Anda di halaman 1dari 1

FORUM 2

Tanya diri anda, betul ke saya mahu menjadi guru

Tulis sedikit pandangan anda, mengapa anda berminat dalam bidang pendidikan.

Saya tidak akan terlepas dari ditanya oleh orang sekeliling, “Mengapa anda ingin menjadi
seorang guru”. Namun begitu, saya akan menjawab dengan tenang dan penuh semangat iaitu
saya ingin menjadi seorang guru kerana ianya merupakan cita-cita saya sejak dari kecil. Ini
kerana, semenjak berada di sekolah rendah saya sudah memasang niat dan tekad untuk
menjadi seorang pendidik.Saya juga mahu mengubah nasib keluarga. Dengan mencapai cita-
cita tersebut saya akan berjaya mengembirakan keluarga. Cita-cita menjadi seorang guru juga
disokong oleh keluarga. Disebabkan impian tersebut, saya tidak berputus asa dan berjaya
meneruskan pengajian ke menara gading di Universiti Pendidikan Sultan Idris meskipun
terdapat pelbagai rintangan yang dihadapi. Saya ingin menjadi seorang guru juga disebabkan,
kerjaya seorang pendidik ini juga merupakan sebuah kerjaya yang sangat mulia. Dengan
menjadi guru juga, kita akan dapat melahirkan generasi yang berjaya dalam pelbagai aspek.

Selain itu, sebab saya berminat dalam pendidikan kerana tanggujawab seorang guru yang
menyampaikan ilmu kepada semua Tidak dinafikan, tugas seorang guru amatlah berat,
namun ia merupakan tugas yang memberikan senyuman kepada kesemua guru. Ini kerana,
tugas guru adalah untuk mendidik dan melahirkan masyarakat yang berjaya di masa hadapan.
Apabila menjadi guru kelak, sifat tanggujawab dalam diri seorang guru akan berkobar-kobar,
kerana mahukan kesemua muridnya berjaya dalam kehidupan mereka. Guru akan menangis
kegembiraan apabila berjaya melihat kesemua murid-muridnya berjaya dalam pelajaran.

Di samping itu, sebab saya berminat dalam pendidikan ialah, cabaran dalam kehidupan.
Semua manusia tidak akan terlepas dari memiliki pelbagai cabaran dalam menempuh
kehidupan masing-masing. Jika dilihat, kerjaya seorang pendidik bukanlah suatu perkara
yang mudah, hakikatnya ia penuh dengan pelbagai cabaran dan rintangan yang sangat berat.
Namun, untuk menjadi bakal guru, saya bertekad untuk menumpuhnya. Saya mahu menjadi
guru kerana mahu memiliki cabaran bagaimana untuk mendidik murid-murid sehingga
berjaya menjadikan mereka seorang insan yang berguna. Saya juga ingin merasai bagaimana
seorang guru yang menangis kegembiraan dengan segala hasil titik peluh mereka untuk
melahirkan murid-murid yang berjaya.

Anda mungkin juga menyukai