Anda di halaman 1dari 2

FORUM 5

Kemenjadian Murid

Bagaimana anda sebagai Insan guru profesional mahu kemenjadian murid seperti yang
diharapkan dalam PPPM 2013-2023

Saya sebagai seorang Insan guru Profesional sudah pasti mahukan kemenjadian murid seperti
yang diharapkan dalam PPPM 2013-2023. Terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan agar
kemenjadian murid tercapai. Antaranya ialah, mengubah strategi pengajaran. Kini, kita
sudah berada pada zaman moden. Justeru itu, pengajaran dan pembelajaran tradisional perlu
dikurangkan sebaliknya, guru harus menggunakan PAK-21 iaitu pembelajaran abad ke-21.
Pelbagai teknologi yang ada membolehkan pelbagai bahan bantu mengajar dapat disediakan
oleh guru. Dengan cara ini, guru dapat menyediakan pelbagai aktiviti semasa sesi PdP agar
dapat menarik minat pelajar. Misalnya, menjalankan aktiviti Rally Robin. Aktiviti ini
mengharuskan pelajar berada dalam kumpulan secara berpasangan kemudia, secara bergilir-
gilir akan memberikan respons mengenai sesuatu topik yang diajar oleh guru secara lisan.
Dengan aktiviti ini, murid akan menjadi lebih berani untuk berkomunikasi dengan orang lain.
Sifat kepimpinan dalam diri murid juga akan terserlah. Oleh itu, jelaslah bahawa, mengubah
strategi pengajaran juga dapat mencapai hasrat dalam PPPM 2013-2025.

Selain itu, guru harus menunjukkan contoh yang baik di hadapan murid. Setiap gerak geri
dan percakapan yang dilontarkan oleh guru akan diperhatikan dan menjadi ikutan mereka. Ini
menyebabkan guru harus berhati-hati dengan setiap apa yang mereka tunjukkan. Misalnya,
guru harus menggunakan bahasa ibunda dengan benar dan bukannya bahasa rojak agar
semangat cintakan bahasa Melayu dapat diterapkan dalam diri setiap pelajar. Guru juga
haruslah membuatkan para pelajar berasa selesa apabila bersama mereka. Contohnya, sering
memberi nasihat dan semangat kepada murid yang menghadapi masalah dalam pelajaran.

Di samping itu, identiti nasional seperti yang terdapat dalam PPPM 2013-2025 mahukan
agar rakyat Malaysia menjadi seorang rakyat yang cintakan negaranya. Justeru itu, setiap
guru berperanan agar dapat menyemai semangat patriotisme dalam diri pelajar. Misalnya,
guru sejarah menceritakan mengenai sejarah para pejuang negara yang terkorban demi
memerdekkan negara. Lama-kelamaan, murid-murid akan berasa bangga dan cintakan negara
sendiri. Selain cintakan negara, nilai-nilai murni juga dapat diterapkan dalam diri mereka. Ini
menyebabkan guru-guru dapat melahirkan murid yang berjaya dalam semua aspek.
Kesimpulannya, terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan oleh guru agar dapat
melahirkan kemenjadian murid seperti yang terdapat dalam PPPM 2013-2025. Setiap guru
sudah pasti mahu melahirkan insan yang berjaya, namun sebelum itu, guru juga harus
memiliki kemenjadian dalam diri mereka agar bersedia dalam melahirkan kemenjadian murid
yang berhasil.

Anda mungkin juga menyukai