Anda di halaman 1dari 4

RESENSI BUKU NOTA CINTA

UNTUK CIKGU

Assalamualaikum, salam cintakan ilmu. Buat karangan Panjang tak jemu,tambah seri
dibias cahaya, buku menyimpan selaut ilmu, bangsa membaca bangsa Berjaya. Nama
diberi Wan Nur Afrina Haziqah Binti Wan Mohd Fadli. Seorang murid tahun 6 dan
menuntut ilmu di sekolah kebangsaan teluk wang mewakili daerah kuala muda/yan.

Kata abuya hamka, membaca buku beerti memberi makanan kepada rohani, kata
joseph erikson pula, membaca adalah alat paling dasar bagi meraih kehidupan yang
sempurna. Ungkapan menarik daripada 2 tokoh hebat berkaitan membaca
ini,memberi motivasi dan menyuntik semangat saya untuk membudayakan amalan
membaca. Lima bahan bacaan yang menjadi kegemaran saya ialah pertama Juara
karya S.Othman Kelantan,kedua Angin Timur Laut juga karya S.othman Kelantan,
ketiga sahabat dunia akhirat karya Ustazah Asma Harun, keempat segelas air
segenggam kopi karya ustaz dr alayuddin dan yang nota cinta untuk cikgu karya
Fatimah Bunyamin. Buku yang saya akan resensi berjudul nota cinta untuk cikgu. Buku
ini telah dikarang oleh Fatimah Bunyamin.

Suka untuk saya kongsikan kepada para juri tentang keseronokkan membaca
buku ini kerana buku ini mengetengahkan cerita-cerita yang memberi nilai dan
motivasi kepada saya sebagai seorang murid, kakak dan seorang anak. Namun buku
ini sangat memberi motivasi kepada seorang insan terutamanya yang bergelar guru
dan ibu bapa. Cerita cerita yang dibawa untuk dikongsi Bersama pembaca bersifat
santai dan mudah untuk difahami. Antara perkara yang menarik dalam buku ini ialah
tentang cerita Permainan Yang Mengajar. Dalam bab tersebut boleh dilihat
bagaimana seorang ustazah Berjaya memikat hati anak muridnya dalam usaha
menambah kosa kata dalam bentuk permainan tanpa murid tersebut rasa terbeban
malah sentiasa menjadi hiburan. Ilmu – ilmu sebegini perlu ada dalam diri saya
sebagai seorang kakak yang akan mendidik adik-adik saya.

Selain itu, sikap kasih sayang yang ditonjolkan oleh seorang guru mampu
mengubah tingkah laku murid-muridnya. Contohnya dalam nota 6 iaitu memberi untuk
menerima. Dalam nota 6 ini, penulis berdepan dengan murid yang sedang menangis
kerana tangannya sakit, tetapi penulis menangganinya dengan berhemah sehingga
mampu mengubah tingkah lakunya yang sedih kepada ceria dan riang. Hal ini kerana
murid tersebut amat dahagakan belaian kasih sayang kerana ibunya mengalami
masalah buta.

Untuk pengetahuan para juri, Buku Nota Cinta Untuk Cikgu ini merupakan sebuah buku
yang tersirat begitu banyak pengajaran kepada saya dan para pendidik khususnya.
Antaranya kasih sayang seorang guru kepada murid-muridnya. Contohnya ustazah
akan sentiasa memuji murid-murid yang melakukan perkara yang baik dan sentiasa
memberi semangat kepada murid-murid yang lemah. Selain itu, kita mestilah bijak
dalam mempelbagaikan Teknik menyampaikan ilmu. Pengajara yang terakhir ialah Kita
hendaklah prihatin kepada setiap aduan murid- murid. Contohnya penulis mengambil
berat aduan muridnya ketika beliau melalui Kawasan kelas tersebut dan didapati murid
tersebut sedang sesak nafas dan terus dikejarkan ke hospital. Dengan sikap sebegini
mampu menyelamatkan nyawa murid --murid.

Dalam sesebuah cerita pasti mempunyai nilai yang dapat kita contohi. Buku ini
sendiri mempunyai nilai yang banyak tetapi suka untuk saya gariskan tiga nilai dalam
buku Nota Cinta Untuk Cikgu iaitu kasih sayang terdapat anak murid, kegigihan
seorang guru dalam mendidik anak murid dan sentiasa prihatin dengan masalah
murid.

Saya berpendapat bahawa buku ini sangat sesuai dibaca oleh pelbagai
peringkat usia kerana buku ini menggunakan bahasa yang mudah difahami dan
bersifat santai. Buku ini bukan sahaja mendedahkan kepada kita tentang dunia
Pendidikan serta ragam anak murid malah memberikan semangat dan tip untuk
seseorang mengawal dan mempengaruhi orang lain untuk melakukan kebaikan. Sikap
dan sifat penulis yang berkongsi pengalamannya sebagai seorang guru mampu untuk
kita jadikan ikuti dan teladan bagi mengharungi liku-liku dunia Pendidikan.

BIODATA PENULIS

Fatimah Bt Bunyamin lahir pada tahun 1981 di tumpat, kelantan merupakan pemegang
Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dari Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Beliau sangat
aktif menulis cerpen dan skrip serta pernah menjadi Johan Pertandingan Penulisan
Skrip Finas pada tahun 2008. Naib Johan dalam pertandingan Penulisan Artikel
Dakwah anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Johor pada tahun 2009 dan Johan
Pertandingan Pengisahan Kenegaraan Peringkat Negeri Johor anjuran Jabatan
Penerangan Malaysia tahun 2011. Beberapa buah cerpen hasil nukilan beliau pernah
tersiar di dalam majalah tempatan seperti Tunis Cipta, Keluarga dan Dewan Pelajar,
Dewan Siswa, Dewan Budaya dan Pelita Bahas

Anda mungkin juga menyukai