Anda di halaman 1dari 1

Berdasarkan tokoh berikut, Nabi Muhammad S.A.

W, Mahatma Ghandi, Zaaba, Mother Teresa,


Avicenna, dan Awang Had Salleh.

Bincang SATU sifat terpuji yang perlu wujud dalam jiwa seorang guru.

Berdasarkan tokoh berikut, Nabi Muhammad S.A.W, Mahatma Ghandi, Zaaba, Mother
Teresa, Avicenna, dan Awang Had Salleh. SATU sifat terpuji yang perlu wujud dalam jiwa
seorang guru ialah sifat kasih sayang. Sifat kasih sayang ini merupakan sifat yang perlu
wujud dalam diri seorang pendidik. Ini kerana, jika kita mahu murid-murid menyayangi kita
sebagai seorang guru, kita seharusnya meyayangi mereka dengan terlebih dahulu. Misalnya,
Nabi Muhammad S.A.W sendiri yang mengajar pelajarnya dengan cara seorang guru yang
menegur kesalahan anak muridnya dengan cara yang lemah lembut, secara sindiran halus.
Baginda juga tidak menggunakan kata-kata kesat. Ini akan membuatkan pelajar tidak
memberontak dan dapat menerima teguran tersebut dengan hati yang terbuka. Contoh lain
ialah kita boleh lihat sifat Mother Teresa iaitu beliau merupakan seorang guru bahasa
Inggeris sekitar tahun 1929. Namun beliau telah birawati yang telah mendedikasikan seluruh
hidupnya dengan mahu menolong rakyat miskin di dunia. Beliau terkenal dengan sifat cinta
dan kasih sayang yang luar biasa. Ini dapat dilihat ketika sepanjang kehidupannya beliau
dengan prinsipnya mahu menawarkan cinta kasih kepada orang-orang yang kekurangan kasih
sayang. Disebabkan itu, sifat terpuji seperti kasih sayang perlu diterapkan dalam jiwa seorang
guru. Ini kerana, guru yang menyayangi murid-muridnya akan menbuatkan mereka akan
mendekati seseorang guru itu tanpa berasa kekok dan selesa. Jika murid-murid mempunyai
masalah dalam pelajaran sudah pasti mereka tidak berasa takut dengan guru tersebut kerana
guru itu melayani mereka dengan adil dan baik. Oleh itu, sifat kasih sayang merupakan antara
sifat terpuji yang harus dimiliki oleh setiap orang pendidik.

Anda mungkin juga menyukai