Anda di halaman 1dari 2

Sebuah hadis Rasulullah s.w.t.

bermaksud:
SEKTOR PSIKOLOGI & KAUNSELING JPN PERAK
Bil.1/2012

Allah Swt melukiskan konsep cinta dalam ayat Al-Quran dengan firman-Nya: Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang bertakwa. (Al Imran: 76). Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebajikan. (Al Imran: 138). Jadi, hubungan antara sesama manusia, khususnya pelajar-pelajar harus dibangun berdasarkan bahasa cinta dan kasih sayang.

Sesiapa yang tidak menyayangi manusia, maka dia tidak akan disayangi oleh Allah (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Guru penyayang merupakan intelektual penyayang. Seseorang itu dikatakan penyayang apabila mempunyai sifat-sifat seperti berminat, bertimbang rasa, menyedari, menyayangi, suka dan memuja. Guru penyayang adalah guru yang menyedari, prihatin, berminat, peduli, bertimbang rasa, menjaga, memikir dan memberi perhatian terhadap permintaan, pandangan, harapan, masa depan, kebajikan, keperluan dan kebahagian muridmuridnya.

Imam al-Ghazali pernah menggariskan beberapa kriteria unggul seorang pendidik antaranya, guru harus sabar menerima pelbagai masalah pelajar dan menerimanya dengan baik. Guru hendaklah bersifat penyayang dan tidak pilih kasih terhadap anak didiknya. Guru yang penyabar dan penyayang akan berjaya dalam kerjayanya. Apabila nilai itu tersemat kukuh, guru pasti akan menyedari bahawa sabar itu memberkati usaha gigihnya mendidik. Selain itu, guru juga perlu bersedia menerima kepelbagaian watak dan perbezaan tahap kecerdasan anak didik supaya proses pengajaran akan dapat dilaksanakan dengan fikiran tenang.

Peranan Guru Penyayang:


1. Dapat mewujudkan murid yang mengamalkan budaya penyayang. 2. Melahirkan murid yang mempunyai kepimpinan cemerlang melalui pendedahan hidup masyarakat sejagat. 3. Bertimbang rasa dan penyayang dapat melahirkan murid bersahsiah matang

Guru yang mampu menjalin persahabatan


dengan pelajarnya secara baik dan membangun komunikasi timbal balik dengan sihat adalah guru yang berkesan. Guru seperti ini biasanya mudah mengarahkan dan mendidik pelajar-pelajarnya Imam Ja'far ash-Shadiq

7 Prinsip Guru Penyayang


1. Kami mendidik anak murid kami dengan kasih sayang. 2. Kami menghargai setiap tindakan dan memuji sekecil apapun prestasi anak murid kami. 3. Kami memberikan sesuatu yang terbaik untuk anak murid kami. 4. Kami membantu anak murid kami merumuskan impiannya. 5. Kami membimbing anak murid kami menemukan potensi diri dan peluang hidupnya. 6. Kami menunjukkan dan mendukung sepenuh hati cara meraih impian anak murid kami. 7. Kami menjadi contoh pertama orang berjaya dan menceritakan tentang kisah orang berjaya dan orang gagal kepada anak murid kami. agar anak murid kami mempunyai kekuatan jiwa dalam perjuangan untuk mencapai citacita mereka.
Adaptasi dari: Anis Matta,2003 Mencari Pahlawan Indonesia

OBOR HEMAH

Guru adalah awan indah terbang rendah, melimpahkan hujan pada musim gersang, menyegarkan benih ilmu, berbuah hikmah; ia renjis embun pada tanah bakat, suara ihsan ketika manusia kalah, sepi yang syahdu dalam dunia resah. Guru - atap ganti ketika pondok bocor, ketika sejarah dalam bilik darjah, senyum penyembuh bagi wabak sengsara, ia - sungai rangsang sentiasa tenang, menghantar bahtera ke segara dharma, memesan angin menghikmahkannya. Guru adalah penelaah yang tekun, mewariskan dunia sebagai kutubkhanah, menyediakan kutubkhanah sebagai dunia, ia mengemudi biduk, melepaskannya, atas lambungan laut, merangsangkan manusia menyelami rahsia khazanahnya. Guru - minda segar dan kukuh akar, menghidupkan batin yang bersih di daerah dunia cemar kasih, dan pada ketika tak tersangkakan, walau diambilnya kemball semua buku, sempat ditinggalkan asas i1mu. Guru adalah batin suci hatinurani, penjunjung budi, manusia yang takwa, obor hemah kehidupan bangsa. A. SAMAD SAID 2 APRIL 1988

Dalam konteks pendidikan, naluri kasih sayang ini dapat berperanan dalam tiga keadaan iaitu: 1. Allah swt menjadikan naluri kasih sayang ini agar manusia menjadikan usaha mendidik itu satu yang menyeronokkan. 2. Naluri kasih sayang mencipta ketabahan dan kegigihan untuk mendidik. 3. Fitrah kasih sayang dalam jiwa manusia juga mendorong pengorbanan luar biasa

Sebarang Maklumat sila berhubung dan berjumpa kaunselor di : Sektor Psikologi dan Kaunseling Jabatan Pelajaran Perak 05-501 5012 05-501 5205 Puan Khadijah bt. Mohd Zahari Ketua Sektor jah2056@yahoo.com Mohammad Naufal b. Hj. Azid @ Aziz - Kaunselor naufaladil76@yahoo.com

Anda mungkin juga menyukai