Anda di halaman 1dari 4

PENULISAN AKADEMIK

PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITIES (PLC)

PLC ialah singkatan kepada program professional learning communities. PLC


merupakan koleksi aktiviti akademik secara bersepadu berteraskan lima strategi
utama sebagai usaha menyokong dan memperbaiki pencapaian murid dan sekolah.
PLC akan menjadi simbol usaha secara komprehensif dan cita-cita besar KPM bagi
mencabar, memotivasi serta membantu sekolah meningkatkan pencapaian.
Professional Learning Community (PLC) juga merujuk kepada para pendidik yang
komited dan bekerja secara kolaboratif serta berterusan dalam membuat inkuiri atau
kajian tindakan untuk mencapai prestasi yang lebih baik untuk murid-murid mereka.

Seterusnya, berdasarkan Professional Learning Community (PLC) saya telah


memilih pendekatan (learning walks) sebagai pendekatan yang dapat membantu
saya dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Definisi Learning
Walks atau Jelajah Pembelajaran ialah: “Berjalan di sekeliling sekolah dan
memerhatikan pengajaran guru lain dan aktiviti pembelajaran dalam bilik darjah
dengan menggunakan peraturan dan fokus yang spesifik.” Walking through the
school observing other teachers and classrooms in action with a specific focusand a
protocol. Konsep Learning Walks diambil daripada amalan pengurusan eksekutif
Hewlett- Packard yang memastikan mereka tahu apa yang berlaku dalam syarikat
dengan mengamalkan sesuatu yang dikatakan mereka sebagai “pengurusan secara
berjalan”. Amalan pengurusan ini kemudiannya diguna pakai secara berterusan
dalam bidang pendidikan untuk memenuhi keperluan peningkatan profesionalisme
keguruan dan kepentingan sekolah. Dengan pengamalan Jelajah Pembelajaran ini,
bukti pengamalan pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas boleh dikumpul dan
dijadikan contoh amalan yang terbaik. Perkongsian ini boleh dilaksanakan walaupun
secara pemerhatian tidak formal yang boleh merentas mata pelajaran. Apa yang
penting, pada akhirnya amalan ini akan menjurus kepada peningkatan
professionalisme keguruan di semua sekolah tanpa mengira subjek, kategori dan
lokasi sekolah serta kategori murid.
Dengan memahami Learning Walks ini dengan mendalam sememangnya
dapat membantu kita untuk membuat RPH yang mantap. Melalui learning walks ini
kita akan dapat menjurus kepada profesionalisme keguruan di semua sekolah tanpa
mengira subjek, kategori dan lokasi sekolah serta murid. Kesemua ini juga selari
dengan petikan ini. “jelajah pembelajaran adalah amalan untuk memerhati dan
mencuri amalan dan kaedah yang berkesan.” Jadi oleh itu, guru yang membuat
Learning walks akan lebih mengenali sikap murid di dalam kelas dan aktiviti yang
berkesan untuk murid melalui pemerhatian terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran guru lain. setelah itu, guru boleh merancang Proses pengajaran dan
pembelajaran yang baik dan berkesan kepada murid bermasalah pembelajaran

Selain daripada itu, guru juga dapat mengenal minat dan bakat yang ada
pada murid dan seterusnya membuat RPH berdasarkan minat dan bakat yang ada
pada murid. Selain daripada itu juga, guru juga boleh mengambil idea guru lain
dalam membuat aktiviti penggunaan ICT semasa P&P . Ini kerana, bahan
multimedia adalah satu cara yang dapat menarik minat murid. Oleh itu, bahan
multimedia yang mantap dalam sebuah rancangan pengajaran harian dapat
memberikan kesan yang positif kepada murid bermasalah pembelajaran. Tambahan,
guru akan lebih mengenal tahap murid bermasalah pembelajaran dan mengesan
kekuatan dan kelemahan mereka melalui pemerhatian tersebut.

Sebagai kesimpulannya, pendekatan yang saya pilih sememangnya dapat


membantu guru daripada pelbagai aspek bermula daripada guru, sekolah dan juga
penyediaan rancangan pengajaran harian untuk murid bermasalah pembelajaran.
MEREKA CIPTA AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG
BERKESAN DENGAN MENGGUNAKAN STRATEGI KOMUNITI
PEMBELAJARAN PROFESIONAL (PLC)

Berdasarkan pendekatan Learning Walks saya telah mereka satu aktiviti


pengajaran dan pembelajaran yang dinamakan sebagai ‘The Traveler Students’.
Aktiviti ini mempunyai langkah-langkah pelaksanaan yang perlu di patuhi sebelum
dijalankan. Langkah pertama ialah membentuk kumpulan Learning Walks yang
terdiri daripada 3-4 orang murid. Kumpulan itu haruslah diketuai oleh seorang yang
dikenali sebagai Lead Walker. Setelah itu, kumpulan yang telah siap dibentuk akan
berkumpul untuk membincangkan fokus yang akan diperhatikan. Setelah semua ahli
kumpulan sebulat suara bersetuju tentang apa yang akan diperhatikan, mereka akan
memilih stesen-stesen yang akan dilawati. Langkah seterusnya ialah 3 peringkat
sesi Learning Walks iaitu yang pertama Perbincangan Prepemerhatian (pre-walk
Discussion) di mana perbincangan ini diadakan sebelum Learning Walks dijalankan.
Perbincangan ini diadakan untuk memastikan semua ahli Learning Walks
memahami fokus, tujuan dan isi-isi serta bukti atau hasil daripada sesi learning
walks yang diadakan.

Seterusnya, ahli-ahli Learning Walks akan membuat lawatan dan


pemerhatian bagi stesen pertama selama 10 minit berdasarkan fokus yang hendak
dicapai. Setelah itu ahli-ahli sesi Learning Walks akan mencatat pemerhatian dalam
buku ’Student’s Diary’. Mereka tidak dibenarkan untuk berbincang di dalam stesen
semasa sesi Learning Walks dijalankan. Setelah itu, semua ahli Learning Walks
berkumpul di luar kelas untuk membuat perbincangan . Dalam perbincangan
tersebut ahli-ahli akan berbincang dan berkongsi dapatan lawatan dan pemerhatian
stesen pertama. Prosedur ini akan dilakukan sama dalam permerhatian stesen
kedua dan juga ketiga dan ahli-ahli sesi Learning walks akan mencatat segala
maklumat atau dapatan stesen kedua dan ketiga ke dalam buku Student’s Diary.

Langkah seterusnya ialah perbincangan Pascapemerhatian (Post-walk


DIscussion) di mana ahli-ahli akan berkumpul semula di satu tempat untuk berkongsi
dan berbincang semua dapatan dari pemerhatian dan juga lawatan sesi Learning
Walks. Seterusnya, ahli-ahli akan merumuskan semua dapatan dari sesi Learning
Walks yang diadakan. Setelah selesai berbincang, Ketua Learning walks akan
mencatatkan rumusan perbincangan dalam borang Complete Diary. Setelah itu,
ketua akan membuat perkongsian bersama murid-murid lain tentang hasil dan
dapatan semasa perjumpaan semasa slot penutupan di mana semua murid di
dakam kelas terbabit.

The Traveler Student bukan hanya berharap kepada ketua sahaja tetapi juga
membabitkan peranan setiap ahli kumpulan. Ahli kumpulan digelar Lead Walker,
dan walker . Setiap Lead Walker perlu memastikan penglibatan semua ahli semasa
sesi perbincangan agar tidak terdapat percanggahan keputusan. Seterusnya, semua
ahli memahami dan mematuhi fokus pemerhatian. Seterusnya, ahli kumpulan juga
harus memastikan semua perbincangan berlandaskan bukti yang didapati semasa
pemerhatian. Ahli juga mesti memastikan dapatan dikongsi bersama dengan semua
murid dalam masa tertentu dan ahli-ahli tidak mengganggu proses pembelajaran
dan pengajaran dalam bilik darjah semasa Learning Walks dijalankan. Walker pula
harus memahami fokus, mematuhi protokol, menepati masa, membuat
perbincangan berlandaskan bukti dan mengelakkan perkongsian maklumat yang
salah.

Anda mungkin juga menyukai