Anda di halaman 1dari 2

NAMA SEKOLAH: SMJK PULAU SEBANG

KOD SEKOLAH: MEB 0078

1 Nama Guru Mohammad Zaihan Bin Mustaffa

2 Judul Sungai Mengalir Lesu 3. Bidang: Nilai dan pengajaran


4 Tarikh pembentangan: Tiada 5. Masa: Tiada
6 Tempat pembentangan: Tiada
7 Sinopsis:

Novel Sungai Mengalir Lesu yang telah dikarang pada tahun 1997 oleh penulis terkenal A Samad Said adalah
sebuah karya yang dihasilkan berdasarkan kehidupan bangsa Malaysia pada zaman perang dunia kedua. Karya ini
mengisahkan kehidupan masyarakat pada zaman perang dunia kedua yang penuh penyiksaan, paksaan serta
kebuluran. Akibat daripada sikap masyarakat Jepun yang begitu kejam, masyarakat pada zaman tersebut
terpaksa tinggal di tebing-tebing sungai Bersama keluarga. Sikap tidak berperikemanusiaan kaum jepun pada
zaman tersebut turut menyebabkan ramai masyarakat kita yang meninggal dunia akibat penyiksaan dan
kebuluran. Setelah habis membaca novel ini, saya cukup berterima kasih kepada rakyat Malaysia pada hari ini
yang bertungkus lumus menjaga keamanan negara agar peristiwa peperangan tidak berlaku lagi membinasakan
negara serta bangsa Malaysia.

8 Nilai pengetahuan/ Pengajaran:

Antara nilai yang terdapat dalam novel ini ialah nilai hormat menghormati. Saya sedar akan negara Malaysia
yang terdiri daripada pelbagai suku kaum dan agama yang berlainan. Variasa bangsa di Malaysia perlu hormat-
menghormati antara satu sama lain demi mempertahankan keharmonian serta keamanan negara yang dicapai
sejak kemerdekaan lagi. Oleh itu, semua rakyat Malaysia perlu mengambil teladan daripada kisah ini supaya
sejarah pahit ibarat ini tidak berulang lagi di masa hadapan.

9 Aplikasi ilmu dalam organisasi:

Selaku guru di sebuah sekolah, banyak perkara yang boleh saya lakukan dan sampaikan melalui pembacaan
novel ini. Tamsilnya, saya boleh mengajak rakan sekerja saya iaitu guru-guru untuk sama-sama menyampaikan di
dalam kelas tentang pentingnya kita menjaga hubungan sesama manusia agar negara tetap selamat dan aman.
Bukan sahaja itu, saya juga boleh memotivasikan diri saya sendiri untuk menjaga hubungan serta mengeratkan
lagi silaturahim dengan rakan-rakan sekerja yang bervariasi agama. Hal ini demikian agar kami sama-sama dapat
menjadi contoh dan teladan kepada anak-anak murid kami yang bakal menjadi pemimpin negara pada masa
akan datang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

________________________ _______________________

Anda mungkin juga menyukai