Anda di halaman 1dari 2

PENULISAN REFLEKTIF PENGAJARAN MAKRO

Berdasarkan pemerhatian saya terhadap pengajaran makro oleh kumpulan Hamizan,


Nazmi dan Syahryzan terdapat beberapa kelebihan dan kelemahan yang boleh diperbaiki.
Kumpulan ini telah menjalankan sesi Makro dengan baik sekali. Walaubagaimanapun , kita
tidak boleh lari dengan sifat manusia yang sentiasa ada kelemahan. Kelemahan ini harus
diambil berat agar pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas menjadi lebih berkesan dan
secara tidak langsung menarik minat murid untuk mendalami sejarah.

Antara kelebihan yang dapat saya perhatikan adalah tahap keyakinan yang ada
pada guru pelatih. Terutama sekali Hamizan, beliau sangat yakin ketika menjalankan slot
langkah pertama. Walaupun beliau mendapati arahan yang diberikan adalah salah tetapi
beliau yakin dengan keputusan yang telah dibuat. Keyakinan Hamizan, membuatkan pelajar
menjadi cepat paham dan pengajaran dan pembelajaran berlaku secara berkesan.
Seterusnya, arahan yang disampaikan oleh kumpulan ini sangat jelas. Arahan yang jelas
dan ringkas membuatkan murid dapat memahami arahan secara teratur dan jelas.
Perwatakan ini banyak dimainkan oleh Nazmi. Beliau sangat tegas ketika memberi arahan
sesuatu aktiviti. Hal ini membuatkan murid fokus dan tidak menyeleweng ke arah lain.
Arahan yang diberikan oleh Nazmi dengan suara yang lantang dan ringkas. Murid lebih
cepat memahami aktiviti yang hendak dilakukan. Di samping itu, aktiviti yang dihasilkan oleh
mereka adalah sangat menarik. Aktiviti berlakon menjadi salah satu minat murid-murid di
sekolah. Walaupun aktiviti berlakun kelihatan memakan masa yang lebih lama berbanding
aktiviti lain tetapi kesan terhadap murid adalah sangat baik.

Seterusnya berdasarkan pemerhatian saya tidak banyak yang kurang dalam aktiviti
ini. Pertama sekali dari segi pengurusan masa. Contohnya adalah Hamizan , dimana beliau
mengambil masa yang lama untuk berpindah dari satu slot kepada slot yang lain. Hamizan
menggunakan masa yang terlampau lama dalam set induksi iaitu sekitar 10 minit.
Seterusnya lagi adalah kekurangan dari segi pemilihan ahli kumpulan. Hal ini menyebabkan,
masa yang lama untuk pengagihan kumpulan dan kelas menjadi tidak tenang kerana bising
dengan suara pelajar. Selain itu, kurangnya sifat bekerjasama dalam kumpulan yang
dibentangkan. Berdasarkan pemerhatian saya Hamizan dan Nazmi menjadi pengerakan
utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini. Manakala, Syahryzan banyak
berdiam diri dan tidak membuat apa-apa aktiviti. Wujudnya ahli kumpulan yang pasif ini
menyebabkan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran tergangu. Dalam masa
yang sama, aktiviti ini juga menyebabkan pelajar terlampau main-main dan tidak serius
dalam menjayakan watak yang perlu dimainkan. Aktiviti santai ini perlu dikawal agar perlajar
tidak ambik mudah terhadap isi yang mahu diberikan.
Penambahbaikan perlu dilakukan pada pengajaran dan pembelajaran pada kaedah
guru ataupun pelajar. Penekanan perlu dilakukan oleh guru terlebih dahulu dalam memilih
aktiviti yang sesuai dengan tajuk. Aktiviti lakonan ini semenangnya relevan untuk keadah
pengajaran masa kini tetapi bukan pada semua subjek dan topik. Pada pendapat saya
kaedah lakonan ini banyak memakan masa, sedangkan banyak lagi aktiviti yang dapat
dilakukan dan menjimatkan masa. Seperti latihan , mind map dan sebagainya. Hamizan
sebagai ketua kumpulan seharusnya bijak merancang strategi dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Seterusnya dalam segi pengurusan masa, Nazmi haruslah mengawal setiap
aktiviti agar tidak memakan masa yang terlalu lama. Sebab itulah, rancangan pengajaran
harian RPH perlu dibuat secara teliti dengan menekankan pelbagai aspek. Walaupun aktiviti
lakonan tidak melibatkan bahan maujud tetapi guru seperti Syah boleh mengerakkan murid
agar menghasilkan propes untuk sesi lakonan. Hal ini kan menyebabkan aktiviti lakonan
lebih menarik dan lebih menyeronokkan.

Kesimpulannya, kaedah pengajaran Hamizan, Nazmi dan Syahryzan sudah menarik


dan menyeronokkan tetapi boleh di tambah sedikit lagi pengubahsuaian untuk
memantapkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai