak melihat kemampuannya yang luar biasa-
seperti apa adanya yang dikaruniakan Allah
kepada diri-Nya. Padahal Allah berfirman:
“Allah tidak mengubah keadaan suatu kaum
sampai kaum itu mengubah apa yang ada dalam
dirinya.”
APAKAH 10
KEBIASAAN ORANG
YANG BERJAYA ITU
1. MEMILIKI TUJUAN HIDUP YANG JELAS
• Tujuan hidupnya terikat kepada 3 perkara
– Iman & Ubudiyyah yang akan menentukan
kecemerlangan akhirat
– Kerjaya dan pencapaian Individu yang akan menjadikan
seorang yang memiliki cita-cita tinggi dan mampu
mencapainya
– Hubungan Sosial iaitu yang menjadikan dia dan manusia
disekitar kehidupanya saling perlu memerlukan, harga
menghargai bahkan sentiasa berkaish saying sehingga
kejayaannya bukan sekadar kejayaan peribadi.
2. MELIHAT DIRINYA MEMILIKI
BERBAGAI POTENSI UNTUK
BERJAYA
• Orang yang berjaya adalah orang menyedari potensi
dirinya dan menghargainya sehingga dia akan
sentiasa memanfaatkan potensi itu. Dia bahkan akan
setiasa menggilap atau mengembangkan potensi yang
ada serta membangunkan potensi-potensi yang baru.
• Dia adalah seorang yang gigih membangunkan diri
bukan membangunkan kekayaan atau pangkatnya
• Memiliki potensi yang banyak membantu kita
melihat kehidupan dari banyak sudut pandangan dan
melihat banyak peluang untuk mencipta kejayaan
3. MENGETAHUI PRIORITI DALAM KEHIDUPAN
• Sedar atau tidak, orang yang gagal banyak menghabiskan masa dalam perkara-
perkara remeh temeh bahkan kehidupannya tergendala kena perkara-perkara
kecil.
– Terasa hati dengan rakan sekerja atau jiran
– Terkesan dengan toxic people dan persekitaran toxic
– Dll
Dalam hal ini Stephen Covey dalam The 7 Habits-
nya mengutip kata-kata yang bagus, “Orang berjaya
mempunyai kebiasaan mengerjakan hal-hal yang
tidak suka dikerjakan oleh orang gagal. Mereka
belum tentu suka mengerjakannya. Namun
ketidaksukaan mereka, tunduk pada kekuatan
tujuan mereka.” Ini bererti, kita perlukan komitmen
tinggi dan keberanian mengatakan “tidak” jika
memang hal itu berlawanan dengan priority kita
ALPINE SKI HOUSE
4. PERANCANGAN YANG
EFEKTIF
• Pernah diadakan survey untuk mengetahui
profesional yang paling berjaya. Ternyata dari 100
profesional berjayayang diteliti di Amerika, yang
paling berjaya di antara mereka adalah yang
memulai harinya di pejabat dengan menulis
daftar kerja (baca: perencanaan) yang harus ia
realisasikan hari itu. Lalu ia berusaha untuk
menyelesaikannya. (Steven Covey)
• Orang yang berjaya sentiasa ada perancangan
untuk berjaya. Bahkan kita sudah terbiasa
dengan ungkapan :
If you fail to plan, you plan to fail
15
5. SENTIASA FOKUS
• Serius terhadap suatu pekerjaan yang sudah
ditetapkan, tidak hilang fokus.
• Untuk ini diperlukan kemahuan besar
sehingga mampu menundukkan keinginan
hawa nafsu, dan dapat menyelesaikan
pekerjaan yang ditentukan sebaga UTAMA
tanpa menunda nunda.
• Ini yang membezakan angan-angan dan cita-
cita. Orang yang berjaya selalu mampu
mengotakan kata-katanya manakala orang
gagal selalu mencari alas an
• Bahkan dalam Islam menekankan akhir dari
amal [‫]االمور بخواتيمها‬
6. BERKOMUNIKASI
DENGAN BAIK
• Komunikasi adalah ketrampilan yang sangat
penting dalam hidup, kerana komunikasi adalah
jantung dalam hubungan sosial dengan
masyarakat.
Prof. Thomas Harrel (1986) pernah melakukan
penelitian selama 20 tahun tentang hubungan
kesuksesan kerja dengan proses komunikasi dalam
kehidupan manusia. Penelitian ini menemukan bahawa
faktor terpenting ukuran keberhasilan adalah sikap
terbuka dan senang bermasyarakat. Disebutkan hanya
15% saja keberhasilan seseorang yang bergantung
pada keahlian teknikal, sedang 85% bergantung pada
keahlian berkomunikasi.
• Keahlian berkomunikasi menjadikan kita boleh
mempengaruhi orang lain secara positif,
menjadikan mereka puas dengan pendapat kita
dan menjadikan mereka ingin membantu dan
bekerjasama dengan kita.
• Menurut Stephen, kunci komunikasi adalah pada
kemampuan kita untuk mendengar secara empati,
bukan banyak dan mendominasi pembicaraan.
Mendengar untuk memahami secara mendalam
secara emosional maupun intelektual.
• Para ahli komunikasi mengatakan, hanya 10%
komunikasi kita diwakili oleh kata-kata, 30%
selebihnya oleh suara kita, dan 60% oleh bahasa
tubuh kita.
7. BERUPAYA MENGENDALI DIRI
• Mengendali diri bermaksud menundukkan
keinginan, mengarahkan dan
membiasakannya memikul tanggungjawab
dan mengawalnya serta bersabar dan tenang
mendepani berbagai beban dan ujian hidup.
• Beberapa faktor yang membuat kita gagal
adalah
– Tidak sedar atau mengakui kelemahan diri
– Selalu menyalahkan orang lain
– Lemah dan cepat putus asa
– Malas & menunda-nunda
– Tidak rapi & teliti DLL
• Perilaku kita adalah fungsi dari keputusan kita,
bukan kondisi kita. Kita dapat nilai sebelum
perasaan. Kita ada inisiatif dan tanggungjawab
untuk membuat memastikan segala
sesuatunya terjadi. Kita tidak menyalahkan
keadaan, kondisi atau orang lain.
• Masalahnya bukan apa yang terjadi pada kita,
TETAPI respon kita terhadap apa yang terjadi
pada diri kitalah yang menyakiti kita.
• Eleanor Roosevelt berkata, “Tak seorang pun
dapat menyakiti anda tanpa persetujuan
anda.”
8. MENGURUS MASA
• Orang berjaya akan memanfaatkan sebaik
mungkin masa untuk mencapai tujuan-
tujuan besar di samping menjaga
keseimbangan antara tuntutan kerja dan
kehidupannya secara peribadi. Ia juga
sentiasa menjaga keseimbangan antara
tuntutan ruhi, jasmani dan aqal.
• Dia mengetahui ‘batu-batu besar’ dalam
kehidupannya.
• Kunci dalam pengurusan masa adalah
menentukan keutamaan.
‫ُ‬
‫هو الحياة ! فما حياة االنسان اال‬
‫َْ‬ ‫ُ‬
‫الوقت الذي يق ِض ِيه ِمن ساعة امليالد‬
‫الى ساعة الوفاة‬
‫]‪[Hassan Al Banna‬‬
Dr Taufiq Al Wa’ie

“Jika Kita Boleh


Mengurus Masa
Dengan Baik Maka
Kita Dapat Melakukan
Banyak Kerja Dalam
Satu Masa”
9. BERFIKIRAN POSITIF
• Berfikiran positif adalah cara pandang yang terbaik
terhadap setiap masalah, orang dan peristiwa.
• Kesannya kita akan lebih konstruktif dan produktif.
Ia akan melihat dunia dengan terang benderang,
kerana ia menggunakan kaca mata yang positif,
bukan negatif.
• Seorang yang berfikir positif sentiasa bertawakal
kepada Allah, selalu optimis dengan kebaikan,
menyikapi hidup dengan suka cita, melihat sisi
kelebihan orang lain bukan kekurangannya, selalu
menggunakan ungkapan-ungkapan lembut, berfikir
menang-menang dan memiliki akhlak terpuji.
• Orang yang berfikiran negatif adalah sebaliknya
sehingga ia akan tenggelam dalam masalah yang
remeh temeh dan membazir sebahagian besar dari
masa dan umurnya
10. MENJAGA
KESEIMBANGAN HIDUP
• Bersikap pertengahan atau sederhana
dalam berbagai hal dan mengelakkan dari
berlebih-lebihan. Ia sentiasa menjaga..
– Semangat membabi buta VS kaku dan lambat
– Sikap ambil mudah VS terlalu rigid atau
perfectionist
– Ibadah VS kesibukan harian
– Kepentingan peribadi VS kepentingan umum
– Kerja keras VS kerehatan dan menikmati
kehidupan
Semoga Azmi Bahari
Bermanfaat MUDIR
Maahad Tahfiz Ad Da’ie Wal Diniah [MADANI]

Anda mungkin juga menyukai