Anda di halaman 1dari 12

SEMESTER 2 – SIDANG AKADEMIK 2021/2022

HST 224 SEJARAH DUNIA MELAYU

SOALAN :

ANDA DIKEHENDAKI MENGANALISIS KESAN POLITIK DAN SOSIOEKONOMI

DARIPADA PERJANJIAN TORDESILLAS ANTARA SEPANYOL DAN

PORTUGAL PADA 1494 KEPADA DUNIA MELAYU.

DISEDIAKAN OLEH : FARINAH BINTI AHMAD LONG

NO IC : 000623-12-0210

NO MATRIKS : 151397

PUSAT PENGAJIAN : ILMU KEMANUSIAAN

KELAS TUTORIAL : RABU (11.00 – 12.00)

DISEDIAKAN UNTUK : PROF. MADYA DR. NAZARUDIN ZAINUN

TARIKH PENGHANTARAN : 08 MEI 2020


1.0 PENGENALAN

Perjanjian Tordesillas adalah perjanjian yang dilakukan antara dua kuasa besar iaitu Sepanyol

dan Portugis.1 Perjanjian ini telah disepakati ketika Majapahit mengalami keruntuhan,

khususnya ketika pemerintahan raja Majapahit terakhir iaitu Girindrawardhana alias Bhre

Kertabumi atau lebih dikenali sebagai Brawijaya V (1474-1519).2 Dua kuasa besar tersebut

telah membahagi dunia kepada dua wilayah iaitu wilayah Portugis dan wilayah Sepanyol

dengan menguasai kawasan masing-masing yang dibatasi oleh garis Tordesillas dari kutub

utara ke utara selatan melalui kepulauan Verde di Benua Afrika setelah termeterainya

perjanjian Tordesillas. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan berlaku perebutan antara dua

kuasa besar tersebut dalam menguasai daerah kekuasaan yang baru. Justeru itu, bermulalah

penjajahan Sepanyol di Filipina yang merupakan salah satu negara di dunia melayu.

Sebelum kedatangan Sepanyol, Filipina adalah antara negara kepulauan di Asia

Tenggara. Mindanao dan Sulu diperintah oleh Kesultanan Sulu, dan Maguindanao, yang

diperintah oleh Kesultanan Maguindanao menguasai sebahagian Malaysia, Filipina, dan

Borneo, adalah negara yang dikatakan paling megah dan kuat pada ketika dahulu. Namun

selepas menerima tekanan daripada Sepanyol, Kesultanan Maguindanao mengalami kejatuhan

dalam tempoh kurun ke-19 manakala Raja Kesultanan Sulu terakhir pula diketahui telah mati

pada tahun 1930-an. Kedatangan Ferdinand Magellan pada 16 Mac 1521 merupakan

kedatangan kuasa Sepanyol pertama di tenggara Samar manakala pembukaan petempatan pada

tahun 1565 oleh Miquel Lopez de Legaspi pula adalah tanda bermulanya era penjajahan

Sepanyol di Filipina dengan berpegang kepada asas penjajahan Sepanyol.3 Perjanjian

Tordesillas sememangnya telah memberi kesan sama ada dalam aspek politik, sosial dan

ekonomi terhadap dunia Melayu khususnya di Filipina.

1
Dharwis Widya Utama Yacob, Perjanjian Internasional sebagai Perwujudan Arsip Terjaga : Studi Kasus
2
R. Moh. Ali. 2005. Pengantar Ilmu Sejarah Indonesia. Yogyakarta: LKIS. Hlm. 184.
3
Onofre D. Corpuz, The Bureaucracy in the Philippines, Manila : University of Philippines, 1957, hlm. 5.
2.0 KESAN-KESAN PERJANJIAN TORDESILLAS KE DUNIA MELAYU DARI

ASPEK POLITIK

Semasa Sepanyol menjajah negara Filipina, mereka telah berjaya mendominasi aspek politik

negara tersebut menerusi Dasar Hispanisasi yang dilaksanakan membolehkan kuasa besar ini

mampu bertahan lama menjajah Filipina.4 Dasar ini merupakan usaha untuk menjadikan

Filipina sama seperti Sepanyol atau dalam erti kata lain men’Sepanyol’kan Filipina dengan

tujuan memudahkan Sepanyol untuk mengawal tanah jajahannya baik dari aspek pentadbiran,

ekonomi mahupun politik. Dasar ini juga digunapakai bagi menyeragamkan aspek pentadbiran

Sepanyol di Filipina secara langsung menghapuskan struktur pemerintahan sedia ada negara

Filipina yang dikatakan masih bersifat tradisional dan tidak sistematik.

Sebelum campur tangan Sepanyol, Filipina terdiri daripada barangay yang diperintah

oleh golongan datu yang berkuasa di sesebuah kawasan dengan corak pemerintahan tersendiri

atau dikenali sebagai daerah-daerah kecil.5 Namun demikian telah berlaku perubahan dalam

sistem pentadbiran di Filipina khususnya selepas kedatangan Sepanyol yang mana golongan

datu semakin kehilangan kuasa sebaliknya pegawai-pegawai Sepanyol lebih berkuasa

terutamanya dalam hal pentadbiran negara. Mereka tidak memberi peluang kepada penduduk

tempatan untuk melibatkan diri dalam hal-hal negara yang sememangnya bercanggah dengan

kod undang-undang tanah Filipina iaitu rakyat mempunyai kuasa dalam urusan pentadbiran

negara mereka. Sebaliknya, Sepanyol telah membawa Sistem Birokrasi Barat yang telah

mengubah corak pentadbiran sedia ada yakni menggantikan sistem beraja di Filipina. Sistem

ini dilaksanakan dengan menubuhkan Kerajaan Pusat, melantik Gabenor Jeneral sebagai ketua

kerajaan, menubuhkan biro (jabatan) dan pegawai Barat sebagai ketua biro serta pengenalan

4
John Leddy Phelan, The Hispanization of the Philippines : Spanish Aims and Filipino Responses 1565-
1700, Madison : University of Wisconsin Press, 1959, hlm. 7.
5
Gilbert Khoo, Dorothy Lo, Asian Transformation: A History of South-East, South and
East-Asia, 1977. Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books (Asia) Ltd.
undang-undang Barat. Raja Sepanyol mengukuhkan pengaruhnya dengan melantik seorang

Gabenor Jeneral untuk mengetuai kerajaan yang mempunyai kuasa merangkumi aspek

legislatif, pentadbiran, kehakiman, kewangan serta ketenteraan.6 Ringkasnya, kuasa Gabenor

Jeneral adalah sama seperti Raja yang berkuasa penuh. Setiap wilayah pula diketuai oleh

Gabenor Kecil yang sememangnya adalah dilantik dari kalangan pegawai Sepanyol. Perkara

ini jelas menunjukkan bahawa rakyat tempatan Filipina kehilangan kuasa dan tidak diberi hak

untuk menerajui sistem pemerintahan dan pentadbiran negara mereka.

Selain itu, Sepanyol turut memperkenalkan Sistem Encomienda yang dilaksanakan

pada peringkat pentadbiran tempatan. Menerusi sistem ini, seorang Encomiendero mentadbir

Barangay yang disatukan menjadi Encomienda bertanggungjawab untuk menjaga keamanan,

mengutip cukai dan mengkristiankan penduduk barangay. Pembentukan Encomienda ini telah

menyebabkan kemerosotan sistem pemerintahan tradisional serta kuasa golongan datu dalam

hal pentadbiran negara. Penduduk tempatan meluahkan rasa benci terhadap sistem Encomienda

yang diperkenalkan kerana mengenakan kadar cukai yang tinggi dan kerahan tenaga terhadap

mereka. Sistem kerahan tenaga yang dilaksanakan tanpa membayar gaji serta sistem cukai telah

menyusahkan hidup rakyat Filipina pada ketika itu. Perubahan yang dilakukan oleh Sepanyol

dalam aspek politik secara tidak langsung telah membawa kepada kebangkitan semangat

nasionalisme dalam kalangan rakyat Filipina. Mereka mula membahaskan tentang politik

negara apabila membaca buku atau surat khabar dan anak-anak dihantar ke kolej dan universiti

untuk menuntut ilmu. Rakyat tempatan semakin berani menuntut keadilan dan kebebasan serta

pemulihan dalam sistem kerajaan untuk kebaikan mereka sendiri. Perkara ini kemudian

mendorong kemunculan golongan elit di Filipina seperti Jose Rizal dan Dr. Pedro yang berani

menggalakkan bangsa Filipina melakukan revolusi menerusi Gerakan Propaganda. Oleh itu,

6
Nicholas P. Cushner, Spain in the Philippines from Conquest to Revolution, Quezon City : Ateneo de
Manila University, 1971, hlm. 154-155.
perjanjian Tordesillas menyebabkan pentadbiran tradisional dihapuskan malah rakyat tempatan

kehilangan kuasa dalam mentadbir negara sehingga membawa kepada kebangkitan semangat

nasionalisme yang mana ia merupakan antara kesan baik kepada penduduk tempatan.

3.0 KESAN-KESAN PERJANJIAN TORDESILLAS KE DUNIA MELAYU DARI

ASPEK SOSIAL

Dalam aspek sosial, penjajahan Sepanyol telah memberi kesan dalam aspek agama Filipina.

Hal ini kerana imperialisme yang dilakukan oleh Sepanyol adalah berdasarkan imperialisme

kuno iaitu dengan tujuan 3G iaitu Gold (kekayaan), Glory (kejayaan), dan Gospel (penyebaran

agama).7 Sebelum kedatangan Sepanyol, Filipina dikatakan sebuah negara yang majoriti

penduduknya merupakan individu beragama Islam. Namun selepas kedatangan Sepanyol,

pendakwahan tentang agama Kristian telah disampaikan oleh paderi-paderi yang turut

menyertai dalam misi penjelajahan Sepanyol. Mereka telah berjaya mengkristiankan penduduk

tempatan Filipina dengan cara paksaan dan sesiapa yang engkar memeluk agama Kristian,

hukuman bunuh akan dikenakan. Meskipun orang Sepanyol menganggap pengenalan agama

kristian di Filipina adalah suatu kejayaan positif tetapi terdapat segelintir rakyat tempatan yang

berpendapat bahawa ia merupakan perbuatan zalim kerana membantu mubaligh-mubaligh

menukarkan agama serta mendidik penduduk Filipina secara paksaan atau kekerasan.

Menurut Thanaraj, tugas menyebarkan agama Kristian telah diserahkan kepada paderi

regular yang digelar sebagai friar.8 Walaupun golongan friar ini berjaya mengkristiankan

penduduk Filipina, tetapi mereka juga membuat penyelewengan menerusi campur tangan

dalam urusan pentadbiran negara bagi memperoleh kewangan sehingga ada yang mengabaikan

7
Hana Husain, Imperialisme di Filipina secara Umumnya Menyentuh tentang Penyebaran Agama di
Filipina, 2020, diakses daripada
https://www.academia.edu/24541602/Imperialisme_di_Filipina_secara_umumnya_menyentuh_tentang_peny
ebaran_agama_di_Filipina, hlm. 1.
8
Thanaraj A/L Gopal, Institusi Gereja Semasa Penjajahan Sepanyol di Filipina : Antara Penyebaran
Agama Kristian dan Campur Tangan dalam Politik serta Ekonomi, hlm. vi.
tugas mereka sebagai penyebar agama. Sebagai contoh, menurut Nicholas, golongan paderi

telah mengabaikan tanggungjawab dengan melibatkan diri dalam perdagangan Galleon untuk

mengaut keuntungan untuk diri mereka sendiri.9 Hal ini menunjukkan golongan paderi ini lebih

mementingkan harta benda berbanding tugas asal mereka sebagai seorang penyebar agama.

Bukan itu sahaja, paderi juga mengamalkan sikap berat sebelah dalam institusi gereja. Sebagai

cara menyebarkan agama Kristian, paderi-paderi Sepanyol telah mendirikan kariah iaitu

kawasan di bawah pengawasan seorang paderi bagi memudahkan proses penyebaran. Pada

mulanya, paderi Sepanyol sepatutnya menyerahkan pentadbiran kariah kepada paderi Filipina

jika bilangan paderi tempatan telah mendapat latihan yang sewajarnya. Namun begitu, paderi

Sepanyol enggan memberi kariah tersebut kepada paderi tempatan kerana telah selesa dengan

sumbangan yang diberikan ke atas kariah mereka. Hal ini secara tidak langsung telah

mengundang kemarahan penduduk terhadap sistem paderi Sepanyol.

Di samping itu, perjanjian Tordesillas turut membawa kesan positif dalam aspek sosial

ke dunia Melayu di Filipina yang mana pendidikan Sepanyol mula diperkenalkan dengan

tujuan untuk menyebarkan agama kristian, mengajar bahasa Sepanyol dan memperluaskan

budaya mereka. Sekolah Sepanyol pertama didirikan adalah sekolah mukim di Cebu pada tahun

1565 oleh mubaligh Augustian. Agama kristian, bahasa Sepanyol, membaca, menulis, dan

membuat kira-kira adalah antara subjek yang diajarkan di mukim. Selain itu, beberapa buah

kolej seperti sekolah menengah telah ditubuhkan oleh mubaligh-mubaligh Dominican bagi

menyediakan pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke universiti khususnya untuk kanak-kanak

lelaki. Pendidikan untuk kanak-kanak perempuan juga telah didirikan oleh pihak gereja iaitu

kolej yang merupakan sekolah biasa dan beaterio iaitu rumah ibadat. Institusi pendidikan ini

ditubuhkan untuk mengajar golongan wanita mengenai hal rumah tangga menerusi

matapelajaran menjahit, menghias rumah, budi bahasa dan ilmu agama. Sistem pendidikan

9
Nicholas P. Cushner, Spain in the Philippines from Conquest to Revolution, hlm. 5.
yang diperkenalkan oleh Sepanyol telah membawa kemajuan besar kepada Filipina yang mana

ia bukan hanya ditubuhkan untuk menyebarkan agama serta budaya Sepanyol malah secara

tidak langsung dapat meningkatkan taraf intelek penduduk tempatan. Kadar buta huruf di

Filipina semakin berkurang kerana rakyat mula mahir membaca, mengira dan menulis jika

dibandingkan dengan negara-negara di rantau asia dan Eropah. Tokoh-tokoh negara yang

terkenal seperti Dr. Jose Rizal, Marcelo H. Del Pilar dan Graciano Lopez Jaena juga telah

dilahirkan ekoran daripada penubuhan institusi pendidikan yang dilakukan oleh Sepanyol.

Tuntasnya, campur tangan Sepanyol di Filipina membawa kesan baik dan buruk yang mana

mereka telah berjaya mengkristiankan penduduk tempatan yang pada mulanya adalah

beragama islam serta mampu melahirkan golongan cerdik pandai atas tindakan Sepanyol yang

mendirikan pelbagai institusi pendidikan khasnya untuk orang-orang Filipina.

4.0 KESAN-KESAN PERJANJIAN TORDESILLAS KE DUNIA MELAYU DARI

ASPEK EKONOMI

Perjanjian Tordesillas antara Sepanyol dan Portugal meninggalkan kesan dalam aspek ekonomi

terhadap dunia melayu di Filipina. Sepanyol telah campur tangan dengan mengeksploitasi

Filipina dan rakyat Filipina bagi memenuhi kepentingan kolonial untuk mengaut keuntungan

dan meraih kekayaan. Mereka memperoleh kekayaan menerusi penglibatan mereka dalam

pelbagai aktiviti ekonomi dengan mengamalkan diskriminasi dan menzalimi penduduk

tempatan.10 Dasar hispaniasi ekonomi yang dilaksanakan hanya memberi kekayaan kepada raja

dan negara Sepanyol sahaja manakala penduduk tempatan pula langsung tidak diberi

keutamaan dalam ekonomi negara.

10
Thanaraj A/L Gopal, Institusi Gereja Semasa Penjajahan Sepanyol di Filipina: Antara Penyebaran
Agama Kristian dan Campur Tangan dalam Politik serta Ekonomi, Kuala Lumpur: Universiti Malaya,
2002, hlm. VI.
Pihak pentadbir Sepanyol menjalankan pelbagai usaha bagi mendominasi ekonomi di

Filipina seperti memperkenalkan sistem pemilikan tanah baharu sekaligus mengubah sistem

pemilikan tanah sedia ada. Isu pemilikan tanah merupakan masalah yang paling besar semasa

penjajahan Sepanyol di Filipina. Hal ini dikatakan demikian kerana, kebanyakan tanah adat

yang dimiliki oleh orang tempatan tidak diiktiraf dan hak pemilikan mereka telah dicabuli.

Penduduk tempatan dikenakan pelbagai syarat untuk mengusahakan tanah walaupun pada

asalnya tanah tersebut adalah milik mereka sendiri. Sepanyol telah mengambil tanah-tanah adat

yang dimiliki oleh penduduk Filipina seterusnya dijadikan milik kerajaan Sepanyol. Sesiapa

sahaja penduduk Filipina yang ingin menggunakan atau mengusahakan tanah perlu

mendapatkan kebenaran daripada pentadbiran Sepanyol. Meskipun begitu mereka juga perlu

membuat pembayaran sewaan terdahulu sebelum dibenarkan mengusahakan tanah. Golongan

petani dikehendaki mendatangani surat perjanjian yang disediakan oleh pentadbir Sepanyol

yang mana dalam perjanjian tersebut mereka akan dikenakan kadar hutang yang perlu dibayar.

Namun demikian, sekiranya para petani tidak dapat membayar hutang dalam tempoh yang

ditetapkan, mereka terpaksa menyerahkan tanah mereka kepada pentadbir Sepanyol seperti

yang terdapat dalam surat perjanjian. Perkara ini jelas menampakkan helah atau tipu daya

Sepanyol dalam usaha mereka untuk memonopoli hak pemilikan tanah di Filipina.

Bukan setakat isu pemilikan tanah, malah penduduk Filipina juga dibebankan oleh

pembayaran ufti iaitu persembahan yang wajib dibayar kepada pemerintah yang berkuasa.

Semasa penjajahan, Sepanyol telah memperkenalkan sistem ufti encomienda di Filipina.11

Dalam sistem ini, Filipina dibahagikan kepada beberapa bidang kuasa yang dikenali sebagai

encomienda. Sepanyol akan melantik seorang pegawai untuk memungut cukai di kawasan yang

telah ditugaskan oleh pentadbir Sepanyol. Menerusi sistem encomienda juga, pegawai

11
John Leddy Phelan, The Hispanization of the Philippines : Spanish Aims and Filipino Responses 1565-
1700, hlm. 95-98.
encomienda dengan sengaja menaikkan kadar bayaran cukai yang ditetapkan untuk

memperoleh keuntungan yang lumayan. Pada asalnya, had rasmi kadar cukai hanyalah satu

peso pada tahun 1589, namun kadar tersebut ditingkatkan dan penduduk temapatan dipaksa

untuk membayar dengan menggunakan kekerasan. Ditambah lagi dengan sistem cukai cedula

yang dikenakan terhadap penduduk Filipina yang berumur 18 tahun ke atas.

Seterusnya, Sepanyol turut memperkenalkan sistem cukai cedula yang merupakan

dokumen pengenalan identiti diri penduduk Filipina. Harga cukai cedula yang dikenakan

adalah berbeza mengikut taraf yang mampu dibayar berdasarkan umur penduduk. Sebagai

contoh, jika penduduk yang berumur 18 tahun ke atas hanya mampu membayar cukai cedula

kurang daripada 3 dollar, maka individu tersebut diwajibkan menjadi buruh paksa dalam

tempoh 15 hari setiap tahun.12 Sekiranya mampu membayar cukai dengan harga yang lebih

mahal pula, pekerjaan mereka akan diringankan hingga mereka boleh bekerja separuh masa

daripada biasa. Terdapat juga kanak-kanak berumur 12 tahun yang dikenakan cukai ini

walaupun pada asalnya cukai cedula hanya dikenakan kepada penduduk yang berumur 18

tahun keatas. Justeru itu, dapat dilihat bahawa pentadbir Sepanyol sengaja mengenakan cukai

cedula bagi membolehkan mereka mengaut keuntungan lebih daripada penduduk Filipina.

Penjajah Sepanyol telah memperkenalkan banyak dasar ekonomi baru di Filipina yang

berbentuk penindasan dan hanya menguntungkan pihak Sepanyol sahaja.

Akhir sekali, pemerintah Sepanyol juga mengamalkan Sistem Polo dalam mentadbir

ekonomi yang sememangnya telah menindas penduduk peribumi Filipina. Hal ini demikian,

rakyat yang berumur antara16-60 tahun kecuali golongan wanita dikerah melakukan kerja

buruh paksa seperti membina dan membaiki jalan raya, jambatan, gereja dan banyak lagi

pekerjaan lain sebagai bukti perhambaan mereka kepada Sepanyol. Namun, mana-mana buruh

paksa boleh membebaskan diri daripada melakukan kerja buruh sekiranya mampu membayar

12
Horacio de la Costa, Readings in Philippine History, Manila : Bookmark, 1965, hlm. 323.
setengah reale untuk setiap satu hari selama 40 hari dia sepatutnya bekerja. Sama seperti sistem

pembayaran ufti yang dipersembahkan oleh rakyat, sistem polo juga menjadi antara cara bagi

orang-orang Sepanyol menyalahguna kuasa dengan melakukan penyelewengan dan rasuah.

Mereka seringkali menangkap penduduk tempatan dari rumah atau ladang dan mengerah rakyat

untuk bekerja di limbungan kapal dan menjadi tukang dayung serta dijadikan askar dalam

angkatan-angkatan Sepanyol ke negeri-negeri asing. Hal ini menyebabkan orang Filipina benci

akan sistem pentadbiran Sepanyol yang dikatakan banyak melakukan pemaksaan terhadap

penduduk tempatan hanya untuk keperluan dan kepentingan mereka sendiri. Perkara ini

menjadi lebih teruk apabila upah pekerja tidak selalu dibayar dan perbendaharaan-

perbendaharaan kampung hanya memberikan bekalan beras sahaja bagi membolehkan pekerja-

pekerja itu untuk terus hidup. Hal ini seterusnya menyebabkan berlakunya kebuluran atau

kelaparan dan mengundang pelbagai penyakit yang telah mengorbankan banyak angota

masyarakat. Bukan itu sahaja, malah pemerintah Sepanyol juga memaksa penduduk tempatan

untuk menjual hasil-hasil mereka dengan menggunakan bayaran atau surat perjanjian hutang

sebagai ganti. Tambahan pula, pentadbir Sepanyol turut membawa masuk golongan imigran

untuk bekerja dalam pelbagai sektor ekonomi yang secara tidak langsung menyebabkan orang

Filipina berasa tidak puas hati terhadap penguasaan mereka dalam bidang tersebut.

Kesimpulannya, masyarakat Filipina hanya kekal dalam ekonomi tradisional disebabkan oleh

sistem birokrasi Barat yang diperkenalkan oleh Sepanyol tidak memberikan peluang kepada

mereka untuk menerajui pentadbiran negara baik aspek politik, sosial atau ekonomi.
5.0 KESIMPULAN

Secara ringkasnya, penjajahan Sepanyol di Filipina yang bermula dari tahun 1565 sehingga

tahun 1898 sememangnya telah banyak melakukan penindasan terhadap penduduk tempatan.

Dasar hispanisasi yang diamalkan oleh penjajah tersebut secara tidak langsung lebih banyak

mendatangkan keburukan berbanding kebaikan kepada penduduk tempatan di Filipina.

Penindasan dan penyelewengan yang dilakukan oleh Sepanyol telah menyebabkan beberapa

siri pemberontakan dilakukan oleh masyarakat yang tidak puas hati dengan pentadbiran

Sepanyol. Sebagai contoh, pemberontakan Tayabas, pemberontakan Besi dan pemberontakan

Cavite. Pemberontakan tersebut menunjukkan kebangkitan semangat nasionalisme dalam diri

penduduk tempatan Filipina yang ingin melepaskan diri daripada penjajahan Sepanyol. Justeru

itu, dapat dilihat dengan jelas bahawa perjanjian Tordesillas yang termeterai antara pihak

Sepanyol dan Portugal pada tahun 1494 meninggalkan banyak kesan negatif kepada dunia

Melayu khususnya di Filipina.


6.0 BIBLIOGRAFI

Dharwis Widya Utama Yacob, Perjanjian Internasional sebagai Perwujudan Arsip Terjaga :

Studi Kasus Treaty of London dan Treaty of Waitangi, Jurnal Kearsipan, Vol. 12(1),

21-36, 2017.

R. Moh. Ali. Pengantar Ilmu Sejarah Indonesia. Yogyakarta: LKIS. 2005.

Onofre D. Corpuz, The Bureaucracy in the Philippines, Manila : University of Philippines,

1957.

John Leddy Phelan, The Hispanization of the Philippines : Spanish Aims and Filipino

Responses 1565-1700, Madison : University of Wisconsin Press, 1959.

Gilbert Khoo, Dorothy Lo, Asian Transformation: A History of South-East, South and

East-Asia, 1977. Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books (Asia) Ltd.

Nicholas P. Cushner, Spain in the Philippines from Conquest to Revolution, Quezon City :

Ateneo de Manila University, 1971.

Thanaraj A/L Gopal, Institusi Gereja Semasa Penjajahan Sepanyol di Filipina : Antara

Penyebaran Agama Kristian dan Campur Tangan dalam Politik serta Ekonomi, Kuala

Lumpur : Universiti Malaya, 2002.

Horacio de la Costa, Readings in Philippine History, Manila : Bookmark, 1965.

Vivencio R. Jose, The Rise and Fall of Antonio Luna, Manila : Solar Publishing Corporation,

1991.

Hana Husain, Imperialisme di Filipina secara Umumnya Menyentuh tentang Penyebaran

Agama di Filipina, 2020, diakses daripada

https://www.academia.edu/24541602/Imperialisme_di_Filipina_secara_umumnya_me

nyentuh_tentang_penyebaran_agama_di_Filipina.

Anda mungkin juga menyukai