Anda di halaman 1dari 1

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Assalamualaikum kepada saudari NUR AZIZAH BINTI DAHARI, saya bersetuju dengan

pendapat saudari bahawa impak dari aspek sosial iaitu berlakunya peningkatan taraf hidup

selepas dasar kolonisasi dibentuk sememangnya benar. Namun, selain daripada impak dari

aspek sosial yang diberikan oleh saudari saya juga ingin menyatakan impak yang lain iaitu

adanya penghapusan sistem perhambaan. Setelah kedatangan penjajah yang menjajah Asia

Tenggara, mereka telah menghapuskan sistem perhambaan. Misalnya, kedatangan kuasa

Sepanyol ke Filipina. Kuasa Sepanyol datang menakluki Filipina dengan masa yang sama

mahu menyebarkan agama Kristian. Melalui penyebaran agama Kristian di Filipina, golongan

mubaligh telah memainkan peranan dengan menghapuskan sistem perhambaan. Ini

menyebabkan rakyat Filipina menjadi tertarik untuk memeluk agama Kristian.

Anda mungkin juga menyukai