Anda di halaman 1dari 1

FORUM 8

Bincangkan satu prinsip kurikulum pendidikan guru.

Berdasarkan lapan prinsip yang ada, pilih satu dan bincangkan bahawa anda telah
menguasainya.

Berdasarkan lapan prinsip yang ada, satu prinsip yang saya berjaya kuasai ialah guru yang
mampu meneliti, menghayati dan mempraktikan nilai-nilai pengajaran berkaitan profesion
pendidikan dalam konteks nasional dan global. Antara sebab saya berjaya kuasai prinsip
tersebut ialah, semasa saya melaksanakan Program Santun Masyarakat bersama ahli
kumpulan yang lain, saya akan meneliti terlebih dahulu sama ada PSM yang dijalankan akan
memberi manfaat kepada golongan sasaran kami iaitu golongan remaja sama ada sesuai
mahupun tidak. Saya juga akan memastikan bahawa PSM yang dilaksanakan akan
memberikan impak positif kepada para pelajar. Semasa PSM dilaksanakan pelbagai nilai-
nilai pengajaran yang dapat dipraktikkan. Misalnya, memberi cara demonstrasi bagaimana
mahu bermain setiap aktiviti permainan tradisional yang diadakan. Ini kerana dengan
penerangan dan cara demonstrasi yang ditunjukkan akan membuatkan para pelajar lebih
mudah untuk memahaminya. Selain itu, sebelum bermulanya aktiviti permainan tradisional
saya dan ahli kumpulan yang lain akan memastikan bahawa, para pelajar akan didedahkan
mengenai latar belakang permainan tradisional terlebih dahulu. Ia adalah untuk memastikan
mereka tidak terpingga-pingga dengan apa yang akan mereka sertai. Setelah mengajurkan
PSM tersebut, saya dapat menghayati keadaan sebenar bagaimana seorang guru itu
mengendalikan setiap program yang mereka jalankan. Sememangnya, menguruskan sesuatu
program itu tidaklah mudah, ini kerana pelbagai langkah dan rancangan perlu dilakukan
dengan teliti agar ianya berjalan dengan lancar. Kesannya, saya telah memperoleh
pengalaman baharu yang akan memberi kesediaan kepada saya untuk menjadi seorang insan
guru Profesional yang berjaya pada masa hadapan kelak.

Anda mungkin juga menyukai