Anda di halaman 1dari 13

BAB 1

PENGENALAN

Sistem pendidikan berperanan penting dalam membentuk generasi dan pemimpin


pada masa akan datang. Oleh itu, sekolah adalah tempat utama dalam membentuk bagi
menghasilkan pelajar yang bukan sahaja bijak, tetapi juga berwibawa, berkarisma, dan
berketerampilan untuk menjadi pemimpin di masa hadapan. Adalah menjadi
tanggunjawab profesion perguruan bagi merealisasikan harapan negara ini.
Guru-guru pelatih merupakan golongan pengamal KBSR dan KBSM yang bakal
mencorakkan kecemerlangan pendidikan negara di masa hadapan. Mereka
bertanggungjawab untuk membuat perancangan dan persediaan mengajar, menyampaikan
isi pelajaran, bertindak sebagai pengurus, kaunselor, pengawal disiplin, berpersonaliti
mulia serta dapat berinteraksi dengan baik dengan masyarakat sekolah khususnya dan
masyarakat setempat amnya bagi menjayakan wawasan profesion keguruan dengan
cemerlang sehingga mencapai tahap ketrampilan maksimum (Mohd. Sahandri Gani
Hamzah, 2003).
Bagi merealisasikan impian ini, secara ringkasnya bakal pendidik haruslah
memenuhi empat domain utama pendidikan iaitu para pendidik haruslah mempunyai
pencapaian akademik yang cemerlang (kognitif), memiliki prestasi kendiri yang terpuji
(afektif), memiliki kemahiran amali yang mantap (psikomotor) dan memiliki kemahiran
insaniah (sosial). Kesemua domain pendidikan ini dinilai pada setiap guru pelatih melalui
Program Latihan Mengajar.
Kualiti Program Latihan Mengajar merupakan satu perkara yang sentiasa hangat
diperdebatkan sejak dahulu lagi terutamanya berkenaan penilaian prestasi guru pelatih.
Latihan Mengajar merupakan satu siri pengalaman praktik yang sistematik
berasaskan sekolah dengan tujuan membantu guru pelatih menjadi guru yang profesional
dan bersepadu. Semasa latihan mengajar guru pelatih ditempatkan di sekolah untuk
mempraktikkan teori-teori dan kemahiran mengajar yang diperolehi sepanjang
kursus di universiti (Jamaluddin Ramli, 2002) .Latihan Mengajar merupakan satu
daripada dua tempoh transisi dalam meniti profesion keguruan bermula daripada latihan
perguruan pra perkhidmatan sehinggalah mereka disahkan dalam jawatan sebagai guru
siswazah terlatih. Satu lagi transisi ialah sewaktu guru dalam tempoh percubaan
(probationary period) yang biasanya mengambil masa selama tiga tahun. Kedua-dua
tempoh transisi ini dianggap kritikal kerana di dalamnya terdapat elemen penilaian
(Mohd. Zolkifli Abd. Hamid, 2007).
Proses penilaian adalah satu proses sistematik yang melibatkan pengumpulan,
penganalisaan dan penginterpretasian keterangan tentang setakat mana guru telah
mencapai objektif pengajarannya. Ia melibatkan satu proses mengukur dan membuat
pertimbangan tentang kebolehan dan keupayaan guru tersebut berdasarkan objektif yang
telah ditetapkan (Mohd Najib Ghafar, 1997). Poses penilaian semasa latihan mengajar
menguji sejauh mana prestasi pencapaian seorang guru pelatih (Mohd. Zolkifli Abd.
Hamid, 2007). Pertanyaan timbul sejauhmana penilaian yang dibuat ke atas guru pelatih
semasa pogram Latihan Mengajar ini berjaya memenuhi kiteria guru berkesan. Ini
berdasarkan dapatan kajian oleh Suhartini Mohd Jainury (2004), penilaian yang dibuat
keatas guru pelatih adalah kurang bekesan.
Setiap guru pelatih akan melalui proses penilaian sebelum disahkan menjadi
seorang guru. Teknik pengajaran guru akan mempengaruhi teknik pembelajaran pelajar di
dalam mendapatkan sesuatu ilmu pengetahuan tersebut. Guru pelatih merupakan
golongan pelajar pendidikan yang berada di dalam peringkat percubaan sebelum mereka
disahkan menjadi seorang guru. Guru pelatih dibahagikan kepada dua iaitu guru pelatih
lepasan maktab ataupun kini dikenali sebagai institut perguruan dan guru pelatih lepasan
institut pengajian tinggi awam (IPTA). Fokus yang diberikan dalam kajian ini adalah guru
lepasan institut pengajian tinggi awam (IPTA) iaitu guru pelatih yang dihasilkan daripada
salah sebuah universiti awam di Malaysia.
Terdapat banyak kajian yang telah dijalankan bagi mengkaji tahap pencapaian
guru pelatih masa kini. Antara aspek yang dipertimbangkan dalam penilaian guru pelatih
ini adalah pertama dari segi aspek kognitif iaitu tahap pengetahuan yang dimiliki oleh
seseorang guru pelatih itu. Kedua adalah aspek afektif di mana kemahiran kendiri
ataupun nilai yang terdapat pada guru pelatih tersebut mempemgaruhi pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Ketiga adalah aspek psikomotor iaitu kemahiran-kemahiran
yang dimiliki oleh guru pelatih yang boleh di aplikasi ketika beliau menjalankan latihan
pengajaran. Keempat adalah aspek sosial iaitu enem kemahiran insaniah utama yang
perlu dimiliki dalam diri setiap guru pelatih.
Proses penilaian ini adalah penting dalam menilai seseorang guru pelatih tersebut
sebelum beliau disahkan menjadi guru yang sebenar bagi meningkatkan prestasi beliau
sebelum menghadapi situasi sebenar dalam pengajaran nanti. Melalui proses ini juga ia
dapat mengatasi malalah pelajar yang kian meningkat dan mengakibatkan profesion
perguruan kian luntur.
Masalahannya ialah sejauhmanakah proses penilaian yang sedia ada yang
dilaksanakan keatas bakal- bakal guru ini berjaya menilai guru pelatih semasa Latihan
Mengajar dan adakah ianya memenuhi kehendak keempat- empat domain yang perlu bagi
seorang guru bekesan.
PENYATAAN MASALAH

Kelemahan dalam sistem pendidikan di Malaysia kini dikenalpasti berpunca


daripada kelemahan profesion perguruan. Masalah wujud apabila kebayakan guru pelatih
yang lahir dari institusi pengajian dikatakan kurang berkualiti. Ini dilihat berdasarkan
pencapaian pelajar dalam peperiksaan utama di Malaysia termasuk UPSR, PMR, SPM,
dan STPM yang menunjukkan penurunan peratusan. Melihat dari sudut pembinaan
akhlak dan peribadi pelajar pula, peningkatan gelaja sosial dikalangan pelajar sekolah
semakin parah. Ini menunjukkan guru sekarang gagal dalam membina sahsiah pelajar.
Faktor utama kegagalan ialah apabila guru gagal mempraktikkan teori yang
dipelajari semasa di institusi pengajian. Teori seperti pengajaran berkesan seharusnya
dapat membantu guru dalam proses pengajaran dalam kelas. Namun apabila guru gagal
memguasai teori tersebut. Mungkin guru tersebut hanya menghafal teori tersebut tanpa
benar –benar memahami konsep sebenar yang dimaksudkan. Secara akademiknya guru
tersebut berjaya mencapai keputusan yang ditetapkan, ini kerana proses penghafalan
tidak memerlukan kefahaman yang mendalam. Namun di peringkat pelaksaan guru
tersebut gagal memperaktikkan teori yang dipelajari. Timbul persoalan adakah
pencapaian akademik mampu mengukur tahap sebenar keupayaan guru pelatih. Jika
ianya mampu menilai keupayaan guru pelatih, seharusnya permasalahan ini tidak berlaku.

Seterusanya kegagalan guru dalam membentuk sahsiah dan keperibadian pelajar


juga dilihat mempunyai kaitan dengan kegagalan proses penilain yang diguna untuk
dikalangan guru pelatih. Ini kerana, guru lebih cenderung untuk meghabiskan silibus
semata- mata. Ini menyebabkan guru mengabaikan aspek penerapan nilai dalam
pelajaran. Jadi pengajaran hanya teori semata–mata tanpa penerapan nilai. Jadi
pendidikan bersepadu tidak tercapai seperti yang sepatutnya. Faktor lain yang
meyumbangkan kepada masalah yang wujud ialah perlakuan dan sikap guru itu sendiri
tidak mencerminkan keperibadian seorang guru. Seharusnya seorang guru yang
berkaliber mempunyai ciri – ciri yang menjadi contoh dan ikutan kepada para pelajar.
Namu sikap seperti sambil lewa dalam mengajar, sering hadir lewat ke sekolah, merokok
di kalangan guru lelaki dan sebagainya.
OBJEKTIF

Secara umumnya kajian ini adalah bertujuan untuk :


1. Menilai keberkesanan proses penilaian ke atas guru pelatih dari sudut
akademik, prestasi kendiri, kemahiran amali, dan kemahiran bina rangkaian.
2. Mengkaji kelemahan dalam sistem pengujian dan penilaian guru pelatih.
3. Mencari langkah pengujian yang seharusnya diambil untuk menilai dari aspek
kognitif, afektif, psikomotor, dan sosial.
4. Menjadi garis panduan dalam menilai tahap pencapaian guru pelatih lepasan
IPTA dalam Program Latihan Mengajar.

PERSOALAN KAJIAN

1. Apakah komponen Kukurikulum yang dinilai didalam proses penilaian guru


pelatih semasa Program Latihan Mengajar?
2. Bagaimana komponen Kukurikulum ini diuji didalam Proses penilaian?
3. Adakah proses penilaian yang sedia ada berjaya menilai komponen Kukurikulum
tersebut?
KERANGKA KONSEPTUAL

Berdasarkan kajian dilakukan,penyelidik telah membentuk satu kerangka konseptual


yang digunakan dalam kajian. Rangka konseptual ini menerangkan bahawa Proses
penilaian kurikulum guru pelatih dibuat dengan melihatkan empat domain utama seperti
yang dipaparkan dalam Rajah 1.

Proses Penilaian

Pendidikan Guru
Pelatih

Sosial
Kognitif

Psikomoto
Afektif
r

Rajah 1: Kerangka konseptual

Berdasarkan Rajah 1, penyelidik akan menfokuskan kajian terhadap empat domain utama
yang terdapat dalam pendidikan guru pelatih serta sejauhmanakah proses penilaian yang
dilakukan berjaya mengukur keempat-empat domain tersebut.
PERBINCANGAN

Merujuk kepada kajian-kajian lepas, Proses Penilaian guru pelatih di institusi


pengajian awam didapati kurang berkesan. Prestasi yang ditunjukkan oleh guru pelatih
tidak memberangsangkan dan ini dapat dilihat daripada pencapaian murid yang tidak
memuaskan. Dari segi pembinaan sahsiah dan keperibadian pelajar, guru pelatih juga
gagal untuk membentuk generasi pelajar yang diharapkan. Kajian oleh Jamaludin Jamri
et al. (2006) menunjukkan bahawa walaupun guru pelatih telah mendapat bimbingan
daripada guru pembimbing dari segi persediaan mengajar, penyampaian serta penilaian
isi pengajaran, namun mereka dikatakan kurang bimbingan untuk meningkatkan
profesialisme sebagai seorang guru kelak.
Masalah ini timbul kerana kebanyakkan kursus yang disediakan di Universiti
dikatakan tidak mampu untuk memenuhi memenuhi kriteria seorang guru berkesan.
Pembelajaran di Universiti lebih menekankan kepada pembelajaran teori dan kemahiran
mengajar, dan menjadi tanggunjawab pelajar untuk mempraktikkanya semasa latihan
mengajar di sekolah. Masalah ini juga menggangu proses penilaian. Ini kerana, penilaian
ke atas guru pelatih dibuat berdasarkan kursus yang diambil oleh pelajar tersebut. Kriteria
seorang guru berkesan seperti psikomotor, afektif, sosial, dan akademik dinilai keatas
guru pelatih tersebut semasa latihan mengajar.
Melihat kepada penilaian keatas domain afektif, kajian Azizi Yahaya dan Junaidah
Mohamad Hassan (2007) , hasil kajian yang dilakukan terhadap usaha menerapkan nilai-
nilai murni di dalam matapelajaran yang diajar oleh guru pelatih maktab perguruan di
sekolah-sekolah menengah, menunjukkan hampir semua guru-guru pelatih, tidak
menerapkan nilai-nilai murni atau positif semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Ini menunjukkan guru tersebut juga gagal memenuhi criteria domain afektif yang
seharusnya dimiliki oleh setiap guru. Ini disokong melalui kajian oleh Amna (1994), yang
mana menunjukkan sebahagian besar guru pelatih, gagal memahami kaedah menerapkan
nilai-nilai murni. Ini menunjukkan, proses penilaian yang sedia ada tidak dapat mengukur
tahap afektif seseorang guru dengan berkesan memandangkan penilaian lebih
berfokuskan kepada pedagogi dan kaedah menyampaikan pelajaran.
Domain kedua yang dinilai dalam proses penilaian seorang guru ialah kemahiran
membina rangkaian sosial, pada eringkat awalnya penilaian keatas faktor ini adalah gagal
dilaksanakan. Ini dibuktikan melalui kajian oleh Parker (1990) dimana menunjukkan
kebanyakan guru mempunyai emosi negatif dari segi pergaulan dengan guru-guru lain
dan sering bermasalah dengan rakan-rakan setugas yang lain apabila berada di tempat
kerja. Mereka suka mengasingkan diri dari rakan sekerja, mengalami kemurungan,
melawan secara agresif dan menghadapi masalah sosial dengan rakan sekerja. Ini
menunjukkan bahawa guru gagal untuk membentuk jaringan sosial yang baik.
Kemudian didapati terdapat penambahbaikan apabila kajian oleh Najeemah Mohd
Yusof (2006), menunjukkan kebanyakan guru pelatih mempunyai tahap konsep kendiri
yang tinggi. Ini bererti, majoriti guru pelatih dapat menerima diri, orang lain, serta
persekitaran yang positif. Mereka juga, mempunyai keyakinan terhadap diri sendiri baik
daripada aspek fizikal, psikologikal mahupun sosial. Penilaian ke atas domain sosial ini
penting untuk dinilai kerana guru pelatih akan didedahkan kepada persekitaran sekolah
yang sebenar yang melibatkan guru dan masyarakat sekitar.
Kennedy (2008) menyatakan bahawa pencapaian akademik seseorang guru
semasa di pusat pengajian mampu memberi kesan kepada tahap pengajarannya dan aras
kebolehpercayaannya adalah pada tahap yang sederhana. Ini bermaksud pengukuran yang
dilakukan semasa proses penilaian mampu mengukur kebolehan guru pelatih dari segi
akademik, dan tahap kesahannya adalah pada peringkat sederhana.
Dapatan kajian ini disokong oleh kajian Darling-Hammond, Holtzman, Gatlin &
Heilig, (2005) Decker, Mayer & Glazerman, (2004) Raymond & Fletcher, (2002) dan
Raymond, Fletcher & Luque, (2001) yang mengkaji prestasi guru yang bergraduat dari
institusi terpilih yang menunjukkan 3 hingga 21 peratus peningkatan tahunan berdasarkan
pencapaian matematik murid-murid. Mereka juga berpendapat guru yang mempunyai
latar belakang akademik yang baik membantu kepada 3 hingga 4 peratus kepada
peningkatan tahunan keseluruhan pelajar.
Aspek psikomotor yang merujuk kepada aspek kemahiran guru adalah merupakan
antara domain yang harus dinilai dalam proses penilaian guru pelatih. Mengikut Mohd
Sani Ibrahim (2001) salah satu ciri guru yang berkualiti dan cintakan profesion perguruan
adalah guru yang mempunyai kemahiran dan ketrampilan dalm proses pengajaran
ataupun pedagogi. Dalam kajian oleh Khalidah (2002), menunjukkan bahawa guru Sains
kurang mahir dan sering gagal untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran
dengan efektif kerana kurang mahir dalam sikap terhadap sains, kemahiran proses sains
dan terutamanya dalam kemahiran proses sains.
Selain itu guru sains sering gagal untuk melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran dengan efektif kerana kekurangan pengetahuan sains. Menurut
Harlen(1997), guru sains yang lemah dalam pengetahuan sains akan mempamerkan
keyakinandiri yang rendah untuk mengajar sains terutamanya di bahagian yang mereka
kurang kuasai. Mereka juga akan menghadapi pelbagai masalah seperti tidak menyedari
kerangka alternatif yang wujud di kalangan pelajar yang berbeza dengan konsep yang
dihayati oleh ahli sains serta tidak mampu menangkis miskonsepsi tersebut dengan hujah
dan penerangan yang mantap supaya pelajar dapat membina dan membuat penstrukturan
semula konsep dan pemahaman sains yang sebenar. Oleh yang demikian, bakal guru dari
guru-guru pelatih haruslah diberi pendedahan dan latihan yang secukupnya bagi
meningkatkan lagi kemahiran mereka dalam proses pengajaran tanpa mengira batasan
kursus pengajian yang diambil.
KESIMPULAN

Berdasarkan dapatan-dapatan kajian yang dinyatakan, didapati penilaian guru


pelatih yang dilakukan menunjukkan tahap keberkesanan yang berbeza dalam mengukur
4 domain utama iaitu; afektif, akademik, kemahiran bina rangkaian sosial dan juga
psikomotor.
Dari segi penilaian afektif seseorang guru itu, didapati guru pelatih gagal untuk
mempraktikkan amalan penerapan nilai-nilai murni sebagaimana yang mereka pelajari
pada peringkat teori di Institusi Pengajian Tinggi. Ini menunjukkan proses penilaian tidak
dapat mengukur dengan sebenar tahap afektif seseorang guru itu dengan baik.
Berbeza pula dari segi tahap kemahiran bina rangkaian sosial, terdapat
penambahbaikan dari segi perkembangan pembinaan domain ini. Pada peringkat awal,
didapati guru pelatih gagal untuk menyesuaikan diri dengan suasan kerja yang baru dan
ada yang mengalami masalah dengan rakan sekerja yang lain. Namun dalam kajian
seterusnya, didapati guru pelatih telah dapat membina kesediaan diri untuk menerima diri
sendiri dan mereka disekelilingnya dalam situasi kerja yang baru. Ini menunjukkan
penilaian yang dilakukan dapat mengukur tahap sebenar guu- guru kerana perubahan
pencapaian berlaku bedasakan komponen social ini.
Dari segi akademik pula, proses penilaian didapati dapat mengukur prestasi
sebenar akademik seseorang guru. Guru pelatih yang mempunyai latar belakang
akademik yang baik berjaya menyampaikan pengajaran malah dapat membantu kepada
peningkatan akademik murid-murid. Peningkatan pencapaian murid-murid menunukkan
guru memiliki akademik yang baik dan ini berjaya dinilai dalam Proses Penilaian dalam
Progam Latihan Mengajar.
Dari segi psikomotor, berdasarkan kajian yang dibuat oleh Khalijah (2002)
terhadap guru yang mengajar mata pelajaran sains, didapati di kalangan guru sendiri
masih lagi rendah tahap kemahiran dan penguasaan dalam bidang yang diajar. Ini jelas
menunukkan penilaian yang dibuat tidak dapat menguku tahap kemahiran guru pelatih
tersebut. Oleh itu, amat penting dalam penyediaan guru pelatih, ditanamkan sikap untuk
sentiasa berusaha memperbaiki mutu pengajaran dengan sentiasa mningkatkan
pengetahuan bagi memahami seterusnya menguasai setiap bidang yang diajar. Ini adalah
kerana, guru yang berpengetahuan tinggi sahaja yang menguasai kemahiran sebenar
dalam satu-satu bidang.
RUJUKAN

1. Baharin Abu. (2006). Tahap Kesediaan Pedagogi Guru Pelatih Fakulti


Pendidikan, UTM Dalam Latihan Mengajar. Kertas kerja dibentang dalam
Kolokium Fakulti Pendidikan, UTM, Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai, Johor.
2. Raths, J. (2001). Teachers' Beliefs and Teaching Beliefs. Early Childhood
Research And Practice, 3(1), 1-10.

3. Jamaluddin Bin Ramli, Ahmad Johari Bin Hj Sihes, Abdul Rahin Bin Ham dan
Muainah Binti Ismail. (2002). Bimbingan Guru Pembimbing Terhadap Guru
Pelatih Dalam Latihan Mengajar. Fakulti Pendidikan. Universiti Teknologi
Malaysia.

4. Mohd. Sahandri Gani B. Hamzah. (2003). Komitmen Kerja Guru Pelatih: Satu
Meta Penilaian. Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan.
Universiti Putra Malaysia.

5. Suhartini binti Mohd Jainury. (2004). Pemantapan Penilaian Prestasi Guru


Pelatih Dalam Program Latihan Mengajar Di Kolej Universiti Teknologi Tun
Hussein Onn (KUiTTHO).

6. Kamalularifin bin Subari, Muhammad Sukri b Saud, Adnan b Ahmad, Mohd Ali
b Jemali. (2007). Tahap Keterampilan Emosi Guru-Guru Pelatih Opsyen
Kemahiran Hidup Kursus Perguruan Lepasan Ijazah dan Kursus Diploma
Perguruan Malaysia di Dua Buah Maktab Negeri Johor. Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia.

7. Najeemah Mohd Yusof. (2006). Hubungan Konsep Kendiri Dan Pencapaian


Akademik Di Kalangan Guru Pelatih. Retrieved on August 24, 2009, from
http://ipdares.tripod.com/hubung.htm
8. Mohd Sani Ibrahim, Perkembangan Profesialisme Guru: Satu Tuntutan dan Satu
Kemestian, Pembentangan Kertas Kerja Seminar Nasional Pengurusan dan
Kepimpinan Pendidikan Ke-10, Institut Aminudin Bald, Genting Highland,
Pahang.

9. Nor Hasniza bt. Ibrahim. (2006). Kajian Pemikiran Dan Amalan Refleksi Di
Kalangan Guru Pelatih Sains Universiti Teknologi Malaysia. Fakulti Pendidikan.
Universiti Teknologi Malaysia.

10. Khalidah Ahmad (2002). Faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan


penerapan kemahiran proses sains : Amalannya di kalangan guru sains Daerah
Pontian. Tesis, Sarjana. Universiti Teknologi Malaysia.

11. Harlen, W. (1997) Ten years on: the past and the future of research in primary
science. Primary Science Review. 47, 6–8.

12. http://www.qualityteaching.org/Documents/2_teacher_qualifications_characteristi
cs.pdf

Anda mungkin juga menyukai