Anda di halaman 1dari 3

Laporan Perbincangan Hasil Simulasi

Pada 22 Mac 2017 satu pengajaran makro sejarah telah dilaksanakan di dalam kelas
PISMP 4A4 yang mana pengajaran makro ini telah dilaksanakan oleh kumpulan yang
diketuai oleh Hamizan yang juga merupakan rakan kelas kami. Pelaksanaan pengajaran
makro ini telah dilaksanakan bersama-sama rakan-rakan dari kelas PISMP 4A4. Dalam
pelaksanaan pengajaran makro ini semua rakan-rakan dari kelas PISMP 4A4 ini telah
berperanan sebagai murid-murid dan mereka telah memberikan kerjasama yang sangat
padu kepada kumpulan Hamizan ini. Pengajaran makro ini telah diterajui oleh Nazmi,
Syahrizan dan Hamizan yang mana ketiga-tiga ini berperanan sebagai guru yang
melaksanakan pengajaran makro ini di dalam kelas. Di samping itu, terdapat juga pensyarah
pembimbing yang turut serta melihat pelaksanaan pengajaran makro ini di dalam kelas
tersebut. Pelaksanaan pengajaran makro ini telah berlangsung selama 30 minit yang mana
ia merangkumi 3 slot iaitu slot set induksi, slot langkah pertama dan slot penutup.

Dalam slot set induksi, kumpulan mereka telah melaksanakan aktiviti lakonan yang
mana dalam aktiviti lakonan ini mereka telah melakonkan situasi bagaimana Yang di-
Dertuan Agong bersemayam di sesuatu tempat. Sebelum mereka melakonkan situasi ini,
kami semua tertanya-tanya apa yang kumpulan Hamizan ingin lakukan pada permulaan
tersebut untuk menerangkan apakah isi pengajaran yang ingin di sampaikan pada hari
tersebut. Namun begitu setelah lakonan tersebut dilaksanakan, kami dengan mudahnya
dapat memahami apa yang hendak disampaikan pada menerusi lakonan tersebut dan kami
juga turut dapat mengetahui apa isi pengajaran yang hendak disampaikan pada hari
tersebut. Pelaksanaan aktiviti pada set induksi ini telah diketuai oleh Nazmi dan
pelaksanaanya telah mendapat perhatian seluruh kelas. Semasa pelaksanaan lakonan
tersebut, Nazmi telah berlakon sebagai watak raja dan Hamizan serta Syahrizan pula
berperanan sebagai watak pembantu dan pengiring raja yang mana mereka melakonkan di
hadapan kelas. Selepas mereka melakonkan babak tersebut, Nazmi secara langsung
menanyakan kepada kelas apa isi pengajaran yang akan dipelajari pada hari tersebut. Slot
set induksi ini telah dilaksanakan selama 5 minit dan kemudiannya disusuli pula dengan slot
langkah pertama yang telah dikelolakan oleh Hamizan.

Seterusnya, kumpulan yang diketuai oleh Hamizan ini telah membuat langkah
pertama dalam set pengajaran makro mereka. Mereka menggunakan teknik berlakon dalam
langkah ini. Pada mulanya, setelah mereka membuat set induksi yang diketuai oleh Nazmi
mereka beralih kepada Hamizan untuk menyambung set pengajaran mereka. Set
pengajaran mereka ini dimulai dengan pembahagian kumpulan. Hamizan telah
membahagikan kumpulan kepada 4 kumpulan utama termasuk lelaki dan perempuan.
Setelah dibahagikan kumpulan, mereka kemudiannya dipecahkan kepada tempat duduk
yang berbeza mengikut kumpulan masing-masing. Kumpulan Hamizan menarik perhatian
dengan mengeluarkan set Bahan Bantu Mengajar mereka atau BBM untuk menjadikan satu
simbol tanda tanya kepada kami selaku para pelajar dalam set pengajaran makro tersebut.
Set bahan bantu mengajar mereka tersebut menggunakan kertas yang dilipat dalam bentuk
surat kemudian diberikan kepada kumpulan setiap kumpulan yang terdiri daripada 4
kumpulan tersebut untuk mengambilnya secara rawak. Setelah mendapat kertas tersebut
setiap ketua kumpulan hendaklah pulang ke tempat masing-masing. Setelah pulang ke
kumpulan masing-masing kumpulan Hamizan yang diketuai oleh saudara Nazmi ketika
langkah pertama ini memberi arahan untuk membukanya. Setiap kumpulan membukanya
dan melihat apa yang tertera pada kertas tersebut.

Setiap kertas tersebut tertulis peranan-peranan Yang Di-Pertuan Agong di Malaysia


yang terdapat dalam buku teks pembelajaran Sejarah. Kemudian, Nazmi memberikan
arahan supaya melakonkan watak-watak tersebut mengikut peranan masing-masing. Setiap
kumpulan diberikan arahan supaya bersedia dalam masa 5 minit untuk merancang dan
membuat persediaan sebelum melakonkannya di hadapan kelas. Kami setiap kumpulan
melakukannya dengan baik dengan dimulakan dengan perbincangan kemudian diakhiri
dengan persetujuan untuk melakonkannya babak tersebut secara bekerjasama. Setiap
kumpulan kemudiannya dipanggil kehadapan secara rawak oleh saudara Nazmi untuk
membentangkan hasil kerja yang telah dibuat berdasarkan arahan yang telah diberi. Setiap
kumpulan membentangkannya di hadapan kemudian disambung dengan kumpulan-
kumpulan yang lain. Setiap kumpulan bebas membuat lakonan mereka tersendiri kemudian
bebas menggunakan alatan yang berada di kelas atas pantauan Kumpulan yang diketuai
oleh Hamizan dalam set pengajaran makro ini. Setelah membuat lakonan oleh kumpulan
masing-masing, kami diberi arahan untuk meneka apakah makna yang tersurat dalam
lakonan tersebut. Makna tersebut haruslah selari dengan peranan yang telah ditulis pada
kertas yang telah diberikan kepada kumpulan-kumpulan yang telah dibahagikan. Kami
selaku melakonkan watak pelajar dapat meneka dengan baik setiap peranan Yang Di-
Pertuan Agong tersebut mengikut lakonan bedasarkan isi dalam kertas yang diberi.

Setelah tamat kesemuanya, kami duduk di tempat masing-masing untuk mengikuti


langkah seterusnya dalam set pengajaran makro Kumpulan Hamizan. Apa yang kami
perolehi adalah cara ini adalah amat baik kerana dapat mengawal kelas secara
keseluruhan. Murid-murid terlibat secara langsung dan ini menunjukkan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran yang berlaku adalah berpusatkan murid. Tidak banyak kelemahan yang
terdapat dalam langkah ini cuma aspek yang perlu diperbaiki adalah melalui pembahagian
kumpulan yang lebih teratur contohnya guru yang menetapkan sendiri atau diberikan cara
untuk membentuk kumpulan. Hal ini demikian kerana sekiranya memilih kumpulan secara
rawak akan menyebabkan murid-murid di sekolah rendah bising dan ini akan
memanjangkan masa sesi pengajaran dan pembelajaran seterusnya memendekkan masa
guru untuk menyampaikan input seterusnya. Setelah selesai langkah ini kumpulan Hamizan
beralih kepada sesi penutup.

Untuk slot penutupan, Syah telah mengambil alih pengajaran makro bagi membuat
rumuskan tentang pengajaran pada hari tersebut. Dalam slot ini, Syah telah memangil
beberapa orang pelajar dan pelajar tersebut diminta untuk menyebut beberapa fungsi Yang
di-pertua Agong berdasarkan pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut. Pelajar yang
disebut adalah Faiz, Jessy dan Nor Nadiha. Setiap seorang daripada mereka dapat
menyenaraikan fungsi-fungsi dengan baik. Setelah itu, Syah merumuskan tentang pelajar
haruslah menghormati tugas-tugas Yang dipertuan Agong walaupun Agung tersebut bukan
berasal dari negeri kita. Syah mengakhiri slot penutup dengan memberikan tugasan kepada
kami agar kami dapat mengukuhkan lagi ingatan kami terhadap fungsi yang di Pertuan
Agong di Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai