Anda di halaman 1dari 2

TAJUK ARTIKEL 1:

ANALISIS KEPERLUAN PEMBELAJARAN BAHASA ARAB DALAM KALANGAN


WARGA EMAS

Artikel tersebut mengkaji keperluan pembelajaran Bahasa Arab dalam kalangan


warga emas. Berdasarkan artikel ini, pengkaji menggariskan dua objektif kajian, iaitu
mengenalpasti faktor yang mendorong warga emas mempelajari bahasa Arab dan
menyenaraikan bahan yang bersesuaian dengan keperluan pembelajaran mereka.
Pengkaji menggunakan pendekatan kualitatif, di mana rakaman temu bual dipilih sebagai
instrumen kajian untuk mengumpul data secara terperinci dan tepat. Pengkaji
menggunakan perakam suara digital dan menyediakan item temu bual, iaitu soalan-soalan
berdasarkan objektif kajian bagi mengukuhkan data yang diperolehinya. Pengkaji
menggunakan lima orang responden yang terdiri daripada 3 responden lelaki dan 2
responden perempuan yang pernah mengikuti kursus Bahasa Arab di bawah program
University of Third Age (U3A), Institut Gerontologi, Universiti Putra Malaysia, Serdang.
Pengkaji memilih responden dengan menggunakan kaedah pensampelan pelbagai latar
belakang atau dikenali sebagai “maximal variation sampling”. Responden yang dipilih
merupakan warga emas yang mempunyai tahap kesihataran dan fizikal yang baik serta
mempunyai semangat yang kental untuk mempelajari Bahasa Arab.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor agama, faktor komunikasi dan faktor
kemasyarakatan merupakan antara 3 faktor utama yang menyumbang kepada keperluan
pembelajaran Bahasa Arab dalam kalangan warga emas. Dari aspek faktor agama,
mereka menyedari bahawa betapa pentingnya mendalami ilmu agama melalui kandungan
al-Quran dan Hadis. Melalui pelaksanaan ibadah, mereka dapat memperbaiki mutu ibadah
khususnya bacaan solat dan bacaan al-Quran, doa dan sebagainya. Dalam aspek faktor
komunikasi menunjukkan bahawa golongan warga emas tekad untuk menguasai
kemahiran komunikasi walaupun menggunakan cara yang mudah. Ini memudahkan
mereka dapat berkomunikasi dengan masyarakat sekeliling atau melancong ke luar
negara, kuhususnya ketika menunaikan haji di umrah. Dapatan kajian juga menunjukkan
bahawa bahan pelajaran yang disediakan perlu bersesuaian dengan tema agama, tema
komunikasi, unsur-unsur bahasa dan unsur kemahiran seperti fonologi, morfologi,
sintaksis, kosa kata serta keindahan bahasa dan unsur kemahiran bahasa iaitu membaca,
bercakap, mendengar dan menulis. Oleh itu, kajian ini membuktikan bahawa walaupun
berusia, golongan warga emas mempunyai keinginan yang tinggi untuk mempelajari
Bahasa Arab. Dengan ini, penghasilan modul khusus amat membantu golongan tersebut
untuk menguasai Bahasa Arab dengan mudah dan jelas.
TAJUK ARTIKEL:

ANALISIS KEPERLUAN BAHASA INGGERIS BAGI TUJUAN KURSUS KHUSUS


UNTUK MENGAPLIKASIKAN PENGAJARAN BAHASA KOMUNIKASI (KAJIAN KES
PENTADBIRAN PENDIDIKAN MURID-MURID IRAN TAHUN PERTAMA)

Kajian ini dikaji untuk memenuhi keperluan pelajar Universiti Iran bagi
mengimplimentasikan Bahasa Komunikasi dalam Tujuan Kursus Tertentu. Dengan
melaksanakan Pengajaran Bahasa Komunikasi sebagai kaedah mengajar, Universiti Iran
mewujudkan persekitaran yang menggalakkan pemodenan Bahasa Inggeris. Dari aspek
pengajaran Bahasa Komunikasi, pemodenan ini amat penting bagi menggalakkan pelajar
Universiti Iran berwibawa dalam Bahasa Inggeris. Ini bermakna Bahasa Inggeris
membantu pelajar univerisiti Iran berkomunikasi di seluruh pelosok dunia dengan baik dan
dipercayai bahawa mereka mempunyai kehidupan praktikal yang lebih baik. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa terdapat beberapa faktor yang menghalang pengajaran Bahasa
Inggeris dalam kursus tertentu di Universiti Iran dan tidak efektif kerana ia bercirikan
pendekatan tradisional. Antaranya ialah memberi penekanan kepada penghafalan fakta
berbanding penilaian pemikiran kritikal dan kemahiran analisis. Instrumen pengumpulan
data yang digunakan oleh pengkaji adalah dua soal selidik yang berbeza bagi murid dan
guru. Bagi pelajar soal selidik direka dalam bentuk soalan pelbagai pilihan dan soalan
berkala terhad disediakan bagi mengukur penilaian tingkah laku dan kepercayaan.
Manakala, soal selidik guru hanya mempunyai soalan yang kecil. Hasil analisis soal selidik
menunjukkan terdapat keperluan dan gaya pembelajaran pelajar disokong dengan
menerapkan pengajaran Bahasa Inggeris dan kaedahnya.

Peserta kajian terdiri daripada 90 pelajar universiti tahun pertama yang berada
dalam lingkungan umur 19-20 yang menjawab soal selidik. 30 orang guru memilik ijazah
dalam bidang pentadbiran pendidikan yang mempunyai pengalaman mengajar selama 3
hingga 10 tahun juga terlibat dalam kajian ini. Hasil analisis keputusan kajian ini
menunjukkan bahawa penguasaan Bahasa Inggeris amat penting dan diperlukan dengan
keadaan semasa kerana ia memudahkan pelajar mendapat peluang pekerjaan yang baik
pada masa akan datang dan berpotensi memajukan diri dalam kerjaya masing-masing.
Hasil kajian juga mendapati pelajar perlu menguasai empat kemahiran berbanding
tatabahasa dan perbendaharaan kata, khususnya kemahiran bercakap. Persekitaran bilik
darjah yang menyokong penyertaan aktif dititkberatkan seperti kerja berpasukan, main
peranan dan projek. Guru pula memainkan peranan sebagai fasilitator dan petunjuk serta
berpusatkan murid. Murid dipercayai bahawa alat bantu kursus dan pendekatan tradisional
tidak menyumbang ke arah peningkatan Bahasa Inggeris.

Anda mungkin juga menyukai