Anda di halaman 1dari 2

TANESHWARY SATHASIVAN – S5

Sebagai seorang bakal pendidik anda juga bakal menjadi pemimpin di dalam kelas.
Bincangkan cabaran yang anda akan hadapi dan cara mengatasinya dalam proses
membentuk murid yang memenuhi aspirasi di dalam PPPM (2013-2025).

PPPM 2013-2025, memainkan pernanannya selarasa dengan Falsafah Pendidikan


Kebangsaan demi sistem pendidikan yang seimbang sebagai asas asipirasi setipa murid.
Oleh hal yang demikian, sebagai bakal pendidik dan bakal pemimpin kelas wajar bersedia
menghadapi cabaran serta peka dengan cara mengatasinya dalam proses membentuk murid
yang memenuhi aspirasi tersebut.

Cabaran perdana, selain daripada pelaksanaan PdPc, murid perlu dilengkapkan


dengan segala kriteria untuk menjadi sebagai insan ynag sempurna. Jadi yang paling utama,
guru menghadapi maasalah dalam menerapkan sifat menyelesaikan konflik atau masalah
dalam diri murid. Walaupun era pendidikan abad- 21, tetapi ada murid yang masih
berpandukan guru sahaja; tidak bersedia menghadapi cabaran. Kemahiran berfikir ini
menjadi satu-satunya aspirasi, bagi murid. Maka, guru harus melatih dan meningkatkan
usaha dalam membuatkan menguasai pelbagai kemahiran kognitif termasuk penaakulan dan
pemikiran kritis, kreatif, serta inovatif. Hal ini demikian. akan membentuk tahap penguasaan dari
segi pemikiran yang lebih kreatif dan inovatif. Dengan ini mereka mampu, mengaplkasikan ilmu
pengetahuan dan berfikir secara kritis dalam konteks akademik agar mereka boleh
menyelesaikan konflik secara harmoni, bijak membuat pertimbangan, berpegang kepada prinsip
ketika berada dalam situasi yang kritikal, serta berani melakukan sesuatu yang betul.

Sementelahan, dari sudut aspirasi murid, kemahiran memimpin harus dicapai 0loeh
setiapa murid . Mereka merupakan tunjang masa depan negara yang memimpin pentadbiran di
dasar negara. Dalam pada itu, sejak dibangku sekolah lagi perlu di terapkan sifat kepimpinan
dalam unsur kuriklulm dan juga kokurikulum. Guru tidak dapat melaksabnakan sepenuhnya dan
masih dapat kelihatan beberapa anak murid kita yang tidak mahu menonjolkan dirinya serta
kurang komitemnnya dalam memenuhi ciri-ciri kepimpinan. Guru sebagai pemimpin juga, patut
menjadi suri teladan yang utama bagi murid dalam mendukung hasrat kepimpinan selaras
dengan aspirasi murid. Mereka perlu dicontohi dalam setiap pelaksanaan program aktiviti di
sekolah yang boleh menginsipirasikan murid bagi pandangan masa depannya.
Bukan itu sahaja, sebagai bakal guru turut, masalah komunikasi dan penguasaan
Bahasa dalam kalangan murid membimbangkan. Hal ini kerana, mereka perlu menguasai
sekurang-kurangnya bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan,
serta bahasa Inggeris sebagai bahasa komuniksai antarabangsa. Dengan tahap penguasaan
bahasa ini selepas menamatkan persekolahan, murid sepatutnya berupaya menggunakan
bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dalam persekitaran kerja. Bahasa yang memartabatkan
bangsa. Guru perlu sentiasa menanamkan kepentingan penguasaan Bahasa selaras dengan
kemahiran dwibahasa dalam aspirasi. Membuka tapak peluang yang samarata bagi semua
murid untuk menunjuk bakakt-bakat terpendamnya dari segi Bahasa.

Tuntasnya, inilah beberapa cabaran yang boleh dihadapi sebagai bakal pendidik dan
bakal pemimpin dan cara mengatasinya dalam proses membentuk murid yang memenuhi
aspirasi aspirasi PPPM 2013-2025.

Anda mungkin juga menyukai