Anda di halaman 1dari 5

1.

0 PENGENALAN

Konsep melahirkan individua tau modal insan yang seimbang melalui pendidikan
merupakan salah satu aspirasi yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK). Oleh sebab itu, pelbagai inisiatif bagi meningkatkan kualiti pendidikan di negeri telah
dilaksanakan oleh kerajaan. Hal ini bertujuan untuk melahirkan modal insan yang seimbang.
Antara inisiatif yang dilaksanakan adalah melalui pelaksanaan program Profesional
Learning Communities (PLC) atau komuniti pembelajaran professional kepada guru-guru di
setiap sekolah di Malaysia serta standing dengan negara maju yang lain seperti Jepun.

2.0 DEFINISI KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL

PLC merupakan singkatan kepada program Professional Learning Communities atau


dikenali sebagai komuniti pembelajaran professional di mana dapat meningkatkan lagi cara
pengajaran seseorang guru dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran bagi
melahirkan murid yang berkualiti serta mampu meningkatkan lagi kemahiran pengetahuan
seseorang guru dalam mendidik. Dalam erti kata lain, PLC merupakan salah satu usaha
para pendidik yang berkomited dan bekerja secara kolaboratif dalam meningkatkan pretasi
murid ke arah yang lebih baik (Shahrizan Mazlan, 2016). Terdapat tiga prinsip asas dalam
PLC iaitu memastikan pembelajaran murid seperti murid-murid belajar, bukan murid diajar
semata-mata (Lewis. C, 2002). Prinsip yang kedua adalah budaya kolaboratif di mana guru-
guru bekerjasama dalam dalam kumpulan bagi mencapai tujuan yang sama. Prinsip yang
terakhir adalah memfokuskan kepada pencapaian di mana menilai keberkesanan
pencapaian serta langkah menambaik secara berterusan. Oleh itu, PLC penting kepada
semua guru dalam menggalakkan pembelajaran di mana bukan menganggap mengajar
adalah kerja masing-masing teapi lebih kepada transparen dalam mendapatkan maklum
balas serta melakukan penambahbaikan (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012).

Seterusnya, PLC juga boleh dikategorikan sebagai koleksi aktiviti akademik yang
dikumpul oleh guru berteraskan lima strategi utama. Antara lima strategi tersebut adalah
PLC merupakan dialog reflektif, penswastaan amalan, fokus secara koluktif terhadap
pembelajaran murid, kolabarasi dan norma nilai dikongsi bersama (Qian Tan, 2015).
Namun, strategi yang difokuskan dalam penulisan ini adalah strategi penswastaan amalan
iaitu Peeer Coaching (PC) atau dikenali sebagai pembimbing rakan sebaya guru. Dalam erti
kata lain, PC ini merujuk kepada strategi secara sistematik dalam memerhatikan pengajaran
guru lain dengan menggunakan kitaran prakonferensi, pemerhatian dan pascakonferensi
serta merupakan strategi dalam menambahbaik pelaksanaan kurikulum berkaitan strategi,
kaedah, teknik dan kemampuan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
3.0 STRATEGI PEMBIMBING RAKAN SEBAYA GURU

Strategi PLC yang digunakan adalah strategi pembimbing rakan sebaya guru atau
Peer Coaching, dan sesi perkongsian. Bimbingan rakan sebaya guru adalah satu usaha
kerjasama antara dua atau lebih guru dalam merancang, melaksanakan dan menilai proses
pengajaran dan pembelajaran. Dalam strategi ini para guru akan berkongsi kepakaran,
memberi maklum balas, sokongan dan bantuan antara satu sama lain tanpa mengira
pangkat atau darjat. Bimbingan rakan sebaya guru ini akan melibatkan guru dalam
merenungkan latihan, berkongsi amalan dan cadangan yang berjaya, dan belajar daripada
rakan sekerja (Yee, 2016). Hal ini bukan sahaja melibatkan guru-guru veteran tapi juga
melibatkan kerjasama antara guru baru dengan guru senior dalam belajar secara kolaboratif
dan professional dalam menangani cabaran bersama-sama dalam proses pengajaran.
Objektif Peer Coaching adalah untuk memahami dan mengamalkan tiga proses utama iaitu
prakoferensi, pemerhatian dan pascakoferensi dalam tiga model pengajaran Peer Coaching
iaitu guru mengajar model pembelajaran, mengenalpasti peranan Coach yang baik dalam
Peer Coaching dan mempelajari amalan terbaik daripada rakan sekerja. Selain itu, pada
penghujung fasa pascakoferensi, guru-guru boleh berkongsi melalui teacher sharing
sessions atau sesi perkongsian sekumpulan guru dalam berkongsi ilmu pengetahuan,
kemahiran, pengalaman dan amalan pedogogi yang berkesan untuk PdP.

4.0 AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Berdasarkan strategi pembimbingan rakan sebaya guru, terdapat 3 aspek penting


yang tersusun dalam menilai dan memerhatikan pengajaran guru lain dengan menggunakan
kaedah prakorferensi, pemerhatian dan pascakonferensi melalui tiga langkah iaitu guru
mengajar model pembelajaran, coach sebagai guru yang mengajar model pengajaran serta
merancang pengajaran dan Co-Teaching iaitu pengajaran secara berpasangan. Aktiviti yang
dilaksanakan adalah berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
Pendidikan Jasmani Tahun 6 iaitu kemahiran menjaring dalam kategori serangan.
Contohnya, guru melaksanakan aktiviti sepakan penalti yang melepasi penjaga gawang
yang bergerak.

4.1 PRAKFERENSI
Kaedah pertama yang boleh dilakukan adalah prakoferensi yang mana meruapakan
proses diskusi dalam menentukan objektif yang ingin dicapai semasa proses pemerhatian.
Kaedah ini dilaksanakan dengan guru perlu membentuk satu pasukan atau hanya
berpasangan dan salah seorangnya menjadi coach. Contohnya, seorang guru Pendidikan
Jasmani (PJ) yang masih baru dan kurang pengetahuan mata pelajaran tersebut perlu
memilih coach yang mahir, berkelayakan dan berpengalaman dalam bidang pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Jasmani bagi memerhati akan corak dan gaya pengajaran
seseorang guru yang mahir. Seterusnya, guru-guru tersebut akan memilih serta berbincang
akan tajuk pengajaran, matlamat, dan objektif yang ingin dicapai leh mereka. Sebagai
contoh, guru PJ akan memilih topik kemahiran menjaring kategori serangan Pendidikan
Jasmani tahun 6 dan menetapkan objektif seperti mampu memahami dan melakukan
jaringan ke sasaran melepasi pengadang bergerak dengan lakuan yang betul dan
sebagainya. Contohnya, guru Pj melaksanakan aktiviti sepakan penalti dengan membentuk
kumpulan kecil dalam kalangan murid. Hal ini akan memudahkan guru dalam memerhati
tahap kemahiran murid yang ingin dinilai kerana setiap murid perlu melakukan jaringan
tanpa mengira latar belakang dan jantina. Guru juga perlu memfokuskan isu atau masalah
yang perlu diperhatikan semasa proses PdP dilaksanakan dari segi pengurusan bilik darjah
seperti kawalan kelas, masa yang diambil, tahap psikomotor dan kognitif murid serta
sebagainya. Guru perlu bijak melaksanakan PdP seperti memaksimumkan Bahan Bantu
Mengajar, membentuk kumpulan kecil, permainan kecil serta memerbanyakkan aktiviti yang
menarik sekiranya murid di dalam kelas tersebut mempunyai tahap psikomotor dan kognitif
yang rendah (Roslizam, Jamilah & Yusof, 2018). Kawalan kelas dan masa yang tepat juga
penting bagi membolehkan murid mendapat input yang secukupnya semasa PdP. Oleh itu,
guru perlu bijak dalam memikirkan segala kemungkinan yang akan berlaku semasa PdP
berlangsung.

Kaedah kedua adalah pemerhatian di mana dilaksanakan melalui pembolehubah


yang telah diperoleh dan dirancang semasa proses prakonferensi. Permerhatian bertujuan
dalam mencatat, melihat dan mendengar perkara yang berlaku semasa berada di lapangan
iaitu semasa pengajaran berlangsung (Zakaria Mahmad & Rahman, 2018). Guru Pendidikan
Jasmani akan melaksanakan PdP seperti yang dirancangkan dalam rancangan pengajaran
harian. Coach akan membuat pemerhatian semasa guru PJ sedang mengajar di hadapan
serta mengumpul data mengikut perkara yang ditetapkan semasa prakonferensi. Antara
cara dalam mengumpul data adalah dengan mencatat dan merekod, menghasilkan senarai
semak, carta dan jadual serta mendokumentasikannya seperti merekod video sepanjang
proses PdP berlansung bagi dijadikan sebagai bahan bukti yang boleh digunakan di dalam
perbincangan pada pascakoferensi. Bukan itu sahaja, guru itu sendiri perlu peka akan
kelemahan diri semasa menjalankan PdP dengan membuat catatan tersendiri.

Kaedah terakhir adalah pascakoferensi yang mana guru PJ perlu membuat penilaian
kendiri atau refleksi diri terhadap proses pengajaran yang dilaksanakan. Setelah selesai sesi
PdP, guru PJ boleh menilai dan memikirkan kekurangan dan kelemahan yang muncul dalam
pengajarannya bahkan coach juga akan menyemak perkara yang dinyatakan dan berkongsi
data hasil daripada pemerhatian yang telah mereka lakukan. Guru akan berkerjasama
dengan coach dalam menganalisis tahap pengajaran sama ada mencapai objektif yang
diinginkan atau tidak. Kesannya, guru dapat melaksanakan penambahbaikan akan
kelemahan, cadangan yang berikan dan maklum balas yang diterima. Seterusnya, coach
akan membimbing guru dalam menghasilkan satu rumusan yang padat dan berkualiti
melalui data-data yang diperoleh dan dapat dikongsi bersama guru-guru lain melalui sesi
perkongsian atau dikenali sebagai Teacher Sharing Sessions. Melalui perkongsian yang
diberikan, guru-guru terutamanya guru Pendidikan Jasmani dapat mengetahui akan kaedah
yang sesuai dalam melaksanakan pengajaran serta cara dalam mengawal kelas dan
masalah yang mungkin berlaku semasa proses PdP Pendidikan Jasmani dilaksanakan.

5.0 KESIMPULAN
Konklusinya, pendidikan berperanan penting dalam melahirkan atau menjadi
ekonomi dan pembangunan negara bangsa ke arah berkualiti tinggi dan maju.
Pembangunan modal insan bertaraf negara maju yang lain merupakan salah satu syarat
dalam membawa Malaysia ke arah persaingan ekonomi global abad ke-21. Antara strategi
PLC yang boleh diaplikasikan adalah melalui bimbingan rakan sebaya guru, kritikan video
dan sesi perkongsian. Hal ini demikian kerana, strategi ini dapat membantu guru dalam
berkolaborasi dengan guru lain secara professional sert dapat merancang atau memikirkan
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan terbaik kepada murid. Bukan itu
sahaja, guru juga diberi akses kepada sumber dan peluang belajar yang diperlukan bagi
menyusun semula persekitaran pembelajaran dalam memenuhi keperluan pendidikan setiap
murid yang semakin pelbagai melalui Professional Learning Communities (Mohd Faiz M. Y,
2015).
6.0 RUJUKAN

Hasbrouck, J.E., & Christen, M. H. (1997). Providing peer coaching in inclusive classrooms:
A tool for consulting teachers. Intervension in school and clinic, 32(3), 172-177.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Buku Dasar Pendidikan Kebangsaan Jilid 4.


Kementerian Pelajaran Malaysia.

Lewis, C. (2002). Does Lesson Study have a future in the United States. Nagoya Journal of
Education and Human Development, (1), 1-23.

Mohd Faiz Mohd Yaakob, N. b. (2015). Konsep komuniti pembelajaran professional


kepimpinan dan transformasi sekolah kepada komuniti pembelajaran professional. 1-
12.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying dan Sharifah Fakhriah. (2017). Murid dan
Pembelajaran.Selangor: Oxford Fajar

Shahrizan Mazlan. 2016. Kualiti Guru dan Konsep PLC. Diakses pada 20 Mac 2023
daripada https://www.slideshare.net/shahriqeen/1-kualiti-guru-dan-konsep-plc

Anda mungkin juga menyukai