Anda di halaman 1dari 8

Abeelashinee A/P Kavdavan

BG19110214/018-2180805
Clarence Paulus
BG19110320/011-25369468
Lee Zi Xuan
BG19110242/017-5178455
Merlina A/P Arokiasamy
BG19110142/011-26854984
Mohamad Rafie Bin Ruksal
BG19110180/011-27325670
Muhammad Syahiir Imran Bin Yahaya
BG19110029/017-7291474
Odilia Maikal
BG19110134/013-7326637
Ong Wei En
BG19110363/012-3827780
Pui Chun Wei
BG19110352/013-8518263
Kepentingan Ilmu Sejarah Malaysia Terhadap Masa Depan Rakyat dan Negara
Prawacana
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji mengenai kepentingani ilmuii sejarahiii Malaysiaiv
terhadap masa depanvvi rakyat dan negara.

i
Takrif “kepentingan” yang diperoleh daripada Kamus Dewan Edisi Kedua, adalah bermaksud
sesuatu yang penting atau yang sangat dihargai; keperluan: dia sanggup berkorban untuk
bangsa dan negara atau kebendaan keperluan akan harta benda, keadaan atua hal penting.
Berasaskan daripada pengajian politik. Kepentingan juga boleh disama maksudkan atau
bersinonim dengan perkataan seperti mustahak, perlu, utama, berharga, tinggi
nilainya, berguna, berfaedah, bermanfaat, signifikan, behena;.

ii
Maksud ilmu juga merujuk kepada pengetahuan untuk mengetahui atau memaklumi
kebenaran, kenyataan tentang sesuat. Ilmu juga boleh didefinisikan sebagai segala jenis
pengetahuan atau kepandaian yang diperolehi oleh pengalaman, pendidikan dan lain-lain.
Selain itu, dalam Kamus Dewan Edisi Keempat juga ada menyatakan bahawa pengetahuan
adalah pengetahuan dalam perkara dunia, akhirat, zahir, batin, dll; ~ akhirat pengetahuan bkn
semua sesuatu sesudah manusia itu mati; ~ kalam salah satu cabang usuluddin; cari ~ berusaha
utk mencari kepandaian dan ilmu; menuntut ~ belajar; atau kajian bkn sesuatu perkara: ~ bumi;
~ masyarakat; ~ terapi cabang perubatan yang berkaitan dengan rawatan penyakit. Kemudian,
tanya diri kpd makna, dan hadirnya makna dlm diri seseorang (dlm konteks agama Islam); ~
padi, makin berisi makin tunduk prb makin banyak ilmu atau makin tinggi pangkat, makin hina
rendah diri; menunjukkan ~ kpd orang menetek prb membuat kerja yg sia-sia; berilmu
mempunyai banyak ilmu pengetahuan, berpengetahuan: orang yg ~ dapat membezakan antara
baik dan jahat, benar dan salah; mengilmukan atau menyelitkan unsur-unsur ilmu kpd sesuatu:
bagaimana utk ~ semula karya sastera kita; yang menjadikan individu atau kumpulan individu
berilmu: tugas penterjemah berat, terutamanya dlm tanggungjawabnya ~ masyarakat; keilmuan
perihal ilmu, menurut ilmu pengetahuan, ilmiah: saya tahu dr dekat akan suasana ~ tempat ia
bekerja; Bahasa Melayu akan sanggup menggantikan bahasa Inggeris di semua lapangan ~;
pengilmuan perbuatan mengilmukan.

iii
Istilah sejarah berasal dari Bahasa Arab "syajarah" [‫ ]شجرة‬yang bererti pokok atau pokok
kerana konsep sejarah berkaitan dengan salasilah keluarga yakni berbentuk akar pokok. Selain
itu, kepentingan juga dapat diistilahkan sebagai suatu unsur yang sangat penting dalam
kehidupan manusia adalah Sejarah, apatah lagi seluruh manusia mempunyai kisah sejarah
masing-masing atau dalam kata lain masa lalu seseorang manusia adalah sejarah yang tidak
mengira kebaikan atau keburukan manusia tertentu. Sebelum isu kepentingan sejarah
mengupas secara dalam, maka kita perlulah mengetatui tentang maksud sejarah secara
terperinci. Menurut Kamus Dewan edisi keempat, sejarah membawa maksud bahawa asal-usul
(keturunan), salasilah, peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu yang lampau, kisah,
riwayat, tambo, kajian atau pengetahuan mengenai peristiwa-peristiwa yang telah lalu,
tawarikh. Orang Barat yang terdiri daripada Herodotus telah menyamakan perkataan sejarah
dengan perkataan Inggeris iaitu Histories. Perkataan ini berasal dari perkataan Historia yang
bererti penyelidikan atau penyiasatan. Di sini menunjukkan bahawa pengkajian sejarah
bergantung sepenuhnya kepada penyelidikan terhadap perkara-perkara yang benar-benar
pernah terjadi. Menurut peribahasa Melayu melentur buluh biarlah dari rebungnya ; semenjak
kecil lagi seseorang anak didikan dengan mata pelajaran sejarah, sama ada sejarah berkaitan
dengan negara, agama, mahupun asal usul, keturunan dan keluarga. Pernahkan anda berfikir
tentang apakah itu kepentingan sejarah terhadap manusia itu sendiri. Sebuah artikel
menjelaskan bahawa segala-segalanya tentang kepentingan sejarah, marilah kita menelusuri
jalan-jalan itu kearah memahami tentang sejarah itu sendiri, kerana ia memainkan peranan
yang dominan dalam proses pergerakan sejarah manusia itu sendiri.

iv
Malaysia ialah sebuah negara raja berperlembagaan persekutuan di Asia Tenggara yang
terdiri daripada tiga belas negeri dan tiga wilayah persekutuan, yang menduduki bumi
berkeluasan 329,847 kilometer persegi. Malaysia terbahagi kepada dua kawasan yang
mengapit Laut China Selatan, iaitu Semenanjung Malaysia dan Borneo Malaysia. Malaysia
berkongsi sempadan darat dengan Thailand, Indonesia, dan Brunei dan juga sempadan laut
dengan Singapura dan Filipina. Ibu negara Malaysia ialah Kuala Lumpur, manakala Putrajaya
merupakan pusat kerajaan persekutuan. Pada tahun 2009, Malaysia diduduki 28 juta orang dan
pada tahun 2017 dianggarkan telah mencecah lebih 30 juta orang. Malaysia berakar-umbikan
Kerajaan-kerajaan Melayu yang wujud di wilayahnya dan menjadi taklukan Empayar British
sejak abad ke-18. Wilayah British pertama di sini dikenali sebagai Negeri-Negeri Selat.
Semenanjung Malaysia yang ketika itu dikenali sebagai Tanah Melayu atau Malaya, mula-
mula disatukan di bawah komanwel pada tahun 1946, sebelum menjadi Persekutuan Tanah
Melayu pada tahun 1948. Pada tahun 1963, Tanah Melayu bersatu dengan negeri Sabah,
Sarawak, dan Singapura. Pada tahun 1965, Singapura keluar dari persekutuan untuk menjadi
negara kota yang bebas. Merujuk Utusan Malaysia bertarikh 29 Julai 2009, nama Malaysia
mula-mula telah direkodkan dalam akhbar The British North Borneo Herald (BNBH) bertarikh
1 Januari 1889 dalam laporan bertajuk “Geographical Notes in Malaysia and Asia” oleh J.E.
Tenison-Woods, mengenai catatan perjalanannya ke semenanjung Tanah Melayu, Labuan,
Brunei, Sandakan dan Sulu (Rujuk lampiran). Di Chicago, Amerika Syarikat, peta yang
dikeluarkan pada tahun 1914 telah merujuk kawasan kepulauan nusantara ini sebagai
“Malaysia”. TV3 pula pernah menyiarkan satu artikel daripada akhbar The British North
Borneo Herald (BNBH) tetapi bertarikh 1 Julai 1929 mengenai bunga-bungaan di Negeri Sabah
yang dirujuk nama kawasan tu sebagai “Malaysia”. Sementara sebuah buku keluaran Mc
Millan, New York, yang dikarang oleh Rupert Emerson, dan diterbitkan pada tahun 1937
berkenaan dengan semenanjung Tanah Melayu diberi judul "Malaysia : Direct and Indirect
Rule". Sebagaimana Indonesia yang pernah dicadangkan namanya sebagai Malayunesia,
terdapat juga beberapa nama yang dicadangkan untuk negara kita. Antaranya, “Langkasuka”,
iaitu bersempena nama sebuah kerajaan purba di kawasan utara tanah air kita.. Negara Filipina
juga pernah bercadang untuk menukar nama negara mereka kepada Malaysia, tetapi dibatalkan
selepas penubuhan Malaysia yang merangkumi Malaya, Singapura, Sabah dan Sarawak
diisytiharkan pada tahun 1963.

vi
Masa depan merupakan perkara yang akan berlaku pada masa selepas masa sekarang.
Ketibaannya dianggap tidak boleh dielak oleh sebab kewujudan masa dan hukum fizik. Oleh
sebab sifat ketara realiti dan ketidakbolehelakan masa hadapan, semuanya yang pada masa ini
wujud dan yang akan wujud boleh dikategorikan sama ada sebagai kekal, iaitu ia akan wujud
selama seluruh masa hadapan, atau sementara, iaitu ia tidak akan dan lalu akan menemui
penamat. Masa hadapan dan konsep keabadian telah menjadi subjek utama
bagi falsafah, agama, dan sains, dan mentakrifkannya tanpa kontroversi telah secara tekal
mengelakkan minda-minda terhebat.Dari sudut pandangan Barat, yang menggunakan
pengkonsepan linear bagi masa, masa hadapan ialah bahagian garis masa yang terunjur yang
diduga akan berlaku. Dalam kerelatifan khas, masa hadapan dianggap sebagai masa hadapan
mutlak, atau kon cahaya masa hadapan. Menurut Kamus Am, masa ialah ketika yang telah
ditetapkan atau pada waktu yang akan datang. Manakala masa depan pula ialah masa yang akan
datang atau sesuatu benda yang akan jadi.
Melahirkan semangat patriotisme dan memupuk cintakan negara

Kepentingan ilmu sejarah Malaysia terhdap masa depan rakyat dan negara ini ialah dapat
melahirkan semangat patriotisme dan memupuk semangat cintakan negara. Hal ini dikatakan
demikian kerana, apabila rakyat Malaysia tidak mempelajari dan tidak mengambil tahu tentang
ilmu sejarah Malaysia, semangat patriotisme ini tidak akan dapat dipupuk dalam diri rakyat.
Semangat patriotisme ini juga penting dalam mengekalkan keamanan dalam negara Malaysia
kerana setiap rakyat Malayisa yang mempunyai semangat ini dapat bersatu hati untuk menolak
segala ancaman-ancaman luar yang cuba untuk memporak-porandakan negara Malaysia.
Selain itu, semangat patriotisme ini juga dapat memupuk perpaduan kaum. Rakyat yang
mempunyai semangat patrotisme ini ialah rakyat yang meletakkan kepentingan negara
melebihi kepentingan kaum. Oleh itu, perpaduan kaum yang lebih erat akan memudahkan
pihak pentadbiran dalam negara bagi melaksanakan pelbagai program pembangunan untuk
kemudahan rakyat juga dapat menaikkan imej negara. Hal ini dikatakan demikian kerana,
sebagai negara yang berbilang kaum semangat patriotisme ini dapat menyatupadukan rakyat
seterusnya negara akan menjadi aman damai. Selain itu, masa depan negara bergantung kepada
sejauhmana nilai-nilai personal yang positif dapat ditanam ke dalam jiwa dan minda generasi
mahasiswa hari ini. Patriotisme adalah satu institusi dalaman diri individu yang dibina dengan
semangat kecintaan dan fahaman pada negara. Patriotisme juga merupakan satu bentuk blok
minda dan kepercayaan seseorang individu akan rasa kebanggaan kepada kewujudan negara
yang menaungi warga bagi sesuatu bangsa. Semua warga dalam sesuatu negara di seluruh
dunia mempunyai semangat patriotisme dan nasionalisme tersendiri. Tafsiran ini melahirkan
blok komuniti dunia yang menunjangi pelbagai ideologi politik. Maka hampir kebanyakan
tafsiran patriotisme yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh pemikir, tokoh falsafah dan tokoh
politik menjurus kepada semangat cintakan tanah air dengan komited terhadap usaha
pembinaan negara bangsa. Sebagai contoh, dalam konteks Malaysia tidak dinafikan semangat
patriotisme yang dijana bermula zaman penjajahan dahulu sehingga selepas kemerdekaan telah
mengevolusi landskap sosiopolitik negara. Menurut Berita Harian, perpaduan dan integrasi
negara dapat lebih kuat dan lebih bersemangat menerusi penanaman nilai patriotisme. Sejarah
telah membuktikan bahawa Malaysia dapat mengatasi sebarang cabaran apabila rakyatnya
bersatu. Sebagai contoh, rakyat Malaysia yang berbeza etnik, agama dan warna kulit
melengkapi antara satu sama lain dan kepelbagaian kita tidak boleh menjadi halangan bagi kita
untuk menjalani kehidupan yang Bersatudan harmoni.vi Selain itu, pembelajaran sejarah adalah
untuk memahami sejarah tamadun awal bangsa kita. Ini dapat melahirkan perasaan jati diri
yang tinggi dan dapat membentuk keperibadian bangsa dengan menghapuskan rasa rendah diri
dengan bangsa lain di dunia. Sebagai contoh penyelidikan mengenai perkara-perkara yang
telah berlaku wajar diteruskan di peringkat sekolah dan pusat pengajian tinggi bagi kefahaman
generasi muda.vi Kita sebagai rakyat Malaysia mestilah bertanggungjawab menjaga
kemerdekaan dan kedaulatan negara bagi membina cara hidup yang bermatlamat dan
berwawasan. Oleh itu, rakyat Malaysia perlu memupuk semangat patriotisme dan cintakan
negara dalam diri kerana ia membantu menjadikan Malaysia sebagai negara yang aman dan
damai melalui ilmu sejarah yang dipelajari.

vi
. Utusan Online, 30 Ogos 2018, Roslee Mardan, Penolong Pengarah Kanan, Unit Patriotisme
& Kesukarelawan, Bahagian Pembangunan Pelajar, JHEP Universiti Utara Malaysia
vi
.Berita Harian, 4 September 2018, Tan Sri Lee Lam Thye, Ahli Pemegang Amanah Yayasan
Perpaduan Malaysia
vi
Utusan Online, 18 Ogos 2015, Pengamal media, PhD Persuratan Melayu, Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM)

Merangka Wawasan Masa Depan dalam Kalangan Masyarakat

Pengetahuan tentang sejarah mengajar kita supaya menghargai pencapaian kita serta
menunjukkan kepada kita arah tuju bagi merangka wawasanvi untuk masa depan. Sebagai
contohnya, peristiwa 13 Mei pada 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan merupakan
kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini telah meragut nyawa serta harta benda
penduduk rakyat Malaysia. Masalah ini juga masih ada berlaku secara kecil- kecilan di negara
kita dan ini telah membawa impak negatif dalam kalangan rakyat. Justeru itu, dengan mendapat
peluang untuk mempelajari ilmu sejarah kita boleh mengenal punca masalah tersebut dan
setersunya dapat merangka strategi yang mampu membolehkan generasi masa depan negara
kita untuk menikmati kehidupan yang lebih sejahtera dengan kalangan rakyat yang berbilang
kaum. Hubungan manusia dan sejarah juga dapat dijadikan sebagai petunjuk dengan melihat
masa lalu, untuk melangkahi masa depan dengan penuh keyakinan dan kekuatan. Peristiwa
yang berlaku berzaman-zaman dahulu, akan berlaku lagi pada zaman atau generasi seterusnya,
walaupun peristiwa yang berlaku adalah berbeza tetapi tahap-tahap perkembangan diantara
tamadun adalah sama. Ini dapat dijadikan sebagaipetunjuk, dan pengajaran serta iktibar bagi
generasi seterusnya dalam memacu negara kearah yang lebih gemilang. Oleh itu, manusia
perlulah belajar tentang sesuatu peristiwa dengan merujuk viagar mendapat pengajaran. Ini
kerana pertalian antara masa lalu dan kini adalah sangat jelas. Masa kini adalah hasil atau kesan
dari gejala sama ada dari segi sains, ekonomi mahupun politik, yang akhirnya akan menjadi
sebahagian dari sejarah negara itu. Jadi, tidak dapat tidak, ahli ekonomi dan politik negara itu
tidak akan dapat melihat, selain sejarah sebagai sumber rujukan yang sangat berguna, untuk
mencerminkan keadaan masa lalu, kini dan masa depan. viKesimpulan yang dapat diperhatikan
ialah sejarah amat penting kerana ketiadaan masa lalu akan menyebabkan tiadanya juga masa
kini dan hasilnya tiada masa depan . Memang benarlah sejarah sebagai ilmu masa silam yang
amat penting, kerana kesejahteraan mampu lahir hasil manusia menjadikannya sebagai teladan
dan sempadan bagi individu, bangsa dan negara serta agama tercinta.

vi
Sumber : Ramlah Adam et.al., (2003) m.s.220

vi
Abdul Rahman Embong, Negara-Bangsa : Proses dan Perbahasan, Penerbit UKM, Bangi,
2000. hlm. 26

vi
Utusan Malaysia, 13 November 2002.

Sejarah Meningkatkan Perpaduan dalam Kalangan Masyarakat

Memang tidak dapat dinafikan sejarah memainkan peranan yang amat penting dalam
menyatupadukan rakyat Malaysia. Disebabkanlah sejarah, rakyat Malaysia yang berbilang
kaum dapat bersatu padu apabila menghadapi ancaman kuasa luar seperti British dan Jepun.
Dalam sejarah, Malaysia pernah menjadi tanah jajahan British (negara komanwel) dan juga
pernah dijajah oleh negara Jepun menanamkan semangat perpaduan yang amat kukuh diantara
berbilang kaum dalam penentangan kuasa luar. British berunduk semasa penyerangan jepun
terhadap Malaya, rakyat Malaya pada masa ketika terpaksa untuk berdikari dan bekerjasama
untuk menentang kuasa luar. Semangat ini diterap dalam jiwa dan darah setiap rakyat Malaya
pada masa dulu sehinggalah sekarang, rakyat Malaysia tetap bersatu apabila menentang
campur tangan kuasa luar dalam kedaulatan negara Malaysia dan politik Malaysia. Contohnya
seperti pada tahun 1998, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang ketika itu Perdana Menteri berang
apabila Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) Al Gore mengkritik keputusan beliau memecat
Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri. ( dipetik daripada utusan online
28 jun 2017 ), Dr. Mahathir menggesa rakyat supaya menolak campur tangan asing dalam
urusan negara ini. Bagi beliau, jika itu dibiarkan berlaku maka ia boleh menjemput petaka
kepada Malaysia dan rakyat Malaysia amat bekerja-sama dalam penolakan kritikan negara lain.
Bukan sekadar itu sahaja, sejarah sukan Malaya juga amat gemilang. Ketika itu Sukan di
Malaysia sangat popular dari aspek penyertaan dan pemandangan. Rakyat Malaysia dari
pelbagai lapisan masyarakat menyertai pelbagai sukan untuk rekreasi dan persaingan. Sejarah
sukan bukan sekadar penyebaran budaya Malaysia sahaja, secara tidak langsung sejarah sukan
Malaysia membantu membangkitkan perpaduan dalam kalangan masyarakat. Seperti sukan
badminton, apabila Lee Chong Wei bertanding dengan negara lain, tidak kira darah dan warna,
rakyat Malaysia berganding bahu antar satu sama lain untuk sokong pemain negara kita.
Sebuah film yang bernama Ola Bola juga dikeluarkan pada tahun 2016 yang bercerita tentang
pemain bola sepak Malaysia. Ini menunjukkan searah sukan berperanan dalam menyatu
padukan masyarakat Malaysia.

Kesimpulannya, rakyat Malaysia perlu menitikberatkan terhadap ilmu sejarah di negara


kita. Seperti yang diketahui, tanpa memperoleh ilmu sejarah dalam kehidupan kita, tidak dapat
memacu negara yang maju dan aman serta gagal membentuk generasi yang unggul. Hal ini
dikatakan kerana, ilmu sejarah memainkan fungsi sebagai petunjuk dan pengajaran serta iktibar
kepada generasi masa seterusnya dalam menjadikan negara ke arah cemerlang dan gemilang.
Oleh itu, sebagai penduduk rakyat kita perlu menjalankan tugasan masing - masing supaya
mengekalkan ilmu sejarah yang didapati di negara kita dengan mengaplikasikan kehidupan
seharian. Demikianlah betapa berperanannya sejarah yang mempunyai pelbagai kegunaan dan
manfaat terhadap sesebuah negara dan bangsa termasuk individu sendiri .Contohnya, ilmu
sejarah dapat melahirkan semangat patriostisme dan memupuk cintakan negara. Maka, ilmu
sejarah menggambarkan ilmu masa silam yang amat penting kerana kesejahteraan mampu
melahirkan rakyat Malaysia sebagai teladan dan unggul bagi individu, bangsa dan negara serta
agama tercinta .

Anda mungkin juga menyukai