Anda di halaman 1dari 93

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 PENNGENALAN

Bahasa merupakan medium komunikasi utama kepada manusia untuk berinteraksi dengan
sesama manusia. Hal ini kerana manusia menggunakan bahasa untuk menerima dan
menyampaikan maklumat yang terpenting. Dengan adanya bahasa manusia berupaya
meluahkan perasaan, memberi arahan, menimba ilmu pengetahuan, menjalinkan hubungan
dan meluahkan buah fikiran atau memberi pendapat serta memahami perasaan orang lain
(Kamiliah, 2015). Bahasa juga menonjolkan identiti dan lambang sesuatu bangsa kepada
orang lain melalui perhubungan (Kamus Dewan, 2014). Ia juga dikatakan sebagai bahasa
memainkan peranan penting sebagai alat atau lambang untuk manusia berinteraksi dan
berhubung dengan masyarakat sekeliling. Perkara ini membuktikan bahawa bahasa
merupakan tunjang penting dalam membangunkan sesuatu tamadun ke arah lebih maju.
Penyata ini disokong oleh Tun Dr. Mahathir (2020) menegaskan bahawa sekiranya sesuatu
bangsa maju, maka majulah bahasa yang dituturkan oleh bangsa berkenaan. Ini membuktikan
bahawa bahasa mempunyai perhubungan dengan kemajuan sesebuah masyarakat. Melalui
bahasa sesebuah negara akan lebih bertamadun dan jati diri sesebuah bangsa dapat
ditonjolkan.
Seseorang individu boleh memberikan sumbangan dalam pelbagai bidang yang
berbeza seperti bidang pendidikan, peniagaan, perundangan, dan sebagainya sekiranya
mempunyai penguasaan bahasa yang baik. Dalam konteks pendidikan, komunikasi yang
cekap dan baik dititikberatkan dalam proses penyampaian dan penerimaan ilmu dalam
kalangan warga sekolah. Komunikasi yang lemah mengakibatkan seseorang pendidik tidak
berjaya mencapai matlamat pendidikan yang dirangka atau ditetapkan. Begitu juga dengan
murid yang mengamati dan menerima ilmu daripada setiap pendidik. Aspek komunikasi
memerlukan setiap individu harus menguasai empat kemahiran bahasa, iaitu bertutur,
mendengar, membaca dan menulis. Justeru itu, bahasa seharusnya berperanan sebagai
medium komunikasi yang efektif supaya semua maklumat yang ingin disampaikan boleh
diterima dan difahami dengan baik oleh golongan sasaran.
Sehubungan itu, Akta Pendidikan 1996 dibentuk bagi memberikan peluang kepada
masyarakat untuk menerima pelbagai ilmu, kemahiran dan nilai murni yang diperlukan dalam
dunia yang mencabar pada masa kini. Untuk mencapai matlamat ini, penguasaan lebih
daripada satu bahasa perlu dikuasai oleh setiap manusia. Hal ini demikan kerana seseorang
berupaya bertutur dan berinteraksi dalam pelbagai situasi apabila menguasai lebih daripada
satu bahasa. Bahasa asing dikuasai oleh setiap individu apabila mempelajari sesuatu bahasa
yang baharu dalam kehidupan mereka. Ia disebut sebagai pembelajaran bahasa kedua.
Menurut Zamri (2016) berpendapat bahawa proses pengajaran dan pembelajaran dalam
situasi formal di sekolah membantu dalam memperkembangkan bahasa kedua. Kenyataan ini
juga disokong oleh Zulkifley, Karim dan Saadih (2000) menjelaskan pembelajaran dan
pengajaran secara formal memudahkan seseorang memperolehi bahasa kedua dengan lebih
baik. Setiap individu perlu mempelajari bahasa pertama dengan kukuh terlebih dahulu bagi
mendalami bahasa kedua. Proses penerimaan bahasa kedua dapat dipelajari dengan efisien
apabila bahasa pertama sudah kukuh dan tersemai dalam diri seseorang. Oleh itu, penerimaan
bahasa kedua boleh berlaku dengan mudah apabila bahasa pertama yang diwarisi sejak kecil
seharusnya mencapai tahap penguasaan yang lebih baik dan sempurna. Bahasa pertama, iaitu
bahasa ibunda dimiliki oleh setiap individu secara turun-temurun dan proses penerimaan
berlaku secara semula jadi tanpa dirancang Oleh itu, pembelajaran secara formal di sekolah
amat membantu dalam penerimaan bahasa kedua.
Dalam sistem pendidikan di Malaysia, setiap murid didedahkan dengan pelbagai
bahasa dalam alam persekolahan. Hal ini demikian kerana setiap kaum dan etnik
menggunakan bahasa ibunda yang berlainan dalam pertuturan mereka. Kepelbagaian bangsa
dan etnik di negara Malaysia menyebabkan wujudnya bahasa pertuturan yang berlainan dari
segi dialek, struktur bahasa, sebutan dan sebagainya. Kepelbagaian bahasa ini dapat
menggambarkan bahawa bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa kedua atau ketiga dalam
kalangan masyarakat bukan berbangsa Melayu. Menurut Asmah (1987) berpandangan
bahawa perbezaan budaya yang dimiliki oleh setiap kaum membentuk budaya dan pemikiran
yang berlainan dalam diri setiap individu. Disebabkan ini, bahasa Melayu dinobatkan sebagai
bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi dalam segala urusan pentadbiran kerajaan. Selaras
dengan itu, dalam sistem pendidikan bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa pengantar.
Sehubungan itu, bahasa Melayu telah diwajibkan mata pelajaran teras yang harus dipelajari
secara formal dan dikuasai dengan baik oleh setiap pelajar di alam persekolahan. Jelaslah
bahawa proses penguasaan dan penerimaan bahasa Melayu bukan diwarisi secara turun-
temurun atau semula jadi. Natijahnya, tenaga pengajar menghadapi cabaran yang besar
apabila mengajar bahasa kedua kepada murid bukan berbangsa Melayu dalam usaha
memartabatkan bahasa kebangsaan serta penggunaan bahasa ibunda juga tidak diketepikan
bagi murid India di sekolah luar bandar.
Berdasarkan penjelasan di atas, pengkaji ingin mengenal pasti sikap dan motivasi
murid India sekolah vernakular Tamil dalam mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa
kedua yang begitu mencabar di luar bandar. Pengkaji juga mempercayai bahawa kedua-dua
elemen ini memberikan impak besar dalam pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa
kedua. Sikap dan motivasi menggambarkan sejauh mana tahap pemerolehan bahasa Melayu
sebagai bahasa kedua dalam kalangan murid India. Pengkaji menganggap kajian ini penting
dan memberikan gambaran kepada pendidik untuk lebih mengetahui tentang sikap dan
motivasi murid India secara lebih mendalam dan jelas. Murid India di daerah Batu Pahat
menghadapi masalah dalam pertuturan dan penulisan bahasa Melayu. Berdasarkan kajian ini,
bahasa Melayu yang dikenali sebagai bahasa kedua dipelajari oleh murid India secara formal
di sekolah, manakala bahasa Tamil merupakan bahasa ibunda atau bahasa pertama yang
diwarisi sejak kecil lagi.

1.2 LATAR BELAKANG

Kewujudan kepelbagaian kaum dan etnik telah disatukan di bawah satu bumbung dengan
penggunaan satu bahasa pemersatuan, iaitu bahasa Melayu. Sehubungan itu, Perlembangaan
Persekutuan Perkara 152 juga jelas menggambarkan bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa
rasmi dan bahasa kebangsaan di negara Malaysia. Sebelum mencapai kemerdekaan, bahasa
Melayu dijadikan sebagai lingua franca dalam urusan perdagangan dan pemerintahan di
Kepulauan Melayu pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Oleh itu, bahasa Melayu
mempunyai kedudukan penting dan memiliki status sebagai bahasa kebangsaan di negara
Malaysia.
Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar dalam sektor pendidikan di negara
Malaysia. Hal ini demikian kerana Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
memperkenalkan pendidikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam sistem
persekolahan pada tahun 1982. Hal tersebut terbukti apabila Akta Pendidikan 1996 melalui
penggubalan Akta Pendidikan 1961 telah memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa
utama, iaitu bahasa pengantar dalam bidang pendidikan di Malaysia. Ia digunakan secara
meluas di semua peringkat persekolahan termasuk sekolah rendah, menengah dan institut
pengajian tinggi.
Dasar Pendidikan Kebangsaan melalui Laporan Penyata Razak (1956) telah
mensyorkan sistem pendidikan perlu menggunakan satu bentuk kurikulum dan sistem
peperiksaan yang sama selain menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama
dalam sistem pendidikan. Abdullah (1987) menjelaskan bahasa Melayu memiliki status
bahasa pengantar tunggal di negara ini. Mengikut Laporan Rahman Talib (1960), hanya dua
sekolah sahaja ditubuhkan di Tanah Melayu, iaitu Sekolah Kebangsaan (SK), dan Sekolah
Jenis Kebangsaan (SJK). Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar utama di SK
manakala SJK Cina atau Tamil menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar dalam
semua matapelajaran tanpa mengetepikan kepentingan matapelajaran bahasa Melayu sebagai
bahasa kedua dan bahasa Inggeris sebagai bahasa ketiga.
Bahasa Melayu merupakan matapelajaran teras yang wajib dipelajari dan lulus oleh
setiap murid di alam persekolahan untuk tujuan perhubungan dan pekerjaan. Hal ini kerana
semua pelajar harus menduduki peperiksaan subjek bahasa Melayu di peringkat sekolah.
Murid yang tidak lulus bahasa Melayu tidak boleh menjejaki kaki ke Tingkatan 1 setelah
tamat Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Bagi murid yang mengambil peperiksaan
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak layak menjejaki kaki ke institut pengajian awam atau
swasta dan susah mendapat pekerjaan di sektor awam atau swasta jika gagal dalam
peperiksaan bahasa Melayu. Lantaran itu, Zamri & Mohammed Amin (2008) pula
berpendapat setiap murid harus menguasai bahasa Melayu dengan berkesan. Oleh itu murid
India dikehendaki wajib mempelajari bahasa Melayu sejak di bangku sekolah.
Lantaran itu, golongan muda khususnya bukan Melayu tidak mempedulikan
kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan bahasa rasmi sehingga tidak boleh
menguasai dan mempelajari bahasa Melayu dengan baik (Teo Kok Seong, 2014). Bagi
golongan bukan penutur natif mempelajari bahasa Melayu merupakan proses yang baharu
dan memberikan cabaran kepada diri mereka untuk menguasainya. Fenomena ini timbul
apabila bahasa Melayu merupakan bahasa pertama atau bahasa ibunda kepada golongan
Melayu manakala ia dijadikan bahasa kedua bagi murid India. Oleh yang demikian, murid
India sekolah vernakular Tamil haruslah mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua di
sekolah rendah. Melalui ini, bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kedua bagi murid India
memandangkan bahasa Tamil, iaitu bahasa pertama dimiliki sejak berusia 18 bulan secara
semula jadi. (Elliot, 1987).
Terdapat banyak perbezaan antara bahasa pertama dan bahasa kedua dari segi
penguasaan. Seseorang berkebolehan bertutur bahasa pertama dengan baik meskipun tidak
mengikuti pelajaran dalam situasi formal daripada pendidik. Sebaliknya, kenyataan ini
bertentangan dengan pandangan Zulkifley Hamid (2005) menyatakan bahawa tidak
semestinya seseorang berkomunikasi menggunakan bahasa kedua dengan efektif walaupun
belajar secara formal. Memandangkan fenomena ini, murid India berhadapan dengan
pelbagai masalah untuk mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua sedangkan bahasa
ibunda dan bahasa Melayu amat berbeza dari segi penguasaan sistem bahasa dan pertuturan.
Mohin (1987) dalam Abdul Hamid (1990) menjelaskan antara faktor-faktor yang
mengakibatkan murid India tidak dapat menguasai bahasa Melayu dengan baik ialah sikap,
motivasi, keluarga, rakan sebaya, kaedah pengajaran dan sebagainya. Situasi sebegini akan
memberi impak dalam pencapaian prestasi rendah dalam peperiksaan.
Sikap dan motivasi murid India dapat dilihat dengan begiu jelas apabila mereka
menyukai bahasa kedua atau sebaliknya. Sikap memberikan impak terhadap pencapaian
seseorang di dalam akademiknya. Noriah (1998) mengatakan sikap ialah sesuatu yang abstrak
dan hanya dapat dinilai melalui tindakan yang dipamerkan oleh individu tersebut. Oleh itu,
sikap banyak mempengaruhi pembelajaran bahasa kedua sama ada individu tersebut
menguasainya dengan cepat atau sebaliknya. Faktor diri sendiri merupakan faktor yang
paling mempengaruhi seseorang untuk mempelajari sesuatu bahasa. Jika murid itu menyedari
betapa pentingnya bahasa yang dipelarinya maka individu tersebut menunjukkan sikap positif
dan mengambil pelbagai tindakan bagi menguasai bahasa tersebut. Manakala motivasi pula
dikatakan sebagai keinginan yang tinggi serta semangat kental yang ada pada diri seseorang
untuk berusaha melakukan sesuatu demi mencapai kejayaan. Menurut Spolsky (1990)
pembelajaran bahasa kedua hanya akan berjaya jika murid mempunyai motivasi dalaman atau
luaran. Jika pelajar mempamerkan motivasi tinggi maka dia akan belajar bahasa tersebut
dengan pantas berbanding pelajar yang kurang bermotivasi. Pelajar yang bermotivasi tinggi
akan dapat belajar dengan cepat berbanding pelajar yang kurang bermotivasi. Murid yang
bermotivasi rendah mudah hilang fokus ketika guru mengjar subjek bahasa Melayu di kelas.
Sebaliknya, murid yang bermotivasi tinggi menumpukan perhatian dan menyertai dengan
aktif seperti sering bertanya dalam kelas bahasa Melayu. Pemberian peneguhan positif seperti
hadiah, pujian dan senyuman kepada murid dapat meningkatkan motivasi murid untuk
memperoleh keputusan cemerlang dalam subjek bahasa Melayu. Justeru itu, sikap dan
motivasi dapat menentukan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran bahasa kedua.
Meskipun belajar di sekolah rendah selama enam tahun, namun murid India sekolah
vernakular Tamil masih mempunyai masalah dalam pembelajaran bahasa Melayu disebabkan
oleh pengaruh bahasa ibunda. Disebabkan pengaruh bahasa ibunda, sikap dan motivasi murid
India terhadap pembelajaran bahasa Melayu berada pada tahap rendah. Mereka menunjukkan
sikap lena dan tidak begitu serius terhadap pembelajaran bahasa Melayu kecuali tahun itu
adalah tahun peperiksaan UPSR. Kebanyakan murid India belajar bersungguh-sungguh untuk
menguasai bahasa Melayu dengan baik supaya lulus dalam peperiksaan tersebut. Kelulusan
dalam peperiksaan UPSR mendorong mereka memasuki Tingkatan 1 tanpa sebarang
halangan. Sekiranya tidak lulus, mereka terpaksa menghabiskan selama setahun di kelas
peralihan. Dengan menyedari kesannya, murid dan ibu bapa mengambil berat dan
memberikan serius terhadap bahasa Melayu pada tahun tersebut menjelang peperiksaan.
Senario ini kerap berlaku di SJKT apabila ibu bapa bertungkus lumus meminta guru
mengadakan kelas tambahan di sekolah dan sering menanya perkembangan anak-anak dalam
pembelajaran. Di sini, murid India dan ibu bapa memandang serius terhadap pembelajaran
bahasa Melayu kerana subjek tersebut wajib lulus dan dikuasai oleh murid.
Kebanyakan murid India menggunakan bahasa ibunda, iaitu bahasa Tamil untuk
berkomunikasi dan bertutur dengan ibu bapa, guru dan rakan sebaya. Hal ini kerana murid
India sudah membiasakan diri dengan menyebut bunyi dan bertutur dalam bahasa ibunda
masing-masing. Chew Fong Peng (2016) berpendapat bahawa bahasa Melayu tidak diberikan
perhatian serius dalam kalangan murid bukan penutur natif dan hanya digunakan sebagai
bahasa perhubungan ketika berkomunikasi dengan masyarakat. Hal ini demikian kerana
murid India menggunakan bahasa ibunda sepanjang berada di sekolah mahupun di rumah.
Mereka selesa bertutur dalam bahasa ibunda walaupun guru mengajar subjek bahasa Melayu
di kelas. Walaupun, murid ditegur atau diberikan hukuman, namun penggunaan bahasa
ibunda dalam matapelajaran bahasa Melayu amat meluas berbanding bahasa Melayu. Guru
juga terpaksa menggunakan bahasa ibunda apabila murid tidak memahami ayat yang
disebutkan dalam bahasa Melayu. Murid India kerap meminta guru bahasa Melayu supaya
menyebut atau memberikan penerangan dalam bahasa Melayu. Kajian Noor et. al (2010)
menyatakan pula pengaruh persekitaran lingusitik seperti tempat tinggal, rakan sebaya,
bahasa perbualan di rumah menjejaskan penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua
dalam kalangan murid Sarawak.
Lebih-lebih lagi, rakan sebaya pula penyebab pengaruh bahasa ibunda dalam kalangan
murid India. Mereka bertutur menggunakan bahasa ibunda dengan rakan sebaya di kelas.
Prestasi pembelajaran bahasa kedua merosot disebabkan oleh gangguan bahasa ibunda
(Mohamad Yazid, 2016). Apabila penggunaan bahasa ibunda melebihi bahasa Melayu, maka
tahap pemahaman mereka terhadap bahasa Melayu dalam aspek perututuran dan penulisan
masih berada pada tahap rendah dan lemah. Akibatnya, terdapat penurunan keputusan murid
India dalam peperiksaan bahasa Melayu. Terdapat segelintir murid India gagal dalam
peperiksaan bahasa Melayu yang mencapai gred E sedangkan murid lain hanya mencapai
keputusan minimum, iaitu gred C dan D. Mereka tidak berupaya mencapai pencapaian
minimum dalam subjek bahasa Melayu akibat sikap murid India yang lebih mementingkan
penguasaan bahasa ibunda dalam pertuturan dan komunikasi seharian mereka. Ini
menyebabkan motivasi murid terhadap pembelajaran bahasa Mealyu semakin berkurang dan
tidak mempunyai semangat untuk belajar bahasa Melayu di kelas.
Kebanyakan murid India mengalami kesukaran dalam aspek pertuturan dan penulisan
dalam bahasa Melayu. Masalah ini berlaku kerana murid India malu berkomunikasi dalam
bahasa Melayu. Hal ini kerana murid India kurang terdedah kepada penggunaan bahasa
Melayu di rumah dan sekolah atau lebih terpengaruh kepada bahasa ibunda sehingga
menunjukkan sikap negatif terhadap pembelajaran bahasa Melayu. Motivasi murid India
terhadap pembelajaran bahasa Melayu juga tidak memberangsangkan apabila guru menyuruh
murid terlibat dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran menggunakan bahasa Melayu.
Ketidakfasihan bahasa Melayu menyebabkan murid India tidak dapat berkomunikasi dan
bertutur dengan menggunakan bahasa kedua dengan lebih lancar. Murid India juga tidak
bergiat aktif dalam pembelajaran bahasa kedua seperti kurang bertanya atau tidak boleh
menjawab soalan apabila guru menanya soalan dalam bahasa Melayu. Sebaliknya, apabila
guru bertanya dalam bahasa ibunda, murid India aktif mengambil tangan untuk
menjawabnya. Ia menjadi masalah dan begitu mencabar apabila bahasa Melayu merupakan
matapelajaran asing kepada mereka. Murid India sukar menyebut sesuatu fakta dalam bahasa
Melayu dan terpaksa menggunakan bahasa ibunda sepenuhnya atau mencampuradukkan
kedua-dua bahasa untuk menerangkan sesuatu fakta. Ia mengambil masa yang lama dalam
pembelajaran bahasa Melayu sebelum guru meneruskan dengan aktiviti selanjutnya.
Segelintir murid India tidak mengenali atau mengetahui istilah sesuai ketika
berkomunikasi dengan guru atau menanya sesuatu dalam bahasa Melayu. Ini merupakan
halangan terbesar bagi menguasai bahasa kedua dengan lebih berkesan apabila murid tidak
mempunyai perbendaharaan kosa kata yang luas atau tidak membiasakan diri dengan bahasa
Melayu dalam kehidupan seharian mereka. Murid hanya belajar bahasa Melayu untuk lulus
dalam peperiksaan sahaja. Sikap murid India ditonjol apabila mereka tidak begitu mengambil
berat dalam pembelajaran bahasa Melayu dan tidak memberi perhatian atau tumpuan semasa
guru mengajar di kelas. Murid India tidak mahu menyiapkan kerja rumah yang diberikan
kerana tidak memahami kosa kata yang diberikan dalam bahasa Melayu walaupun diberikan
penerangan dengan cara mudah di dalam kelas. Lebih-lebih lagi, Tengku Nor Adilla (2017)
menyatakan latar belakang keluarga dapat mempunyai hubungan terhadap pencapaian pelajar
dalam menguasai sesuatu bahasa asing yang bertentangan dengan bahasa ibunda mereka. Hal
ini jelas terbukti apabila murid tidak mendapat sokongan, galakkan dan bimbingan daripada
ibu bapa di rumah ketika membuat kerja rumah kerana kebanyakan ibu bapa murid India
tidak mempunyai taraf pendidikan yang baik dan hanya bekerja sebagai buruh di ladang.
Pendapatan yang diperoleh oleh ibu bapa hanya sekadar untuk menampung perbelanjaan
keperluan sahaja sehingga mengabaikan pelajaran anak-anak mereka. Disebabkan masalah
kewangan, mereka tidak menghantar anak-anak ke kelas tuisyen. Selain itu, sikap dan
motivasi murid dapat dilihat apabila ada segelintir murid malas untuk menyiapakan kerja
rumah dengan sendiri dan meminta bantuan daripada rakan untuk menyalin tugasan yang
diberikan.
Magdeline dan Zamri (2016) berpendapat bahawa kekurangan pengetahuan dan
kemahiran asas dalam bahasa Melayu menyebabkan murid Iban di Sarawak sukar menguasai
bahasa Melayu. Namun kajian Jerie dan Zamri (2011) serta Zamri (2016) menerangkan
bahawa murid Iban bersikap positif dan bermotivasi tinggi dalam mempelajari bahasa
Melayu. Tetapi, murid India sekolah-sekolah vernakular Tamil di daerah Batu Pahat
mempunyai sikap negatif dan kurang bermotivasi terhadap pembelajaran bahasa Melayu. Ini
jelas dibuktikan apabila keputusan kertas 2 Bahasa Melayu mengalami kemerosotan pada
tahun 2019. Situasi sebegini wujud apabila murid India menganggap bahasa Melayu sukar
dikuasai dan mengelirukan. Persekitaran yang tidak kondusif kepada penguasaan bahasa
Melayu menyebabkan murid tidak menunjukkan sikap positif dan bermotivasi tinggi terhadap
pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua meskipun diajar secara formal di sekolah.
Berdasarkan penjelasan di atas, pengkaji menyedari betapa pentingnya bahasa Melayu
dalam kurikulum pendidikan dan murid seharusnya mempamerkan sikap positif dan
bermotivasi tinggi terhadap pembelajaran bahasa Melayu. Kepentingan bahasa Melayu dalam
kalangan murid India tidak dapat dinafikan. Namun, masalah pembelajaran bahasa Melayu
dalam kalangan murid India disebabkan oleh gangguan bahasa ibundanya. Oleh itu, di sini
pengkaji ingin mengkaji sikap dan motivasi murid India sekolah vernakular Tamil dalam
mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua di sekolah.

1.3 PERNYATAAN MASALAH

Bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu diiktiraf sebagai medium penyampaian ilmu di
dalam sistem pendidikan di Malaysia. Akta Pendidikan 1996 melalui penggubalan Akta
Pendidikan 1961, bahasa Melayu dimartabatkan sebagai bahasa pengantar di semua peringkat
institut pendidikan termasuk sekolah rendah, sekolah menengah dan pengajian tinggi. Bahasa
Melayu yang berperanan sebagai bahasa ilmu membantu murid berutur dan menggunakan
bahasa Melayu dalam pelbagai situasi untuk mendalami pelbagai bidang ilmu.
Menurut Jerie dan Zamri (2011), bahasa Melayu yang dikenali sebagai bahasa
pengantar dapat merealisasikan hala tuju kerajaan untuk menjadikan negara ini sebuah negara
yang makmur menerusi bidang pendidikan menjelang tahun 2020. Kesinambungan itu,
kerajaan telah memperkenalkan pelbagai dasar bagi memartabatkan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan di Malaysia. Walaubagaimanapun, murid India masih menghadapai
kesukaran dalam menerima dan menguasai bahasa Melayu sebagai bahasa kedua di peringkat
sekolah. Isu tersebut sering diperkatakan oleh semua pihak. Murid India sukar memperoleh
pencapaian yang cemerlang dalam peperiksaan bahasa Melayu di sekolah. Hal ini berlaku
disebakan oleh timbulnya kesalahan penggunaan istilah, perkataan dan kesalahan tatabahasa
yang sering dilakukan oleh murid India (Abdul Hamid, 1990). Jelaslah bahawa murid India
menghadapi kesukaran ketika mempelajari bahasa Melayu di sekolah. Sehubungan itu, tenaga
pengajar mengahdapi cabaran yang besar apabila mengajar bahasa Melayu sebagai bahasa
kedua kepada murid India di luar bandar.
Kementerian Pendidikan Malaysia menetapkan syarat bahawa bahasa Melayu wajib
lulus oleh setiap murid di sekolah rendah dan sekolah menengah. Ia amat penting kerana
kelulusan dalam bahasa Melayu membantu seseorang murid memperoleh sijil atau
menyambung pelajaran di peringkat tinggi. Perkara ini dikatakan demikian kerana gred lulus
dalam bahasa Melayu membolehkan murid tahun 6 memasuki Tingkatan 1 tanpa sebarang
kemusykilan. Sekiranya gagal murid terpaksa menghabiskan masa setahun di kelas peralihan
sebelum memasuki Tingkatan 1. Pada masa yang sama, lulus atau kepujian dalam bahasa
Melayu juga merupakan syarat am bagi seseorang murid dilayak masuk ke mana-mana pusat
pengajian awam atu swasta di negara kita. Walau bagaimanapun, keputusan pencapaian
subjek bahasa Melayu dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi sekolah
vernakular Tamil di daerah Batu Pahat amat merisaukan. Pencapaian subjek bahasa Melayu
UPSR yang menunjukkan penurunan telah membimbangkan semua pihak. Ramai
beranggapan bahawa murid India memiliki sikap negatif dan bermotivasi rendah semasa
mempelajari bahasa Melayu dilihat sebagai elemen penting yang menyumbang kepada
permasalahan ini.
Selanjutnya, masalah pembelajaran bahasa kedua timbul bagi murid India sekolah
vernakular Tamil disebabkan oleh pengaruh bahasa ibunda. Perkara ini memberikan impak
terhadap kemerosotan pencapaian murid dalam subjek bahasa Melayu. Kajian Roasharimah
(2017) menjelaskan keputusan peperiksaan UPSR menggambarkan prestasi pembelajaran
bahasa kedua berada pada tahap rendah dalam kalangan murid bukan penutur natif. Situasi
sebegini berlaku apabila murid India mengalami kesukaran dalam menerima bahasa Melayu
kerana memiliki bahasa ibunda yang amat berbeza daripadanya. Ramai guru beranggapan
bahawa mengajar bahasa kedua merupakan satu proses kerja yang meliputi pelbagai jenis
cabaran dan halangan yang tidak dijangka. Bahasa ibunda sering kali menjadi gangguan
utama dalam timbulnya sikap negatif dan motivasi rendah dalam kalangan murid India. Guru
bahasa Melayu menghadapi cabaran ketika mengajar bahasa kedua kepada murid India.
Ilangko et al. (2013) yang membuktikan bahawa pendidik di luar bandar mengalami pelbagai
cabaran ketika mengajar bahasa kedua dalam situasi formal di sekolah.
Masalah pembelajaran bahasa kedua, iaitu bahasa Melayu antara fenomena yang yang
biasanya wujud di sekolah tamil. Ilangko et al. (2013) pula berpandangan murid yang berada
di kawasan pedalaman pula kurang berpengaruh dengan bahasa lain. Persekitaran yang
kurang menggalakkan menyebabkan murid India mengalami masalah dalam aspek
penguasaan bahasa Melayu. Kenyataan ini disokong oleh Roasharimah (2017) berpendapat
bahawa aapbila gangguan bahasa pertama tidak dapat diatasi dengan baik, maka berlakunya
halangan dalam penerimaan bahasa kedua. Pengaruh bahasa ibunda dalam bahasa kedua
menyebabkan prestasi pencapaian murid dalam subjek bahasa Melayu terjejas. Hal ini
bertepatan dengan kajian Mohamad Yazid (2016) yang menekankan bahawa prestasi
pembelajaran bahasa kedua merosot berpunca daripada gangguan bahasa ibunda. Masalah
seperti ini perlu dikenal pasti oleh pihak sekolah untuk membantu murid India supaya
masalah penguasaan bahasa kedua dapat diatasi dengan berkesan.
Bahasa pertama yang dikenali sebagai bahasa ibunda diperoleh oleh kanak-kanak
apabila berusia enam bulaN. Justeru, kanak-kanak memperoleh bahasa ibunda secara semula
jadi tanpa dirancang. Bahasa ibunda masih didominasi oleh persekitaran bahasa seseorang
kanak-kanak (Zamri, 2016). Penggunaan bahasa pertama bukan sahaja digunakan dalam
aspek komunikasi, malah berperanan sebagai bahasa ilmu. Oleh sebab itu, bahasa ibunda
sering kali dijadikan bahasa utama dalam proses pembelajaran di sekolah terutamanya di
SJKT. Seterusnya, kepelbagaian masalah dalam sistem bahasa wujud disebabkan oleh
gangguan bahasa ibunda dalam pembelajaran bahasa kedua. Menurut Magdeline (2014)
mengatakan bahawa murid Iban di Kapit, Sarawak menggunakan bahasa ibunda, iaitu bahasa
Iban dalam komunikasi seharian mereka. Kegagalan menguasai bahasa kedua akan
mengakibatkan pencapaian murid dalam pembelajaran bahasa Melayu terjejas. Zamri (2016)
menyatakan bahawa cara penguasaan bahasa pertama dan bahasa kedua dari segi pertuturan
dan penulisan amat berbeza mengakibatkan murid mengalami kesukaran untuk mempelajari
bahasa kedua. Justeru itu, terdapat pengaruh bahasa ibunda merupakan antara punca yang
menyebabkan timbulnya kesukaran bagi murid India yang mempelajari bahasa Melayu
sebagai bahasa kedua.
Tambahan pula, sikap dan motivasi dalam diri murid India juga merupakan elemen
penting yang menyokong penerimaan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Hal ini jelas
terbukti apabila Abdullah (2004) menjelaskan sikap dan motivasi pelajar memberikan kesan
terhadap pencapaian sesuatu matapelajaran. Sehubungan itu, sikap dan motivasi menjadi dua
elemen utama dalam pembelajaran bahasa Melayu. Misalnya, motivasi murid terhadap
pembelajaran akan menjadi rendah sekiranya murid tidak berminat mempelajari bahasa
kedua. Motivasi yang rendah mengakibatkan wujudnya masalah dalam pembelajaran bahasa
kedua. Sikap negatif dan motivasi yang rendah memberikan impak terhadap pencapaian
murid dalam peperiksaan (Jerie dan Zamri, 2011). Jika seseorang mempunyai keinginan yang
tinggi dan mendalam untuk mempelajari bahasa kedua, maka motivasi perlu disemaikan
dalam kalangan murid terlebih dahulu. Justeru itu, elemen sikap dan motivasi dinyatakan
menjadi keutamaan dalam proses pembelajaran bahasa kedua.
Selain itu, sikap juga dijadikan peranan utama dalam pembelajaran bahasa Melayu
sebagai bahasa kedua. Sikap bermaksud sejauh mana kebolehan murid berkomunikasi
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua berbanding bahasa ibunda. Apabila
murid mempunyai sikap positif terhadap bahasa Melayu, maka murid tersebut akan berusaha
untuk mengukuh dan memperbaiki kelemahan dalam menggunakan bahasa Melayu sebagai
bahasa pertuturan. Sebaliknya jika murid bersikap negatif untuk bertutur dalam bahasa
Melayu, maka penerimaan bahasa Melayu dalam diri murid menjadi perlahan. Hal ini kerana
kebanyakan murid India menggunakan dwibahasa apabila bertutur dalam bahasa Melayu.
Situasi sebegini wujud apabila murid India ingin menerima maklumat dalam bahasa ibunda
berbanding bahasa Melayu. Dalam kajian Shahrul (2001) menjelaskan sikap murid itu sendiri
merupakan elemen terpenting membantu murid untuk mempelajari bahasa tersebut dengan
mudah di samping menentukan kejayaan atau kecemerlangan akademik seseorang.
Kajian Jerie dan Zamri (2011) menyatakan murid Iban bersikap positif dan mempunyai
motivasi yang tinggi terhadap pembelajaran bahasa Melayu. Ini menunjukkan murid Iban
mempunyai kemahuan yang tinggi dalam mempelajari bahasa kedua walaupun bahasa
pertama adalah bahasa Iban yang sering digunakan dalam komunikasi harian. Selain itu,
kajian Noor (2011) juga menekankan persekitaran linguistik seperti latar belakang keluarga,
rakan dan jiran, tempat tinggal dan penggunaan bahasa perbualan di rumah mempengaruhi
penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan murid Sarawak. Kajian
Tengku Nor Adilah (2017) juga menyatakan pencapaian murid dalam matapelajaran bahasa
Inggeris bergantung kepada faktor keluarga. Hal ini bermakna minat keluarga saling berkait
rapat dengan pencapaian keputusan peperiksaan bahasa Inggeris. Jelaslah, faktor keluarga
menyumbang ke arah penguasaan bahasa kedua dalam kalangan murid.
Menurut Abdul Rahim dan Mohd Sharifudin (2014) murid asli menunjukkan sikap
positif terhadap pembelajaran bahasa kedua yang merupakan bahasa asing kepada mereka.
Namun, Ilangko et al. (2013) menyatakan murid peribumi menunjukkan tahap pencapaian
rendah akibat pengaruh bahasa ibunda masing-masing. Kenyataan ini dijelaskan oleh Mohd
Helmi (2011) murid orang Asli mengalami gangguan bahasa ibunda dalam mempelajari
bahasa Melayu. Ia akan menghalang mereka daripada menguasai bahasa Melayu dengan
baik. Mohd Sharifudin (2013) pula berpendapat bahawa murid orang asli akan berasa rendah
diri jika tidak menguasai bahasa Melayu dengan lebih baik. Sebaliknya, Nancy et. al (2017)
menyatakan dengan jelas bahawa murid Melanau bersikap positif dan bermotivasi tinggi
belajar bahasa Melayu.
Menurut Chew Fong Peng dan Abdul Jalil Othman (2008) menyatakan persekitaran
lingusitik, iaitu lingkungan keluarga mempengaruhi sikap dan motivasi murid dalam
mempelajari bahasa kedua. Pengkaji mendapati pelajar Iban dibesarkan dengan lingkungan
etnik sendiri menyebabkan mereka kurang yakin menggunakan bahasa Melayu ketika
bertutur. Murid Iban menganggap mereka perlu mempelajari segalanya yang merangkumi
sebutan, tatabahasa dan kosa kata yang agak jauh berbeza dengan bahasa ibunda untuk
berinterkasi dalam bahasa Melayu. Siti Hajar (2009) pula menyifatkan kelemahan berbahasa
berlaku kerana murid tidak memperkukuh kemahiran asas bahasa sewaktu berada di sekolah
rendah. Manakala di sekolah menengah pula, murid mempelajari bahasa Melayu untuk lulus
peperiksaan sahaja.
Kemahiran bertutur dalam bahasa Melayu dalam kalangan murid India semakin luntur
oleh pengaruh bahasa ibunda. Hal ini bermakna murid India tidak ingin berkomunikasi dalam
bahasa Melayu dengan guru atau rakan di kelas, khasnya luar bandar. Menurut Chew Fong
Peng (2016) mendapati murid Cina di SJKC mengalami kesukaran dalam sebutan kerana
tidak ada peluang bertutur dalam bahasa Melayu dalam kehidpuan mereka. Kajian Jeyagobi
(2011) pula murid India di SJKT tikdak dapat berkomunikasi menggunakan bahasa kedua
kerana jarang mempunyai rakan berbangsa Melayu atau Cina di sekolah. Sehubungan itu,
murid sekolah menengah bukan Melayu mengalami kesulitan apabila tidak mengingati
perbendaharaan kata semasa berkomunikasi (Abdul Rahman, 2009). Situasi ini wujud kerana
setiap kaum dan etnik di negara Malaysia memliliki bahasa yang berlainan dari segi dialek,
sebutan dan struktur bahasa menyebabkan bahasa kedua sukar dikuasai (Zamri et al., 2016).
Lagipun, murid bukan Melayu di Malaysia lebih terdedah dengan bahasa ibunda sejak
dilahirkan (Khairul Nizam, 2017). Pengaruh bahasa ibunda mendorong murid bukan Melayu
sering melakukan kesalahan semasa bertutur akibat penguasaan kosa kata dalam bahasa
Melayu terbatas. Perkara ini mendorong murid kurang bermotivasi untuk menggunakan
bahasa Melayu dalam pertuturan dan hanya mementingkan bahasa kedua untuk lulus dalam
peperiksaan sahaja.
Sesuatu bahasa memainkan peranan penting dalam menyampaikan sesuatu info dengan
mudah dan memahaminya. Menurut Kamiliah Ayu dan Zamri (2015) menerangkan bahawa
seseorang tidak semestinya pandai dalam penulisan meskipun handal dalam kemahiran
bertutur. Hal ini kerana kemahiran menulis memerlukan banyak latihan untuk menguasainya.
Pembelajaran di bilik darjah membantu murid menguasai kemahiran berbahasa dengan
kukuh. Namun, proses pembelajaran bahasa Melayu menjadi rumit dan membimbangkan
disebabkan oleh perbezaan bahasa sasaran. Hal ini kerana murid yang bukan berbangsa
Melayu berhadapan dengan pelbagai masalah ketika mempelajari bahasa Melayu sebagai
bahasa kedua. Kebanyakan pelajar bukan Melayu suka berkomunikasi menggunakan bahasa
ibunda berbanding bahasa Melayu walaupun pelbagai kaedah pengajaran telah dilaksanakan
di bilik darjah (Zamri Mahamod dan Zarina Othman, 2001).
Kelemahan penguasaan bahasa Melayu disebabkan oleh pengaruh bahasa ibunda dalam
kalangan murid India mempunyai pertalian dengan sikap dan motivasi murid untuk
mempelajari bahasa berkenaan. Sikap dan motivasi memainkan peranan penting dalam
menentukan kejayaan dalam mempelajari bahasa Melayu. Justeru itu, sikap negatif dan tahap
motivasi yang rendah merupakan elemen utama dalam kalangan murid India mengalami
masalah dalam mempelajari bahasa kedua. Namun, murid India sekolah rendah pedalaman di
daerah Batu Pahat mengalami pelbagai kesulitan terhadap pembelajaran bahasa Melayu.
Permasalahan ini sering berlakuadalah berpunca perbezaan penggunaan bahasa pertama dan
bahasa kedua dalam interaksi murid.
Kebanyakan kajian tentang sikap dan motivasi terhadap pembelajaran bahasa kedua
dalam kalangan bukan Melayu pula hanya memfokuskan murid Cina, Sabah dan Sarawak
sahaja. Namun, kajian berkenaan sikap dan motivasi murid India sekolah vernakular Tamil
dalam mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua di daerah Batu Pahat tidak pernah
dijalankan. Murid India yang tinggal di bandar dibantu oleh persekitaran luar yang
memberikan peluang untuk bertutur bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dengan lebih
mudah. Namun begitu, murid India di luar bandar tidak mempunyai peluang sebegini untuk
memperkasakan bahasa kedua mereka. Kajian berkenaan sikap dan motivasi murid India
sekolah vernakular Tamil dalam mempelajari bahasa kedua diberikan keutamaan kerana
kegagalan menguasai bahasa kedua akan menjejaskan prestasi dalam pembelajaran. Jadi,
kemerosotoan pencapaian bahasa Melayu membuktikan bahawa sikap dan motivasi adalah
punca utama yang menyumbang kepada permasalahan ini. Kekurangan kajian berkaitan
aspek tersebut telah mendorong pengkaji mengambil keputusan untuk melaksanakan kajian
tentang sikap dan motivasi murid India sekolah vernakular Tamil di daerah Batu Pahat dalam
mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dengan lebih teliti.

1.4 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif umum kajian in adalah untuk mengenal pasti sikap dan motivasi murid India di
daerah Batu Pahat dalam mempelajari bahasa kedua dalam kalangan murid India. Secara
khusus, objektif kajian ini adalah untuk:-

1. Mengenal pasti sikap murid India sekolah vernakular Tamil dalam mempelajari
bahasa Melayu sebagai bahasa kedua.
2. Mengenal pasti motivasi murid India sekolah vernakular Tamil dalam
mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua.

1.5 PERSOALAN KAJIAN


Berdasarkan objektif kajian yang dilaksanakan ini maka terdapat beberapa persoalan kajian
berikut:

1. Apakah sikap murid India sekolah vernakular Tamil dalam mempelajari bahasa
Melayu sebagai bahasa kedua?
2. Apakah motivasi murid India sekolah vernakular Tamil dalam mempelajari
bahasa Melayu sebagai bahasa kedua?

1.6 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini penting kepada para pendidik, khasnya guru bahasa Melayu yang berhadapan
dengan permasalahan murid bukan penutur natif dalam mempelajari bahasa Melayu sebagai
bahasa kedua. Selain itu, guru-guru juga dapat mengetahui sama ada murid India di luar
bandar memiliki sikap positif atau negatif terhadap pembelajaran bahasa Melayu sebagai
bahasa kedua. Guru yang mengajar bahasa Melayu juga dapat mengetahui aspek motivasi
murid India yang ditunjukkan sama ada tinggi atau rendah semasa mempelajari bahasa
Melayu sebagai bahasa kedua di kelas. Secara umumnya, kajian ini memberikan info bahawa
murid yang mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua sering melakukan kesalahan
dalam pertuturan dan penulisan akibat daripada pengaruh bahasa ibunda. Oleh itu, kajian ini
akan membantu guru dalam menangani permasalahan tersebut serta meningkatkan
pencapaian subjek bahasa Melayu dalam kalangan murid yang bukan penutur natif.
Kajian ini begitu penting kepada sistem pendidikan negara Malaysia dalam usaha
memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa
pengantar. Justeru itu, bahasa Melayu perlu dikuasai oleh semua murid, khasnya murid Tamil
di SJKT. Kajian ini boleh dijadikan sebagai panduan atau rujukan untuk guru-guru yang
hendak mengajar bahasa Melayu di SJKT kerana ia menunjukkan terdapat perbezaan struktur
bahasa antara bahasa ibunda murid India dan bahasa Melayu. Hasil kajian ini juga membantu
guru untuk lebih mengetahui masalah yang dihadapi oleh murid India dalam subjek bahasa
Melayu. Ini dapat digambarkan melalui kemahiran bertutur dan menulis pelajar India.
Sehubungan itu, guru bahasa Melayu dapat membuat penambahbaikan dalam aktiviti
pembelajaran bahasa Melayu supaya lebih efektif. Melalui ini, sikap dan motivasi murid
mempelajari bahasa Melayu akan meningkat. Kajian ini juga membuka lembaran kepada
guru panitia bahasa Melayu untuk memikirkan kaedah yang sesuai untuk mengajar dan
membimbing guru-guru bahasa Melayu dengan memberi tumpuan kepada keupayaan pelajar
India.
Di samping itu, kajian ini memberikan peluang kepada para penyelidik membuka
minda untuk mengatasi pengaruh bahasa ibunda dalam pembelajaran bahasa kedua. Masalah
ini harus diberi perhatian yang serius supaya mengelakkan berlakunya pencemaran bahasa
dalam kalangan murid.

1.7 KERANGKA KONSEPTUAL

Pembelajaran bahasa Melayu sebagai


bahasa kedua oleh murid India

Sikap pelajar India Motivasi pelajar India


-Sikap terhadap penutur bahasa -motivasi ekstrinsik
Melayu -motivasi intrinsik
-Sikap integratif
-Minat murid terhadap
pembelajaran bahasa Melayu

Rajah 1.1: Kerangka Konseptual

Rajah 1.1 menggambarkan kerangka konseptual bagi keseluruhan kajian ini. Bagi mengetahui
sikap dan motivasi murid India sekolah vernakular Tamil dalam mempelajari bahasa Melayu
sebagai bahasa kedua, soal selidik dipilih sebagai instrumen utama yang melibatkan 50 orang
responden dari sekolah vernakular Tamil untuk mengumpulkan data dalam kajian ini. Oleh
itu, responden diberikan tiga jenis soal selidik yang berlainan untuk mengetahui sikap dan
motivasi murid India sekolah vernakular Tamil dalam mempelajari bahasa Melayu. Pertama,
responden diberikan soal selidik A untuk mengisi maklumat responden bagi mengetahui
bilangan murid India mengikut umur dalam kajian ini. Kedua, soal selidik B diberikan
kepada responden kajian bagi mengetahui sikap murid India terhadap pembelajaran bahasa
Melayu sebagai bahasa kedua. Di sini, guru dapat mengetahu sejauh mana murid India di luar
bandar bersikap positif atau negatif terhadap pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa
kedua.
Ketiga, bagi mengenal pasti motivasi murid India dalam mempelajari bahasa Melayu
sebagai bahasa kedua soal selidik C diberikan kepada responden. Pengkaji dapat mengetahui
secara lebih mendalam mengenai sama ada terdapat motivasi tinggi atau rendah terhadap
pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan murid Indiadi luar
bandar. Peratusan dan kekerapan dinyatakan dalam setiap item soal selidik ini membuktikan
bahawa sejauh mana sikap dan motivasi murid India sekolah vernakular Tamil di luar bandar
terhadap pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua.

1.8 KERANGKA TEORI

Pengaruh bahasa ibunda (informal)

Pembe
Sikap terhadap Motivasi
lajaran
pembelajaran terhadap
Bahasa
bahasa kedua pembelajaran
Melay
bahasa kedua
u
sebaga
i
bahasa

Rajah 1.2: Kerangka teori (Teori Pemerolehan Bahasa Model Sosiopendidikan)

Rajah di atas mewakili kerangka teori yang memberikan gambaran keseluruhan kajian yang
menyokong kajian ini. Kerangka teori ini memberikan tumpuan kepada sikap dan motivasi
murid India sekolah vernakular Tamil dalam mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa
kedua secara formal di sekolah.

1.9 BATASAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah vernakular Tamil di daerah Batu Pahat, Johor yang
menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa utama di samping bahasa Melayu sebagai bahasa
kedua dan subjek wajib lulus yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Sampel kajian ini terbatas kepada 50 orang murid India yang dipilih dari tahun 4, 5 dan 6.
Kesemua murid ini menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua di sekolah. Pada
dasarnya, kajian ini dijalankan di daerah Batu Pahat memudahkan pengkaji persampelan
dalam kajian ini (Sedgwick, 2013). Instrumen soal selidik dipilih untuk memperoleh data
kajian. Kajian ini hanya terbatas kepada kajian sikap dan motivasi murid India sekolah
vernakular Tamil dalam mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua.

1.10 DEFINISI OPERATIONAL

Terdapat dua kata kunci utama yang terdapat dalam kajian in, iaitu sikap dan motivasi. Setiap
kata kunci dijelaskan di bawah subtopik berikut:-

1.10.1 `Sikap

Menurut Zamri (2016) mendefinisikan sifat ialah tindak balas seseorang yang dipengaruhi
oleh emosi ketika berkomunikasi dengan seseorang dan perlakuan yang ditunjukkan oleh
individu ketika menghadapi sesuatu. Boleh disimpulkan bahawa tindakan seseorang boleh
dilihat dengan jelas apabila berdepan dengan objek-objek yang disukai atau sebaliknya. Sikap
dibentuk berasaskan faktor-faktor seperti desakan dalaman, tabiat yang dipelajari dan
pengaruh persekitaran. Oleh itu, sikap dalam kajian ini bermaksud pemikiran, perasaan,
tindakan, tanggapan terhadap sesuatu perkara yang mendorong murid India mempelajari
bahasa Melayu sebagai bahasa kedua.
Sikap bermaksud sejauh mana keupayaan murid untuk menerima bahasa Melayu
sebagai bahasa kedua sebagai pilihan untuk berkomunikasi berbanding bahasa ibunda. Oleh
itu, sikap merupakan salah satu elemen penting yang mempengaruhi murid India di luar
bandar dalam mempelajari bahasa Melayu sebagai kedua di kelas. Dalam kajian ini, sikap
mengandungi tiga komponen, iaitu sikap terhadap penutur bahasa Melayu, sikap integratif
dan minat terhadap pembelajaran bahasa Melayu dikaji lebih jelas lagi.

Penutur bahasa Melayu

Menurut Asmah (1987) penutur bermaksud keupayaan seseorang menggunakan bunyi huruf
dalam sesuatu bahasa untuk berkomunikasi dengan orang lain. Ini bermakna seseorang
menggunakan bahasa sendiri untuk berinteraksi dengan komuniti lain. Dalam kajian ini murid
India menggunakan bahasa kedua apabila bertutur dengan penutur bahasa Melayu. Ini
bermakna pengkaji mengkaji sejauh mana sikap murid India terhadap penutur bahasa
Melayu.

Sikap integratif

Menurut Ellis (1985) integratif bermaksud keinginan dan kesungguhan seseorang


mempelajari sesuatu bahasa untuk mengenali sesuatu bangsa dan memahami budaya melalui
bahasa bangsa tersebut. Pendapat ini disokong oleh Lambert (1963) menyatakan bahawa
sikap integratif adalah merupakan keinginan seseorang untuk mempelajari budaya komuniti
lain. Ini bermaksud kemahuan atau keinginan individu untuk menjalinkan hubungan dengan
masyarakat tersebut. Mereka berusaha berinteraksi dengan penutur bahasa tersebut. Maka,
sikap integratif merupakan elemen utama dalam meningkatkan kecekapan berbahasa
seseorang. Bagi meningkatkan kecekapan dalam bahasa kedua, murid harus bersosial dalam
masyarakat bahasa kedua tersebut. Pelajar yang bermotivasi integratif mempunyai minat
secara semula jadi dengan mempelajari bahasa kedua bagi tujuan komunikasi di samping
mewujudkan hubungan yang rapat dengan masyarakat bahasa kedua. Dalam kajian ini, murid
India berusaha menggunakan bahasa kedua, iaitu bahasa Melayu untuk berinteraksi dan
berkomunikasi dengan komuniti bahasa kedua. Mereka menggunakan pertuturan bahasa
Melayu untuk mewujudkan hubungan dengan bangsa lain. Kajian ini mengkaji sejauh mana
sikap integratif murid teradap komuniti bahasa kedua, iaitu orang Melayu.

Minat

Sukardi (2013) minat diertikan sebagai suatu kesukaan, kegemaran atau kesenangan akan
sesuatu. Menurut Nyanyu (2014) menyatkaan bahawa dengan adanya minat terhadap perkara
yang diingini maka seseorang akan berusaha untuk mencapai hasil yang maksimum. Minat
merujuk kepada kecenderungan seseorang berusaha untuk mencari sesuatu yang diingini atau
disukai. Dengan adanya minat yang mendalam, seseorang bebas melakukan apa sahaja untuk
mencapainya. Jika seseorang mempunyai minat yang tinggi terhadap sesuatu bahasa, maka
mereka gigih berusaha untuk mempelajarinya dan menguasainya serta pencapaian dalam
mata pelajaran tersebut juga akan meningkat. Sebaliknya sekiranya tidak mempunyai minat,
maka pencapaian terhadap baahsa tersebut akan merosot. Muhammad Atan (2003)
menyatakan minat yang mendalam mendorong seseorang belajar sesuatu dengan lebih tekun.
Kajian ini mengkaji sejauh mana minat murid terhadap mata pelajaran bahasa Melayu itu
sendiri untuk meningkatkan kecekapan berbahasa. Minat terhadap pembelajaran bahasa
kedua hanya akan muncul apabila murid India menyukainya untuk belajar.

1.10.2 Motivasi

Motivasi merujuk kepada keinginan yang tinggi atau semangat yang kental pada diri
seseorang mendorong untuk melakukan sesuatu demi mencapai kejayaan. Gadner (1985) pula
mendefinisikan motivasi merupakan kombinasi usaha dan hasrat untuk mencapai matlamat
belajar bahasa. Hal ini bermakna motivasi untuk belajar bahasa kedua dilihat sebagai usaha
dan kesungguhan seseorang untuk mempelajari sesuatu bahasa. Motivasi boleh dibahagikan
kepada dua jenis, iaitu motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik.
Motivasi intrinsik

Ryan dan Deci (2000) menyatakan motivasi intrinsik dikatakan sebagai motivasi dalaman di
mana seseorang individu mempunyai keinginan untuk melakukan sesuatu tanpa dorongan
atau ganjaran luaran. Pelajar yang berorientasikan intrinsik mempelajari bahasa kedua
bertujuan untuk berinteraksi atau mendekatkan diri dengan komuniti. Menurut Rohaty Mohd
(1992) motivasi intrinsik wujud untuk memenuhi keperluan fisiologi dan psikologi individu.
Ia dibentuk secara semula jadi dalam diri seseorang untuk mengatasi segala rintangan bagi
mendapatkan sesuatu yang diingini. Individu yang memiliki motivasi intrinsik tidak
mengharapkan ganjaran atau hukuman untuk memenuhi kepuasaan dan keperluaan dalaman
murid itu sendiri. Pelajar memperoleh minat, kepuasan dan rasa ingin tahun melalui aktiviti
yang ingin dilakukannya. Dalam kajian ini, motivasi intrinsik merujuk kepada murid India
mempelajari bahasa kedua, iaitu bahasa Melayu dengan tujuan ingin berkongsi ciri-ciri
komunikasi bahasa Melayu dan menganggap dirinya berkemungkinan menjadi ahli komuniti
Melayu. Pelajar yang berorientasikan intrinsik mempelajari bahasa kedua bertujuan untuk
berinteraksi atau mendekatkan diri dengan komuniti. Dengan ini, motivasi integratif akan
kekal dan relevan dengan pencapaian bahasa kedua yang banyak dipengaruhi oleh ciri-ciri
komunikasi bahasa Melayu.

Motivasi ekstrinsik

Menurut Mahmood Nazar (1990) motivasi ekstrinsik merujuk kepada dorongan atau
rangsangan luaran bagi mencapai matlamat bahasa seperti ganjaran, pujian, penghargaan,
markah dan sebagainya melalui aktiviti yang dilakukan. Dalam kajian ini, motivasi ekstrinsik
merujuk kepada keinginan pelajar untuk mencapai prestasi baik dalam akademik. Pelajar
yang berorientasikan ekstrinsik mempelajari bahasa kedua untuk tujuan praktikal khususnya
peperiksaan, pekerjaan dan sebagainya. Motivasi ekstrinsik hanya melihat bahasa Melayu
sebagai sesuatu bahasa yang dapat menguntungkan murid India tanpa melibatkan diri dengan
komuniti Melayu atau kebudayaan bahasa Melayu yang dipelajarinya. Keuntungan yang
diperolehi melalui motivasi ekstrinsik yang dikenali sebagai insentif lebih bersifat ganjaran,
hadiah, gred bertujuan mempelajari bahasa kedua dengan baik agar dapat meningkatkan
prestasi kerja dan pendidikannya. Motivasi ekstrinsik banyak dipengaruhi oleh faktor luaran
seperti ganjaran, pujian dan sebagainya.

1.10.3 Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua

Menurut Zamri (2016) mendefinisikan bahasa kedua merupakan bahasa asing yang perlu
dipelajari untuk mengembangkan kebolehan diri untuk berinteraksi dengan masyarakat
sekeliling. Beliau juga menjelaskan pengajaran dan pembelajaran dalam situasi formal di
sekolah membantu perkembangan bahasa kedua dalam kalangan murid bukan penutur natif.
Hal ni juga disokong oleh Zulkifley, Karim dan Saadih (2000) menjelaskan bahasa kedua
hanya boleh diperoleh melalui pembelajaran dan pengajaran secara formal. Setiap individu
perlu menguasai bahasa pertama dengan kukuh terlebih dahulu sebelum menguasai bahasa
kedua. Jika bahasa pertama sudah kukuh dan tersemai dalam diri seseorang maka proses
penerimaan bahasa kedua berlaku dengan mudah dan berkesan. Justeru itu, tahap penguasaan
bahasa pertama yang baik dan sempurna memudahkan individu menguasai bahasa kedua
dengan mudah. Penguasaan bahasa kedua kebiasaannya diperoleh melalui pembelajaran
secara formal di sekolah. Dalam kajian ini, bahasa kedua dikenali sebagai bahasa Melayu.
Dengan ini, bahasa Melayu diajar sebagai bahasa kedua yang merupakan bahasa asing dalam
kalangan murid India di SJKT.

1.10.4 Bahasa Tamil sebagai bahasa ibunda

Menurut Elliot (1987) bahasa ibunda merujuk kepada sesuatu bahasa yang mula diperolehi
dan dikuasai oleh individu sejak dilahirkan sebelum mempelajari bahasa asing atau bahasa
kedua. Ia juga dikenali sebagai bahasa kandung bagi sesuatu bangsa. Bahasa ibunda
merupakan bahasa yang diwarisi secaraturun-temurun. Menurut Keeves & Darmawan (2007)
bahasa ibunda merupakan bahasa pertama atau bahasa awal yang dikuasai dan dituturkan
oleh seseorang. Kanak-kanak mula mempelajari bahasa ibunda secara semula jadi dalam
persekitaran. Lazimnya, bahasa ibunda selalu didengar dan diulang mengikut keadaan
sebenar. Penguasaan bahasa ibunda diperoleh melalui pendengaran, pemerhatian dan
pertuturan. Ia berlaku secara tidak formal. Murid India menggunakan bahasa Tamil sebagai
bahasa ibunda dalam pertuturan seharian mereka mahupun di sekolah atau di rumah dalam
kajian ini. Bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar utama digunakan sepenuhnya dalam
matapelajaran yang diajari kecuali Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

1.11 KESIMPULAN

Dapat disimpulkan bahawa pengkaji mempercayai bahawa dapatan kajian sikap dan motivasi
murid India sekolah vernakular Tamil dalam mempelajari bahasa kedua membantu pihak
sekolah meneliti kaedah penyampaian ilmu dengan lebih menarik dan kreatif. Kajian ini
memberikan pendedahan kepada guru dan murid bagi meningkatkan prestasi dalam subjek
bahasa Melayu. Selain itu, kajian ini juga membantu guru mengetahui pelbagai jenis
kelakuan yang dipamerkan oleh pelajar semasa mempelajari bahasa Melayu serta puncanya
untuk memastikan keberkesanan matapelajaran bahasa Melayu di kelas.
BAB 2

ULASAN KEPUSTAKAAN

2.1 PENGENALAN

Setiap etnik dan kaum mempunyai bahasa komunikasi tersendiri. Bahasa pertuturan
bagi setiap kaum menjadi bahasa pertama mereka yang lebih dikenali sebagai bahasa ibunda.
Disebabkan setiap etnik mempunyai bahasa yang berbeza, maka bahasa ibunda dijadikan
bahasa pertama dan bahasa Melayu pula diiktiraf sebagai bahasa kedua atau ketiga.
Sehubungan itu, kelainan bahasa mampu membentuk sikap dan motivasi yang berbeza
semasa mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Oleh hal yang demikian, pelbagai
kajian telah dijalankan untuk mengkaji sikap dan motivasi murid dalam mempelajari bahasa
Melayu sebagai bahasa kedua. Bahasa pertama yang dikenali sebagai bahasa ibunda mula
dipertuturkan sejak bayi dilahirkan seawal usia enam bulan secara semula jadi. Bahasa kedua
yang dikenali sebagai bahasa asing perlu dipelajari oleh seseorang agar dapat menyesuaikan
diri dengan masyarakat tempatan. Bahasa kedua dipelajari setelah bahasa pertama dikuasai
terlebih dahulu oleh seseorang individu (Zamri, 2016). Hal ini bermakna seseorang harus
menguasai bahasa pertama dengan lebih kukuh sebelum menerima bahasa kedua. Justeru itu,
pembelajaran bahasa kedua dalam kajian ini dikaji berdasarkan sikap dan motivasi yang
dimiliki oleh murid India sekolah vernakular Tamil di luar bandar.

2.2 TEORI PEMBELAJARAN BAHASA KEDUA

Terdapat banyak teori dan model yang telah diperkenalkan oleh beberapa tokoh berkaitan
sikap dan motivasi seseorang dalam mempelajari bahasa kedua.
2.2.1 Teori Behaviourisme

Teori behaviourisme oleh Skinner (1938) lebih bertumpu kepada sikap dan tingkah laku yang
dipamerkan oleh seseorang terhadap sesuatu bahasa. Misalnya, kelakuan murid dapat
diperhatikan, diukur, dikawal dan dinilai. Berdasarkan Skinner, tingkah laku seseorang
berubah apabila wujudnya rangsangan dan gerak balas terhadap sesuatu perkara. Dalam teori
ini, rangsangan diertikan sebagai bentuk ganjaran yang diberikan oleh guru kepada murid
manakala gerak balas pula ialah tanggapan murid terhadap rangsangan diberikan oleh guru.
Selain itu, Skinner menitikberatkan pengukuhan menerusi peneguhan positif secara
berterusan seperti ganjaran dan hadiah bagi memotivasikan seseorang untuk mengulangi
tingkah laku tersebut dalam aktiviti pembelajaran bahasa kedua. Contohnya, guru memberi
pujian dan ganjaran apabila murid menanya soalan yang baik tentang topik pelajaran atau
mempamerkan tingkah laku baik seperti mematuhi arahan guru, membuat kerja rumah di
dalam kelas bahasa kedua. Maka, dengan pemberian pujian atau hadiah murid tersebut akan
menyanya lebih banyak soalan yang bermutu pada masa akan datang serta memotivasikan
diri untuk lebih berdisiplin di dalam kelas. Peneguhan positif dapat memberi keseronokan,
menjamin tingkah laku baik dan membantu murid menguasai ilmu atau kemahiran dengan
tepat. murid. Ini memberi galakkan, semangat, motivasi kepada murid semasa aktiviti
pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas (Noor Erma dan Kwan Eu, 2014).

2.2.2 Model Psikologi Sosial

Gardner (1985) menyatakan model psikologi sosial memberi fokus terhadap sikap dan
orientasi, motivasi dan kecenderungan yang memberikan impak dalam kemahiran bahasa
kedua murid. Sikap bermaksud reaksi yang ditunjukkan oleh seseorang individu apabila
melibatkan diri dalam komuniti bahasa. Orientasi pula merujuk kepada tujuan atau sebab
mempelajari sesuatu bahasa. Kecenderungan bermaksud kebolehan seseorang mempelajari
sesuatu bahasa. Motivasi ditakrifkan sebagai gabungan usaha dan keinginan untuk mencapai
matlamat pembelajaran dengan mempunyai sikap positif terhadap pembelajaran bahasa.
Gardner mengklasifikasikan orientasi kepada dua komponen, iaitu integratif dan
instrumental. Orientasi integratif dibentuk apabila seseorang ingin menjadi ahli dalam
komuniti budaya yang lain (Lambert, 1973). Orientasi instrumental pula wujud apabila
individu fokus kepada tujuan atau matlamat pembelajaran bahasa. Pelajar yang bersifat
instrumental mempelajari bahasa kedua unttuk mendapatkan pekerjaan dan lulus dalam
peperiksaan. Manakala, pelajar yang bersifat integratif belajar bahasa kedua untuk mendalami
komuniti bahasa demi menjadi ahli komuniti bahasa tersebut. Gardner menekankan murid
yang bersifat integratif terhadap pembelajaran bahasa kedua akan mencapai kejayaan
berbanding murid yang mempunyai orientasi instrumental. Oleh itu, sikap dan orientasi,
kecenderungan dan motivasi akan memberikan impak terhadap pencapaian bahasa kedua
murid.

2.2.3 Teori Pemerolehan Bahasa Model Sosiopendidikan

Gardner (2005) memperkenalkan teori pemerolehan bahasa Model Sosiopendidikan yang


menitikberatkan ciri-ciri budaya masyarakat lain. Sehubungan itu, kejayaan pembelajaran
bahasa kedua bergantung kepada sikap dan persepsi seseorang terhadap komuniti bahasa lain.
Menurut Gardner (2005) pemerolehan bahasa mengandungi empat jenis pembolehubah yang
meliputi ‘social milieu’, perbezaan individu, konteks pemerolehan bahasa dan hasil.
Gardner (2005) berpendapat bahawa individu yang mementingkan pembelajaran
bahasa, mengutamakan kemahiran dan menitikberatkan perbezaan individu mudah
memperoleh bahasa kedua. Menurut Gardner, kesukaran menguasai aspek budaya dalam
pembelajaran bahasa kedua menyebabkan prestasi pencapaian bahasa juga menurun (Gardner
1978). Prestasi kecemerlangan bahasa akan dikaitkan dengan perbezaan individu seperti
kepintaran, kecenderungan, motivasi dan kebimbangan. Sebaliknya prestasi pencapaian
bahasa akan meningkat jika individu tersebut menyedari kepentingan mempelajari bahasa
kedua. Oleh itu, pencapaian bahasa akan digabungkan dengan kepintaran dan kecenderungan
setiap individu dalam model ini. Persepsi terhadap sesuatu budaya melibatkan tahap
kebolehan bahasa dan perbezaan individu dalam pencapaian bahasa kedua. Model
Sosiopendidikan ini mengaitkan motivasi individu dengan dua pemboleh ubah, iaitu sikap
terhadap situasi pembelajaran dan orientasi instrumental dalam mempelajari bahasa kedua.
Jelaslah, situasi pembelajaran dan orientasi instrumental menyumbang ke arah pembentukan
tahap motivasi seseorang pelajar. Guru yang berdedikasi, rancangan pengajaran yang rapi,
aktiviti pengajaran yang menarik, berkemahiran dalam bahasa kedua, proses penilaian
mengikut kemampuan murid akan meningkatkan motivasi murid dalam pembelajaran bahasa
kedua.
Orientasi instrumental pula seseorang ingin mempelajari sesuatu bahasa atas sebab-
sebab tertentu. Pencapaian dalam sesuatu bahasa dihubungkaitkan dengan motivasi yang
dimiliki oleh seseorang. Oleh itu, Gardner (2005) memperkenalkan satu alat pengukuran
sikap dan motivasi yang dikenali sebagai “The Attitude/ Motivation Test Battery” bertujuan
untuk mengendalikan pelbagai komponen sosiopendidikan dalam pemerolehan bahasa kedua.
Sikap terhadap situasi pembelajaran di dalam kelas dinilai dari segi iklim bilik darjah, kualiti
bahan pembelajaran, kandungan kurikulum dan bahan dan kualiti guru. Kesepaduan pula
berfokus kepada orientasi individu yang melibatkan komunikasi antara ahli kumpulan bahasa
yang berbeza. Ia akan mencungkil minat dan sikap individu terhadap kumpulan bahasa
kedua. Individu yang memiliki kesepaduan yang tinggi berfokus kepada komuniti bahasa dan
bangsa mereka di samping dapat menerima ciri-ciri kumpulan bahasa yang berlainan.
Motivasi dapat dikenal pasti melalui usaha, kecekalan dan keinginan yang ditunjukkan oleh
individu untuk mempelajari bahasa kedua. Model sosiopendidikan ini menitikberatkan sikap
terhadap situasi pembelajaran, kesepaduan, orientasi instrumental dan ciri personaliti yang
mencungkil ke arah pembentukan motivasi dalam diri seseorang. Kebimbangan bahasa pula
dilihat dalam aspek komunikasi, interpersonal, ujian, dan latihan bahasa yang berpunca
daripada kekurangan kemahiran dan pengalaman dalam sesuatu bahasa. Kesemua aspek ini
memberikan impak terhadap pembelajaran bahasa kedua.

Berdasarkan ketiga-tiga teori yang disebutkan di atas, pengkaji memilih teori


pemerolehan bahasa Model Sosiopendidikan yang diperkenalkan oleh Gardner (2005) dalam
kajian ini. Model ini sangat sesuai dengan tajuk kajian yang dibentuk oleh pengkaji kerana ia
melibatkan aspek ciri-ciri budaya dalam pembelajaran bahasa kedua. Kesinambungan itu,
kejayaan seseorang individu dalam pembelajaran bahasa kedua amat bergantung kepada
sikap dan motivasi yang dimiliki oleh setiap individu. Model ini amat menitikberatkan
perbezaan inidividu dalam mempelajari sesuatu bahasa. Setiap murid memiliki sikap dan
motivasi yang berbeza akan memberikan hasil yang berbeza semasa mempelajari bahasa
kedua secara formal di kelas.
Dalam kajian ini, pengkaji akan melihat sikap dan motivasi murid India sekolah
vernakular Tamil dalam mempelajari bahasa kedua, iaitu bahasa Melayu dan
menggambarkan persepsi terhadap budaya masyarakat Melayu melalui orientasi integratif
dan instrumental. Bagi mengkaji objektif kajian ini, pengkaji akan melihat sejauh mana sikap
dan motivasi ke atas pencapaian bahasa kedua dalam kalangan murid kerana setiap murid
memiliki tahap keupayaan bahasa yang berbeza. Tahap keupayaan bahasa akan sering
dikatikan dengan perbezaan individu seperti kepintaran, kecenderungan, motivasi dan
kebimbangan situasi. Kepintaran bermaksud sejauh mana individu memahami dan
menyelesaikan tugasan yang terdapat dalam aktiviti pembelajaran bahasa kedua.
Kecenderungan bahasa pula bermaksud kebolehan pelajar belajar bahasa kedua di dalam
kelas. (Cook, 1991). Motivasi pula bermaksud usaha dan keinginan pelajar dalam
mempelajari bahasa kedua. Ia menggambarkan sejauh mana pelajar tersebut berusaha untuk
menguasai bahasa kedua. Kebimbangan bahasa pula diertikan sebagai satu halangan kepada
pencapaian bahasa, iaitu pengaruh bahasa ibunda yang mengganggu pemerolehan bahasa
kedua dalam kalangan murid bukan berbangsa Melayu. Dalam, kajian ini, bahasa Tamil ialah
bahasa ibunda manakala bahasa Melayu digambarkan sebagai bahasa kedua bagi murid India.
Pengaruh bahasa ibunda sering kali menjadi penyebab dalam kemerosotan pencapaian bahasa
kedua secara formal di sekolah. Oleh itu, pengkaji akan menumpukan pemerolehan bahasa
melalui sikap dan motivasi terhadap pembelajaran bahasa kedua.
Tahap pencapaian bahasa seseorang pelajar meningkat apabila individu tersebut menyedari
kepentingan mempelajari bahasa kedua dan sebaliknya. Lazimnya, pembelajaran bahasa kedua
berlaku secara formal di kelas dalam bentuk kepelbagaian teknik dan strategi pengajaran, latihan
dan latih tubi. Ia disebut sebagai konteks formal di mana guru menggunakan bahasa Melayu yang
betul semasa berturur dengan murid di kelas apabila proses pengajaran dan pembelajaran
dijalankan. Manakala konteks informal dalam pembelajaran bahasa kedua pula dijalankan untuk
tujuan hiburan dan komunikasi sahaja seperi tayangan kartun, jenaka di dalam kelas dan
sebagainya. Di sini guru dan murid tidak perlu menggunakan bahasa Melayu yang betul mengikut
hukum bahasa. Lazimnya, pencapaian bahasa kedua murid amat bergantung dalam konteks
formal kerana ia dijalankan secara teratur mengikut langkah-langkah yang ditetapkan seperti
dalam rancangan pengajaran harian. Sikap dan motivasi terhadap pembelajaran bahasa kedua
akan ditonjol jika memperoleh bahasa tersebut dalam konteks formal.
Dalam model ini, Gardner telah mengaplikasikan satu alat pengukuran sikap dan
motivasi yang dikenali sebagai “The Attitude/ Motivation Test Battery”. Pengkaji memilih
model ini untuk menerangkan sikap dan motivasi murid India sekolah vernakular Tamil
terhadap bahasa kedua yang dipengaruhi oleh faktor-faktor sosial di sekelilingnya. Latar
belakang yang berbeza mengakibatkan murid menunjukkan sikap dan motivasi yang berbeza
terhadap bahasa asing. Maksudnya. latar belakang keluarga dan mayarakat berfokus kepada
suasana tempat pembelajaran bahasa kedua berlaku. Selain itu, sikap adalah perasaan,
kepercayaan dan pemikiran seseorang terhadap sesuatu subjek. Oleh yang demikan, tindak
balas seseorang didorong oleh fikiran, perasaan dan tanggapan terhadap sesuatu objek.
Namun, tindak balas seseorang juga mampu mempengaruhi motivasi yang ada pada diri
seseorang. Zamri (2016) menyatakan bahawa sikap murid mempengaruhi motivasi
pembelajaran bahasa kedua selain terdapat faktor guru, ibu bapa, rakan sebaya dan penutur
jati sesuatu bahasa. Zamri (2016) juga menyokong sikap mempunyai hubungan yang erat
dengan motivasi dan juga ia akan mempengaruhi pencapaian gred murid dalam peperiksaan.
Hal ini dapat dibuktikan apabila wujud pertalian yang jelas antara sikap integratif dan
motivasi integratif dalam kajian mereka.
Dalam konteks pemerolehan bahasa, pembelajaran dan pemerolehan bahasa kedua iaitu
bahasa Melayu oleh murid India berlaku secara formal dan tidak formal. Pemerolehan bahasa
secara formal merujuk kepada pembelajaran yang terancang dan sistematik. Contohnya,
aktiviti pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu dijalankan di dalam bilik darjah,
manakala pemerolehan bahasa kedua secara tidak formal merujuk kepada situasi
pembelajaran melalui pengalaman. Pengkaji memilih teori ini kerana ia lebih dekat dengan
tajuk yang dipilih oleh pengkaji berkaitan sikap dan motivasi murid India sekolah vernakular
Tamil dalam mempelajari bahasa kedua, iaitu bahasa Melayu. Murid India yang bukan
berbangsa Melayu mempelajari bahasa Melayu secara formal di sekolah sedangkan bahasa
ibunda, iaitu bahasa Tamil dipelajari sejak kecil lagi. Bahasa ibunda, iaitu bahasa Tamil
menjadi kebimbangan dalam pencapaian bahasa kedua. Berdasarkan teori ini, pengkaji boleh
melihat sikap dan motivasi yang ditunjukkan semasa mempelajari bahasa kedua di kelas.
Kedua-dua elemen ini memberikan impak terhadap pencapaian bahasa kedua dalam kalangan
murid India.

2.3 SIKAP

Zamri (2006) pula mentakrifkan sifat ialah tindak balas seseorang atau perlakuan yang
ditunjukkan oleh individu ketika menghadapi sesuatu. Oleh itu, sikap dalam kajian ini
bermaksud sejauh mana tindakan murid India sekolah vernakular Tamil ketika menerima
bahasa Melayu sebagai bahasa kedua di bilik darjah.

2.3.1 Sikap murid terhadap penutur bahasa Melayu


Sikap terhadap penutur bahasa Melayu ialah kelakuan atau tindakan yang dipamerkan oleh
murid India ketika berinteraksi dengan masyarakat berbangsa Melayu. Siti Saniah (2013)
melakukan kajian bertujuan untuk mengetahui aspek pertuturan bahasa Melayu pelajar warga
asing dan masalah yang diharunginya. Kajian ini adalah berbentuk kualitatif. Hasil dapatan
kajian didapati terdapat beberapa faktor yang menghalang pelajar warga asing menguasai
kemahiran bertutur bahasa Melayu. Antara faktornya ialah sikap, tiada motivasi, perasaan
malu, umur, masalah sebutan, isu budaya dan gangguan bahasa ibunda. Pelajar warga asing
menunjukkan sikap tidak berani, bersikap malu dan mempunyai masalah sebutan apabila
berutur menggunakan bahasa Melayu dengan kaum lain. Dapat disimpulkan bahawa pelajar
warga asing memiliki sikap negatif dan tiada bermotivasi untuk bertutur dalam bahasa
Melayu. Ini jelas membuktikan kekurangan bertutur dalam bahasa Melayu merupakan
penghalang terbesar untuk menguasai bahasa kedua, iaitu bahasa Melayu dalam kalangan
bukan penutur natif.
Selain itu, menurut kajian Nora dan Fadzilah (2018) didapati murid bukan penutur natif
tidak fasih apabila berkomunikasi dalam bahasa Melayu. Kajian ini dijalankan oleh beliau
adalah untuk mengenal pasti tahap kemahiran bertutur bahasa Melayu dalam kalangan murid
SJKT dan SJKC. Kajian ini dijalankan terhadap dua aliran sekolah yang berbeza, iaitu SJKT
dan SJKC dan menggunakan kaedah kuantitatif yang berbentuk tinjauan. Kajian ini
menggunakan indektor ujian bertutur UPBM SR utnuk menentukan tahap penguasaan
bertutur bahasa Melayu bagi pelajar SJKT dan SJKC yang dipilih dalam kajian ini. Walaupun
bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan, namun murid daripada dua aliran
sekolah tersebut masih mempunyai masalah pertuturan apabila berkomunikasi dalam bahasa
Melayu. Hasil kajian mendapati bahawa tahap kecekapan pelajar di SJK berada pada tahap
sederhana dalam situasi pertuturan formal. Hal ini membuktikan bahawa responden tersebut
kurang menggunakan bahasa Melayu semasa bertutur dengan orang yang berbangsa Melayu.
Hal ini disebabkan oleh penggunaaan bahasa ibunda melebihi bahasa Melayu dalam waktu
persekolahan menyebabkan murid menggunakan bahasa ibunda masing-masing untuk
berkomunikasi sesama rakan mereka. Ini mengakibatkan murid mengalami masalah sebutan
dan penterjemahan bahasa ibunda berlaku dalam bahasa Melayu semasa bertutur dalam
sesuatu perbualan. Oleh itu, keupayaan bertutur dalam kalangan murid bukan berbangsa
Melayu masih berada pada tahap sederhana dan didominasi oleh pengaruh bahasa ibunda.
Kajian Nor Hashimah (2010) menjelaskan kemahiran bertutur murid bukan berbangsa
Melayu di Malaysia masih berasa pada tahap lemah dan kurang memuaskan. Ini
membuktikan dengan dapatan kajian yang menunjukkan kefasihan bertutur oleh murid Cina
hanya mencapai peratus di bawah 40 sahaja. Beliau menggambarkan pelajar Cina SJKC
menghadapi kesukaran apabila menyebut sesuatu perkataan dan ayat kerana kekurangan
berkomunikasi menggunakan bahasa Melayu dalam kehidupan seharian. Hal ini kerana murid
Cina jarang mempunyai rakan berbangsa Melayu dan tidak berpeluang berkomunikasi dalam
bahasa Melayu. Akibat kekurangan bertutur dengan rakan berbangsa Melayu, murid Cina
tidak mengingati perbendaharaan kata yang sesuai semasa berkomunikasi. Hal ini
mengakibatkan murid berasa malu dan tidak yakin serta tidak selesa apabila berkenalan
dengan rakan Melayu. Ini mendorong mereka membuat kesalahan semasa bertutur. Situasi
sebegini membantut motivasi pelajar menggunakan bahasa Melayu untuk berkomunikasi
dengan rakan Melayu kecuali tujuan peperiksaan sahaja.
Seterusnya, Nancy dan Zamri (2017) turut menjalankan kajian bertujuan untuk
mengenal pasti sikap, minat dan motivasi pelajar Melanau dalam pembelajaran bahasa
Melayu sebagai bahasa kedua. Aspek sikap terhadap penutur bahasa Melayu turut diberikan
perhatian dalam kajian ini. Kajian kuantitatif ini berbentuk tinjauan melibatkan dua ratus
empat puluh orang pelajar tingkatan empat dan lima sebagai responden kajian di daerah Matu
dan Daro, Sarawak. Dalam aspek sikap tersebut dapatan kajian yang telah dikumpul melalui
soal selidik menunjukkan bahawa murid Melanau sangat gembira berkenalan dengan orang
Melayu dan didapati bahawa mereka gemar orang Melayu. Hal ini kerana kedua-dua item
tersebut berada pada min skor yang paling tinggi dalam aspek tersebut. Ini membuktikan
bahawa murid Melanau menunjukkan sikap positif apabila ingin berkenalan dan
berkomunikasi dengan penutur bahasa Melayu. Analisis dapatan kajian menggambarkan
bahawa murid Melanau ini memiliki sikap positif terhadap penutur bahasa Melayu walaupun
cara pengunaan bahasa ibunda dan bahasa Melayu amat berbeza. Murid Melanau gigih
berusaha untuk berkenalan dengan penutur bahasa Melayu dengan menggunakan bahasa
Melayu.
Selain itu, tujuan kajian yang dilakukan oleh Zaliza dan Zaitul Azma (2014) adalah
untuk meninjau pasti sikap dan motivasi pelajar asing yang mengikuti bahasa Melayu sebagai
bahasa ketiga di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Kajian ini berbentuk kuantitiatif dan
borang soal selidik digunakan untuk mengumpul data. Hasil analisis kajian membuktikan
bahawa dengan mempelajari bahasa Melayu sebanyak 57% pelajar asing berpendapat bahawa
mereka berkebolehan mendapat ramai rakan Melayu di tempat belajar serta lebih selesa
bergaul dan berbual dengan rakan dalam bahasa Melayu. Kedua-dua situasi ini mendapat min
skor yang paling tinggi oleh responden dalam kajian ini. Hasil kajian mendapati komunikasi
dengan rakan tempatan amat berkesan dalam membantu pelajar asing memperkembangkan
bahasa Melayu di UTM. Mereka mengungkap bahawa faktor diri sendiri menjadi elemen
utama yang menggalakkan seseorang untuk belajar sesuatu bahasa. Ini bermaksud, jika
seseorang mempunyai sikap yang positif maka dia akan gigih berusaha untuk mempelajari
sesuatu bahasa dengan pelbagai cara. Secara umumnya, pelajar warga asing memiliki sikap
positif terhadap penutur bahasa Melayu dalam mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa
ketiga.
Menurut kajian Jerie dan Zamri (2011) mendapati pelajar Iban di sekolah rendah
pedalaman mempunyai sikap yang positif dan motivasi yang tinggi untuk mempelajari bahasa
Melayu. Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui sikap dan motivasi yang dimiliki oleh
pelajar Iban sekolah rendah yang mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Kajian
ini melibatkan sampel kajian seramai tiga ratus dua orang orang murid Iban tahun enam dari
lima belas buah sekolah rendah di daerah Kanowit. Dalam kajian ini, aspek sikap turut dikaji
dalam bahagian sikap murid Iban terhadap penutur bahasa Melayu. Hasil kajian
membuktikan bahawa pelajar Iban menunjukkan sikap yang postif terhadap penutur bahasa
Melayu di mana responden lebih bersetuju dan mengatakan bahawa mereka gembira apabila
berkenalan dengan orang Melayu dan gemar orang Melayu’. Di samping itu, analisis dapatan
kajian ini juga menjelaskan sikap murid Iban menerima dan mempelajari bahasa Melayu
adalah positif. Boleh disimpulkan bahawa pelajar Iban boleh menerima dan menguasai
bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dengan baik.
Hal ini turut dihujah oleh kajian Khairul Nizam (2017) mendapati bahawa murid Bajau
yang mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua menunjukkan sikap positif terhadap
penutur bahasa Melayu. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sikap dan motivasi yang
dimiliki oleh murid Bajau yang belajar bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Kajian ini
berbentuk kuantitatif berasaskan kajian tinjauan dan seramai lima puluh orang murid Bajau
tahun empat, lima dan enam dari tiga buah sekolah di kawasan pedalaman daerah Beluran
dijadikan sampel kajian. Hasil analisis dapatan kajian mempamerkan bahawa murid Bajau
sekolah rendah pedalaman beranggapan bahawa mereka lebih selesa dan dapat menyesuaikan
diri apabila berkomunikasi dengan masyarakat tempatan yang berbangsa Melayu di samping
dapat menyukai dan seronok berkenalan dengan orang Melayu. Hal ini bermakna kedua-dua
item ini dipersetujui oleh murid Bajau dan menunjukkan peratusan persetujuan yang paling
tinggi dalam bahagian ini. Ini bermakna murid Bajau yang bukan penutur natif bahasa
Melayu mempunyai sikap yang positif terhadap penutur bahasa Melayu di mana murid Bajau
tidak ada perasaan malu dan takut untuk berkenalan dan berinteraksi dengan penutur bahasa
Melayu.
2.3.2 Sikap integratif

Sikap integratif pula merujuk kepada kemahuan dan kesungguhan seseorang mempelajari
sesuatu bahasa dengan menjalinkan hubungan dengan bangsa bahasa kedua untuk memahami
budayanya. Berdasarkan kajian Khairul Nizam (2017), Jerie dan Zamri (2011), Nancy dan
Zamri (2017) aspek sikap integratif turut diberi perhatian dalam kajian mereka. Mereka
melakukan kajian kuantitatif berdasarkan kaedah tinjauan dalam tajuk yang sama tetapi
menggunakan bilangan sampel dan bangsa yang berbeza. Khairul Nizam(2017) memilih
bangsa Bajau sebagai sampel kajian manakala Jerie dan Zamri (2011) pula memilih Iban
sebagai sampel kajian dalam kajian mereka. Nancy dan Zamri (2017) pula memilih bangsa
Melanau sebagai responden dalam kajiannya. Setiap bangsa yang dipilih menunjukkan
dapatan kajian yang berbeza dalam aspek sikap integratif yang telah dikaji. Dapatan kajian
Khairul Nizam (2017) menjelaskan murid Bajau menunjukkan peratusan persetujuan yang
tinggi dengan mengatakan bahawa murid Bajau suka menjalinkan hubungan dengan orang
Melayu. Selain itu, murid Bajau mempunyai keinginan untuk mengetahui tentang orang
Melayu lebih mendalam di samping mengatakan bahawa mereka boleh berinteraksi bahasa
Melayu dengan fasih jika mempunyai persahabatan dengan mereka. Ini menunjukkan sikap
integratif dapat ditonjol dengan jelas apabila murid Bajau berusaha mempelajari bahasa
Melayu untuk menerima diri mereka sebagai ahli dalam komuniti Melayu serta berusaha
untuk berinteraksi dan memahami komunitinya. Hal ini menjelaskan murid Bajau
mempunyai sikap integratif yang positif untuk mengenali budaya komuniti orang Melayu
lebih mendalam untuk mempelajari bahasa Melayu.
Dalam kajian Nancy dan Zamri (2017) juga menyentuh sikap integratif dalam kajian
mereka. Sama seperti kajian di atas, tiga item dikaji dalam konstruk tersebut. Hasil kajian
memperlihatkan murid Melanau ingin mewujudkan hubungan dengan orang Melayu dengan
mencapai min skor yang tertinggi daripada ketiga-tiga item tersebut. Manakala, murid
Melanau berusaha mempelajari bahasa Melayu untuk tujuan kefasihan bahasa Melayu apabila
bergaul dengan orang Melayu dan mempunyai kemahuan yang tinggi untuk mendalami
tentang budaya orang Melayu. Hal ini bermakna murid Melanau ingin mempelajari bahasa
Melayu untuk berintetaksi dengan komuniti bahasa kedua. Dengan ini, murid Melanau dapat
mewujudkan hubungan yang baik dalam komuniti bahasa kedua dan dapat mengenal dan
menerima budaya orang Melayu dengan mudah. Hal ini bermakna murid Melanau memiliki
sikap integratif yang positif dalam mempelajari bahasa kedua dengan menyesuaikan diri
dalam komuniti orang Melayu.
Seterusnya, kajian Jerie dan Zamri (2011) turut menekankan aspek sikap integratif
dalam kajian mereka. Sikap integratif merupakan elemen terpenting semasa mengkaji sikap
sesuatu bangsa dalam mempelajari bahasa kedua kerana ia amat berkait rapat dengan
komuniti dan budaya bahasa kedua. Sehubungan itu, dapatan kajian memaparkan bahawa
murid Iban boleh berinterkasi dalam bahasa Melayu jika berkawan dengan rakan Melayu
dengan mendapat skor markah tertinggi dalam konstruk tersebut. Murid Iban juga
menunjukkan sikap positif dengan mengatakan bahawa mereka mempunyai keinginan untuk
mengetahui budaya orang Melayu. Murid Iban juga ingin menjalinkan hubungan dengan
orang Melayu. Dengan ini, murid Iban mudah bergaul dan berinteraksi dalam bahasa Melayu
dengan orang Melayu. Melalui ini, kecekapan berbahasa Melayu dapat ditingkatkan di
samping sikap positif terhadap pembelajaran bahasa kedua juga dapat dilihat dengan teliti.
Bagi meningkatkan kecekapan dalam bahasa kedua, murid harus bersosial dalam komuniti
bahasa kedua tersebut. Oleh itu, ketiga-tiga bangsa yang terlibat dalam kajian-kajian berikut
menggambarkan sikap integratif yang positif untuk mempelajari bahasa kedua, iaitu bahasa
Melayu.
Tambahan pula, menurut kajian Mohd Uzir, Rohaidah dan Sharil (2018) mengatakan
bahawa sikap pelajar Cina mempengaruhi proses pembelajaran bahasa kedua, iaitu bahasa
Melayu. Kajian ini adalah untuk mengetahui sikap murid Cina Tingkatan 1 terhadap
pembelajaran bahasa Melayu di samping membuat perbandingan sama ada terdapat
perbezaan sikap yang signifikan berdasarkan jantina dalam kajian ini. Kajian ini berbentuk
kuantitatif dengan melibatkan seramai tiga puluh orang murid sekolah menengah tingkatan 1
yang dijalankan di salah sebuah sekolah persendirian Cina. Soal selidik ialah instrumen
utama digunakan untuk mengumpul data secara peratusan dalam kajian yang telah dijalankan.
Hasil kajian menunjukkan bahawa semua murid Cina menengah belajar bahasa Melayu
sedaya upaya untuk bersosial dengan masyarakat tempatan. Hal ini demikian kerana item
tersebut memaparkan peratusan pencapaian persetujuan yang tinggi oleh bilangan responden
yang dipilih dalam kajian ini. Hal ini menunjukkan murid Cina mempamerkan sikap
integratif yang positif terhadap pembelajaran bahasa Melayu. Disebabkan bahasa Melayu
merupakan bahasa kebangsaan dan bahasa yang mudah difahami oleh semua kaum maka
murid Cina mempamerkan sikap integratif yang positif semasa belajar bahasa tersebut.
Justeru itu, murid Cina mempelajari bahasa Melayu untuk menyesuaikan diri sebagai ahli
komuniti bahasa Melayu dan membolehkan mereka berinteraksi dengan berkesan.
Akhirnya, kajian Abdul Rahim dan Mohd Sharifudin (2014) berpandangan sikap
merupakan elemen utama yanf menyokong pembelajaran bahasa Melayu dalam kalagan
murid asli. Sehubungan itu, kajiannya adalah untuk mengenal pasti sikap murid asli di
bandaraya Kuala Lumpur terhadap penerimaan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Kajian
ini mempunyai bilangan sampel yang paling kecil berbanding kajian-kajian yang dinyatakan
di atas iaitu seramai 18 orang sahaja. Namun, kajian ini berbentuk kuantitatif yang
menggunakan kaedah tinjauan. Ia menggunakan soal selidik sebagai instrumen utama untuk
mengetahui perbandingan antara sikap murid asli lelaki dan murid asli perempuan dalam
mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Analisis dapatan kajian menunjukkan
bahawa murid asli menunjukkan sikap integratif yang positif terhadap bahasa Melayu.
Dapatan kajian membuktikan bahawa murid asli mempunyai keazaman yang tinggi supaya
fasih berbahasa Melayu dalam pertuturan seharian mereka. Ini memudahkan murid asli
berkomunikasi dengan komuniti orang Melayu untuk mengenali budaya mereka dengan lebih
mendalam dan jelas. Ciri bahasa Melayu mempengaruhi sikap positif mereka terhadap
bahasa Melayu. Murid asli boleh mencapai pencapaian yang baik dalam akademik sekiranya
mempunyai sikap positif terhadap bahasa yang ingin dikuasai.

2.3.3 Minat murid terhadap bahasa Melayu

Minat pula diertikan sebagai kesungguhan seseorang untuk mencapai pencapaian yang
maksimum terhadap matapelajaran yang disukai. Abdul Rashid (2010) menyatakan bahawa
murid Cina tidak mempamerkan minat yang tinggi semasa belajar bahasa Melayu di kelas.
Kajian ini berbentuk kuantitatif berasaskan kaedah tinjauan. Tujuan kajiannya adalah untuk
mengenal pasti strategi, teknik atau pendekatan yang diaplikasikan oleh guru bahasa Melayu
untuk mengajar kepada murid Cina. Hasil kajian mendapati faktor minat dan sikap murid
Cina dalam pembelajaran bahasa Melayu mempunyai perkaitan dengan keluarga, bahan
bantu mengajar, guru subjek bahasa Melayu dan pihak pengurusan sekolah sendiri. Hasil
dapatan kajian juga menunjukkan sikap dan minat murid, iaitu persepsi murid Cina terhadap
subjek bahasa Melayu merupakan antara faktor utama yang menghalang penguasaan bahasa
Melayu sebagai bahasa kedua.
Kajian Jerie dan Zamri (2011), Nancy dan Zamri (2017) dan Khairul Nizam (2017)
turut memberi penekanan terhadap minat murid bukan bernangsa Melayu terhadap subjek
bahasa Melayu. Ketiga-tiga kajian ini merangkumi bangsa yang berlainan dan bilangan
sampel yang berbeza untuk mendapatkan hasil dapatan yang terperinci. Kajian terhadap
bangsa berlainan menunjukkan dapatan kajian yang berbeza. Ketiga-tiga kajian tersebut
menggunakan kaedah kuantitatif berbentuk tinjauan dan memilih soal selidik sebagai
instrumen utama untuk mengumpul data kajian. Nancy dan Zamri (2017) melibatkan murid
Melanau untuk menganalisis minat terhadap bahasa Melayu dalam kajiannya. Kajian ini
melibatkan 249 murid Melanau tingkatan 4 yang belajar bahasa Melayu sebagai bahasa
kedua. Daripada analisis dapatan kajian didapati murid Melanau mengatakan bahawa mereka
bersungguh-sungguh belajar bahasa Melayu sebagai bahasa kedua di sekolah. Perkara
tersebut menunjukkan murid Melanau mempunyai minat yang tinggi terhadap bahasa
Melayu. Murid Melanau juga berminat untuk belajar bahasa Melayu. Kedua-dua item
tersebut mendapat skor markah yang paling tinggi oleh responden kajian. Dengan adanya
minat yang mendalam terhadap bahasa kedua maka murid tersebut akan mencapai prestasi
cemerlang dalam subjek bahasa Melayu.
Khairul Nizam (2017) turut menekankan minat murid Bajau terhadap bahasa Melayu.
Kajian berbentuk kuantitatif berlandaskan kaedah tinjauan menggunakan instrumen soal
selidik untuk mengumpul data kajian dengan melibatkan seramai 56 orang murid Bajau
sekolah rendah pedalaman. Tujuan kajiannya ialah mengenal pasti sikap murid Bajau dalam
mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Sikap murid saling berkait rapat dengan
minat murid terhadap sesuatu bahasa yang dipelajari. Murid Bajau juga menunjukkan minat
yang tinggi terhadap subjek bahasa Melayu yang dipelajari sebagai bahasa kedua. Hasil
dapatan kajian menggambarkan murid Bajau tekun belajar bahasa Melayu untuk
mendapatkan prestasi baik dalam akademik. Selaini itu, murid Bajau juga amat tertarik hati
dengan cara penyampaian bahasa Melayu oleh guru bahasa Melayu. Dengan ini minat murid
dapat dilihat dengan begitu jelas apabila murid Bajau mencapai persetujuan yang paling
tinggi terhadap kedua-dua item tersebut. Oleh itu, minat murid yang mendalam terhadap
bahasa Melayu dapat membentuk sikap positif semasa mempelajari bahasa Melayu sebagai
bahasa kedua di sekolah.
Seterusnya, Jerie dan Zamri (2011) juga melakukan kajian adalah untuk mengenal pasti
sikap dan motivasi murid Iban dalam mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Di
bawah aspek sikap, minat murid terhadap subjek bahasa Melayu turut dikaji dalam kajian ini.
Minat mempunyai perkaitan dengan sikap seseorang. Hal ini kerana minat seseorang dapat
ditonjol melalui sikap yang ditunjukkan oleh seseorang. Kajian ini berbentuk kuantitatif dan
melibatkan 302 orang murid Iban dijadikan sampel kajian. Kajian ini berbentuk kaedah
tinjauan dan menggunakan soal selidik sebagai instrumen utama untuk mengumpul data
dalam kajian ini. Hasil dapatan kajian mempamerkan murid Iban mempunyai minat yang
tinggi terhadap mata peajaran bahasa Melayu. Hal ini terbukti apabila murid Iban
mengatakan bahawa mereka belajar bahasa Melayu dengan penuh minat di samping membuat
kerja rumah bahasa Melayu yang diberikan oleh guru. Selain itu, minat yang tinggi
mendorong murid Iban menumpukan perhatian di dalam kelas bahasa Melayu. Kajian ini
membuktikan bahawa item-item yang dibincangkan mendapat peratus persetujuan yang
tinggi dalam kalangan murid Iban. Oleh itu, minat yang mendalam terhadap sesuatu bahasa
dapat mewujukan sikap positif dalam diri seseorang untuk menguasai sesuai bahasa. Individu
tersebut akan berusaha lebih gigih untuk menerima dan menguasainya dengan sebaik
mungkin.
Akhirnya, kajian Tay dan Wong (2016) bertujuan untuk mengkaji sejauh mana minat
pelajar bukan penutur natif dalam pembelajaran bahasa Melayu. Kajian kuantitatif berbentuk
kaedah tinjauan menjadikan soal selidik sebagai instrumen utama untuk mengumpul data
kajian. Kajan melibatkan pelajar sekolah menengah peralihan, tingkatan 1 dan 2 di Kuching.
Dalam pembelajaran bahasa kedua, minat membolehkan murid belajar dan menguasai bahasa
Melayu dengan pantas. Berdasarkan analisis dapatan kajian terperinci murid sekolah
menengah tersebut menyedari kepentingan menguasai dan mempelajari bahasa Melayu dalam
kehidupan mereka. Dalam kajian ini pelajar tersebut mengatakan bahawa bahasa Melayu
memiliki nilai ekonomi yang tinggi di Malaysia. Oleh sebab itu, pelajar Cina meminati
bahasa Melayu. Di samping itu, mereka meminati bahasa Melayu kerana ia bahasa
kebangsaan yang harus dikuasai dan perlu lulus dalam peperiksaan dan bahasa Melayu. Ia
membantu mereka memahami budaya orang Melayu dengan leibh mendalam. Dengan
mempelajari bahasa Melayu, mereka mudah berkomunikasi dan bergaul dengan guru dan
murid Melayu dan dapat memperbaiki mutu bahasa Melayu. Dalam kajian ini selain faktor
diri sendiri, faktor guru juga memaikan peranan penting dalam mencungkil minat murid
terhadap bahasa Melayu. Aktivit pdp yang menarik, arahan yang jelas, pembelajaran
menyeronokkan dapat mewujukan minat yang mendalam dalam diri pelajar terhadap bahasa
Melayu. Oleh itu, jika pelajar itu memiliki sikap yang positif maka minat juga akan dilihat
dengan jelas dalam diri seseorang murid kerana mereka sedar betapa pentingnya menguasai
bahasa Melayu dan berusaha untuk menguasainya dengan berkesan.

2.4 MOTIVASI
Motivasi bermaksud semangat yang ada pada diri seseorang untuk melakukan sesuatu demi
mencapai kejayaan (Gadner ,1985) Hal ini bermakna murid bukan penutur natif menunjukkan
kesungguhan untuk belajar bahasa kedua dengan berjaya.

2.4.1 Motivasi intrinsik

Motivasi intrinsik bermaksud motivasi dalaman individu yang mempunyai keinginan untuk
melakukan sesuatu tanpa dorongan atau ganjaran luaran (Ryan dan Deci, 2000). Murid yang
mempunyai motivasi intrinsik tidak memerlukan ganjaran atau hukuman untuk memenuhi
kepuasaan dan keperluaan dalaman murid itu sendiri. Pelajar memperoleh minat, kepuasan
dan rasa ingin tahu melalui aktiviti yang ingin dilakukannya.
Menurut kajian Nancy dan Zamri (2017) motivasi merupakan elemen terpenting
dalam mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan pelajar sekolah
menengah. Motivasi mempengaruhi penerimaan dan penguasaan kemahiran berbahasa
seseorang, khususnya bahasa kedua. Dalam kajian mereka, aspek motivasi intrinsik murid
Melanau juga diberikan keutamaan dalam mempelajari bahasa kedua. Kajian kuantitatif ini
berbentuk kaedah tinjauan melibatkan seramai 242 murid Melanau sekolah menenengah serta
memilih soal selidik sebagai instrumen utama untuk mendapat data kajiannya. Kajian ini
bertujuan mengenal pasti tahap motivasi murid Melanau terhadap subjek bahasa Melayu
sebagai bahasa kedua. Pengkaji ingin mengkaji sejauh mana motivasi intrinsik
mempengaruhi murid Melanau dalam mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua.
Analisis dapatan kajian mendapati murid Melanau menunjukkan kesungguhan yang tinggi
semasa mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua kerana mata pelajaran bahasa
Melayu wajib lulus oleh setiap murid di peringkat persekolahan. Selain itu, keminatan yang
ditunjukkan oleh murid Melanau mendorong merkea seronok belajar bahasa Melayu di kelas.
Murid Melanau juga menunjukkan motivasi intrinsik apabila pantas membuat kerja rumah
yang diedarkan oleh guru di rumah. Justeru itu, murid Melanau menunjukkan motivasi
intrinsik yang tinggi dalam mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua.
Motivasi intrinsik juga turut diberi penjelasan dalam kajian Jerie dan Zamri (2011).
Mereka menjalankan sebuah kajian untuk mengkaji motivasi murid Iban sekolah rendah
dalam mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Kajian ini berbentuk kuantitatif
yang menggunakan kaedah tinjauan dengan melibatkan seramai 302 murid Iban sebagai
responden. Instrumen utama yang digunakan untuk memperoleh data kajian ialah soal selidik.
Hasil kajian menunjukkan bahawa murid Iban bersungguh-sungguh mempelajari bahasa
Melayu supaya tidak gagal dalam peperiksaan bahasa Melayu. Berdasarkan dapatan kajian,
didapati murid Iban seronok dan gemar belajar bahasa Melayu kerana keinginan murid Iban
belajar menguasai dan menerima bahasa Melayu amat tinggi. Dengan ini mereka mudah
mencapai keputusan cemerlang dalam subjek bahasa Melayu yang diingini. Item-item
tersebut memperoleh pencapaian peratusan persetujuan tertinggi dalam kajiannya.
Natijahnya, motivasi intrinsik murid Iban berada pada tahap yang tinggi dapat dilihat dengan
begitu jelas. Sehubungan itu, murid Iban memiliki motivasi yang tinggi dalam mempelajari
bahasa Melayu sebagai bahasa kedua.
Menurut Khairul Nizam (2017) mendapati bahawa murid Bajau bermotivasi tinggi
semasa mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Kajian ini adalah untuk mengenal
pasti motivasi murid Bajau di sekolah rendah pedalaman dalam mempelajari bahasa Melayu
sebagai bahasa kedua. Kajian kuantitatif ini berdasarkan kaedah tinjauan. Kajian ini hanya
melibatkan seramai 56 orang sampel kajian yang diperlukan dalam kajian ini. Kajian ini turut
memfokuskan motivasi intrinsik yang ditunjukkan oleh pelajar Bajau semasa mempelajari
bahasa kedua. Hasil analisis kajian menunjukkan bahawa murid Bajau mengatakan bahawa
mereka suka dan seronok belajar bahasa Melayu di kelas. Ini menggambarkan murid Bajau
mudah menguasai dan mempelajari bahasa Melayu kerana keinginan dan kemahuan terhadap
perkara yang disukai. Pada masa yang sama, murid Bajau mencapai persetujuan yang tinggi
dengan mengatakan bahawa mereka membuat kerja rumah bahasa Melayu yang diberikan
oleh guru dan memperuntukkan masa untuk belajar bahasa Melayu di rumah. Pada masa
yang sama, didapati bahawa murid Bajau aktif dalam aktiviti yang dijalankan semasa
pembelajaran bahasa Melayu di kelas. Hal ini bermakna keminatan yang tinggi terhadap
bahasa Melayu mendorong mereka bermotivasi untuk mempelajari bahasa Melayu dengan
baik. Justeru itu, murid Bajau menunjukkan motivasi intrinsik yang tinggi dalam mempelajari
bahasa Melayu sebagai bahasa kedua.
Sehubungan itu, objektif kajian Mohd Uzir, Rohaidah dan Sharil (2018) adalah untuk
mengenal pasti sejauh mana motivasi murid Cina Tingkatan 1 terhadap pembelajaran bahasa
Melayu di samping mengetahui sama ada terdapat perbezaan motivasi yang signifikan
berdasarkan jantina dalam kajian ini. Kajian kuantitatif ini melibatkan 30 orang pelajar
sekolah menengah tingkatan 1 yang dijalankan di salah sebuah sekolah persendirian Cina.
Pengkaji menggunakan soal selidik sebagai instrumen utama untuk mengumpul data secara
peratusan dalam kajian yang telah dijalankan. Hasil kajian menunjukkan bahawa murid Cina
perempuan dan lelaki menengah mempunyai motivasi intrinsik yang tinggi terhadap
pembelajaran bahasa Melayu. Didapati bahawa pelajar perempuan Cina gembira belajar
bahasa Melayu berbanding murid lelaki di kelas. Murid perempuan Cina pula mengatakan
bahawa mereka gemar membaca buku cerita dan novel bahasa Melayu untuk mengisi masa
lapang mereka. Murid perempuan juga belajar bahasa Melayu dengan minat kerana bahasa
Melayu merupakan bahasa ilmu dan bahasa pengantar di sekolah menengah. Sebaliknya,
murid lelaki Cina bersetuju dengan mengatakan bahawa mereka gemar menonton cerita,
filem atau drama bahasa Melayu berbanding murid perempuan Cina. Oleh itu, murid Cina
menunjukkan motivasi intrinsik yang tinggi dalam pembelajaran tersebut untuk lulus
peperiksaan bahasa Melayu.
Menurut kajian Mohd Zaki dan Muhammad Firdaus (2017) faktor motivasi amat
mempengaruhi pembelajaran bahasa Arab. Objektif kajiannya adalah untuk mengenal pasti
faktor-faktor motivasi intrinsik yang menggalakkan pelajar untuk belajar bahasa Arab. Kajian
kuantitatif kaedah tinjauan ini melibatkan seramai 131 orang pelajar yang mempelajari
bahasa Arab. Sama seperti kajian-kajian di atas, kajian ini juga menggunakan soal selidik
untuk memperoleh maklumat daripada responden. Dapatan kajian membuktikan bahawa
murid yang belajar bahasa Arab bersemangat mempelajari bahasa tersebut jika rakan sekelas
memberi kerjasama dalam kerja kumpulan. Hal ini bermakna motivasi intrinsik timbul
apabila kerja kumpulan dilaksanakan dalam pembelajaran bahasa Arab. Murid tersebut juga
berpendapat bahawa mereka sanggup mengharungi cabaran dan halangan untuk mendapat
keputusan baik dalam subjek bahasa Arab. Oleh itu, kajian ini memperlihatkan murid tersebut
mempamerkan motivasi intrinsik yang tinggi dalam mempelajari bahasa Arab dengan sebaik
mungkin.
Seterusnya, kajian Budiawan (2008) juga melakukan kajian yang sama berkaitan
motivasi pelajar tetapi memilih mata pelajaran yang berbeza, sampel kajian dan lokasi yang
berbeza. Kajian yang dijalankan oleh beliau adalah untuk melihat perbezaan motivasi pelajar
di sekolah menengah atas di Bandar Lampung terhadap antara matapelajaran Bahasa Inggeris
dan Bahasa Indonesia. Dalam kajiannya, bahasa Indonesia digambarkan sebagai bahasa
ibunda atau bahasa pertama manakala bahasa Inggeris pula dilihat sebagai bahasa kedua.
Kajian kuantitatif yang berbentuk kaedah tinjauan melibatkan seramai 109 responden dan
data dikumpul melalui instrumen soal selidik. Hasil analisis kajian membuktikan pelajar
menengah atas gemar belajar bahasa Inggeris berbanding bahasa Indonesia. Sebaliknya,
pelajar tersebut menunjukkan motivasi intrinsik yang rendah terhadap subjek bahasa
Indonesia berbanding bahasa Inggeris. Situasi sebegini berlaku disebabkan oleh keadaan
persekitaran di mana pelajar menengah atas terdedah kepada sistem bahasa Inggeris dan
memiliki motivasi yang tinggi terhadap bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Di samping
itu, hasil kajian juga membuktikan bahawa motivasi intrinsik memberikan kesan terhadap
prestasi pelajar yang mempelajari bahasa kedua atau ketiga. Hal ini bermakna, motivasi
intrinsik yang tinggi mendorong pelajar berusaha lebih giat untuk menguasai dan
mempelajari bahasa kedua atau ketiga.

2.4.2 Motivasi ekstrinsik

Motivasi ekstrinsik pula didefiniskan sebagai dorongan atau rangsangan luaran seperti
ganjaran, pujian, penghargaan, markah dan sebagainya melalui aktiviti yang dilakukan bagi
mencapai matlamat bahasa (Mahmood Nazar, 1990).
Kajian Zaliza dan Zaitul Azma (2014) membuktikan bahawa pelajar warga asing
mempamerkan motivasi ekstrinsik yang tinggi ketika mempelajari bahasa Melayu sebagai
bahasa ketiga. Tujuan kajiannya adalah untuk mengenal pasti motivasi pelajar asing yang
mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa ketiga di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Kajian berbentuk kuantitiatif ini menggunakan borang soal selidik bagi mengumpul data.
Dapatan kajan didapati bahawa faktor tenaga pengajar merupakan elemen utama bagi
memotivasikan pelajar warga asing untuk belajar bahasa Melayu dengan tekun. Ini
bermaksud, jika seseorang bermotivasi tinggi maka mereka akan lebih bersemangat untuk
mempelajari sesuatu bahasa dengan pelbagai cara. Corak penyampaian dan kaedah
pengajaran yang kreatif oleh tenaga pengajar dapat menarik minat pelajar untuk terus
mengikuti pembelajaran di samping mengekalkan tumpuan terhadap kursus bahasa Melayu di
universiti. Dengan menguasai bahasa Melayu, pelajar warga asing mampu berkomunikasi dan
bergaul serta menyesuaikan diri dengan masyarakat tempatan. Oleh itu, peranan guru amat
penting dalam mewujudkan suasana kondusif dan efektif di kelas. Kepelbagaian teknik
penyampaian guru mampu merangsang motivasi ekstrinsik dalam diri setiap murid.
Menurut kajian Jerie dan Zamri (2011) motivasi ekstrinsik juga turut diberikan
penekanan dalam kajiannya. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pelajar Iban sekolah
rendah dalam mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Kajian kuantitatif ini
berdasarkan kaedah tinjauan yang melibatkan 302 murid Iban sebagai responden kajian.
Beliau menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen utama untuk mengumpul data
kajian. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti murid Iban berkeupayaan
membaca majalah bahasa Melayu untuk meningkatkan tahap penguasaan baahsa Melayu. Hal
ini bermakna murid Iban mempelajari bahasa Melayu bagi memudahkan mereka membaca
bahan bacaan dalam bahasa Melayu dengan lancar. Murid Iban percaya bahawa dengan
menguasai bahasa Melayu mereka berkeupayaan memperoleh keputusan yang baik dalam
peperiksaan. Ini mendorong murid Iban mudah mendapat pekerjaan pada masa akan datang.
Kesimpulannya, murid Iban memunyai motivasi ekstrinsik yang tinggi semasa mempelajari
bahasa Melayu sebagai bahasa kedua.
Kajian Nancy dan Zamri (2017) turut menjalankan kajian yang sama tetapi
menggunakan bangsa yang berbeza, iaitu murid Melanau untuk melihat motivasi dalam
pembelajaran bahasa Melayu sebagai baahsa kedua. Motivasi ekstrinisik murid Melanau turut
diberikan perhatian semasa mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Kajian
kuantitatif berdasarkan kaedah tinjauan dijalankan ke atas 242 murid tingkatan 4 dan 5 yang
menggunakan soal selidik sebagai instrumen pengumpulan data dalam kajiannya. Menurut
pengkaji motivasi ekstrinsik amat mempengaruhi murid sekolah menengah dalam
mempelajari bahasa kedua dengan efektif. Hal ini dapat dibuktikan bahawa murid Melanau
mempunyai motivasi ekstrinsik yang tinggi dengan berpandangan bahawa mereka
berkomunikasi dengan kaum lain tanpa sebarang sekatan apabila menguasai bahasa Melayu.
Pada masa yang sama, dapatan kajian membuktikan bahawa penguasaan bahasa Melayu yang
baik membolehkan murid Melanau memahami novel dan filem Melayu serta memperoleh
keputusan yang baik dalam peperiksaan. Oleh itu, dengan mempunyai motivasi ekstrinsik
yang tinggi murid Iban mampu menguasai bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dengan lebih
efektif.
Selain itu, Khairul Nizam (2017) pula menjalankan sebuah kajian untuk meninjau
motivasi murid Bajau di kawasan pedalaman dalam mempelajari bahasa Melayu sebagai
bahasa kedua. Dalam kajian beliau, kaedah kuantitaif digunakan berdasarkan kaedah tinjauan
dan kajian dilajankan ke atas 56 orang murid Bajau sahaja. Kajian ini hanya menggunakan
soal seldik sebagai instrumen utama kajiannya. Beliau berpendapat bahawa murid Bajau
sekolah rendah pedalaman menunjukkan motivasi ekstrinsik yang tinggi terhadap
pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Hal ini dapat dibuktikan dengan murid
Bajau berpendapat bahawa dengan menguasai bahasa Melayu murid Bajau berkebolehan
memahami novel dan filem Melayu yang ditayangkan di dalam televisyen serta boleh
membaca majalah bahasa Melayu dengan mudahnya. Murid Bajau juga bersetuju dengan
mengatakan bahawa penguasaan bahasa Melayu dapat membantu mereka mencapai prestasi
akademik yang cemerlang dalam matapelajaran bahasa Melayu. Kesemua perkara yang
dinyatakan ini mendapat persetujuan yang tinggi dalam kalangan murid Bajau. Natijahnya,
murid Bajau mempamerkan motivasi ekstrinsik yang tinggi semasa mempelajari bahasa
Melayu sebagai bahasa kedua di bilik darjah.
Sehubungan itu, menurut Mohd Uzir, Rohaidah dan Sharil (2018) mengatakan bahawa
motivasi ekstrinsik murid Cina memberikan impak terhadap proses pembelajaran bahasa
Melayu sebagai bahasa kedua. Kajiain ini bertujuan untuk melihat motivasi ekstrinsik murid
Cina Tingkatan 1 terhadap pembelajaran bahasa Melayu dalam kajian ini. Kajian kuantitatif
melibatkan seramai tiga puluh orang murid sekolah menengah tingkatan 1 yang
menggunakan instrumen soal selidik untuk mengumpul data secara peratusan. Analisis
dapatan kajian menunjukkan bahawa murid Cina perempuan dan lelaki menengah
mempunyai motivasi ekstrinsik yang tinggi terhadap pembelajaran bahasa Melayu. Didapati
bahawa pelajar perempuan Cina belajar bahasa Melayu untuk mendapatkan pekerjaan dan
terus memacu kejayaan dalam kerjaya. Kajian ini juga membuktikan bahawa murid Cina
berkeupayaan berkomunikasi dengan semua kaum setelah mempelajari bahasa Melayu
dengan baik. Disebabkan bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan, murid Cina dapat
menyesuaikan diri dan bergaul dengan murid yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan
kaum. Jelaslah, murid Cina menunjukkan motivasi ekstrinsik yang tinggi dalam
pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua.
Menurut Mohd Zaki dan Muhammad Firdaus (2017) faktor motivasi ekstrinsik amat
mempengaruhi pembelajaran bahasa Arab. Objektif kajiannya adalah untuk mengenal pasti
faktor-faktor motivasi ekstrinsik yang menggalakkan pelajar untuk belajar bahasa Arab.
Kajian kuantitatif ini melibatkan seramai 131 orang murid yang mempelajari bahasa Arab.
Sama seperti kajian-kajian di atas, borang soal selidik diedarkan untuk memperoleh data
daripada responden. Dapatan kajian menggambarkan bahawa galakkan daripada guru dan ibu
bapa membantu murid mendapat keputusan yang baik dalam subjek bahasa Arab. Hal ini
bermakna murid tersebut mempunyai motivasi ekstrinsik dengan mendapatkan galakkan
daripada guru dan ibu bapa untuk belajar bahasa Arab dengan berkesan. Oleh itu, kajian ini
memperlihatkan motivasi ekstrinsik amat mendorong murid mempelajari bahasa Arab dengan
lebih efektif.
Namun begitu, kajian seterusnya bertentangan dengan kajian-kajian di atas. Kajian
seterusnya ialah motivasi murid Cina dalam pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa
kedua dikaji oleh Chee Hwa dan Vijaya Letchumi (2016). Disebabkan penurunan pencapaian
dalam kertas pemahaman bahasa Melayu UPSR, pengkaji menjalankan kajian ini untuk
meninjau motivasi murid Cina dalam mempelajari bahasa Melayu di SJKC. Responden
kajian melibatkan seramai tujuh puluh tujuh orang murid Cina tahun 4, 5 dan 6. Sama seperti
kajian lain, kajian kuantitatif menggunakan kaedah tinjauan melalui instrumen soal selidik.
Dapatan kajian ini membuktikan bahawa murid Cina mempamerkan motivasi ekstrinsik yang
rendah semasa mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua di bilik darjah. Kajian ini
juga membuktikan latihan dan persekitaran merupakan kunci utama dalam kemerosotan
pencapaian akademik murid Cina dalam matapelajaran bahasa Melayu. Kebanyakan murid
Cina tidak menggunakan bahasa Melayu di rumah. Disebabkan pengaruh bahasa ibunda,
mereka lebih selesa bertutur bahasa Cina dengan ahli keluarga di rumah. Kekurangan latihan
bahasa Melayu di rumah mendapati faktor yang menyumbang kepada kemerosotan
pencapaian murid Cina dalam bahasa kedua. Murid Cina tidak mempunyai minat yang
mendalam untuk belajar bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Dapat disimpulkan bahawa
pelajar Cina sekolah rendah tidak begitu mementingkan bahasa Melayu sehingga mereka
menunjukkan motivasi ekstrinsik rendah yang dalam mempelajari bahasa Melayu sebagai
bahasa kedua.

2.5 Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua

Kebanyakan murid bukan penutur natif mengalami kesukaran ketika belajar bahasa Melayu
sebagai bahasa kedua disebabkan oleh pengaruh bahasa ibunda. Sikap dan motivasi seseorang
murid juga amat bergantung kepada faktor bahasa ibunda dalam pembelajaran bahasa Melayu
sebagai bahasa kedua. Sehubungan dengan itu, Ooi Chwee Hwa (2017) menjalankan kajian
yang berkaitan puncaa timbulnya bahasa ibunda dalam mempelajari bahasa Melayu sebagai
bahasa kedua. Dalam kajian ini, bahasa ibunda dikenali sebagai bahasa Cina. Matapelajaran
bahasa Melayu amat penting kepada murid Cina sebagai bahasa kedua. Dengan penurunan
prestasi dalam UPSR, maka terbuktinya murid Cina mengalami kesukaran ketika
mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua di kelas. Kajian ini bertujuan untuk
menghuraikan fakor-faktor yang mengakibatkan timbulnya pengaruh bahasa pertama dalam
mempelajari bahasa Melayu bagi murid Cina. Kajian kuantitiatif ini menggunakan instrumen
soal selidik dengan menetapkan seramai 77 orang pelajar Cina tahun empat, lima dan enam
sebagai sampel kajian. Kajian ini dilakukan oleh pengkaji kepada murid Cina yang belajar di
kawasan bandar. Sampel kajian ini dipilih berdasarkan kegagalan dalam kertas Bahasa
Melayu. Analisis hasil kajian menunjukkan bahawa latihan, persekitaran, minat dan sikap
merupakan antara empat faktor yang menyebabkan timbulnya pengaruh bahasa Cina dalam
pembelajaran bahasa Melayu. Dapat disimpulkan bahawa persekitaran yang menyokong
pertuturan bahasa ibunda dengan masyarakat sekeliling sama ada ibu bapa atau jiran
menyebabkan murid Cina kerap menggunakan bahasa Cina dalam komunikasi seharian
mereka. Di sini, penggunaan bahasa Melayu terbantut apabila penggunaan bahasa ibunda
melebihinya dalam pertuturan.
Namun begitu, kajian Ilangko Subramaniam et al. (2014) menjelaskan pelajar bukan
Melayu boleh belajar bahasa Melayu dengan baik walaupun diajar dalam bahasa ibunda
masing-masing. Kajian ini dijalankan ke atas murid Iban yang belajar bahasa Melayu sebagai
bahasa kedua di kawasan pedalaman. Kajian ini bertujuan untuk membandingkan tahap
pemahaman murid Iban terhadap mata pelajaran bahasa Melayu apabila guru mengajar
bahasa Melayu dengan menggunakan bahasa Iban. Kajian kes berbentuk kuasi eksperimen ini
dijalankan di sebuah sekolah pedalaman di Kapit, Sarawak. Dalam kajian ini, bahasa Iban
digunakan bahasa pengantar utama untuk memastikan objektif mata pelajaran tercapai dan
murid mudah menguasai bahasa Melayu dengan lebih baik. Hasil kajian ini membuktikan
bahawa murid tahun 1 menunjukkan peningkatan markah dalam ujuan pasca dengan
menggunakan bahasa ibunda dalam pembelajaran bahasa Melayu berbanding ujian pra tanpa
menggunakan bahasa ibundanya. Hal ini bermakna penggunaan bahasa pertama dalam
bahasa kedua memotivasikan murid tahun 1 memahami petikan kecil dengan mudah dan
dapat menjawab soalan pemahaman dengan lebih tepat. Oleh itu, di sini pengaruh bahasa
ibunda dapat mengukuhkan kefahaman murid tahun satu dalam subjek bahasa Melayu.
Namun begitu, kajan yang dilakukan oleh Mahendran Maniam et al. (2014) amat
bertentangan dengan kajian di atas. Kajian ini berfokus kepada isu gangguan bahasa ibunda
dalam pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan murid India. Fenomena ini sering
diperkatakan dan tidak boleh dielakkan. Penggunaan bahasa kedua mempunyai perbezaan
yang amat ketara dengan bahasa ibunda. Dalam kajian ini pengkaji percaya bahawa
penguasaan bahasa kedua, iaitu bahasa Melayu amat dipengaruhi oleh bahasa ibunda, iaitu
bahasa Tamil. Kajian ini bertujuan untuk melihat pengaruh bahasa ibunda dalam penulisan
karangan murid tahun 5 di sebuah sekolah tamil. Kajian ini juga mengkaji unsur-unsur
linguistik bahasa ibunda yang dilihat dalam penulisan karangan murid India. Kajian
kuantitatif ini menggunakan tiga puluh orang murid dan dibataskan pada pengaruh bahasa
ibunda dalam kalangan murid di sekolah Tamil Serdang sahaja. Dapatan kajian menyatakan
bahawa antara pengaruh bahasa ibundanya ialah domain sintaksis dan perbendaharaan kata.
Penguasaan perbendaharaan kata yang lemah menjadi penyebab utama murid-murid India
tahun 5 tidak dapat menguasai bahasa Melayu dengan lebih berkesan. Dapat disimpulkan
bahawa peranan bahasa ibunda amat menganggu murid India dalam menguasai bahasa
Melayu sebagai bahasa kedua dengan baik.
Kajian Nursida, Fairose dan Jamaludin (2010) bertujuan untuk meneliti jenis kesalahan
yang dilakukan oleh murid Cina dalam karangan. Pengkaji dapat mengenal pasti aspek
kelemahan tatabahasa pelajar Cina dalam penulisan karangan di sebuah sekolah menengah di
daerah Batu Pahat, Johor. Berdasarkan hasil kajian, didapati murid Cina melakukan sembilan
jenis kesalahan morfologi seperti imbuhan awalan beR, di, ke, meN, pe, kata tugas, kata ganti
nama diri, ejaan dan kosa kata dalam penulisan karangan. Kesalahan yang berlaku
disebabkan oleh faktor persekitaran, rakan sebaya dan pengaruh bahasa ibunda. Lazimnya,
murid Cina banyak menggunakan bahasa Cina dalam komunikasi seharian mereka mahupun
di rumah atau sekolah. Murid Cina hanya bergaul dengan rakan yang sama etnik sahaja.
Maka di sini penggunaan bahasa ibunda lebih meluas berbanding bahasa Melayu. Oleh itu,
pembelajaran bahasa Melayu sebagai kedua menjadi masalah terbesar bagi murid Cina amat
jelas dilihat dalam karangan.

2.6 KESIMPULAN

Berdasarkan kajian-kajian lepas, kebanyakan kajian sikap dan motivasi hanya tertumpu
kepada murid peribumi Sarawak, Cina dan pelajar sekolah menengah sahaja. Namun bagi
mengetahui sikap dan motivasi murid India di SJK, kajian hanya tertumpu kepada murid Cina
sahaja. Sebaliknya, kajian sikap dan motivasi murid India sekolah vernakular Tamil dalam
mempelajari bahasa kedua kurang dijalankan oleh penyelidik-penyelidik di luar bandar.
Murid India di bandar dan di luar bandar memang terdapat banyak perbezaan dari segi sikap
dan motivasi dalam mempelajari bahasa kedua. Murid India di bandar banyak terdedah
kepada persekitaran yang menggunakan bahasa Melayu. Malah, murid India di luar bandar
kurang terdedah kepada persekitaran penggunaan bahasa kedua dan menggunakan bahasa
Tamil dengan ibu bapa, rakan, jiran dan guru. Murid India di SJKT tidak berpeluang untuk
bergaul dengan murid kaum lain menjadi salah satu penyebab penguasaan bahasa Melayu
terjejas dan terbabas. Lebih-lebih lagi, bahasa Tamil turut digunakan oleh murid India dalam
subjek bahasa Melayu dan bahasa Inggeris di kelas. Oleh itu, pengkaji hanya fokus kepada
murid India di luar bandar yang ingin mengkaji tentang sikap dan motivasi murid India
sekolah vernakular Tamil dalam mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua.

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 PENGENALAN

Bab ini menggariskan metodologi kajian yang melibatkan reka bentuk kajian, kaedah kajian,
persampelan, lokasi kajian, kaedah pengumpulan data, instrumen kajian, tatacara
pengumpulan data, penganalisisan data dan kesahan data untuk menjawab kedua-dua soalan
kajian ini.
3.2 REKA BENTUK KAJIAN

Bagi menjawab persoalan-persoalan kajian ini, pendekatan kuantitatif digunakan. Pengkaji


mengumpul, menganalisis dan mengintegrasikan data kuantitiatif yang diperolehi melalui
pendekatan ini. Chua Yan Piaw (2016) menjelaskan kajian kuantitatif penting untuk
mengumpul maklumat berdasarkan sesuatu peristiwa, kejadian atau fenomena yang wujud.
Pendekatan kuantitatif dalam sesuatu kajian dapat dinyatakan dalam bentuk angka, graf dan
jadual. Pendekatan tersebut amat sesuai bagi menguji teori dan andaian yang dibentuk
berdasarkan sesuatu fenomena. Ia juga amat membantu pengkaji mendapatkan fakta yang
digeneralisasikan mengenai topik yang dikaji.
Lazimnya, reka bentuk kajian kuantitatif bertumpu kepada pengujian teori dan
hipotesis sesuatu kajian dan memerlukan bilangan sampel kajian yang ramai untuk
mendapatkan dapatan kajian yang sah, tepat dan berkualiti. Chua (2006) dan Fraenkal (2007)
mengatakan bahawa kajian kuantitatif dikawal melalui pengumpulan dan analisis data serta
memerlukan alatan saintifik dan eksperimen untuk mengukur pemboleh ubah kajian. Ujian
statistik dalam kajian kuantitatif digunakan untuk memberi penerangan dan mengenal pasti
hubungan pemboleh ubah dalam suatu kajian. Selain itu, pendekatan kuantitatif ini
menitikberatkan aspek-aspek pengiraan seperti peratusan, kekerapan, min, mod, median dan
sisihan piawai yang berkaitan dengan angka.

3.3 KAEDAH KAJIAN

Kajian berbentuk kaedah tinjauan diaplikasikan dalam kajian untuk melihat sikap dan
motivasi murid India sekolah vernakular Tamil terhadap pembelajaran bahasa kedua iaitu
bahasa Melayu di daerah Batu Pahat. Mohd Majid (2005) menyatakan pula kaedah tinjauan
amat sesuai untuk sampel yang ramai dan dapat menjimatkan masa dan tenaga dalam
menjalankan sesuatu kajian. Dengan adanya kaedah tinjauan pengkaji dapat menganalisis
data yang banyak dengan teratur dan sistematik berdasarkan ciri-ciri yang dikehendaki.
Kaedah tinjauan membuka ruang kepada pengkaji untuk mengukur dan menganalisis data
kuantitatif agar digeneralisasikan kepada populasi yang besar berdasarkan ciri-ciri yang
serupa. Oleh itu, kaedah tinjauan ini diperlukan untuk mengukur pemboleh ubah yang dikenal
pasti dalam sesuatu fenomena.
Kajian tinjauan yang disebut sebagai kajian survey biasanya digunakan dalam bidang
sains sosial dan bidang pendidikan untuk mengkaji sesuatu isu. Dalam kaedah tinjauan
penyelidik memilih sampel daripada populasi yang dikenal pasti, mengumpul data dan
menganalisis persoalan kajian berdasarkan data yang diperolehi. Kajian kuantitatif berbentuk
kaedah tinjauan mengkaji hubungan antara pemboleh ubah melalui ujian kolerasi. Marician
(2006) pula berpendapat kaedah tinjauan ini memerlukan sampel yang ramai dan berfokus
kepada sampel dalam sesuatu populasi. Justeru itu, sampel kajian haruslah memiliki ciri-ciri
populasi supaya data yang diperolehi akan memberikan kenyataan umum tentang keseluruhan
popuasi yang dikaji.
Dengan adanya kaedah tinjauan ini, data boleh diukur dengan tepat dan cepat. Kaedah
tinjauan ini menggunakan saiz sampel yang besar dan maklumat boleh diterima dalam masa
yang singkat daripada responden. Kaedah tinjauan dapat menjimatkan masa, tenaga dan kos
pengkaji dalam melaksanakan kajian. Antara instrumen kaedah tinjauan ini ialah soal selidik,
temu bual secara bersemuka, temu bual melalui telefon untuk mengumpul data kajian.
Instrumen sebegini diaplikasikan untuk memberikan penjelasan yang tepat terhadap ciri-ciri
popuasi yang dikaji.

3.4 LOKASI KAJIAN

Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah vernakular Tamil (SJKT) di kawasan Yong Peng,
Batu Pahat. Sekolah ini diklasifikasikan sebagai sekolah luar bandar antara sekolah-sekolah
Tamil yang berada di daerah Batu Pahat. Sekolah ini dilabelkan sebagai sekolah luar bandar
kerana lokasi kajian tersebut didirikan di kawasan Yong Peng yang mundur dari segi
teknologi, infrastruktur, kemudahan teknologi, tahap kehidupan dan sebagainya. Sekolah ini
dipilih berdasarkan beberapa kriteria yang telah difokuskan oleh pengkaji. Pertama, jarak
sekolah dengan Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat ialah 65km. Kedua, responden kajian
merupakan penduduk setempat yang tinggal berhampiran dengan lokasi kajian yang dipilih.
Ketiga, sekolah berikut dipilih kerana ibu bapa menghantar anak-anak ke sekolah vernakular
Tamil tersebut kerana bahasa ibundanya. Keempat, sekolah tersebut memberikan keutamaan
kepada bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar utama kerana semua subjek diajar dalam
bahasa ibunda kecuali bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Kelima, sekolah ini mempunyai
bilangan murid yang paling kurang daripada ketiga-ketiga sekolah tamil yang terdapat di
daerah ini.
Keenam, ibu bapa yang tidak tinggal di ladang juga menghantar murid ke sekolah
tersebut kerana kawasan tersebut hanya mempunyai sebuah sekolah tamil sahaja. Seterusnya,
sekolah ini dikelilingi oleh masyarakat setempat yang bertutur bahasa tamil sahaja dalam
komunikasi selain menggunakan bahasa Melayu untuk tujuan pekerjaan di ladang dan di
bandar. Selain itu, berdasarkan keputusan peperiksaan UPSR, kebanyakan murid tamil
sekolah ini mendapat pencapaian yang agak membimbangkan, iaitu gred D dan E dalam
subjek bahasa Melayu. Sehubungan itu, sekolah ini dipilih kerana berdasarkan analisis
laporan keputusan peperiksaan UPSR 2019 daripada Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat
didapati bahawa daripada ketiga-tiga buah sekolah tamil di daerah Batu Pahat mendapati
bahawa murid tamil sekolah tersebut mencapai pencapaian yang minimum atau paling rendah
dalam peperiksaan bahasa Melayu terutamanya kertas 2.

3.5 POPULASI

Menurut Norhasmi Othman (2015) populasi bermaksud kumpulan sasaran pengkaji, iaitu
kumpulan kepada siapa hasil kajian akan ditumpukan. Cresswell, J.W. (2008) berpendapat
populasi adalah sekumpulan individu yang memiliki ciri-ciri dan kriteria yang sama dengan
tujuan kajian yang ditetapkan. Populasi kajian ini ditumpukan kepada murid tahap 2 di
sebuah sekolah vernakular Tamil di daerah Batu Pahat. Antara ciri- ciri yang diperlihatkan
ialah umur, kawasan tempat tinggal dan budaya sosial murid. Populasi kajian ini merupakan
murid India luar bandar yang mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Oleh itu,
populasi membantu pengkaji dalam menetapkan cara pemilihan sampel berdasarkan bilangan
sampel dan menganggarkan perbelanjaan kajian.

3.5.1 PENSAMPELAN
Sampel kajian bermaksud responden-responden kajian yang dipilih untuk mewakili sesuatu
populasi. Semasa memilih sampel, pengakaji perlu menetapkan populasi yang dikehendaki,
menentukan saiz sampel dan memilih sampel mengikut keperluan. Sampel kajian ini
melibatkan murid tahun empat, lima dan enam di sebuah sekolah vernakular Tamil di daerah
Batu Pahat. Disebabkan sekolah tersebut merupakan sekolah kurang murid, maka kesemua
murid tahap 2 iaitu seramai 50 orang murid dijadikan sampel kajian yang berumur 10 hingga
12 tahun sahaja. Bilangan responden mengikut tahun ialah 20 orang murid tahun empat, 16
orang murid tahun lima dan 14 orang murid tahun enam. Saiz sampel yang dipilih adalah
untuk menentukan kualiti statistik untuk dapatan kajian. Semasa menjalankan kajian,
pengkaji perlu memfokuskan peluang dan masa yang ada ketika memilih sampel.
Persampelan bermaksud proses yang memilih sekumpulan individu yang mewakili kumpulan
besar sebelum menjalankan kajian (Noraini, 2010). Di Batu Pahat, terdapat 3 buah sekolah
vernakular Tamil, iaitu 2 buah sekolah di bandar manakala sebuah sekolah di luar bandar.
Maka, pengkaji hanya memilih murid India di luar bandar untuk dijadikan sampel kajian.
Oleh kerana kajian tinjauan ini berkaitan sikap dan motivasi murid India terhadap
pembelajaran bahasa Melayu, maka kaedah pensampelan bertujuan dipilih. Hal ini demikian
kerana ia menggambarkan objektif kajian bagi mengkaji sesuatu fenomena dan memilih
sampel agar memberi info yang jelas. Kenyataan ini disokong oleh Creswell (2002)
menyatakan bahawa melalui pensampelan bertujuan, sampel kajian yang dipilih berupaya
memberikan info yang maksimum bagi mengukuhkan kefahaman terhadap fenomena yang
dikaji.
Pemilihan sampel murid tahap 2 berpandukan beberapa kriteria yang telah ditentukan
oleh pengkaji. Antaranya ialah responden dipilih berdasarkan penggunaan bahasa kedua
dalam waktu subjek bahasa Melayu sahaja. Manakala, bahasa ibunda, iaitu bahasa Tamil
digunakan sebagai bahasa pertama atau bahasa pertuturan sepanjang waktu persekolahan.
Selain itu, murid tahun 4, 5 dan 6 dipilih kerana dikategorikan sebagai murid yang lebih
matang berbanding dengan murid yang berada di tahap rendah. Seterusnya, murid tersebut
mempunyai keupayaan membaca dalam bahasa Melayu di mana ia membantu responden
untuk memahami dan menjawab item-item soal selidik. Akhirnya, sampel kajian dipilih
berdasarkan pencapaian rendah murid India dalam peperiksaan akhir tahun 2019 dalam kertas
bahasa Melayu Pemahaman dan Penulisan. Justeru itu, pengkaji memilih sampel kajian
berdasarkan ciri-ciri yang telah ditetapkan untuk diperlukan dalam kajian ini.
3.6 INSTRUMEN KAJIAN

Antara instrumen utama kajian yang ditentukan oleh pengkaji ialah soal selidik agar
mengumpul data yang diperlukan.

3.6.1 Soal selidik

Pengkaji memilih instrumen soal selidik bagi mengumpul data supaya menjawab persoalan-
persoalan kajian di dalam kajian ini. Chua Yan Piaw (2012) mengatakan bahawa instrumen
soal selidik sesuai digunakan dalam kajian tinjauan kerana berupaya menghasilkan item-item
yang boleh dipercayai dan konsisten. Item soal selidik perlu disediakan dengan rapi dan baik.
Soal selidik yang sesuai membantu pengkaji mendapatkan info terus daripada responden.
Kaedah soal selidik kerap diaplikasikan dalam banyak kajian yang berbentuk kuantitatif
untuk mengumpul data daripada sampel. Soal selidik dipilih bagi memudahkan pengkaji
mendapatkan banyak maklumat dalam masa yang singkat.
Dalam kajian ini, pengkaji mengedarkan tiga jenis borang soal selidik kepada sampel
kajian. Bahagian A adalah untuk mendapatkan maklumat berkaitan demografi responden.
Dalam bahagian ini merangkumi maklumat seperti jantina, bangsa, umur, pekerjaan ibu bapa
responden dan jenis sekolah. Bahagian B pula berkaitan sikap murid India dalam
mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua yang mengandungi 13 soalan. Bahagian C
pula merujuk kepada motivasi murid India terhadap pembelajaran bahasa Melayu sebagai
bahasa kedua yang mengandungi 13 soalan. Pengakji mengubah suai item soal selidik
daripada kajian Khairul Nizam (2017) dan Nancy anak Ngumbang (2017). Responden harus
memilih “Ya” atau “Tidak” untuk memberikan respons kepada setiap item kerana ianya lebih
ringkas dan mudah dijawab. Hal ini demikian kerana sampel kajian terdiri daripada murid
sekolah rendah sahaja.
Sebelum menjalankan kajian, soal selidik diberikan kepada 30 orang sampel kajian
terlebih dahulu dari sekolah terpilih tersebut dan memperuntukkan masa selama 20 minit
untuk menjawab item soal selidik yang dibina oleh pengkaji. Ia membantu pengkaji
menyemak, memperbaiki dan menambahbaik item-item soal selidik mengikut kefahaman
murid. Pengkaji perlu menerangkan item-item soal selidik yang dibina dalam bahasa Melayu
kepada bahasa ibunda, iaitu bahasa Tamil supaya murid India lebih memahaminya dan
menjawab item-item soal selidik dengan betul dan tepat kerana responden yang dipilih belum
mencapai tahap kematangan yang baik dan masih memerlukan bimbingan guru untuk
menjawabnya. Soal selidik tersebut dimurnikan mengikut tahap kefahaman murid India
sekolah vernakular Tamil tahun 4, 5 dan 6. Noraini Idris (2013) menyatakan instrumen soal
selidik membuka ruang kepada responden bagi menjawab soalan dengan menanda item-item
soal selidik. Oleh itu, pemilihan instrumen utama, iaitu soal selidik sesuai untuk menjawab
kedua-dua soalan kajian dalam kajian ini.

3.7 KESAHAN INSTRUMEN KAJIAN

Pengkaji melakukan kajian rintis terhadap item-item soal selidik yang dibina untuk
mendapatkan kesahan sesuatu kajian. Kajian rintis adalah untuk memastikan item soal
selidik yang dihasilkan adalah tepat dan jelas bagi memudahkan responden memahaminya.
Ia juga penting bagi menetapkan tempoh masa yang sesuai bagi memberikan set soal selidik
kepada responden sebenar. Mohd Najib (1999) mengatakan bahawa kajian rintis wajib
dilaksanakan bagi memastikan kesahan soalan dan juga menguji kefahaman responden
terhadap item-item dalam soal selidik yang diberikan. Azizi et al. (2007), kajian rintis sangat
penting untuk mengelakkan kekeliruan semasa menjawab soalan dan menyinggirkan atau
mengubahsuai soalan bermasalah dalam soal selidik.
Kesahan ujian bermaksud sejauh mana sesuatu ujian mengukur apa yang sepatutnya
diukur (Alias, 1999). Dapatan yang diperolehi melalui data dan bukti yang sah
menggambarkan kesahan instrumen kajian yang tinggi dan mampu memberikan hujah yang
tepat dan jelas. Fraenkel dan Norman (2005) menyatakan kesahan instrumen dilakukan oleh
pengkaji bagi memastikan item-item soal selidik yang dibina dapat memberikan data kajian
yang tepat dan bermakna, harus menepati persoalan kajian dan bersesuaian dengan tujuan
kajian, memberikan maklumat yang bermakna dan berupaya membuat kesimpulan terhadap
data yang diperolehi untuk mengukur pemboleh ubah kajian. Pengkaji mengaplikasikan
teknik “Content-related evidence of validity” untuk mengukur ketepatan dan ketekalan
kandungan item soal selidik supaya sampel mudah memahami untuk menjawabnya. Dengan
adanya teknik ini, ketekalan item soal selidik mudah diukur dan dinilai. Lazimnya, teknik ini
memerlukan beberapa pakar rujuk untuk menilai instrumen bagi menentukan ketepatan
kandungan item soal selidik. Muktar (2009) menjelaskan pandangan daripada pakar-pakar
untuk kerja-kerja penyuntingan adalah diperlukan sebelum soalan-soalan diedarkan kepada
sampel kajian. Hal ini demikian kerana semua kandungan item soal selidik dalam kajian ini
telah disemak oleh penyelia bagi memastikan item yang dibina amat bersesuaian dengan
soalan kajian. Melalui ini, kesahan instrumen dapat dilihat dengan begitu jelas dan pengkaji
mudah mengukur data kajian berdasarkan isu yang dipilih. Sebelum kajian sebenar
dilaksanakan soalan-soalan dan kandungan soal seldik telah dibincangkan dan dipersetujui
oleh penyelia dalam kajian ini.
Seramai tiga puluh orang murid India yang belajar bahasa Melayu sebagai bahasa
kedua telah dipilih secara rawak untuk menguji sejauh mana item yang dibina dapat
difahami oleh murid di samping menyemak dan menyusun item dalam borang soal selidik
dengan teratur dan sistematik. Murid diberikan masa selama 20 minit bagi menjawab dan
memberi maklum balas terhadap item soal selidik yang ditanda. Selepas menjalankan kajian
rintis murid-murid tersebut tidak dimasukkan dalam kajian sebenar untuk mengurangkan
kesan pembolehubah pencemar terhadap dapatan kajian yang sebenar. Untuk melihat
kesahan dan kandungan item soal selidik, pengkaji pula meminta tiga orang pakar lagi untuk
menilai dan menyemak item-item soal selidik yang telah dibina. Pakar-pakar tersebut
memiliki kepakaran dalam bidang bahasa Melayu. Pengkaji telah memperbaiki item dan
menggantikan beberapa item yang tidak sesuai berdasarkan komen yang diberi.
Hasil kajian rintis mendapati soal selidik yang telah digubal oleh pakar-pakar
memudahkan kefahaman responden kajian untum menjawab soalan-soalan serta relevan
dengan objektif kajian. Hasil semakan daripada pakar-pakar mendapati terdapat ayat-ayat
yang kurang jelas dan telah diperbaiki bagi mengasakan item-item soal selidik supaya
responden kajian mudah memahaminya. Responden kajian dapat memberikan respons yang
baik terhadap item soal selidik yang dibina. Ini bermakna format soalan yang digunakan
bersesuaian dengan kefahaman responden kajian. Oleh itu, item soal selidik boleh diberikan
kepada sampel kajian sebenar.
3.8 PROSEDUR PENGUMPULAN DATA

Sikap dan motivasi murid India dalam mempelajari bahasa


Melayu sebagai bahasa kedua.

Sebuah sekolah tamil


Murid tahun 4, 5 dan 6

Soal selidik

Sikap murid India terhadap Motivasi murid India terhadap


pembelajaran bahasa Melayu pembelajaran bahasa Melayu

Taburan Jadual

Data dianalisis secara deskriptif (kekerapan dan peratusan)

Dapatan dan perbincangan

Rajah 3.1 Tatacara Pengumpulan Data

Rajah di atas menggambarkan tatacara pengumpulan data bagi kajian yang hendak
dijalankan. Pengkaji memberikan borang soal selidik kepada 50 orang murid India yang
memperoleh markah rendah dalam peperiksaan akhir tahun 2019 selepas mendapat
kebenaran untuk menjalankan kajian di sekolah. Responden mendengar taklimat ringkas
berkaitan tujuan kajian dan cara menjawab soal selidik tersebut dengan jujur sebelum
mengisi borang soal selidik. Responden diberikan masa selama 15 hingga 20 minitu untuk
menjawab soal selidik. Kemudian, pengkaji mengutip borang soal selidik dengan bantuan
guru bahasa Melayu di sekolah tersebut.
Pada awal pengumpulan data, responden diminta untuk mengisi soal selidik A
berkaitan demografi responden untuk mengetahui bilangan jantina lelaki dan perempuan
dalam kajian. Kemudian, responden diminta untuk mengisi borang soal selidik B berkaitan
sikap murid India sekolah vernakular Tamil dalam mempelajari bahasa Melayu sebagai
bahasa kedua.
Kemudian, soal selidik C pula diberikan kepada murid India untuk mengenal pasti
motivasi murid India sekolah vernakular Tamil terhadap pembelajaran bahasa Melayu
sebagai bahasa kedua. Kemudian, pengkaji mengutuip dan mengumpul borang soal selidik
dengan bantuan guru bahasa Melayu di sekolah tersebut selepas tamat sesi menjawab.
Kesemua borang soal selidik dikumpulkan untuk mendapatkan taburan dalam bentuk
jadual. Dapatan kajian dalam jadual taburan dianalisis secara deskriptif dalam bentuk
kekerapan dan peratusan untuk membincangkan dapatan dengan lebih teliti.

3.9 PENGANALISISAN DATA

Alias (1999 mengatakan bahawa penggunaan statistik diperlukan dalam suatu kajian bagi
menerangkan sifat-sifat sesuatu populasi yang dikaji. Perisian Microsoft Office Excel 2010
digunakan oleh pengakji bagi menganalisis data yang dikumpul daripada borang soal selidik
A, B dan C. Analisis data kuantitatif secara deskriptif mudah diukur dan diterangkan dalam
bentuk kekerapan dan peratusan dalam kajian ini. Statistik deskriptif digunakan untuk
mengetahui sikap dan motivasi murid India sekolah vernakular Tamil dalam mempelajari
bahasa Melayu sebagai bahasa kedua.

3.9.1 KESIMPULAN

Bab ini menerangkan tentang metodologi kajian berbentuk kuantitatif yang diaplikasikan
dalam kajian ini. Elemen-elemen yang dimasukkan dalam bab ini memudahkan pengkaji
membuat tatacara pengumpulan data yang teratur dan menjalankan proses kajian mengikut
prosedur yang betul serta berupaya menganalisis data dengan tepat. Dengan ini, pengkaji
dapat menulis kesimpulan dan perbincangan kajian pada bab berikutnya.
BAB 4

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

4.1 PENGENALAN

Bab ini menerangkan dapatan statistik berpandukan data yang dikumpulkan melalui dua jenis
soal selidik yang direka. Pengkaji menggunakan perisian Microsoft Ecxel Windows 10 untuk
menganalisis data yang dikumpulkan. Secara ringkasnya, dapatan kajian dianalisis secara
deskriptif dalam bentuk peratusan dan kekerapan untuk soalan kajian pertama dan kedua.
Bahagian ini membincangkan maklumat demografi responden yang dipilih dalam
kajian ini. Segara maklmuat didapati daripada borang soal selidik dicatatkan dalam jadual di
bawah. Jadual 4.1 memaparkan jumlah responden kajian yang dipilih berdasarkan jantina.
Berdasarkan jadual 4.1, seramai 50 orang murid India tahap 2 yang belajar matapelajaran
bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dipilih dalam kajian tersebut. Bilangan murid lelaki
adalah sebanyak 22 orang (44%) dan murid perempuan pula adalah seramai 28 orang (56%).
Hal ini menunjukkan bilangan responden perempuan lebih tinggi daripada bilangan
responden lelaki. Dari segi umur pula, seramai 20 orang murid 10 tahun, 16 orang murid 11
tahun dan 14 orang murid 12 tahun terlibat dalam kajian ini.

Jadual 4.1: Maklumat Demografi Responden

Perkara Kekerapan Peratusan (%)


Jantina Lelaki 22 50 44
Perempuan 28 56
Umur 10 tahun 20 40
11 tahun 16 32
50
12 tahun 14 28

4.2 Statistik Deskriptif

Statistik deskriptif diperlukan untuk membuat perincian pada data yang diperolehi melalui
item soal selidik yang dibina dalam kajian tersebut. Wiersma (2000) pula menjelaskan
analisis deskriptif berperanan untuk mengukur dan menjelaskan data kuantitatif secara
terperinci. Oleh itu, kajian ini membincangkan data berpandukan analisis deskriptif.

Soalan kajian 1: Apakah sikap murid India sekolah vernakular Tamil dalam
mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua?

Sikap bermaksud seseorang bersedia untuk beraksi apabila berhadapan dengan perkara-
perkara yang digemari atau sebaliknya. Zamri (2006) pula mentakrifkan sifat ialah tindak
balas seseorang atau perlakuan yang ditunjukkan oleh individu ketika menghadapi sesuatu.
Oleh itu, sikap dalam kajian ini bermaksud sejauh mana tindakan murid India sekolah
vernakular Tamil untuk menerima bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam proses
pembelajaran dan pengajaran di kelas. Sikap dibahagikan kepada tiga komponen, iaitu sikap
terhadap penutur bahasa Melayu, sikap integratif dan minat terhadap pembelajaran bahasa
Melayu. Sikap terhadap penutur bahasa Melayu ialah kelakuan atau tindakan yang
dipamerkan oleh murid India ketika berinteraksi dengan masyarakat berbangsa Melayu.
Selain itu, sikap integratif pula merujuk kepada kemahuan dan kesungguhan seseorang
mempelajari sesuatu bahasa dengan menjalinkan hubungan dengan bangsa bahasa kedua
untuk memahami budayanya. Minat pula diertikan sebagai kesungguhan seseorang untuk
mencapai pencapaian yang maksimum terhadap matapelajaran yang disukai. Individu akan
gigih berusaha belajar bahasa tersebut jika memiliki minat yang mendalam untuk
meningkatkan pencapaian dalam matapelajaran tersebut.
Secara keseluruhannya murid India sekolah vernakular Tamil menunjukkan peratusan
yang sangat tinggi dalam aspek sikap terhadap pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa
kedua. Murid India menunjukkan sikap positif dalam menerima bahasa Melayu kerana
mempamerkan naluri keinginan yang tinggi terhadap subjek bahasa Melayu. Di samping, itu,
faktor sikap ini membantu meningkatkan penguasaan murid India dalam subjek bahasa
Melayu sebagai bahasa kedua dan mengakibatkan kesan yang tinggi sekiranya tidak
menguasainya dengan sebaik mungkin.
Berdasarkan Jadual 4.2, murid India mempamerkan sikap positif dalam mempelajari
bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Ia jelas dilihat apabila 9 item, iaitu B1, B2, B4, B5, B6,
B7, B8, B9 dan B10 menunjukkan kekerapan dan peratusan yang tinggi, iaitu majoriti
memilih “Ya” sebagai jawapan mereka. Item-item tersebut mencapai peratusan bersetuju
melebihi 75% daripada item 13 keseluruhannya. Hanya 2 item sahaja, iaitu B11 dan B12
yang mendapat dapatan melebihi 60.0% bersetuju. Sementara itu, item B3 dan B13 hanya
mencapai peratusan bersetuju melebihi 45% sahaja dan memaparkan tahap sikap terhadap
pembelajaran bahasa Melayu amat rendah. Seramai 64.0% sahaja responden bersetuju item
B12, iaitu ‘Saya memahami topik yang diajar dalam bahasa Melayu’. Manakala, item B11,
iaitu ‘Saya sering menjawab soalan guru dalam bahasa Melayu di kelas’ dengan hanya
60.0% responden bersetuju. Sementera itu, 48.0% responden bersetuju bagi item B3, iaitu
‘Saya menjalinkan hubungan dengan orang Melayu’. Manakala, item B13 memperoleh
keputusan paling terendah di mana 46.0% responden sahaja bersetuju iaitu ‘Saya
berkomunikasi dalam bahasa Melayu di kelas’. Dalam bahagian ini, data dianalisis kepada 3
konstruk, iaitu sikap murid India terhadap penutur bahasa Melayu, sikap integratif murid
India terhadap bahasa Melayu dan minat murid India terhadap bahasa Melayu.
Konstruk pertama, iaitu sikap murid India terhadap penutur bahasa Melayu, dapatan
analisis data memaparkan bahawa didapati sikap yang positif secara keseluruhannya.
Bilangan responden yang menjawab “Ya” ialah sebanyak 45 responden atau 90% berbanding
“tidak” 5 responden atau 10%.bagi item B2, iaitu ‘Saya gembira berkenalan dengan orang
Melayu’ menunjukkan tahap paling tinggi. Ini bermakna murid India berasa seronok apabila
bersosial dengan rakan berbangsa Melayu dari sekolah kebangsaan. Bagi item B1, iaitu ‘Saya
gemar orang Melayu’ dalam bahagian ini pula menggambarkan 40 responden atau 80%
menjawab “Ya” berbanding “Tidak” 10 responden atau 20%. Dapatan analisis kajian tersebut
menunjukkan bahawa murid India mempunyai keinginan untuk bergaul dan berinteraksi
dengan masyarakat Melayu supaya dapat memahami dan menyesuaikan diri dengan budaya
Melayu. Secara langsung, murid India menunjukkan sikap positif terhadap penutur bahasa
Melayu dalam kajian ini.
Hanya dua item diuji dalam konstruk kedua, iaitu sikap integratif murid India terhadap
bahasa Melayu. Data menunjukkan bahawa 96.0% atau 48 responden bersetuju bagi item B4
dan mengatakan bahawa ‘Saya berkomunikasi dalam bahasa Melayu jika bergaul dengan
rakan yang berbangsa Melayu’. Item kedua yang diuji ialah ‘Saya menjalinkan hubungan
dengan orang Melayu’ dan menunjukkan peratus bersetuju yang rendah, iaitu 48.0% sahaja
dan bilangannya adalah 24 responden sahaja. Ini bermakna murid India tidak berpeluang
untuk berinteraksi dengan masyarakat Melayu kerana kebanyakan murid India berasal dari
ladang mempunyai jiran berbangsa India sahaja. Persekitaran tempat tinggal mengakibatkan
wujudnya jurang komunikasi antara masyarakat Melayu dan India. Daripada analisis yang
dibuat didapati responden memiliki sikap integratif yang positif terhadap bahasa Melayu. Hal
ini demikian kerana murid India berpendapat bahawa mereka boleh bertutur dalam bahasa
Melayu dengan lancar sekiranya berkawan dengan masyarakat Melayu. Disebabkan ini,
murid India mempunyai keinginan untuk menjalinkan hubungan dengan orang Melayu.
Hubungan yang baik dengan orang Melayu dapat mempertingkatkan kefasihan murid India
dalam pertuturan bahasa Melayu. Ini bermakna murid India selesa menyesuaikan diri dan
bergaul dengan masyarakat Melayu. Murid India bersikap terbuka untuk berinteraksi dan
ingin membentuk hubungan yang baik dengan masyarakat orang Melayu. Apabila
berkomunikasi dengan rakan Melayu, murid India berkebolehan berutur dalam bahasa
Melayu dengan lancar.
Konstruk yang terakhir diuji adalah minat murid India terhadap bahasa Melayu.
Sebanyak 9 item direka dalam konstruk tersebut. Hasil analisis data menunjukkan bahawa
sebanyak 96.0% dan 48 responden menjawab “Ya” yang paling tinggi bagi item B6 adalah
‘Saya tertarik hati dengan cara penyampaian guru bahasa Melayu’. Ini bermakna
kepelbagaian teknik dan strategi pengajaran yang diaplikasikan guru dalam kelas bahasa
Melayu seperti didik hibur, gallery walk, pembelajaran berasaskan projek, aktiviti ‘hands on’
mampu mewujudkan suasana ceria di samping murid dapat mengikuti sesi pembelajaran
dengan gembira. Bagi item B5 dan B7 adalah ‘Saya minat belajar matapelajaran bahasa
Melayu’ serta ‘Saya mengulangkaji matapelajaran bahasa Melayu di rumah’ mendapat
jumlah peratusan yang sama sahaja, iaitu sebanyak 92.0% dan 46 bilangan responden
bersetuju dan 8% dan 4 bilangan responden tidak bersetuju. Dengan adanya minat yang
mendalam, murid India berusaha untuk mempelajarinya untuk mendapat prestasi akademik
yang cemerlang. Perkara ini ditonjolkan melalui penglibatan aktif dalam aktiviti
pembelajaran bahasa Melayu di kelas. Selain itu, murid India selalu membuat ulangkaji
matapelajaran bahasa Melayu di rumah. Ini bermakna murid India berazam untuk mendapat
markah yang cemerlang dalam matapelajaran bahasa Melayu di dalam peperiksaan UPSR
pada masa akan datang di samping melengkapkan kriteria kemasukan sekolah berasrama
penuh atau sekolah sukan.
Begitu juga dengan item B8, iaitu ‘Saya berfokus semasa proses pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu di bilik darjah.’ mendapat jumlah peratusan bersetuju
sebanyak 88.0% atau bilangan 44 responden dan 12% dan 6 responden tidak bersetuju. Suara
dan nada guru bahasa Melayu yang jelas dan lantang menyebabkan murid India dapat
memberikan fokus semasa guru mengajar di dalam bilik darjah di samping murid dapat
mengekalkan fokus dan mendengar arahan semasa guru memberikan latihan bahasa Melayu
di dalam kelas. Hal ini mendorong murid India dapat melengkapkan tugasan atau latihan
yang diberikan mengikut arahan guru dan dapat menghantar latihan tersebut dalam tempoh
waktu yang ditetapkan. Selain itu, sebanyak 78.0% responden bersetuju pada item B10 dan
mengatakan bahawa ‘Saya gigih belajar bahasa Melayu’. Murid India dengan belajar bahasa
Melayu dengan tekun supaya lulus dalam peperiksaan UPSR agar dapat menjejaki kaki ke
Tingkatan 1.
Item seterusnya, iaitu B9, iaitu ‘Saya membuat kerja rumah bahasa Melayu yang
diberikan oleh guru’ menunjukkan peratus bersetuju sebanyak 76.0%. Ini bermakna
kebanyakan murid India dapat menghantar kerja rumah bahasa Melayu pada keesokan hari di
dalam kelas dalam tempoh masa yang diberitahu oleh guru berkenaan. Segelintir lagi tidak
dapat menyiapkan kerana mereka tidak memahami cara penulisannya akibat daripada
ketidakcekapan menguasai kemahiran membaca. Keputusan UPSR 2019 menurun berpunca
daripada kegagalam murid India menguasai kemahiran bahasa, iaitu membaca dan
memahami. Mereka tidak boleh membaca dan memahami soalan yang diberikan dalam kertas
soalan, khususnya penulisan. Manakala item B11 dan B12 berada pada aras 65.0% ke bawah.
Data menunjukkan item B11, iaitu ‘Saya memahami topik yang diajar dalam bahasa
Melayu’ memperoleh jumlah peratusan bersetuju sebanyak 64.0% sahaja. Ini bermakna
segelintir murid Inida dapat memahami kandungan pelajaran apabila guru menggunakan
bahasa Melayu sepenuhnya semasa menyampaikan isi pelajaran. Bagi murid yang tidak
memahaminya, guru terpaksa mengulang arahan dalam bahasa Melayu berulang kali atau
menggunakan bahasa ibunda untuk menjelaskannya. Ini menyebabkan guru membazir masa
dan tenaga untuk menberikan penjelasan kepada murid yang berlainan aras. Manakala,
sebanyak 60.0% responden bersetuju bagi item B11, iaitu ‘Saya sering menjawab soalan
guru dalam bahasa Melayu di kelas’. Hal ini bermakna sesetengah murid India menunjukkan
kesungguhan untuk mejawab soalan guru dalam bahasa Melayu. Segelintir murid lagi tidak
mampu menjawab soalan bahasa Melayu kerana sikap malu dan kurang yakin serta tidak
berani bertutur menggunakan bahasa kedua di dalam kelas. Mereka beranggapan bahawa
akan diejek oleh rakannya sekiranya terdapat kesalahan atau kesilapan semasa bertutur
menggunakan bahasa Melayu dengan guru.
Item terakhir B13, iaitu ‘Saya berkomunikasi dalam bahasa Melayu di kelas’
menunjukkan data kajian yang paling rendah sebanyak 46.0% responden sahaja yang
bersetuju bagi item tersebut. Ini menyebabkan murid India tekad bertutur dalam bahasa
ibunda walaupun diberikan teguran dan amaran daripada guru bahasa Melayu. Penggunaan
bahasa ibunda yang berlebihan di sekolah dan rumah menyebabkan murid tidak dapat
menyesuaikan diri untuk berinteraksi dalam bahasa Melayu. Kebanyakan matapelajaran di
SJKT diajar dalam bahasa ibunda kecuali bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Kekurangan
masa menggunakan bahasa kedua amat tipis dalam kehidupan seharian mereka. Daripada
dapatan kajian di dalam konstruk ini boleh dikatakan bahawa responden mempamerkan minat
yang tinggi terhadap matapelajaran bahasa Melayu dan menggambarkan penerimaan murid
India terhadap bahasa Melayu adalah positif. Minat yang mendalam terhadap subjek bahasa
Melayu mendorong murid India berusaha lebih gigih dengan menunjukkan sikap yang positif
di dalam kelas untuk menguasainya dengan lebih efisien.
Natijahnya, data terperinci daripada ketiga-tiga konstruk ini didapati bahawa murid
India sekolah vernakular Tamil di luar bandar bersikap positif dalam mempelajari bahasa
Melayu sebagai bahasa kedua.

Jadual 4.2: Sikap murid India sekolah vernakular Tamil dalam mempelajari bahasa
Melayu sebagai bahasa kedua

Peratus (%)
KONSTRUK
Sikap murid India terhadap penutur bahasa Ya Tidak
A
Melayu
B1. Saya gemar orang Melayu 80.0 20.0
(40) (10)
B2. Saya gembira berkenalan dengan orang Melayu 90.0 10.0
(45) (5)
B Sikap integratif murid India terhadap bahasa Ya Tidak
Melayu
B3. Saya menjalinkan hubungan dengan orang 48.0 52.0
Melayu. (24) (26)
B4. Saya berkomunikasi dalam bahasa Melayu jika 96.0 4.0
bergaul dengan rakan yang berbangsa Melayu. (48) (2)
C Minat murid India terhadap bahasa Melayu Ya Tidak
B5. Saya minat belajar mata pelajaran bahasa Melayu. 92.0 8.0
(46) (4)
B6. Saya tertarik hati dengan cara penyampaian guru 96.0 40
bahasa Melayu. (48) (2)
B7. Saya mengulangkaj matapelajaran bahasa Melayu 92.0 8.0
di rumah. (46) (4)

B8. Saya berfokus semasa proses pengajaran dan 88.0 12.0


pembelajaran bahasa Melayu di bilik darjah. (44) (6)

B9. Saya membuat kerja rumah bahasa Melayu yang 76.0 24.0
diberikan oleh guru. (38) (12)

B10. Saya gigih belajar bahasa Melayu. 78.0 22.0


(39) (11)

B11. Saya sering menjawab soalan guru dalam bahasa 60.0 40.0
Melayu di kelas (30) (20)

B12. Saya memahami topik yang diajar dalam bahasa 64.0 36.0
Melayu. (32) (18)

B13. Saya berinteraksi dalam bahasa Melayu di kelas. 46.0 54.0


(23) (27)

Soalan kajian 2: Apakah motivasi murid India sekolah vernakular Tamil dalam
mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua?

Motivasi merujuk semangat kental pada diri seseorang untuk melakukan sesuatu demi
mencapai kejayaan. Gadner (1985) pula mentakrifkan motivasi ialah kombinasi usaha dan
hasrat untuk mencapai tujuan belajar bahasa. Hal ini bermakna murid bukan penutur natif
menunjukkan kesungguhan untuk untuk belajar bahasa kedua dengan berjaya. Motivasi
dikategorikan kepada dua jenis iaitu motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik. Motivasi
intrinsik ialah motivasi dalaman di mana individu mempunyai keinginan untuk melakukan
sesuatu tanpa dorongan atau ganjaran luaran (Ryan dan Deci, 2000). Murid yang mempunyai
motivasi intrinsik tidak memerlukan ganjaran atau hukuman untuk memenuhi kepuasaan dan
keperluaan dalaman murid itu sendiri. Pelajar memperoleh minat, kepuasan dan rasa ingin
tahu melalui aktiviti yang ingin dilakukannya. Manakala, motivasi ekstrinsik pula
didefiniskan sebagai dorongan atau rangsangan luaran seperti ganjaran, pujian, penghargaan,
markah dan sebagainya melalui aktiviti yang dilakukan bagi mencapai matlamat bahasa
(Mahmood Nazar, 1990). Dalam kajian ini, pelajar mempelajari bahasa kedua dengan baik
untuk mendapat keputusan cemerlang dalam ujian dengan bantuan faktor luaran yang
berbentuk ganjaran, hadiah dan pujian. Oleh itu, motivasi murid India sekolah vernakular
Tamil dalam mempelajari bahasa Melayu dapat dilihat dalam dua komponen, iaitu motivasi
intrinsik dan motivasi ekstrinsik.
Tahap motivasi murid India sekolah vernakular Tamil mendapati responden
bermotivasi tinggi dalam mempelajari bahasa Melayu kerana peratus keseluruhan item soalan
motivasi di bahagisn C mempamerkan jumlah responden menjawab “Ya” berada pada tahap
yang tinggi kecuali item soalan C7, iaitu 23 responden sahaja yang menjawab “Ya” atau 46.0
peratus manakala 27 responden menjawab ‘Tidak’ atau 54.0 peratus pada item soalan
tersebut.
Jadual 4.3 menggambarkan motivasi yang dipamerkan oleh setiap responden dalam
mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Sebanyak 13 item diuji berkaitan tahap
motivasi murid India diuji dan dibahagikan kepada 2 konstruk. Antaranya ialah motivasi
intrinsik dan motivasi ekstrinsik. 6 item telah diuji dalam aspek motivasi intrinsik manakala
motivasi ekstrinsik pula 7 item diuji kepada setiap responden dalam kajian ini. Berdasarkan
data yang diperoleh, didapati responden yang dipilih mempamerkan tahap motivasi yang
tinggi dalam mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Perkara tersebut
menggambarkan sebanyak 10 item mencapai peratusan setuju melebihi 70%. Manakala 2
item memperoleh peratusan setuju melebihi 60%. Akhirnya, hanya satu item menggambarkan
tahap motivasi yang paling rendah dan mencapai 46 % bersetuju sahaja.
Mengikut konstruk pertama iaitu, motivasi intrinsik murid India dalam mempelajari
bahasa Melayu, didapati tahap motivasi intrinsik yang ditunjukkan oleh murid amat tinggi.
Sebanyak 6 item terkandung dalam konstruk ini. Data yang diperoleh menunjukkan bahawa
item soalan pertama C1 dan kedua C2, iaitu ‘Saya menyiapkan tugasan bahasa Melayu di
kelas’ dan ‘Saya aktif dalam aktiviti semasa pembelajaran bahasa Melayu’ mencatatkan
dapatan yang sama sahaja, di mana 94.0% peratus responden bersetuju. Hal ini menunjukkan
item soalan tersebut menunjukkan jumlah dan peratusan yang menjawab ‘Ya’, iaitu sebanyak
47 responden daripada 50 responden adalah paling tinggi. Dengan adanya motivasi dalaman,
murid India dapat menyelesaikan tugasan bahasa Melayu dengan cepat di kelas dan
menghantar tugasan tersebut sebelum guru bahasa Melayu keluar dari kelas setelah habis
waktu matapelajaran tersebut. Hal ini kerana murid mendengar arahan guru dengan jelas
semasa memberikan tugasan di kelas. Ini memudahkan murid menyelesaikan tugasan dalam
waktu subjek tersebut. Selain itu, murid India menunjukkan penglibatan aktif di dalam kelas
semasa guru mengajar subjek bahasa Melayu. Murid India bersaing mengangkat tangan untuk
menjawab soalan guru di kelas. Aktivti pembelajaran seperti gallery walk, aplikasi kahoot
dalam kuiz, aktiviti permainan bahasa dan sebagainya melibatkan banyak pergerakan di
dalam kelas.
Selain itu, sebanyak 92.0% atau 46 responden menjawab ‘Ya’ bagi item C3, iaitu ‘Saya
seronok belajar bahasa Melayu’ berbanding menjawab ‘Tidak’ sebanyak 4 responden sahaja
atau 8 peratus. Hal ini kerana murid India berasa seronok apabila mempelajari subjek bahasa
Melayu kerana kepelbagaian teknik yang diaplikasikan oleh guru dapat mencetus minat
murid agar terus mengikuti pembelajaran bahasa Melayu di kelas. Kegembiraan yang wujud
dalam hati mereka mewujudjkan suasana ceria dan murid juga tidak berasa jemu sepanjang
aktivti pembelajaran di kelas. Bagi item C5, pula, iaitu ‘Saya berusaha mempelajari bahasa
Melayu’ telah mencatat peratusan dan bilangan setuju sebanyak 76.0% atau 38 responden
sahaja. Murid India yang sederhana gigih mempelajari bahasa Melayu untuk memantapkan
kemahiran bahasa, iaitu mendengar dan bertutur, membaca dan menulis. Murid India yang
kurang mahir dalam kemahiran bahasa akan berusaha untuk menjawab soalan guru dengan
mencampuradukkan bahasa ibunda dan menunjukkan kesungguhan untuk membaca suku
kata atau ayat pendek mengikut bunyi huruf yang betul. Sementara itu, sebanyak 70.0%
responden setuju bagi item C6, iaitu ‘Saya memberi kerjasama dalam menyelesaikan tugasan
berkumpulan dalam kelas bahasa Melayu’. Hal ini bermakna murid India dapat memberikan
kerjasama dalam kumpulan apabila guru bahasa Melayu mengadakan aktiviti gallery walk
berdasarkan tajuk tugasan yang dipilih oleh ketua kumpulan. Murid India melakukan aktivti
perbincangan dalam kumpulan dan saling memberikan idea kepada ketua kumpulan
walaupun bertutur dalam bahasa Tamil. Namun, sesetengah murid India yang nakal tidak
sudi memberikan kerjasama malah menganggu rakan kumpulan sendiri dan kumpulan lain
semasa sesi perbincangan.
Namun dalam konstruk ini, item C4, iaitu ‘Saya memperuntukkan masa dalam
matapelajaran bahasa Melayu di rumah’ memperoleh peratusan rendah dengan hanya 68.0
responden sahaja yang bersetuju. Hal ini bermakna murid India kurang bermotivasi terhadap
item C4 apabila menunjukkan bilangan yang menjawab ‘Ya’ hanya 34 responden sahaja dan
sebanyak 16 responden kurang memperuntukkan masa untuk belajar bahasa Melayu di
rumah. Ini bermakna murid India tidak mempunyai motivasi sendiri serta ketiadaan
bimbingan daripada ibu bapa untuk menggalakkan mereka mengulangkaji matapelajaran
bahasa Melayu di rumah. Walaubagaimanapun, secara keseluruhannya murid India
mempamerkan motivasi intrinsik yang tinggi dalam mempelajari bahasa Melayu. Perkara
tersebut membuktikan murid India menunjukkan keinginan dalam dirinya untuk mempelajari
bahasa Melayu tanpa sebarang dorongan atau ganjaran luaran. Justeru, motivasi terhadap
bahasa Melayu timbul daripada naluri keinginan sendiri untuk menguasainya dengan baik.
Dalam konstruk kedua, iaitu motivasi ekstrinsik murid India dalam mempelajari bahasa
Melayu telah diukur dengan 7 item sahaja. Data analisis kajian menggambarkan murid India
memiliki tahap motivasi ekstrinsik yang tinggi terhadap pembelajaran bahasa Melayu sebagai
bahasa kedua. Didapati item ‘Saya bersemangat belajar bahasa Melayu jika guru memberi
pujian, galakkan dan hadiah di kelas’, iaitu C10 mencatatkan peratusan tertinggi (100%) di
mana semua responden telah menjawab ‘Ya’ bagi item tersebut. Hal ini menunjukkan
motivasi yang tinggi dalam kalangan murid India dapat dilihat apabila guru memberikan
pujian, hadiah dan galakkan mampu memberikan semangat kepada murid untuk belajar
bahasa Melayu di kelas. Ini bermakna murid memerlukan dorongan seperti ganjaran atau
pujian untuk menunjukkan kecemerlangan dalam subjek bahasa Melayu. Guru bahasa
Melayu biasanya menggunakan ‘reward chart’ dalam matapelajaran bahasa Melayu untuk
menggalakkan penglibatan aktif dalam aktiviti pembelajaran. Ini mewujudkan persaingan
sihat antara murid di dalam kelas.
Selain itu, seramai 47 responden atau 94.0% menyatakan persetujuan bagi item kedua
C12, iaitu ‘Saya membaca buku cerita atau majalah dalam bahasa Melayu untuk
meningkatkan kelancaran membaca’. Hal ini bermakna murid India sanggup meminjam buku
cerita atau majalah dari perpustakaan untuk meningkatkan kefasihan membaca di samping
mengisi masa lapang. Pada masa yang sama juga, murid India membaca buku cerita atau
majalah dalam bahasa Melayu yang berbentuk komik dapat menimbulkan kegembiraan di
dalam hati kerana tertarik dengan kartun yang terdapat dalam komik tersebut Item ketiga C9
pula, iaitu ‘Saya berfokus kepada bentuk soalan bahasa Melayu yang keluar dalam ujian.’
menunjukkan tahap motivasi yang tinggi di mana mendapat persetujuan sebanyak 92.0% atau
46 responden. Hal ini bermakna murid India, khususnya tahun 6 lebih serius terhadap ujian
bahasa Melayu dengan memfokuskan contoh soalan-soalan tahun lepas yang pernah keluar
dalam peperiksaan bahasa Melayu. Ini memudahkan mereka biasakan diri dengan bentuk
soalan dan format peperiksaan kertas bahasa Melayu. Murid lemah juga dapat lulus dalam
peperiksaan sekiranya memfokuskan soalan-soalan aras rendah, khususnya kertas
pemahaman. Seramai 45 responden atau 90.5 peratus bersetuju dalam item C11, iaitu
‘Penguasaan bahasa Melayu yang baik membolehkan saya memperoleh keputusan yang
cemerlang’. Hal ini kerana murid India mementingkan kelulusan dalam subjek bahasa
Melayu dengan tujuan menjejaki kaki ke Tingkatan 1 tanpa sebarang kemusykilan. Murid
menyedari betapa pentingnya mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua untuk lulus
dalam peperiksaan.
Seterusnya, item C13, iaitu ‘Saya menonton filem bahasa Melayu untuk meningkatkan
tahap penguasaan bahasa Melayu’ pula mencatatkan persetujuan responden sebanyak 36
responden atau 72.0%. Murid biasanya membaca sari kata yang ditulis di bawah tayangan
filem membolehkan murid menguasai kosa kata yang baru. Sementara item C8 pula, iaitu
‘Guru memberikan latihan atau tugasan bahasa Melayu di dalam kelas.’ mencapai 68.0%
sahaja di mana sebanyak 34 responden menjawab ‘Ya’ pada item soalan tersebut. Pemberian
latihan atau tugasan bahasa Melayu dalam bentuk lembaran kerja membantu murid
mengukuhkan kefahaman terhadap topik pelajaran yang dipelajari. Cikgu memberikan
lembaran kerja yang bersesuaian mengikut aras kebolehan murid membantu murid
memahami dan menyelesaikan tugasan dengan berjaya. Akhirnya, motivasi ekstrinsik murid
India juga berada pada tahap rendah terhadap item C7 apabila menunjukkan sebanyak 23
responden atau 46.0% sahaja bersetuju bagi item ‘Saya belajar bahasa Melayu mengikut
masa yang ditetapkan dalam jadual’. Perkara tersebut menggambarkan responden kurang
bermotivasi untuk belajar bahasa Melayu mengikut masa yang ditetapkan dalam jadual di
rumah. Murid India tidak suka akur kepada jadual dan kurang berdisiplin untuk mematuhi
masa seperti yang ditetapkan dalam jadual untuk memperkembangkan kemahiran bahasa
Melayu. Ketiadaan pengawasan daripada ibu bapa mendorong murid tidak mematuhi masa
untuk belajar bahasa Melayu di rumah. Justeru itu, konstruk ini dapat menjelaskan bahawa
kebanyakan responden memiliki tahap motivasi ekstrinsik yang tinggi. Hal ini demikian
kerana murid India bermotivasi tinggi mempelajari bahasa Melayu demi menguntungkan diri
sendiri seperti lulus ujian, mendapat ganjaran dan sebagainya.
Tuntasnya, berdasarkan analisis kedua-dua konstruk tersebut didapati bahawa murid
India sekolah vernakular Tamil di luar bandar mempamerkan tahap motivasi yang tinggi
dalam mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Hal ini demikian kerana, motivasi
intrinsik dan motivasi ekstrinsik dapat menggerakkan murid untuk mencapai matlamat
pembelajaran bahasa.

Jadual 4.3: Motivasi murid India sekolah vernakular Tamil dalam mempelajari bahasa
Melayu sebagai bahasa kedua

Peratus (%)
Konstruk

Motivasi intrinsik murid India dalam mempelajari Ya Tidak


A
bahasa Melayu
C1. Saya menyiapkan tugasan bahasa Melayu di kelas. 94.0 6.0
(47) (3)
C2. Saya aktif dalam aktiviti semasa pembelajaran bahasa 94.0 6.0
Melayu (47) (3)
C3. Saya seronok belajar bahasa Melayu. 92.0 8.0
(46) (4)
C4. Saya memperuntukkan masa dalam matapelajaran 68.0 32.0
bahasa Melayu di rumah. (34) (16)
C5. Saya berusaha mempelajari bahasa Melayu. 76.0 24.0
(38) (12)
C6. Saya memberi kerjasama dalam menyelesaikan 70.0 30.0
tugasan berkumpulan di dalam kelas bahasa Melayu. (35) (15)
B Motivasi ekstrinsik murid India dalam Ya Tidak
mempelajari bahasa Melayu
C7. Saya belajar bahasa Melayu mengikut masa yang 46.0 54.0
ditetapkan dalam jadual. (23) (27)
C8. Guru memberikan latihan atau tugasan bahasa Melayu 68.0 32.0
di dalam kelas. (34) (16)
C9. Saya berfokus kepada bentuk soalan bahasa Melayu 92.0 8.0
yang keluar dalam ujian. (46) (4)
C10. Saya bersemangat belajar bahasa Melayu jika guru 100.0 0.0
memberi pujian, galakkan dan hadiah di kelas. (49) (0)
C11. Penguasaan bahasa Melayu yang baik membolehkan 90.0 10.0
saya memperoleh keputusan yang cemerlang. (45) (5)
C12. Saya membaca buku cerita atau majalah dalam bahasa 94.0 6.0
Melayu untuk meningkatkan kelancaran membaca. (47) (3)
C13. Saya menonton filem bahasa Melayu untuk 72.0 28.0
meningkatkan tahap penguasaan bahasa Melayu. (36) (14)
BAB 5

PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN

5.1 PENGENALAN

Sikap dan motivasi ialah dua faktor utama yang mendorong murid bukan berbangsa Melayu
menerima dan menguasai bahasa Melayu dengan sebaik mungkin atau sebaliknya. Setiap
murid perlu memiliki sikap yang positif dalam mempelajari sesuatu bahasa. Pada masa yang
sama, elemen motivasi juga perlu dititikberatkan dalam meningkatkan keupayaan murid
untuk mempelajari bahasa kedua. Dalam kajian ini, sikap dan motivasi murid India sekolah
vernakular Tamil di luar bandar dapat ditonjolkan melalui data yang telah dikumpul oleh
pengkaji. Kedua-dua aspek ini sangat membantu murid India untuk mempelajari sesuatu
bahasa terutamanya bahasa asing.
5.2 Sikap Murid India Sekolah Vernakular Tamil Dalam Mempelajari Bahasa Melayu
Sebagai Bahasa Kedua

Dapatan kajian memaparkan murid India sekolah vernakular Tamil di luar bandar bersikap
positif terhadap pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Ia bermakna sikap murid
itu sendiri dapat meningkatkan penguasaan bahasa Melayu kerana murid India memiliki
keinginan yang tinggi untuk mempelajari bahasa Melayu. Sehubungan itu, kajian Jerie dan
Zamri (2011) mempamerkan murid Iban bersikap positif untuk belajar bahasa Melayu
sebagai bahasa kedua. Menurut Abdul Rashid (2010) menyatakan bahawa sikap positif jelas
dilihat apabila murid Cina belajar matapelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di
sekolah. Perkara tersebut dinyatakan oleh Jumiya (2014) bahawa murid Kensiu
mempamerkan sikap positif dalam mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua.
Namun, ada kajian bertentangan dengan kenyataan-kenyataan di atas. Kajian Siti Saniah
(2013) memaparkan terdapat beberapa halangan membantut penguasaaan kemahiran bahasa
Melayu pelajar warga asing. Antaranya ialah sikap negatif dan motivasi rendah yang
ditunjukkan oleh pelajar tersebut menghalang bahasa Melayu tidak dapat dipelajari dengan
sepenuhnya. Sikap murid India terhadap pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua
dalam kajian ini boleh dilihat kepada tiga komponen, iaitu sikap murid India terhadap penutur
bahasa Melayu, sikap integratif murid India terhadap bahasa Melayu dan minat murid India
terhadap bahasa Melayu.

5.2.1 Sikap murid India terhadap penutur bahasa Melayu

Sikap terhadap penutur bahasa Melayu ialah kelakuan atau tindakan yang dipamerkan oleh
murid India ketika berinteraksi dengan masyarakat berbangsa Melayu. Berdasarkan dapatan
kajian murid India memiliki sikap positif terhadap penutur bahasa Melayu kerana responden
bersetuju dengan item saya gemar orang Melayu. Hal ini demikian kerana murid India
mempunyai keinginan untuk bergaul dan berinteraksi dengan masyarakat Melayu supaya
dapat memahami dan menyesuaikan diri dengan budaya orang Melayu. Secara langsung,
murid India menunjukkan sikap positif terhadap penutur bahasa Melayu dalam kajian
tersebut. Selain itu, responden bersetuju dengan item soalan saya gembira berkenalan dengan
orang Melayu. Ini menggambarkan sikap murid India yang dilihat dalam aspek ini adalah
positif. Ini bermakna murid India berasa riang apabila berinteraksi dengan rakan berbangsa
Melayu khususnya dari sekolah kebangsaan. Hal ini kerana ketiadaan rakan Melayu di
sekolah tamil menyebabkan murid India berasa teruja apabila melihat rakan berbangsa
Melayu. Sehubungan itu, murid India dapat menyertai program kebudayaan seperti Sambutan
Hari Raya yang diadakan di sekolah kebangsaan di samping berkenalan dengan rakan
berbangsa Melayu. Selain itu, murid India juga berpeluang menyertai perlawanan permainan
hoki peringkat MSSD Batu Pahat bersama murid-murid Melayu. Keadaan sebegini
memberikan peluang kepada murid India untuk dan mengenali budaya mereka seperti
bersalaman dan bertutur menggunakan bahasa kedua secara sopan dengan rakan berbangsa
Melayu tanpa rasa segan. Penyataan ini disokong oleh Dayang Sufilkawany (2017)
menjelaskan rakan sebaya memainkan peranan penting dalam meningkatkan kemahiran
bertutur murid Iban apabila berinteraksi menggunakan bahasa Melayu dengan rakan
sekelasnya yang berbangsa Melayu.
Kenyataan ini bertepatan dengan Jerie dan Zamri (2011) dan Khairul Nizam (2017)
yang mendapati bahawa murid Iban dan Bajau bersikap positif terhadap penutur bahasa
Melayu. Murid Iban dan Bajau berasa gembira semasa berbual dengan rakan berbangsa
Melayu. Perkara tersebut dihujah oleh Nancy dan Zamri (2017) bahawa murid Melanau
seronok berkenalan dengan orang Melayu di kelas dan didapati bahawa mereka suka orang
Melayu. Ini membuktikan bahawa murid Melanau menunjukkan sikap positif apabila ingin
berkenalan dan berkomunikasi dengan penutur bahasa Melayu. Menurut Zaliza dan Zaitul
Azma (2014) berpandangan bahawa mahasiswa asing UTM mempelajari bahasa Melayu
sebagai bahasa ketiga untuk berkenalan dan berkomunikasi dengan orang Melayu dengan
lebih selesa. Oleh itu, murid India memiliki sikap yang positif terhadap penutur bahasa
Melayu supaya boleh menerima dan menguasai bahasa Melayu daripada orang Melayu
dengan sebaik mungkin.

5.2.2 Sikap integratif terhadap bahasa Melayu


Sikap integratif pula merujuk kepada kemahuan dan kesungguhan seseorang mempelajari
sesuatu bahasa dengan menjalinkan hubungan dengan bangsa bahasa kedua untuk memahami
budayanya. Dalam kajian ini, murid India juga mempamerkan sikap integratif yang positif
terhadap bahasa Melayu. Hal tersebut menunjukkan bahawa responden mempunyai sikap
integratif yang tinggi apabila murid berkebolehan berkomunikasi menggunakan bahasa
Melayu jika bersosial dengan orang Melayu. Hal ini demikian kerana murid India
berpendapat bahawa sekiranya berkawan dengan masyarakat Melayu mereka mampu
berkomunikasi dalam bahasa kedua dengan baik tanpa rasa segan. Sebaliknya, dalam kajian
ini murid India di kawasan pedalaman tidak begitu ingin menjalinkan hubungan dengan
orang Melayu dengan mempamerkan skor terendah dalam konstruk ini. Situasi sebegini
disebabkan oleh persekitaran tempat tinggal yang dikelilingi oleh masyarakat yang sama
bangsa. Dalam kajian ini, kebanyakan murid India berasal dari ladang dan jiran-jiran berasal
daripada bangsa yang sama sahaja. Ini menyebabkan muurid India mengalami kesukaran
untuk berinteraksi dan menjalinkan hubungan dengan jirannya menggunakan bahasa kedua.
Ilangko et.al (2013) berpendapat bahawa murid yang tinggal di kawasan pedalaman
mendominasi bahasa ibunda berbanding bahasa lain. Murid di kawasan pedalaman membesar
dalam lingkungan persekitaran yang kurang membuka ruang kepada mereka untuk
berkomunikasi dalam bahasa Melayu. Ini mewujudkan masalah dalam aspek penguasaan dan
penerimaan bahasa Melayu dalam kalangan murid India.
Menurut Tengku Nor Adila (2017) menekankan persekitaran linguistik amat
menggalakkan pembelajaran bahasa kedua murid India. Murid India tidak berpeluang untuk
berinteraksi dengan masyarakat Melayu kerana kebanyakan murid India berasal dari ladang
yang mempunyai jiran berbangsa India sahaja. Persekitaran tempat tinggal mengakibatkan
wujudnya jurang komunikasi antara masyarakat Melayu dan India. Daripada analisis yang
dibuat didapati responden memiliki sikap integratif yang positif terhadap bahasa Melayu.
Disebabkan ini, responden ingin menjalinkan hubungan dengan orang Melayu. Hubungan
yang baik dengan orang Melayu dapat mempertingkatkan kefasihan murid India dalam
pertuturan bahasa Melayu. Ini bermakna murid India selesa menyesuaikan diri dan bergaul
dengan masyarakat Melayu. Murid India bersikap terbuka untuk berinteraksi dan ingin
membentuk hubungan yang baik dengan masyarakat orang Melayu. Apabila berkomunikasi
dengan rakan Melayu, murid India berkebolehan bertutur dalam bahasa kedua dengan baik.
Khairul Nizam (2017) turut mendapati bahawa murid Bajau menunjukkan sikap integratif
yang positif dengan berpendapat murid tersebut boleh bertutur dengan baik dalam bahasa
Melayu sebagai bahasa kedua sekiranya berkawan dengan rakan Melayu.
Menurut Nancy dan Zamri (2017) turut memperoleh keputusan kajian yang positif di
mana murid Melanau bersikap positif dalam aspek sikap integratif bahasa Melayu. Murid
Melanau ingin mewujudkan hubungan yang baik dengan orang Melayu mencatatkan skor
pencapaian yang tinggi. Manakala, murid Melanau berusaha mempelajari bahasa Melayu
untuk tujuan kefasihan bahasa Melayu apabila bergaul dengan orang Melayu dan mempunyai
kemahuan yang tinggi untuk mendalami tentang budaya orang Melayu. Hal ini bermakna
murid Melanau ingin mempelajari bahasa Melayu untuk berintetaksi dengan komuniti bahasa
kedua. Dengan ini, murid Melanau dapat mewujudkan hubungan yang baik dalam komuniti
bahasa kedua dan dapat mengenal dan menerima budaya orang Melayu dengan mudah. Hal
ini bermakna murid Melanau memiliki sikap integratif yang positif dalam mempelajari
bahasa kedua dengan menyesuaikan diri dengan komuniti orang Melayu.
Selain itu, hal ini turut disokong oleh Mohd Uzir, Rohaidah dan Sharil (2018)
menyatakan bahawa semua murid Cina menengah mempelajari bahasa Melayu sedaya upaya
untuk berinteraksi dengan masyarakat tempatan menggunakan bahasa kedua. Hal ini
menjelaskan sikap integratif yang positif oleh murid Cina terhadap pembelajaran bahasa
Melayu. Hal ini demikian kerana bahasa Melayu diperkenalkan sebagai bahasa kebangsaan
dan bahasa yang mudah difahami oleh semua kaum maka murid Cina mempamerkan sikap
integratif yang positif dalam pembelajaran tersebut. Murid mempelajari bahasa Melayu untuk
menyesuaikan diri sebagai ahli komuniti bahasa Melayu dan membolehkan mereka
berinteraksi dengan berkesan. Justeru itu, berdasarkan kajian ini murid India memiliki sikap
integratif yang positif terhadap bahasa Melayu. Murid India berpendapat bahawa mereka
boleh bertutur dalam bahasa Melayu dengan lancar sekiranya berkawan dengan masyarakat
Melayu. Ini bermakna murid India ingin bergaul dengan kaum Melayu untuk
memperkembangkan tahap kefasihan bahasa Melayu. Disebabkan ini, murid India
mempunyai keinginan untuk menjalinkan hubungan dengan orang Melayu. Hubungan yang
baik dengan orang Melayu dapat mempertingkatkan kefasihan murid India dalam pertuturan
bahasa Melayu. Oleh itu, sikap integratif mampu memperkembangkan keupayaan
pembelajaran sesuatu bahasa dengan efektif (Zamri, 2014).

5.2.3 Minat murid terhadap bahasa Melayu


Minat pula diertikan sebagai kesungguhan seseorang untuk mencapai pencapaian yang
maksimum terhadap matapelajaran yang disukai. Setiap individu akan gigih berusaha untuk
belajar sesuatu bahasa sekiranya memiliki minat yang tinggi bagi meningkatkan pencapaian
dalam matapelajaran tersebut. Kajian ini juga membuat rumusan bahawa murid India
berminat belajar bahasa Melayu sebagai bahasa kedua secara mendalam. Ia jelas dilihat
apabila cara penyampaian sesuatu topik oleh guru bahasa Melayu dapat menarik fokus dan
minat murid India dalam mempelajari bahasa Melayu. Murid India juga mempamerkan minat
yang begitu mendalam terhadap bahasa Melayu kerana amat menyukai matapelajaran bahasa
Melayu. Dapatan kajian ini memperlihatkan bahawa minat murid India untuk belajar bahasa
Melayu sebagai bahasa kedua adalah tinggi. Teknik, kaedah dan strategi pengajaran yang
digunakan oleh guru bahasa Melayu seperti didik hibur, kuiz online, gallery walk, drama,
lakonan, nyanyian, permainan bahasa dan pembelajaran berasaskan projek mampu
mewujudkan suasana ceria di kelas secara langsung murid dapat mengikuti sesi pembelajaran
dengan gembira. Seseorang guru harus mengaplikasikan kepelbagaian teknik pebelajaran
dalam sesuatu subjek mengikut keperluan murid supaya murid tidak berasa jemu untuk terus
belajar bahasa tersebut (Zamri, 2014). Hal ini demikian kerana penggunaan kepelbagiaan
strategi atau teknik yang berbeza mampu membentuk iklim pembelajaran dan pengajaran
yang seronok bagi mencapai objektif pembelajaran. Dengan adanya minat yang mendalam,
murid India berusaha untuk mempelajarinya supaya mendapat prestasi yang cemerlang dalam
subjek bahasa Melayu. Perkara ini ditonjolkan melalui penglibatan aktif murid semasa
aktiviti pembelajaran bahasa Melayu di bilik darjah.
Selain itu, Abdul Rahim dan Mohd Sharifudin (2014) yang mendapati bahawa murid
Asli mempamerkan minat yang mendalam apabila belajar subjek bahasa Melayu. Minat yang
begitu mendalam murid asli mendorong timbulnya sikap positif terhadap suasana
pembelajaran bahasa Melayu. Oleh itu, pelajar bukan penutur natif memiliki sikap positif
semasa mempelajari bahasa Melayu. Perkara ini turut disokong oleh Abdullah (2004)
menyatakan bahawa murid Dusun juga memaparkan minat yang tinggi apabila belajar
matapelajaran bahasa Melayu. Mengikut dapatan kajian, pelajar India amat tertarik dengan
pendekatan yang berbeza digunakan oleh guru bahasa Melayu. Ini mendorong murid India
amat meminati untuk belajar bahasa Melayu serta melibatkan diri dengan aktif dalam subjek
bahasa Melayu. Dalam kajian ini, penglibatkan aktif murid dapat dilihat apabila murid India
sering menjawab soalan guru dalam bahasa Melayu di kelas. Ini bermakna mereka
memahami isi pelajaran atau kandungan pembelajaran yang diajar oleh guru walaupun
diberikan penjelasan berulang kali atau menggunakan baahsa ibunda untuk menjelaskannya
arahan yang disebut dalam bahasa Melayu. Kesungguhan mempelajari bahasa Melayu dapat
dilihat dengan begitu jelas melalui kelakuan yang dipamerkan oleh pelajar India semasa
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam subjek bahasa Melayu.
Seterusnya, Khairul Nizam (2017) menekankan bahawa pengaruh persekitaran sekolah
memberikan kesan terhadap minat murid dalam penguasaan bahasa kedua murid. Dalam
kajiannya, murid Iban berkomunikasi dengan rakan dalam situasi formal menggunakan
bahasa Melayu standard meskipun bahasa ibunda sering digunakan di dalam kelas. Guru juga
menerangkan isi pelajaran atau topik melalui bahasa ibunda untuk mengukuhkan kefahaman
murid terhadap pembelajaran tersebut. Dalam kajian ini, murid India dapat memahami topik
yang diajar dalam bahasa Melayu dengan jelas kerana guru bahasa Melayu menggunakan
bahasa ibunda untuk menerangkan fakta di dalam kelas. Secara langsung, murid dapat
membuat tugasan yang diberikan oleh guru dengan berjaya di samping berusaha menjawab
soalan dalam bahasa Melayu apabila memahami intipati soalan guru. Sehubungan itu,
Mohammed (2010) dalam kajiannya membuktikan bahawa murid-murid dapat meningkatkan
markah dalam penulisan karangan apabila menggunakan bahasa Melayu Sarawak, iaitu
bahasa ibunda di kelas. Dengan membezakan bahasa ibunda dan bahasa Melayu, maka
masalah dalam pembelajaran bahasa kedua dapat ditangani dengan berjaya (Zamri, 2016).
Situasi sebegini wujud apabila murid mendesak guru untuk menjelaskan sesuatu topik bahasa
Melayu dalam bahasa ibunda supaya murid memahaminya dengan jelas. Persekitaran sekolah
dan bilik darjah yang kondusif membolehkan murid menguasai bahasa kedua dengan mudah.
Ia dibuktikan oleh Magdeline dan Zamri (2015) menyatakan bahawa dengan memberikan
contoh-contoh yang terdapat di sekeliling membantu murid mempelajari dan menerima
bahasa kedua dengan senang. Melalui ini minat murid terhadap bahasa kedua dapat dicungkil
di samping dapat mempelajari bahasa Melayu dengan pantas.
Seterusnya, minat yang tinggi membuatkan murid India memberikan tumpuan terhadap
subjek bahasa Melayu sewaktu guru mengajar di kelas. Fokus terhadap bahasa Melayu
memudahkan murid India mudah memahami dan pantas menyelesaikan kerja sekolah yang
diberikan oleh guru bahasa Melayu. Mereka juga bersungguh-sungguh belajar bahasa Melayu
supaya dapat memperkembangkan penguasaan bahasa kedua. Suara guru yang jelas
mendorong murid India dapat mengekalkan fokus semasa guru mengajar di dalam bilik
darjah di samping murid dapat mendengar arahan semasa guru memberikan latihan bahasa
Melayu di dalam kelas. Hal ini secara langsung membantu murid India melengkapkan
tugasan atau latihan yang diberikan mengikut arahan guru dan dapat menghantar latihan
tersebut dalam tempoh waktu yang ditetapkan. Seterusnya, kajian Nancy dan Zamri (2017)
mengatakan bahawa murid Melanau dapat memberi perhatian sepenuhnya semasa proses
pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di dalam bilik darjah kerana mempunyai minat
tinggi untuk belajar subjek bahasa Melayu.
Menurut Nancy dan Zamri (2017) murid Melanau menunjukkan kegigihan atau
kesungguhan untuk belajar bahasa Melayu sebagai bahasa kedua di sekolah. Dengan adanya
minat yang mendalam terhadap bahasa kedua maka murid tersebut akan mencapai prestasi
cemerlang dalam subjek bahasa Melayu. Dalam kajian ini, segelintir murid India
mengulangkaji matapelajaran bahasa Melayu di rumah. Ini bermakna murid India berusaha
sedaya upaya bagi mencapai keputusan yang cemerlang dalam matapelajaran bahasa Melayu
di dalam peperiksaan UPSR pada masa akan datang di samping melengkapkan kriteria
kemasukan sekolah berasrama penuh atau sekolah sukan. Murid India dengan belajar bahasa
Melayu dengan tekun supaya lulus dalam peperiksaan UPSR agar dapat menjejaki kaki ke
Tingkatan 1. Dalam kajian Roasharimah (2017) keputusan peperiksaan UPSR 2016
menggambarkan rekod pencapaian bahasa kedua murid bukan penutur natif berada pada
tahap yang rendah. Kemerosotoan pencapaian keputusan UPSR akibat daripada murid bukan
berbangsa Melayu memiliki bahasa ibunda yang berbeza daripada bahasa Melayu yang
merupakan subjek wajib dikuasai di sekolah.
Dapatan kajian Saniah (2013) pula menyatakan pelajar warga asing memiliki sikap
negatif semasa mempelajari bahasa Melayu sebagai kedua kerana latar belakang
kewarganegaraan yang berbeza. Pengkaji menyatakan laporan keputusan UPSR pada tahun
2019 antara sekolah-sekolah Tamil di daerah Batu Pahat berada pada tahap rendah,
khususnya kertas penulisan. Namun, responden mempamerkan sikap positif semasa
mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Pengkaji percaya bahawa murid tersebut
akan mempamerkan prestasi cemerlang pada masa akan datang dalam peperiksaan UPSR
2021 kerana mempunyai sikap positif terhadap pembelajaran bahasa kedua. Khairul Nizam
(2017) turut menekankan minat murid Bajau terhadap bahasa Melayu. Sikap murid saling
berkait rapat dengan minat murid terhadap sesuatu bahasa yang dipelajari. Murid Bajau juga
menunjukkan minat yang tinggi terhadap bahasa Melayu yang dipelajari sebagai bahasa
kedua. Berdasarkan dapatan kajian, murid Bajau tekun belajar bahasa Melayu untuk
mendapatkan prestasi baik dalam akademik. Oleh itu, minat murid yang mendalam terhadap
bahasa Melayu dapat membentuk sikap positif dalam mempelajari bahasa Melayu sebagai
bahasa kedua di sekolah.
Minat murid terhadap bahasa Melayu turut dikaji dalam kajian Jerie dan Zamri (2011).
Minat mempunyai perkaitan dengan sikap seseorang. Hal ini kerana minat seseorang dapat
ditonjol melalui sikap yang ditunjukkan oleh seseorang. Dalam kajiannya, murid Iban
mempunyai minat yang tinggi terhadap subjek bahasa Melayu. Ia terbukti apabila murid Iban
mengatakan bahawa mereka menyiapkan kerja rumah bahasa Melayu yang diberikan oleh
guru. Kebanyakan murid India dapat menghantar kerja rumah bahasa Melayu dalam tempoh
masa yang ditetapkan oleh guru berkenaan. Segelintir lagi tidak dapat menyiapkan kerana
mereka tidak memahami cara penulisannya akibat daripada ketidakcekapan menguasai
kemahiran membaca. Keputusan UPSR 2019 menurun berpunca daripada kegagalan murid
India menguasai kemahiran bahasa, iaitu membaca dan memahami. Mereka tidak boleh
menjawab soalan dalam kertas peperiksaan kerana tidak boleh membaca dan memahami
kehendak soalan. Oleh itu, minat yang mendalam terhadap sesuatu bahasa dapat mewujudkan
sikap positif dalam diri seseorang untuk menguasai sesuatu bahasa dengan efisien. Individu
tersebut akan berusaha lebih gigih untuk menerima dan menguasainya dengan sebaik
mungkin.
Akhirnya, menurut Tay dan Wong (2016) dalam pembelajaran bahasa kedua, minat
amat mempengaruhi murid mempelajari dan menguasainya dengan cepat. Dalam kajiannya,
pelajar menyedari bahawa bahasa Melayu memegang nilai ekonomi yang tinggi di Malaysia.
Isu terebut merupakan faktor utama pelajar Cina meminati bahasa Melayu. Di samping itu,
mereka meminati bahasa Melayu kerana ia bahasa kebangsaan yang harus dikuasai dan perlu
lulus dalam peperiksaan dan bahasa Melayu. Dengan mempelajari bahasa Melayu, mereka
mudah berkomunikasi dan bergaul dengan guru dan murid Melayu dan dapat memperbaiki
mutu bahasa Melayu. Sebaliknya dalam kajian ini, murid India kurang menunjukkan minat
semasa berkomunikasi dalam bahasa Melayu dengan guru atau rakan di kelas. Murid India
ingin bertutur dalam baahsa ibunda dalam subjek bahasa Melayu walaupun mendapat teguran
daripada guru berulang kali. Gangguan bahasa ibunda menyebabkan murid tidak dapat
membiasakan diri untuk berinteraksi dalam bahasa Melayu. Semua matapelajaran di SJKT
diajar dalam bahasa ibunda kecuali bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Magdeline (2014)
berpandangan murid Iban di daerah Kapit, Sarawak hanya menggunakan bahasa ibunda
dalam pertuturan seharian mereka. Daripada dapatan kajian di dalam konstruk ini boleh
dikatakan bahawa responden mempamerkan minat yang tinggi dalam subjek bahasa Melayu
dan menggambarkan penerimaan murid India terhadap bahasa Melayu adalah positif. Minat
yang mendalam terhadap subjek bahasa Melayu mendorong murid India berusaha lebih gigih
dengan menunjukkan sikap yang positif di dalam kelas untuk menguasainya dengan lebih
efisien. Aktivit pdp yang menarik, arahan yang jelas, pembelajaran menyeronokkan dapat
mewujudkan minat yang mendalam dalam diri pelajar terhadap bahasa Melayu. Oleh itu, jika
pelajar itu memiliki sikap yang positif maka minat juga akan dilihat dengan jelas dalam diri
seseorang murid kerana mereka sedar betapa pentingnya menguasai bahasa Melayu dan
berusaha untuk menguasainya dengan berkesan.
Walau bagaimanapun, menurut Zamri dan Mohamed Amin Embi (2006) berpendapat
murid bukan Melayu bersikap negatif dan ketiadaan minat untuk mempelajari bahasa
Melayu. Sehubungan dengan itu, menurut Mohamad Yazid (2015) dan Zamri (2016)
mendapati bahawa murid belajar bahasa Melayu supaya lulus dalam peperiksaan kerana ia
merupakan subjek yang wajib dipelajari di sekolah. Tuntasnya, dalam aspek sikap, murid
India bersikap positif terhadap mata pelajaran bahasa Melayu walaupun keputusan UPSR
pada tahun 2019 menunjukkan penurunan dalam subjek bahasa Melayu. Justeru, murid India
perlu menguasai bahasa Melayu dengan lebih efisien. Mereka boleh berkomunikasi dengan
rakan-rakan berbangsa Melayu tanpa rasa segan apabila mereka menguasai bahasa Melayu
dengan baik.
Tuntasnya, murid India sekolah vernakular tamil di luar bandar memiliki sikap positif
dalam mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Ia jelas dilihat apabila minat
terhadap bahasa tersebut membantu murid menerima bahasa dengan lebih efisien. Kajian
tersebut dapat membuktikan murid harus sedar bahawa kepentingan bahasa Melayu tidak
harus dipertikaikan. Sebaliknya, murid akan mengalami kesukaran ketika menggunakan
bahasa kedua dalam situasi formal dan tidak formal jika tidak memandang serius terhadap
pembelajaran bahasa kedua. Hal ini dapat dibuktikan apabila Mohamad Yazid (2016)
menyatakan murid bukan Melayu tidak begitu mengambil berat terhadap pembelajaran
bahasa kedua kerana mereka menganggap bahasa Melayu tidak begitu penting untuk
dipelajari dan hanya belajar agar lulus dalam peperiksaan sahaja.

5.3 Motivasi Murid India Sekolah Vernakular Tamil Dalam Mempelajari Bahasa
Melayu Sebagai Bahasa Kedua
Dapatan kajian memaparkan tahap motivasi murid India sekolah vernakular Tamil di luar
bandar berada pada tahap yang tinggi dalam mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa
kedua. Ciri-ciri motivasi dapat diperlihat apabila responden memiliki keinginan untuk belajar
bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Motivasi diklasifikasikan kepada dua komponen, iaitu
motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik. Komponen-komponen tersebut memaparkan hasil
keputusan motivasi yang tinggi kecuali satu item soalan.

5.3.1 Motivasi Intrinsik

Motivasi intrinsik ialah motivasi dalaman di mana setiap individu mempunyai


keinginan untuk melakukan sesuatu tanpa dorongan atau ganjaran luaran (Ryan dan Deci,
2000). Berdasarkan hasil analisis dapatan kajian ini memberikan gambaran bahawa motivasi
intrinsik murid India belajar bahasa Melayu berada pada tahap yang sangat tinggi. Responden
mengatakan bahawa mereka membuat tugasan bahasa Melayu yang diberikan oleh guru di
kelas. Hal ini kerana murid India akur dan mendengar arahan cikgu ketika mengedarkan
lembaran kerja rumah. Ini memudahkan pelajar India pantas membuat kerja rumah yang
diberikan oleh guru. Dengan adanya motivasi dalaman, murid India dapat menyelesaikan
tugasan bahasa Melayu dengan cepat di kelas dan menghantar tugasan tersebut sebelum guru
bahasa Melayu keluar dari kelas setelah habis waktu matapelajaran tersebut. Hal ini kerana
murid mendengar arahan guru dengan jelas semasa memberikan tugasan di kelas. Ini
memudahkan murid menyelesaikan tugasan dalam tempoh masa yang diberikan. Kenyataan
ini disokong oleh Khairul Nizam (2017) menyatakan bahawa murid Bajau juga pantas
membuat kerja rumah bahasa Melayu yang diberikan oleh guru dan memperuntukkan masa
yang lebih untuk belajar bahasa Melayu di rumah. Ini menunjukkan murid Bajau mempunyai
keazaman bagi menguasai bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Pada masa yang sama,
didapati bahawa murid Bajau aktif dalam aktiviti pembelajaran bahasa Melayu di kelas. Hal
ini bermakna keminatan yang tinggi terhadap bahasa Melayu mendorong mereka bermotivasi
untuk mempelajari bahasa Melayu dengan baik. Justeru itu, murid Bajau mempamerkan
motivasi intrinsik yang tinggi dalam mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua.
Kenyataan tersebut disokong oleh Zamri (2015) menyatakan bahawa dengan adanya motivasi
dalaman murid dapat menguasai dan mempelajari bahasa kedua dengan cepat, mudah dan
berkesan.
Mengikut dapatan kajian, murid India menunjukkan penglibatan aktif di dalam kelas
semasa guru mengajar subjek bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana aktiviti pembelajaran
seperti gallery walk, aplikasi kahoot dalam kuiz, aktiviti permainan bahasa dan sebagainya
melibatkan banyak pergerakan mampu mewujudkan suasana ceria dan kondusif di dalam
kelas. Aktiviti sebegini menggalakkan murid India menyertai aktiviti pembelajaran bahasa
Melayu dengan lebih aktif. Secara langsung, aktiviti-aktiviti tersebut membentuk
pembelajaran yang bermakna dan menyeronokkan. Pembelajaran menyeronokkan
membentuk iklim pembelajaran yang ceria di dalam subjek bahasa Melayu. Khairul Nizam
(2017) menyokong pendapat di atas dengan mengatakan bahawa persekitaran yang kondusif
membantu murid meningkatkan penguasaan bahasa kedua dengan berkesan. Hal ini
bermakna pelajar India mempamerkan motivasi intrinsik yang sangat tinggi dalam
mempelajari bahasa kedua. Kajian Jerie dan Zamri (2010) ke atas murid Iban di daerah
Kanowit, Sarawak berpandangan bahawa kebanyakan murid Iban bermotivasi intrinsik yang
tinggi ketika mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Maka, pelajar Iban sangat
meminati belajar bahasa Melayu sehingga suasana ceria dan rasa seronok diwujudkan dalam
diri murid.
Berdasarkan dapatan kajian, didapati murid India berasa sangat seronok belajar bahasa
Melayu di kelas kerana keinginan murid Iban belajar menguasai dan menerima bahasa
Melayu amat tinggi. Ini menyumbang kepada berlakunya pembelajaran aktif di dalam kelas.
Hal ini kerana murid India berasa seronok apabila mempelajari subjek bahasa Melayu kerana
kepelbagaian teknik yang diaplikasikan oleh guru dapat mengekalkan minat murid untuk
terus belajar bahasa Melayu di bilik darjah. Hal ini dapat dibuktikan oleh Zamri (2014)
mengatakan bahawa pendekatan dan strategi yang berbeza dan kreatif mencungkil motivasi
intrinsik murid untuk menguasai bahasa kedua dalama suasana yang menyeronokkan.
Kegembiraan yang wujud dalam hati mereka membentuk suasana ceria dan murid juga tidak
berasa jemu sepanjang aktivti pembelajaran di kelas. Dengan ini, murid mampu memahami
topik pelajaran dengan seronok dan mudah apabila guru bahasa Melayu mengaplikasikan
kepelbagaian teknik dan kaedah dalam aktiviti pembelajaran. Sehubungan itu, keminatan
murid Melanau mendorong mereka seronok belajar bahasa Melayu di kelas. Murid Melanau
juga menunjukkan motivasi intrinsik dengan membuat tugasan yang diberikan oleh cikgu
dengan pantas dan tepat di rumah. Justeru itu, murid Melanau mempamerkan motivasi
intrinsik yang tinggi ketika belajar bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Lantaran itu, kajian
yang dilakukan oleh Khairul Nizam (2017) juga menyokong dapatan kajian di atas. Menurut
Khairul Nizam (2017) murid Bajau di Sarawak memiliki motivasi intrinsik yang tinggi dalam
menerima dan menguasai bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Berdasarkan kajiannya,
pelajar Bajau belajar bahasa Melayu dengan seronok di kelas. Ini menggambarkan murid
Bajau mudah menguasai dan mempelajari bahasa Melayu kerana keinginan dan kemahuan
terhadap perkara yang disukai.
Pengkaji mengatakan bahawa murid India berusaha belajar bahasa Melayu kerana
bahasa tersebut adalah bahasa asing kepada dirinya. Pelajar India perlu gigih berusaha untuk
menguasainya. Cara penguasaan bahasa ibunda dan bahasa Melayu amat berbeza dari segi
pertuturan dan penulisan. Hal ini bertepatan dengan kajian Zamri (2016) menyatakan bahawa
murid bukan berbangsa Melayu akan mengalami kesukaran untuk menguasai bahasa kedua
kerana ia amat berbeza dengan bahasa ibunda dari segi pertuturan dan penulisan. Kegagalan
belajar bahasa kedua mengakibatkan prestasi murid dalam pembelajaran bahasa Melayu
terjejas. Dalam kajian ini, murid India yang sederhana gigih mempelajari bahasa Melayu
untuk mengukuhkan kemahiran bahasa, iaitu mendengar dan bertutur, membaca dan menulis.
Murid India yang kurang mahir dalam kemahiran bahasa akan berusaha untuk menjawab
soalan guru dengan mencampuradukkan bahasa ibunda dan juga menunjukkan kesungguhan
dalam membaca suku kata mengikut bunyi huruf yang betul agar dapat membina ayat pendek
dalam penulisan. Sehubungan itu, Jerie dan Zamri (2011) membuktikan murid Iban
mempamerkan motivasi intrinsik yang tinggi dengan berusaha mempelajari bahasa kedua
demi mencapai tahap penguasaan bahasa Melayu. Pelajar Iban menunjukkan ketekunan
ketika belajar bahasa Melayu agar mengelakkan mereka mendapat markah rendah dalam
peperiksaan sebaliknya berusaha mendapai keputusan yang baik. Murid Iban gigih
mempelajari bahasa Melayu supaya tidak gagal dalam peperiksaan bahasa Melayu kerana ia
wajib lulus oleh setiap murid. Murid India juga berusaha mempelajari bahasa Melayu untuk
mengelakkan pengaruh bahasa ibunda dalam pertuturan dan penulisan mereka. Roasharimah
(2017) menyatakan gangguan bahasa ibunda akan menghalang penerimaan bahasa kedua
sekiranya tidak diatasi. Gangguan bahasa ibunda menyebabkan pencapaian murid dalam
subjek bahasa Melayu terjejas. Mohamad Yazid (2016) berpendapat bahawa pengaruh bahasa
ibunda menyebabkan prestasi akademik murid merosot. Oleh itu, pengaruh bahasa ibunda
menyebabkan murid India mengalami kesukaran dalam mempelajari bahasa Melayu sebagai
bahasa kedua. Justeru, murid India berusaha dengan lebih gigih untuk menguasainya.
Menurut kajian Nancy dan Zamri (2017) motivasi merupakan elemen terpenting dalam
belajar bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan pelajar sekolah menengah.
Motivasi mempengaruhi penerimaan dan penguasaan kemahiran berbahasa seseorang,
khususnya bahasa kedua. Dalam kajian mereka, aspek motivasi intrinsik juga diberikan
keutamaan oleh murid Melanau dalam mempelajari bahasa kedua. Murid Melanau
menunjukkan kesungguhan ketika belajar bahasa Melayu sebagai bahasa kedua kerana subjek
tersebut wajib lulus oleh setiap murid pada peringkat persekolahan. Murid India
mempamerkan motivasi intrinsik yang tinggi terhadap pembelajaran bahasa Melayu dengan
memberikan kerjasama dalam menyelesaikan tugasan berkumpulan dalam kelas bahasa
Melayu. Lazimnya, aktiviti berbentuk penyelesaian masalah atau gallery walk memerlukan
kerjasama daripada ahli kumpulan untuk menyelesaikannya. Dengan adanya sifat kerjasama,
murid India saling memberi pendapat atau idea bagi membuat aktiviti kumpulan yang
diberikan oleh cikgu walaupun bertutur bahasa ibunda. Kajian Mohd Zaki dan Muhammad
Firdaus (2017) mendapati bahawa faktor motivasi amat mempengaruhi pembelajaran bahasa
Arab sebagai bahasa kedua. Ini membuktikan bahawa murid Melayu bersemangat
mempelajari bahasa Arab apabila rakan sekelas memberikan kerjasama dalam kerja
kumpulan. Hal ini bermakna motivasi intrinsik timbul apabila kerja kumpulan dilaksanakan
dalam pembelajaran bahasa Arab. Murid tersebut juga berpendapat bahawa mereka sanggup
mengharungi cabaran dan halangan secara kumpulan untuk mendapat keputusan baik dalam
subjek bahasa Arab. Oleh itu, kajian ini memperlihatkan murid tersebut mempamerkan
motivasi intrinsik yang tinggi ketika mempelajari bahasa Arab dengan sebaik mungkin.
Namun begitu, murid India kurang memperuntukkan masa untuk belajar bahasa Melayu
di rumah. Ini bermakna murid India tidak mempunyai motivasi dalaman sendiri serta
ketiadaan bimbingan daripada ibu bapa untuk menggalakkan mereka mengulangkaji
matapelajaran bahasa Melayu di rumah. Hal ini mengakibatkan murid India tidak boleh
mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan bahasa Melayu. Hal ini terbukti
apabila keputusan UPSR dalam subjek bahasa Melayu merosot di daerah Batu Pahat pada
tahun 2019. Nik Mohd Rahimi et.al (2008) pula menyatakan pencapaian bahasa kedua
bergantung kepada motivasi pelajar. Ini menjelaskan ibu bapa dan anak mereka tidak
menyedari betapa pentingnya menguasai bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar kerana ia
merupakan syarat am untuk menenuhi kriteria murid tahun 6 masuk ke Tingkatan 1 atau
sekolah berasrama penuh. Sekiranya tiada pengawasan daripada ibu bapa maka murid tidak
peduli dan tidak mengambil berat tentang prestasi pencapaian subjek bahasa Melayu.
Walaubagaimanapun, secara keseluruhannya murid India sekolah vernakular Tamil di
luar bandar mempunyai motivasi intrinsik yang tinggi ketika mempelajari bahasa Melayu.
Murid India menunjukkan keinginan dalam dirinya untuk belajar bahasa Melayu tanpa
sebarang dorongan atau ganjaran luaran. Justeru, motivasi terhadap bahasa Melayu timbul
daripada naluri keinginan sendiri untuk menguasainya dengan baik. Natijahnya, motivasi
intrinsik yang tinggi mendorong murid India berusaha giat untuk bagi mempelajari bahasa
kedua dengan berjaya.

5.3.2 Motivasi Ekstrinsik

Motivasi ekstrinsik ditakrifkan sebagai dorongan atau rangsangan luaran seperti ganjaran,
pujian, penghargaan, markah dan sebagainya melalui aktiviti yang dilakukan bagi mencapai
matlamat bahasa (Mahmood Nazar, 1990). Mengikut aspek motivasi ekstrinsik, murid India
sekolah vernakular Tamil di luar bandar mempamerkan motivasi ekstrinsik yang sangat
tinggi semasa belajar bahasa Melayu sebagai bahasa kedua kerana mereka lebih bersemangat
mempelajari bahasa Melayu apabila menerima pujian, galakkan dan hadiah daripada guru
tersebut. Hal ini bermakna murid India menunjukkan motivasi ekstrinsik yang tinggi apabila
guru memberikan pujian, hadiah dan galakkan yang memberikan semangat kepada murid
untuk belajar bahasa Melayu. Ini bermakna murid India memerlukan dorongan seperti
ganjaran atau pujian untuk menunjukkan kecemerlangan dalam subjek bahasa Melayu.
Penggunaan ‘reward chart’ dalam matapelajaran bahasa Melayu oleh guru adalah untuk
menggalakkan penglibatan aktif dalam aktiviti pembelajaran. Ini mewujudkan persaingan
sihat antara murid di dalam kelas. Menurut kajian Mohd Zaki dan Muhammad Firdaus (2017)
faktor motivasi ekstrinsik amat mempengaruhi pembelajaran bahasa Arab sebagai bahasa
kedua. Beliau berpendapat bahawa galakkan daripada guru dan ibu bapa adalah amat penting
untuk belajar bahasa Arab. Hal ini demikian kerana galakkan daripada kedua-dua pihak amat
membantu murid mendapat keputusan yang baik dalam subjek bahasa Arab. Oleh itu,
dorongan luar seperti ganjaran, pujian atau hadiah mampu merangsang motivasi murid untuk
belajar bahasa Melayu dengan efektif.

Selain itu, murid India percaya bahawa pembacaan buku cerita atau majalah dalam
bahasa Melayu dapat meningkatkan kelancaran membaca bahasa Melayu. Hal ini dapat
dijelaskan apabila murid India sanggup meminjam buku cerita atau majalah dari
perpustakaan untuk mengelakkan kecelaruan semasa membaca di samping mengisi waktu
terluang dengan kegiatan yang bermanfaat. Pada masa yang sama juga, murid India membaca
buku cerita atau majalah dalam bahasa Melayu yang berbentuk komik dapat menimbulkan
kegembiraan di dalam hati kerana tertarik dengan kartun yang terdapat dalam komik tersebut.
Selain itu, dengan membaca murid mengenali pelbagai kosa kata yang baharu yang
membantu dalam penulisan karangan. Menurut dapatan kajian Jerie dan Zamri (2011)
motivasi ekstrinsik juga turut diberikan penekanan dalam kajiannya dengan membuktikan
bahawa majoriti murid Iban berkeupayaan membaca majalah dan buku cerita bahasa Melayu
agar daapt meningkatkan penguasaan bahasa Melayu. Hal ini bermakna murid Iban
bermotivasi tinggi untuk mempelajari bahasa Melayu bagi memudahkan mereka membaca
bahan bacaan dalam bahasa Melayu.
Seterusnya, dapatan kajian ini juga menjelaskan murid India suka menonton filem
bahasa Melayu supaya memperkembangkan tahap penguasaan bahasa Melayu. Khairul
Nizam (2017) pula berpendapat bahawa murid Bajau sekolah rendah pedalaman juga
mempunyai motivasi ekstrinsik yang tinggi ketika mempelajari bahasa Melayu sebagai
bahasa kedua. Penguasaan bahasa kedua dapat dibuktikan apabila murid Bajau berkebolehan
memahami filem Melayu yang ditayangkan di dalam televisyen. Menonton filem bahasa
Melayu membantu murid India mempelajari kosa kata yang baharu dalam pembelajaran
bahasa kedua. Murid India boleh menggunakan istilah baharu dalam menghasilkan ayat yang
gramatis supaya memperoleh markah yang banyak dalam peperiksaan. Selan daripada itu,
murid akan menggunakan sari kata yang dipaparkan dalam filem untuk berbual dengan guru
dan rakan di kelas. Kekurangan perbendaharaan kosa kata mengakibatkan murid tidak
mampu menghasilkan penulisan karangan atau ayat yang berkualiti dalam kertas penulisan.
Dapatan kajian Zamri (2016) menekankan elemen motivasi memberikan impak kepada
seseorang individu untuk menguasai kemahiran berbahasa. Sehubungan itu, elemen seperti
menonton filem bahasa Melayu dapat membantu meningkatkan motivasi ekstrinsik murid
dalam mempelajari sesuatu bahasa.
Di samping itu, penguasaan bahasa Melayu membantu murid India memperoleh
keputusan yang cemerlang dalam ujian. Justeru itu, murid India, khususnya murid tahun 6
menumpukan perhatian terhadap ujian bahasa Melayu dengan memfokuskan contoh soalan-
soalan tahun lepas yang keluar dalam peperiksaan bahasa Melayu. Ini memudahkan mereka
biasakan diri dengan bentuk soalan dan format peperiksaan kertas bahasa Melayu. Murid
lemah juga berkebolehan lulus dalam peperiksaan sekiranya memfokuskan soalan-soalan aras
rendah, khususnya kertas pemahaman. Hal ini kerana murid India mementingkan kelulusan
dalam subjek bahasa Melayu dengan tujuan menjejaki ke Tingkatan 1 tanpa sebarang
kemusykilan. Murid India menyedari betapa pentingnya belajar bahasa Melayu sebagai
bahasa kedua demi lulus dalam peperiksaan. Zamri (2016) dan Abdullah (2004) menjelaskan
motivasi murid terhadap pembelajaran bahasa Melayu membantu murid meningkatkan tahap
penguasaan dalam kemahiran bahasa. Kajian Jerie dan Zamri (2011) berpandangan murid
Iban berkeupayaan memperoleh keputusan yang baik dalam peperiksaan jika menguasai
bahasa kedua kedua dengan berkesan. Ini mendorong murid Iban mudah mendapat pekerjaan
atau melanjutkan pelajaran ke universiti awam kerana kepujian bahasa Melayu merupakan
kriteria am bagi permohonan pengajian tinggi atau pekerjaan pada masa akan datang. Oleh
itu, murid Iban berfokus kepada bentuk soalan bahasa Melayu yang keluar dalam ujian.
Dengan ini mereka mudah mencapai keputusan cemerlang atau minimum yang diingini.
Natijahnya, motivas ekstrinsik murid Iban berada pada tahap yang tinggi dapat dilihat dengan
begitu jelas dalam pemerolehan keputusan cemerlang dan penumpuan terhadap bentuk soalan
peperiksaan. Justeru, pelajar Iban mempamerkan motivasi ekstrinsik yang tinggi ketika
belajar bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Selain itu, Khairul Nizam (2017) pula
berpendapat bahawa murid Bajau juga bersetuju dengan mengatakan bahawa penguasaan
bahasa Melayu dapat membantu mereka mencapai prestasi akademik yang cemerlang dalam
matapelajaran bahasa Melayu.
Tambahan pula, motivasi ekstrinsik murid India dapat dilihat dengan begitu jelas
apabila belajar bahasa Melayu mengikut masa yang ditetapkan dalam jadual di rumah. Ini
jelas membuktikan bahawa murid India lebih berdisiplin dengan mematuhi masa yang
ditetapkan dalam jadual untuk belajar bahasa Melayu. Sehubungan itu, murid India
menggunakan jadual untuk mengulangkaji pelajaran serta membuat kerja rumah bahasa
Melayu yang diberikan oleh cikgu dengan berjaya. Murid India bijak membahagikan masa
untuk membuat latihan masa Melayu dan mengulangkaji pelajaran mengikut jadual. Keadaan
sebegini berlaku apabila ibu bapa serius terhadap pelajaran anak-anaknya. Mereka
mengawasi anaknya sama ada mereka mematuhi jadual atau tidak secara langsung murid
mendapat tunjuk ajar dan bimbingan daripada ibu bapa ketika membuat latihan dan tugasan
bahasa Melayu. Meskipun kebanyakan ibu bapa murid India dalam kajian ini mempunyai
taraf pendidikan yang rendah dan mereka bekerja sebagai buruh di ladang. Sehubungan itu,
Tengku Nor Adilla (2017) menekankan faktor keluarga memberikan impak terhadap
pencapaian pelajar dalam menguasai sesuatu bahasa asing yang berlainan dengan bahasa
ibunda mereka. Tuntasnya, murid India yang dipilih dalam kajian ini mempamerkan motivasi
ekstrinsik yang tinggi dalam mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua kerana
bergantung kepada unsur luaran seperti jadual. Tugasan, latihan, pujian, galakkan, hadiah,
filem dan sebagainya bagi meningkatkan kemahiran bahasa dalam proses pembelajaran
bahasa Melayu sebagai bahasa kedua.
Sebaliknya, kajian Abdul Rasid (2010) dan Mohamad Yazid (2017) amat bertentangan
dengan dapatan-dapatan kajian di atas. Mereka menyatakan bahawa murid Cina kurang
bermotivasi untuk mempelajari bahasa kedua kerana menganggap bahasa Melayu merupakan
subjek yang sukar untuk dikuasai dan membebankan. Hal ini mendorong mereka kurang
berminat mempelajari bahasa Melayu. Mereka mempunyai pandangan yang negatif terhadap
bahasa Melayu kerana mereka beranggapan bahawa bahasa tersebut tidak menyumbang apa-
apa dalam nilai ekonomi berbanding bahasa Inggeris dan bahasa Cina. Hal ini jelas dilihat
murid Cina tidak menyedari betapa pentingnya menguasai bahasa Melayu kerana ianya
adalah bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa pengantar di Malaysia. Selain itu,
dapatan kajian Nursida, Fairose dan Jamaludin (2010) membuktikan bahawa motivasi yang
berbeza mempengaruhi proses pembelajaran bahasa Melayu, khususnya penulisan karangan.
Motivasi yang berbeza dalam diri pelajar menyumbang kepada kesalahan-kesalahan
tatabahasa dalam penulisan karangan. Kajian Chee Hwa dan Vijaya Letchumi (2016)
menunjukkan bahawa murid Cina memiliki motivasi rendah ketika mempelajari bahasa
Melayu sebagai bahasa kedua. Ini mengakibatkan murid Cina mengalami kemerosotan dalam
pencapaian akademik ekoran daripada penggunaan bahasa ibunda lebih dominan daripada
penggunaan bahasa Melayu dalam kehidupan seharian mereka serta kekurangan latihan
bahasa Melayu. Ini mendorong pelajar Cina bermotivasi rendah dan tidak menunjukkan
minat dalam mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua.
Justeru, walaupun ada kajian lepas memaparkan murid bukan Melayu memiliki
motivasi rendah untuk belajar bahasa Melayu, namun kajian ini memperlihatkan murid India
sekolah vernakular Tamil di luar bandar mempamerkan motivasi tinggi untuk belajar bahasa
Melayu dalam situasi formal. Perkara ini amat bertentangan dengan keputusan UPSR 2019
antara sekolah-sekolah Tamil di daerah Batu Pahat mendapati sedikit penurunan dari segi
pencapaian berbanding tahun-tahun lepas. Hal ini boleh dikatakan bahawa setiap murid
memiliki motivasi berbeza ketika mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Maka
pelajar India mempamerkan motivasi tinggi dalam mempelajari bahasa Melayu sebagai
bahasa kedua kerana menyedari kebaikan menguasai bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar. Natijahnya, murid India sekolah vernakular Tamil di luar bandar memiliki
motivasi intrinsik dan ekstrinsik yang tinggi untuk belajar bahasa Melayu di samping lebih
yakin berkomunikasi dengan masyarakat tempatan. Penguasaan bahasa Melayu bukan sahaja
sekadar untuk lulus dalam peperiksaan sahaja, malah perlu diikuti dengan minat dan
keinginan terhadap subjek bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, bahasa kebangsaan dan
bahasa rasmi.
5.4 IMPLIKASI KAJIAN

Kajian tentang sikap dan motivasi murid bukan Melayu sering kali diperkatakan dalam
konteks bahasa Melayu. Terdapat banyak kajian yang dilakukan oleh Khairul Nizam (2017)
untuk murid Bajau, Nancy dan Zamri (2017) untuk murid Melanau, Jerie dan Zamri (2010)
untuk murid Iban, Abdul Rasid (2011) untuk murid Cina, Zaliza dan Zaitul Azma (2014)
untuk pelajar universiti, Abdul Rahim dan Mohd Sharifudin (2014) untuk pelajar asli,
Mohamad Yazid (2016) untuk murid Cina, Nurul dan Azizi (2012) untuk pelajar sekolah
menengah dan pengkaji bahasa yang lain-lain. Namun demikan, kajian yang telah dilakukan
ini merupakan satu fenomena yang baru dalam konteks pedagogi bahasa Melayu. Mengikut
kajian-kajian yang lalu mendapati tidak ada satu kajian yang mengkaji sikap dan motivasi
murid India sekolah vernakular Tamil di luar bandar dalam mempelajari bahasa Melayu
sebagai bahasa kedua. Kesinambungan itu, dapatan kajian membuktikan bahawa murid India
di luar bandar mempamerkan sikap positif dan motivasi tinggi terhadap pembelajaran bahasa
Melayu sebagai bahasa kedua. Maka, kajian ini memberikan sumbangan dalam pendidikan
bahasa Melayu di Malaysia.
Selain itu, dari segi sikap murid India terhadap penutur bahasa Melayu, ibu bapa harus
memperkembangkan kemahiran bertutur dalam kalangan anak mereka. Misalnya, ibu bapa
harus menggalakkan anak bertutur dalam bahasa Melayu walaupun bahasa Tamil digunakan
sepanjang hari di rumah. Ibu bapa perlu memperuntukkan masa untuk berkomunikasi dengan
anak mereka menggunakan bahasa Melayu. Contohnya, ibu bapa juga harus menayangkan
kartun, drama, berita dalam bahasa Melayu di rumah. Pada masa yang sama, ibu bapa harus
menanya soalan dalam bahasa Melayu berkaitan tayangan tersebut. Melalui ini, murid dapat
memperkembangkan kemahiran lisan dalam bahasa Melayu di samping boleh berinteraksi
dengan orang Melayu dengan yakin. Ini membantu murid India boleh berbual dengan jiran
menggunakan bahasa Melayu dengan lebih seronok.
Pada masa yang sama, pihak sekolah, khususnya guru harus mewujudkan suasana yang
membolehkan murid bertutur dalam bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana bahasa Melayu
diiktiraf sebagai bahasa rasmi dan bahasa pengantar yang perlu dikuasai oleh semua murid
tanpa mengira kaum di Malaysia. Bahasa Melayu perlu diajar dengan betul dan lebih efektif
kerana ia merupakan bahasa ilmu. Hasil analisis kajian ini memperlihatkan sikap positif dan
motivasi tinggi pelajar India terhadap pembelajaran bahasa Melayu. Pihak guru hendaklah
menyediakan program-program kebudayaan yang melibatkan interaksi antara murid SJKC
dan SK. Ini mendorong murid India, Cina dan Melayu dapat menghadiri program-program
yang dianjurkan oleh sekolah berkenaan. Melalui ini, murid India dapat memahami budaya
kaum lain di samping seronok berkenalan dan berinteraksi dengan rakan yang terdiri daripada
bangsa lain. Dengan ini, kemahiran bertutur dalam bahasa Melayu dapat diperkembangkan
dan murid akan berusaha bertutur dalam bahasa Melayu tanpa rasa segan. Ini membantu
murid berkeupayaan bertutur dalam bahasa Melayu dengan masayarakt tempatan di luar sana.
Selain itu, pihak sekolah, terutamanya guru bahasa Melayu seharusnya menerima fakta
bahawa pembelajaran bahasa Melayu pelajar India tidak hanya digambarkan sebagai subjek
wajib dikuasai untuk lulus dalam peperiksaan, malah perlu menguasainya untuk bertutur dan
berkomunikasi dengan komuniti luar. Kesinambungan daripada itu, kemahiran berbahasa,
khususnya kemahiran bertutur harus diberi penekanan agar pembelajaran bahasa kedua dapat
dijalankan dengan lebih efektif di sekolah. Hal ini dapat dilakukan dengan kepelbagaian
aktiviti pembelajaran bahasa kedua yang dikendalikan oleh guru melalui perbincangan di
kelas. Dengan ini, guru dapat memberikan kesedaran kepada murid tentang kepentingan
kemahiran bertutur apabila bergaul dengan budaya setempat. Oleh itu, kemahiran bertutur
pelajar India harus diberikan perhatian kerana bahasa Melayu dinobatkan sebagai bahasa
kebangsaan di mana penggunaan satu bahasa dapat mempersatukan masyarakat yang
berbilang kaum tanpa rasa prejudis.
Seterusnya dari segi sikap integratif pula, pihak sekolah hendaklah menggalakkan
murid India menyertai dalam aktiviti kemasyarakatan seperti gotong royong dan program hari
keluarga. Hal ini kerana aktiviti kemasyarakatan biasanya disertai oleh golongan masyarakat
Melayu Ini membantu murid India mengeratkan hubungan dengan orang Melayu di samping
dapat boleh bertutur dengan fasih jika bergaul dengan orang Melayu. Murid India dapat
menyesuaikan diri dengan komuniti orang Melayu jika melibatkan diri dengan aktiviti
kemasyarakatan sebegini. Dengan ini, murid India boleh berkongsi pengalaman mereka
dengan rakan sekelas tentang pengalaman tersebut. Pada masa yang sama juga, guru juga
boleh menggalakkan murid India menceritakan tentang pengalamannya dalam bahasa Melayu
di hadapan kelas. Justeru itu, penglibatan dalam aktiviti kemasyarakatan menyumbang
kepada pembentukan hubungan antara murid India dan orang Melayu. Melalui ini, nilai
murni seperti sikap bekerjasama, tolong-menolong, hormat-menghormati dan sebagainya
dapat dibentuk di samping melahirkan hubungan yang baik sesama mereka.
Ibu bapa juga harus membenarkan anak mereka bergaul dengan jiran mereka. Ini
membantu murid India boleh mengadakan hubungan baik dengan orang Melayu. Pada masa
yang sama, mereka boleh berinteraksi menggunakan bahasa Melayu dengan orang Melayu.
Perkara tersebut mendorong murid India bertutur bahasa Melayu dengan lebih yakin dan
fasih jika bergaul dengan jiran. Perhubungan yang baik dapat mewujudkan persefahaman
antara kedua-dua pihak. Melalui ini, murid India dapat mengenali dan memahami budaya
masyarakat Melayu dengan lebih mendalam sekiranya mempunyai hubungan yang baik.
Justeru itu, murid India berupaya bertutur dalam bahasa Melayu dengan fasih jika berkawan
dengan orang Melayu.
Seterusnya, minat terhadap bahasa Melayu juga harus diberi perhatian dalam kalangan
murid India, Hal ini kerana minat yang tinggi mendorong murid menguasai dan menerima
bahasa Melayu dengan berjaya. Sebaliknya, bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar tidak
dapat diperluaskan sekiranya murid India tiada minat terhadap subjek bahasa Melayu sejak
sekolah rendah. Murid India seharusnya menggunakan masa yang optimum dalam
pembelajaran bahasa Melayu di kelas agar sikap serta motivasinya dalam pembelajaran
bahasa Melayu terus terserlah. Penguasaan bahasa Melayu yang baik memerlukan sifat
keyakinan diri yang tinggi yang perlu ada ada setiap murid India. Mereka harus bersikap
positif dan bermotivasi tinggi semasa mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua agar
murid berkebolehan mencapai peningkatan dalam subjek tersebut.
Guru juga harus mempelbagaikan aktiviti pembelajaran bahasa kedua di kelas supaya
sikap dan motivasi serta minat murid ke arah pembelajaran bahasa kedua dapat diperlihatkan
dengan lebih jelas. Murid juga tidak akan berasa bosan dan berasa aktif dan seronok untuk
mengikuti pembelajaran bahasa kedua di kelas. Murid India akan memberi perhatian
sekiranya guru mengaplikasikan pelbagai kaedah, teknik dan strategi semasa mengendalikan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di bilik darjah. Ini mewujudkan suasana
yang ceria di dalam bilik darjah. Cikgu bahasa Melayu hendaklah memberikan latihan ‘hands
on’ seperti projek, penyelesaian masalah, dan sebagainya di dalam bilik darjah. Situasi
sebegini membantu pelajar India lebih meminati latihan praktikal yang melibatkan banyak
pergerakan di kelas. Suasana ceria dapat diwujukan agar proses pembelajaran bahasa Melayu
berjalan dengan lancar. Guru juga harus mewujudkan peluang bagi membolehkan murid
India bertutur bahasa Melayu di kelas. Guru perlu menggunakan masa yang optimum di kelas
bagi mewujudkan suasana sebegini di dalam kelas. Guru harus menetapkan peraturan bahawa
murid India harus bercakap dalam bahasa Melayu dalam subjek bahasa Melayu walaupun
terdapat kesilapan semasa bertutur. Keadaan ini membantu murid India membiasakan diri dan
memperkembangkan bahasa Melayu dengan baik. Oleh itu, kepelbagaian aktiviti pengajaran
yang dikendalikan oleh guru bahasa Melayu dapat mencungkil minat dalam kalangan murid
India.
Tambahan pula, kerajaan juga harus menempatkan bilangan guru bahasa yang
secukupnya di setiap sekolah supaya dapat meningkatkan pencapaian bahasa Melayu dalam
kalangan murid India. Ini sangat penting kerana guru opsyen bahasa Melayu lebih
mengetahui tentang isi pelajaran dan kaedah pengajaran sesuai mengikut kemampuan murid
agar pembelajaran bahasa kedua dapat berjalan dengan efektif. Pencapaian rendah dalam
matapelajaran bahasa Melayu berpunca daripada kekurangan guru bahasa Melayu di
sesebuah sekolah. Tanggungjawab guru sangat penting kerana guru merupakan pendorong
sikap positif dan perangsang motivasi kepada murid. Oleh itu, kerajaan harus mengambil
usaha dalam menambah bilangan guru-guru terlatih mengikut opsyen bahasa Melayu untuk
meningkatkan kemahiran bahasa pelajar dalam subjek bahasa Melayu. Lebih-lebih lagi,
Kementerian Pendidikan Malaysia perlu membuka peluang kepada bakal mahasiswa dengan
menambah bilangan atau kuota yang ingin mengikuti kursus pengajian pendidikan bahasa
Melayu sama ada di instituti pendidikan guru atau universiti awam. Kerajaan juga harus
memartabatkan bahasa Melayu bagi meningkatkan kemahiran bahasa Melayu dalam
kalangan murid bukan Melayu. Dengan ini, murid-murid, guru-guru, ibu bapa akan
menyedari betapa pentingnya menguasai bahasa Melayu dengan baik di samping dapat
memotivasikan murid India untuk berkomunikasi dan berinteraksi dalam bahasa Melayu.
Pihak sekolah harus memaikan peranan yang penting dalam meningkatkan motivasi
intrinsik dalam kalangan murid India. Guru harus membentuk penglibatan aktif pelajar dalam
pembelajaran dan pengajaran bahasa Melayu di kelas. Misalnya, aktiviti kumpulan seperti
perbincangan, penyelesaian masalah, aktiviti luar bilik darjah dan soal jawab dapat
merangsang murid India melibatkan diri dengan aktif dalam pdpc. Murid India akan
bermotivasi tinggi apabila mereka dihargai dan dihormati dalam aktiviti kumpulan. Mereka
merasakan diri mereka juga adalah sangat penting dan diperlukan untuk menyelesaikan
tugasan kumpulan. Melalui ini, murid India lebih bersemangat untuk belajar bahasa Melayu.
Oleh itu, tenaga pendidik hendaklah mewajibkan setiap pelajar perlu terlibat dalam aktiviti
yang dijalankan di dalam subjek bahasa Melayu.
Guru bahasa Melayu pula perlu memenuhi keperluan murid dengan mencurahkan kasih
sayang yang adil kepada semua murid tanpa pilih kasih. Setiap murid memerlukan kasih
sayang daripada insan yang disukai, terutamanya guru. Dengan ini, murid akan berasa
seronok dam bebeas menyuarakan pendapat kepada guru tanpa rasa diskriminasi. Contohnya,
guru bahasa Melayu harus memberikan peluang kepada murid untuk memilih salah satu
daripada tiga tajuk untuk menyiapkan tugasan yang diberikan atau menyelesaikan tugasan
berkumpulan mengikut tajuk pilihan sendiri. Pada zaman sekarang, murid inginkan
kebebasan dalam mebuat keputusan dan tidak mahu terikat dengan sebarang arahan daripada
mana-mana pihak. Dengan ini, hubungan yang baik antara guru dan murid dibentuk agar
murid dapat berinteraksi serta hubungan silaturahim dapat diwujudkan dengan cikgu. Guru
harus mewujudkan iklim pembelajaran bahasa Melayu yang ceria dan menggembirakan di
mana murid boleh bebas memberikan idea di dalam kelas. Hal ini akan mendorong murid
bergiat aktif dan merangsang minda pelajar supaya berfikir dan menaakul idea yang bernas.
Guru juga harus menggunakan pelbagai emosi di kelas bahasa Melayu untuk
merangsang motivasi intrinsik dalam kalangan murid. Ia dapat merangsang suasana
pembelajaran yang seronok dan ceria. Murid akan mudah mengingati dan memahami sesuatu
topik pembelajaran apabila digabungkan dengan pendekatan emosi. Murid tidak akan berasa
jemu seiranya terdapat unsur-unsur kepelbagaian emosi di dalam subjek bahasa Melayu.
Cikgu hendaklah mengaplikasikan kepelbagaian watak, didik hibur dan pendekatan untuk
mencungkil minat murid terhadap sesuatu topik. Setiap emosi seperti marah, tegas,
menghiburkan, jenaka, lakonan yang dipamerkan oleh guru bahasa Melayu dapat diingati
oleh murid dalam minda mereka tentang isi pelajaran yang diajar. Murid tidak akan mudah
lupa pembelajaran pada hari tersebut. Oleh itu, motivasi intrinsik dapat dibentuk apabila
guru menggunakan pelbagai jenis emosi dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.
Akhir sekali, motivasi ekstrinsik juga perlu diambil perhatian serius dalam kalangan
murid sekolah. Oleh itu, tindakan perlu diambil bagi merangsang motivasi ekstrinsik dalam
diri setiap murid. Murid yang bermotivasi rendah boleh didorong oleh faktor luaran dengan
memberikan pelbagai bentuk ganjaran dalam kelas bahasa Melayu. Ganjaran berbentuk
hadiah, pujian, markah dan sebagainya mendorong murid lebih bersemangat mempelajari
bahasa Melayu di kelas. Misalnya, apabila murid berkelakuan baik atau menjawab soalan
yang diajukan oleh guru makan ganjaran sebegini diberikan agar motivasi murid terus kekal
sepanjang waktu mata pelajaran tersebut. Pada masa yang sama, pemberian ganjaran dapat
mewujukan persaingan yang sihat antara murid di kelas. Mereka bersaing dengan sihat untuk
mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan bahasa Melayu. Secara langsung,
kepelbagaian ganjaran mampu menjana motivasi enkstrinsik murid dengan lebih berkesan.
Sehubungan itu, motivasi ekstrinsik dapat dicungkil dengan menetapkan matlamat
dalam mata pelajaran bahasa Melayu. Guru dan murid harus mentapkan matlamat masing-
masing untuk mengecapi apa yang diinginkan. Guru bahasa Melayu perlulah menetapkan
matlamat bagi setiap muridnya. Guru harus mengikuti perkembangan murid dan memastikan
setiap murid perlu mencapai kriteria kejayaan yang dietapkan bagi merealisasikan matlamat
yang ditetapkan oleh cikgu bahasa Melayu. Misalnya, cikgu boleh mencungkil beberapa
soalan bagi memastikan pelajar memahami topik di akhir pembelajaran serta berupaya
memperoleh pencapaian maksimum atau minimum dalam peperiksaan. JIka tidak, guru harus
membimbing murid supaya matlamt tersebut dicapai. Murid juga harus menetapkan matlamat
sendiri untuk lulus dalam peperiksaan bahasa Melayu. Murid juga perlu berusaha dengan
gigih untuk memperoleh keputusan yang baik dalam subjek bahasa Melayu. Murid harus
menyedari kepentingan lulus dalam subjek tersebut kerana ia merupakan salah satu kriteria
yang ditetapkan untuk memasuki tingkatan 1. Tuntasnya, dengan adanya matlamat yang ingin
dicapai maka motivasi ekstrinsik dapat dtingkatkan di samping mempelajari bahasa kedua
dengan lebih efisien.

5.5 KESIMPULAN

Dirumuskan bahawa elemen sikap dan motivasi amat mempengaruhi pembelajaran bahasa
kedua dalam kalangan pelajar India sekolah vernakular Tamil, khususnya luar bandar.
Walaupun kebanyakan murid India tinggal di ladang, namun mereka mempamerkan sikap
positif dan motivasi tinggi dalam mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua
meskipun cara penguasaan bahasa pertama dan bahasa kedua amat bertentangan dari segi
pertuturan dan penulisan. Keupayaan murid dalam mempelajari bahasa kedua amat
bergantung kepada sikap dan motivasi pelajar itu sendiri. Sikap dan motivasi mendorong
seseorang pelajar untuk menguasai bahasa kedua dengan baik. Setiap murid harus memiliki
sikap yang postitif terhadap bahasa yang dipelajari. Pada masa yang sama juga, motivasi
yang tinggi dapat membantu meningkatkan keupayaan mempelajari bahasa kedua. Kedua-dua
elemen ini membantu murid India memperkembangkan tahap penguasaan dalam baahsa
kedua dengan mudah.
Selain itu, kajian ini menggambarkan kepentingan penguasaan bahasa Melayu dalam
kehidupan seharian mereka. Kebanyakan murid India suka belajar bahasa Melayu kerana
bahasa Melayu ialah matapelajaran penting untuk dikuasai. Oleh itu, peranan guru bahasa
Melayu amat dititikberatkan dalam mempelbagaikan kaedah dan pendekatan dalam pdpc
bahasa Melayu. Kaedah pembelajaran dan pengajaran yang sesuai seiring dengan
pembelajaran abad ke-21 harus diteliti oleh guru agar murid bersikap positif dan bermotivasi
tinggi terhadap pembelajaran bahasa Melayu. Sikap dan motivasi murid harus dicungkil
menerusi aktiviti pdpc bahasa Melayu di sekolah.
Tuntasnya, sikap dan motivasi merupakan dua elemen utama yang memainkan peranan
penting dalam meningkatkan keupayaan murid India belajar bahasa kedua, iaitu bahasa
Melayu. Kajian tersebut dapat memberikan gambaran bahawa murid India di luar bandar
mempamerkan sikap positif dan motivasi tinggi terhadap pembelajaran bahasa Melayu
sebagai bahasa kedua walaupun bahasa Melayu bukan bahasa ibunda mereka. Ini
menunjukkan keinginan dan minat yang mendalam murid India untuk mempelajari bahasa
kedua dapat diperlihat dengan jelas. Ia dapat menggalakkan pelajar India mendapat prestasi
akademik yang cemerlang terhadap subjek bahasa Melayu. Justeru itu, para ibu bapa dan
guru harus berganding bahu bagi meningkatkan sikap dan motivasi pelajar India dalam
mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua.

Anda mungkin juga menyukai