Anda di halaman 1dari 1

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK SULTAN ISMAIL Kod Sekolah: TBB2024

1. Nama Guru PUAN SUMI MUNIZA BINTI ABDUL RAZAK

Kelangsungan Bahasa Melayu Dalam


2. Judul Sistem Pendidikan Malaysia 3. Bidang: Pendidikan
Penulis: Alis Puteh
Muka surat: 350
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Buku ini ditulis untuk mendedahkan segala pahit getir pelaksanaan bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara khususnya dan di rumpun Melayu amnya.
Buku ini terdiri daripada enam bab dan setiap bab mengandungi beberapa tajuk kecil. Buku ini
amat menarik kerana segala bab yang diperincikan berkaitan dengan bahasa dalam sistem
pendidikan, yang merangkumi aspek sejarah, perundangan, bahasa dan politik, pemikiran tentang
hubungan bahasa dengan pembangunan dan perpaduan, perjuangan bahasa yang perlu
diteruskan.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Peranan bahasa dalam pembangunan dan perpaduan sudah lama dibahaskan oleh para
intelektual, sama ada di dalam atau luar negara. Berdasarkan sejarah, peranan bahasa dalam
pembangunan dan perpaduan telah wujud sejak beratus-ratus tahun dahulu. Menurut Fishman
(1973), untuk membangunkan negara, khususnya negara yang pernah dijajah, perlulah
menggunakan bahasa asing. Manakala utuk menyatukan rakyatnya, negara tersebut perlulah
menggunakan bahasa kebangsaan. Oleh sebab mash banyak negara yang terpesona dengan
pendapat tersebut, maka buku in cuba seberapa yang mampu untuk turut membicarakan is in
berdasarkan peranan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan di Malaysia.
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P:

Dari segi kandungan, buku ini amat sesuai untuk semua lapisan masyarakat Malaysia termasuk
para pendidik dalam pengaplikasian melalui pdp. Ia telah
memberikan penjelasan yang menyeluruh tentang sejarah penggunaan bahasa dalam sistem
pendidikan di Malaysia bermula daripada zaman penjajahan hingga zaman globalisasi. Ia
memberikan gambaran yang menyeluruh tentang cabaran dan halangan untuk mengangkat
bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa perpaduan kaum di Malaysia. Selain itu, buku
ini
juga membetulkan persepsi tentang peranan bahasa Melayu sebagai agen pembangunan dan
perpaduan kaum di Malaysia. Dari aspek penulisan, penulis menggunakan bahasa yang mudah
difahami. Susunan bab yangt teratur dan terperinci.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

................................................................... ........................................................
(PUAN SUMI MUNIZA BINTI ABDUL RAZAK) ( )

Anda mungkin juga menyukai