Anda di halaman 1dari 5

JUL401 / 2

JUL401TG1

BAHASA MALAYSIA IV
BAHASA MALAYSIA IV
Academic Session 2021/2022

TUGASAN TG1

Name NUR SAKINAH BT MOHD ROSLI


Matric No. JG/10638/18
IC No. 871231435372
Regional Centre PW Pulau Pinang
House :
Phone No.
H/P: 019-4148826

871231435372

NOTE :

1. Please use this form as the FRONT COVER of your assignment.


AS : Please use blue colour cover
LR : Please use yellow colour cover

2. Complete all details.

3. Without the barcode, your assignment cannot be recorded by the computer system.
SOALAN 1

BAHAGIAN A
4) Bahasa Melayu Wajib Dimartabatkan, Berikan Pendapat Anda.

Bahasa digunakan untuk dua tujuan utama iaitu berkomunikasi dan memahami
ilmu. Mengikut pendapat pakar bahasa, sesuatu ilmu lebih mudah difahami jika ianya
diajar dan dipelajari dengan menggunakan bahasa ibunda ataupun “lingua franca”.
Bahasa adalah sesuatu yang dekat dengan budaya. Jika kita bercakap dalam bahasa
ibunda, kita akan lebih mudah untuk mencernakan ilmu. Ilmu itu tersimpan dalam minda,
dan satu-satunya cara untuk menterjemahkannya dalam bentuk yang orang lain mampu
faham adalah dengan bahasa yang kita sudah terbiasa dan luas kosa kata.

Sedikit pengenalan Bahasa Melayu telah mula digunakan dalam sistem


pentadbiran kerajaan Sri Wijaya di abad ke-7 lagi. Seiring dengan peredaran zaman
Bahasa Melayu telah semakin berkembang dan dipergiatkan lagi pada era kegemilangan
Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-13 sesuai dengan status Melaka sebagai pusat
perdagangan di rantau ini pada ketika itu. Menurut Kamarudin Haji Husin ,Siti Hajar Haji
Abdul Aziz dan Arba'ie Sujud (1997), sejarah perkembangan Melayu di Nusantara adalah
melalui tiga tahap iaitu Bahasa Melayu sebelum dan Zaman Kegemilangan Melaka,
Bahasa Melayu di Zaman Pra-Merdeka dan Bahasa Melayu zaman pasca Merdeka.

Sebelum mencapai kemerdekaan Bahasa Melayu hanya digunakan di sekolah-


sekolah rendah Melayu, di Maktab Pergurusan Sultan Idris Tanjung Malim, Maktab
Perguruan Perempuan Melayu Melaka dan diajar di beberapa buah Sekolah Menengah
Kerajaan Inggeris akan tetapi setelah Malaysia mencapai kemerdekan pada tanggal 31
Ogos 1957 rakyat Malaysia bukan sahaja hanya mengalami perubahan dari segi cara
kehidupan dengan sambutan laungan keramat Merdeka! Merdeka! Merdeka! Sahaja
tetapi juga Bahasa Melayu telah dianobatkan sebagai Bahasa Rasmi Kebangsaan yang
mana ianya telah dijadikan agenda utama untuk mengisi kemerdekaan seperti
yang termaktub dalam perkara 152 (1) pelembagaan Malaysia. Mesej jelasnya adalah
seperti berikut:"
“Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana
yang diperuntukkan dengan undang-undang oleh parlimen."
Rasional kepada pernyataan ini dalam pelembagaan ialah bersesuaian dengan
sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk dan falsafah Dasar Bahasa
Kebangsaan adalah wajar bagi negara ini bukan sahaja mempunyai satu Bahasa
Kebangsaan sebagai alat penghubung dan alat perpaduan tetapi dari sudut politik
antarabangsa, negara ini memerlukan identiti sendiri yang dapat dilambangkan
olehbahasa yang dituturkan oleh rakyatnya.

Di negara kita Malaysia, majoriti rakyatnya berbangsa melayu dan menggunakan


Bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan semenjak kecil. Bangsa-bangsa lain seperti
Cina, India dan lain-lain di Malaysia wajib mempelajari dan menguasai Bahasa Melayu
kerana bahasa ini adalah bahasa kebangsaan yang termaktud di dalam perlembagaan.
Rata-rata, majoriti bangsa lain selain dari melayu dapat memahami Bahasa Melayu
kerana inilah bahasa yang telah digunakan sebagai alat perpaduan semenjak kita
merdeka dahulu.

Kajian menunjukkan bahawa sesuatu ilmu itu lebih mudah dihadam jika diajarkan
dalam bahasa ibunda dan gedung khazanah Bahasa Melayu sebenarnya cukup kaya
dan mampu menjadi medium penyebaran maklumat dan ilmu. Bahasa Melayu
dipertuturkan oleh lebih 300 juta umat manusia di dunia dan merupakan bahasa kelima
paling banyak digunakan di dunia pada hari ini. Bahasa Melayu, seperti diungkapkan oleh
Almarhum Tunku Abdul Rahman adalah roh bangsa dan negara yang merdeka tidak
seharusnya dikorbankan atas nama pembangunan dan kemajuan. Ini kerana kemajuan
yang hakiki turut meliputi keupayaan kita maju dalam bahasa dan landasan budaya kita
sendiri. Bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DEP), Datuk Dr.Awang
Sariyan pernah berkata bahawa usaha memartabatkan dan memperkasakan Bahasa
Melayu sebagai bahasa ilmu harus dilihat sebagai amanah besar yang perlu
dilaksanakan oleh semua peringkat warganegara Malaysia.

Memandangkan Bahasa Melayu dikuasai dan digunakan oleh majoriti rakyat


Malaysia dan pada waktu yang sama ianya juga merupakan bahasa kebangsaan, maka
amat wajar bahasa ini dijadikan bahasa pengantar kepada matapelajaran di sekolah. Ini
bukan sahaja kerana untuk lebih mudah memahami pelajaran tetapi pada waktu yang
sama ianya juga untuk tujuan perpaduan kaum.

Tambahan pula, guru-guru yang sedia ada pada hari ini sudah terlatih untuk
menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar bagi tujuan mengajar kerana
sistem pendidikan yang telah mereka lalui sekian lama dan juga kerana penguasaan
mereka yang baik disebabkan oleh majoriti dari mereka adalah daripada kalangan rakyat
yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama untuk berkomunikasi. Buku-
buku di dalam matapelajaran Sains dan Matematik juga semuanya sudah ada di dalam
Bahasa Melayu semenjak dari darjah 1 hinggalah ke tingkatan 5. Bukan sedikit usaha
yang telah dilakukan untuk menghasilkan buku-buku ini.Kesimpulannya kita mempunyai
alasan yang cukup untuk menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di
dalam pembelajaran matematik dan sains di peringkat sekolah rendah dan sekolah
menengah.

Kenyataan ini juga diperkukuhkan oleh hasil kajian yang dibuat ke atas hasil
perlaksanaan PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik di dalam
Bahasa Inggeris) selama 10 tahun tahun semenjak tahun 2003. Di dalam kajian tersebut
di dapati PPSMI hanya berjaya meningkatkan 4% penguasaan bahasa asing dan
sebaliknya mengurangkan minat murid-murid untuk mempelajari subjek matematik dan
sains. Jelas sekali bahawa kita mendapat terlalu sedikit manfaat dari aspek penguasaan
Bahasa Inggeris tetapi mengorbankan perkara lain yang lebih penting iaitu minat pelajar
terhadap matapelajaran Sains dan Matematik. Kita mungkin boleh katakan yang kajian
ini tidak tepat ataupun membuat andaian bahawa mungkin ini disebabkan oleh faktor
teknik mengajar dan juga sukatan pelajaran. Tetapi hasil kajian ini sebenarnya sangat
konsisten dengan pendapat ramai sarjana-sarjana bahasa bahawa di samping teknik
pengajaran, faktor bahasa memainkan peranan yang sangat besar di dalam menarik
minat murid-murid di dalam mempelajari sesuatu ilmu. Apatah lagi matematik dan sains
yang merupakan bidang ilmu yang memerlukan daya imaginasi dan kefahaman yang
tinggi untuk menguasainya..

Berdasarkan kepada hakikat bahawa sesuatu ilmu itu paling mudah difahami dan
dikuasai jika diajar di dalam bahasa ibunda, maka jika dijadikan Bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar dan teknik pengajaran diperbaiki, maka kita akan mempunyai anak-
anak yang sudah kukuh asas pengajian ilmu Sains dan Matematik di peringkat bawah
bagi menyediakan diri mereka untuk meneruskan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi.
Penguasaan asas ilmu yang lemah di peringkat bawah akan mengakibatkan kesannya
merebak ke peringkat yang lebih tinggi apabila anak2 ini melanjutkan pelajaran mereka.
Pada waktu yang sama, negara dapat menjimatkan belanja menukar sistem
pembelajaran dan melatih guru-guru Sains dan Matematik yang bukan sahaja di
peringkat sekolah tetapi juga melibatkan kesemua institusi-institusi pendidikan yang
menghasilkan mereka.

Seperti kata ramai pakar-pakar pendidikan, pendidikan yang tak berasaskan


bahasa ibunda hanya menjadikan kita 'pengguna ilmu', habis belajar muntahkan balik
ilmu di alam pekerjaan, tetapi tak mampu menjadi 'pengeluar ilmu' kerana kesukaran
untuk mengembangkan kefahaman ilmu lantaran kekangan menukarkan kefahaman
dalam minda kepada bahasa asing (neo-kolonialisme).
SOALAN 2
BAHAGIAN B

Pada pendapat saya, Bahasa Malaysia mampu menjadi sebagai bahasa ilmu di
Malaysia kerana peranan atau kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengucapan ilmu dapat dilihat apabila bahasa ini dijadikan bahasa pengantar utama
dalam sistem pendidikan negara kita. Apabila bahasa ini digunakan maka bahasa Melayu
dapat mengisi erti pendemokrasian pendidikan kerana sebahagian besar rakyat
mendapat ilmu melalui satu bahasa sahaja. Selain itu jurang pendidikan juga dapat
dikurangkan melalui pemerkasaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan
Negara. Sementelahan itu penggunaan bahasa kebangsaan ini juga dapat
mengembangkan ilmu dan memudahkan proses penyampaian ilmu kepada masyrakat
menjadi lebih berkesan.

Kejayaan hasil daripada penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu


apabila ratusan ribu ahli ilmu, korporat, professional dan tenaga pembangunan negara
dalam pelbagai bidang telah berjaya dihasilkan setelah Akta Pendidikan ini diwartakan.
Aspek kejayaan sistem pendidikan mengunakan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar kerana kesatuan sikap, pemikiran. Sistem nilai dalam kalangan generasi muda
kita. Selain daripada itu disebabkan juga budaya berbahasa yang secara relatifnya
seragam. Kejayaan dan kepentingan semua ini dapat dilihat oleh pihak sekolah yang
berperanan mengajar generasi masa kini bahasa Melayu. Melalui bahasa Melayu juga
prasangka buruk antara kaum dapat dielakkan.

Selain daripada kepentingan yang telah disebutkan tadi bahasa Melayu juga amat
penting untuk hal ehwal pembinaan negara kita sebagai negara bangsa. Hal ini kerana
bahasa Melayu amat penting untuk mengeratkan perhubungan dalam pembinaan konsep
kebangsaan dan kenegaraan yang dikenali sebagai Malaysia. Sesungguhnya
perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu amat penting untuk menyatukan roh
bangsa, asas jati diri dan citra bangsa selain daripada untuk menyampaikan ilmu
pengetahuan.

Anda mungkin juga menyukai