Anda di halaman 1dari 10

SOALAN 1 Nyatakan 3 fadhilat mengapa kita perlu menghormati guru.

Hujah tersebut hendaklah disokong dengan dalil Al-Quran dan Hadis. ( 6 Markah ) Islam memberi penekanan yang tinggi khusus terhadap pendidikan. Posisi dan peranan guru mendapat kedudukan istimewa dalam kacamata seorang Muslim. Guru atau pendidik mewarisi tugas para Nabi dan Rasul. Dalam satu hadis baginda Rasulullah berkata:

""
Maksudnya: Sesungguhnya aku diutuskan sebagai guru Ia turut terangkum dalam satu ayat Al-Quran yang bermaksud: (Nikmat berkiblatkan Kaabah yang Kami berikan kepada kamu itu), samalah seperti (nikmat) Kami mengutuskan kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu (iaitu Muhammad), yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu, dan membersihkan kamu (dari amalan syirik dan maksiat), dan yang mengajarkan kamu kandungan Kitab (AlQuran) serta Hikmat kebijaksanaan, dan mengajarkan kamu apa yang belum kamu ketahui. (Surah Al-Baqarah: 151) 1. Lantaran itu guru adalah insan mulia yang tinggi kedudukannya dan mesti dihormati. Kemuliaan guru terletak pada tangga kedua selepas kemuliaan ibubapa. Sebagai seorang yang berilmu, Allah telah mengangkat ketinggian guru sebagai orang yang berilmu dan Allah menggandingkan orang berilmu dengan malaikat. Firman Allah s.w.t,

Maksudnya: Allah menerangkan (kepada sekalian makhluk-Nya dengan dalildalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. Surah ali-Imran:18 Seterusnya, Imam At-Tirmidzi meriwayatkan bahawa Abu Umamah al-Bahili Radhiallahu anhu telah berkata: Bahwasanya Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam bersabda: Maksudnya: Kelebihan orang alim (ulama) atas ahli ibadat adalah seperti kelebihanku ke atas orang yang paling rendah di antara kamu. Kemudian Baginda bersabda lagi: Sesungguhnya para malaikat dan penduduk langit dan bumi hinggakan semut dalam lubangnya berserta ikan bersalawat (berdoa) untuk orang-orang yang mengajar kebaikan kepada manusia. (Hadits riwayat At-Tirmidzi) 2. Kita diwajibkan menghormati guru kerana mereka orang yang bijaksana.

Dengan menggunakan kebijaksanaannya, guru berupaya membentuk dan mengembangkan mental dan fizikal anak muridnya serta meletakkan kebijaksanaan dalam diri muridnya. Perkara ini tentu dapat melahirkan generasi yang cemerlang akhlak dan peribadinya. Firman Allah Taala dalam Surah An-Nahl ayat 43 dan Surah Al-Anbiya ayat 7: maksudnya: Maka bertanyalah kamu kepada Ahlu'dz Dzikri jika kamu tidak mengetahui. Imam Ath-Thabarani meriwayatkan dalam kitabnya Al-Kabir bahwasanya Muawiyyah Radhiallahu anhu telah berkata bahawasanya Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam telah bersabda: Maksudnya: Wahai manusia! Sesungguhnya ilmu itu hanya diperolehi dengan belajar dan feqh itu dengan mempelajari ilmu feqh. Dan barangsiapa yang dikehendaki Allah kebaikan untuknya, nescaya diberikannya kefahaman dalam agama, dan sesungguhnya di antara hamba Allah yang takutkan Allah hanyalah para ulama.

(Hadits riwayat Ath-Thabarani) 3. Guru menabur bakti yang sangat besar sehingga tidak dapat diungkap dengan apa

jua bentuk. Jasa guru membimbing hidup manusia seluruhnya dengan ilmu yang dimilikinya. Seperti kata pepatah, guru ibarat lilin yang menerang kegelapan. Ada guru sanggup berkorban demi menjadikan para pelajarnya orang yang berguna. Ramai tokohtokoh telah membuktikan bahawa untuk berjaya seseorang itu perlu memiliki ilmu dan untuk memiliki ilmu kita perlu berguru dengan orang yang berilmu iaitu guru. Abu Saed al-Khudri Radhiallahu anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam telah bersabda Maksudnya: Akan datang kepada kamu beberapa kaum untuk mencari ilmu, maka apabila kamu melihat mereka hendaklah kamu katakan kepada mereka: Selamat datang, selamat datang, mengikut wasiat Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam dan hendaklah kamu mengajar mereka. (Hadits riwayat Ibnu Majah)

Cadangkan Set Induksi yang sesuai bagi topik menghormati guru beserta lampiran. Set Induksi untuk Pengajaran Adab Menghormati Guru Mata Pelajaran Tahun Tarikh Masa Bilangan Pelajar Bidang Tajuk Pengetahuan Sedia Ada : Pendidikan Islam :3 : 10.10.2010 : 8.00 9.00 pagi : 30 orang : Akhlak Islamiah : Adab Menghormati Guru : Murid-murid mengetahui amalan memberi salam dan membantu guru. Hasil pembelajaran Aras 1: Dapat menyatakan 3 adab menghormati guru dengan betul. Aras 2: Dapat menyatakan dan mengamalkan kelebihan mengamalkan adab-adab menghormati guru. Aras 3: Dapat menyatakan, menulis dan mengamalkan adab-adab yang tidak wajar dilakukan terhadap guru. Kemahiran berfikir Penerapan Nilai Gabungjalin Bahan Bantu Mengajar : Membezakan amalan baik dan amalan buruk terhadap guru : Hormat-menghormati, bertolak ansur dan bekerjasama. : Moral dan Sivik. : Gambar-gambar murid-murid menghormati guru. dan melakukan amalan baik.

Langkah Muqaddimah 1 minit

Isi pelajaran Doa Belajar

Aktiviti P&P Guru membimbing murid-murid membaca doa belajar dan mengucapkan syahadah.

Catatan

Set induksi 3 minit

Isi: Soalan: 1.Apakah yang dilakukan oleh murid-murid dalam gambar tadi? 2. Bagaimana cara yang betul untuk memberi salam kepada guru? 3.Kenapa kita perlu memberi salam semasa guru masuk ke kelas?

Guru menunjukkan gambar-gambar muridmurid menghormati guru. 1. Menunjukkan gambar 2.Guru menunjukkan beberapa keping gambar. 3. Guru bersoal jawab bersama murid tentang perlakuan dalam gambar tersebut. 4. Guru mengaitkan kisah dalam gambar tersebut dengan tajuk pelajaran iaitu Adab Menghormati Guru.

- Kad gambar

Huraikan langkah-langkah pengajaran sebelum, semasa dan selepas dengan menggunakan kaedah lakonan dengan melakonkan adab-adab menghormati guru. (10 markah ) 1. Kaedah lakonan adalah satu kaedah pengajaran yang berbentuk drama pendek atau sketsa yang melibatkan lebih daripada dua orang pelajar. Setiap pelajar melakonkan watak dan peranan yang diperlukan mengikut skrip yang berkaitan dengan isi pengajaran. 2. Dalam kaedah ini, pelajar-pelajar menjalankan aktiviti lakonan dan berpeluang mengalami sendiri situasi dan masalah. Pelajar-pelajar juga digalakkan membuat keputusan berdasarkan maklumat-maklumat yang dikumpulkan ketika menyaksikan lakonan tersebut . Di samping itu pelajar juga boleh mendapatkan maklumat melalui temuramah dengan individu-individu tertentu yang terlibat dengan lakonan tersebut. Pada akhir lakonan guru dan pelajar akan membincangkan peristiwa tersebut dan memberi ulasan dan pendapat masing-masing. 3. Melalui kaedah ini, pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan seperti kemahiran lisan, mengambil nota dan catatan, kemahiran menulis dan mengarang serta kemahiran membuat keputusan. Sebelum Tidak semua episod atau adegan sesuai dilakonkan. Peristiwa yang agak relevan dengan isi pengajaran dipilih. Lebih mudah jika episod yang dipilih tidak memerlukan ramai pelakon. Pelajar yang dipilih hendaklah benar-benar berkebolehan dan dapat memahami peristiwa serta peranan yang diberi. Guru perlu menjelaskan terlebih dahulu situasi yang hendak dilakonkan seperti punca dan akibat peritiwa itu berlaku. Setiap pelajar perlu memahami dan menghayati watak masing-masing. Sebaikbaiknya pelakon dipilih secara sukarela. Pemilihan secara sukarela ini selalunya

memberikan hasil yang yang lebih berkesan. Lakonan boleh diulang. Guru juga boleh menggunakan pelajar-pelajar lain untuk mengulangi lakonan-lakonan tersebut. Guru mewujudkan suatu situasi bermasalah seperti situasi sebilangan murid yang tidak menghormati guru. Guru menerangkan secara ringkas tentang situasi tersebut, peranan watak-watak dan tempat lakonan. Sebahagian pelajar akan melakonkan watak guru dan sebahagin lagi melakonkan watak murid. Semasa Biarkan pelajar memainkan peranan dan watak mereka secara bebas. Pelakon tidak perlu terlalu terikat dengan skrip. Walaubagaimanapun guru perlu mengawasi pelajar agar mereka tidak menyeleweng dari situasi yang sepatutnya mereka lakonkan. Berdasarkan watak-watak yang telah diberi, pelajar-pelajar memainkan peranan mereka dalam sesi lakonan. Selepas Guru perlu menjelaskan kepada pelajar-pelajar mengenai apa yang mereka tonton. Dengan penjelasan ini, pelajar-pelajar lain akan dapat mengetahui dan cuba memahami apa yang cuba dilakonkan oleh rakan mereka. Setelah selesai lakonan, guru dan pelajar hendaklah berbincang tentang babak yang telah mereka saksikan. Hasil perbincangan ini dapat membantu pelajar lebih memahami peristiwa yang mereka pelajari. Guru berbincang dalam kelas tentang situasi dan peristiwa dalam lakonan tersebut. Guru membimbing pelajar membuat rumusan. Pada pendapat anda, bagaimanakah Rasulullah S.A.W berperanan sebagai guru dalam mendidik dan menyampaikan risalah dakwah kepada sahabatnya serta masyarakat arab seluruhnya. Bincangkan . ( 8 markah ) 1. Rasulullah mendidik dengan penuh kasih sayang dan sabar. Pendidikan selalunya

dikaitkan dengan kasih sayang. Dalam satu hadis, Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud Barang siapa yang tidak menyayangi, dia tidak akan disayangi (HR Muslim). Rasa kasih sayang dizahirkan melalui perbuatan yang baik, hormat menghormati dan berjasa . Apabila timbul perasaan kasih saying, secara tidak langsung, keinginan untuk berbakti akan timbul. Manakala berbakti semestinya diasaskan pada hati yang bersih, suci dan ikhlas kerana Allah SWT. Seperti dalam firmanNya Kamu tidak akan memperoleh kebajikan, sebelum kamu menginfakkan sebahagian harta yang kamu cintai (Ali Imran 3: ayat 92). 2. Semasa Rasulullah SAW diutuskan ke dalam masyarakat Makkah, sifat jahiliyah masyarakat ini sangat berleluasa. Manusia bertuhankan berhala dan jauh daripada mengenal Allah SWT. Masyarakat ini tidak tahu membezakan antara yang hak dan bathil. Rasulullah SAW .Diutuskan untuk berdakwah bersama-sama peribadi yang mulia iaitu sidq, amanah, tabligh dan fathonah. Sifat-sifat ini juga boleh dicontohi oleh para guru dalam mendidik para pelajar. Sifat-sifat mulia ini boleh dibentuk tetapi perlu melalui proses pentarbiyahan yang mantap. Sifat-sifat ini adalah sifat nabi yang perlu dikuasai. Ia juga melambangkan penguasaan diri melalui tahap kepimpinan yang terpuji. 3. Dalam mendidik, Rasulullah SAW memberi latihan komprehensif seperti semangat berpasukan, persaudaraan, saying menyayangi kerana Allah SWT, membersihkan hati, berusaha bersungguh-sungguh untuk merapatkan diri kepada Allah SWT, menyayangi negara dan masyarakat, dan mengambil berat serta memahami perkembangan dunia semasa. Semua nilai ini sangat berkaitan dengan apa yang dikemukakan dalam al-quran iaitu maksudnya, Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Al-Asr ayat 1-3) 4. Mengambil berat serta memahami perkembangan dunia semasa, maksud firmanNya,

Alif, Laam, Miim.-orang Rom telah dikalahkan, Di negeri yang dekat sekali; dan mereka sesudah kekalahannya itu akan mengalahkan lawannya, Dalam masa tidak sampai sepuluh tahun. Kepada pentadbiran Allah jualah terpulang segala urusan, sebelum berlakunya dan sesudah berlakunya; dan pada ketika berlakunya (kemenangan Rom) itu, orang-orang yang beriman akan bergembira. (Ar-Ruum ayat 1-4) 5. Berusaha bersungguh-sungguh untuk merapatkan diri kepada Allah SWT. FirmanNya yang bermaksud, Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dia lah sahaja; dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata. (Al-Anam ayat 59)

Institut Kefahaman Islam Malaysia. (2010). Adab Syarat Penting Cari Ilmu, Berguru Dalam Islam. Retrieved February 15, 2010 from http://www.ikim.gov.my/v5/index.php? cmd=resetall&grp=2&key=780&lg=1&opt=com_article&sec= 2. Bagaimana Menghormati Guru. Retrieved February 15, 2010 from http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/2006/ic34_2006.htm 3. HALUAN Malaysia. (2010). Bersama Mendidik dan Berbakti. Retrieved February 15, 2010 from http://www.haluan.org.my/v3/index.php/bersama-mendidik-a-berbakti.html 4. Ab. Halim Bin Tamuri, Mohd Izham Hamzah & Masribanun Bt Duki. Penilaian Pelajar-Pelajar Sekolah Menengah Terhadap Amalan Kepimpinan Guru Pendidikan Islam. Retrieved February 15, 2010 from http://www.iab.edu.my/Jurnal/Jurnal %202007/PPSek.pdf 5. Zawawi Hj. Ahmad. (1984 ) Pendidikan Islam Kaedah dan Teknik Pengajaran. Petaling

Jaya. Internasional Book service 6. Kementerian Pendidikan Malaysia (2002). Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah: Huraian Sukatan Pewlajaran Pendidikan Islam Tahun 3. Kuala Lumpur , Dewan Bahasa Dan Pustaka. 7. 8. 9. 11. www.gemaislam.net/artikel/Konsep_Tadib_dalam_Pendidikan.pdf e-taalim.jais.gov.my/index www.haluan.org.my/v2/index.php?show... - 17k www.mindamadani.my/index2.php?option=com_content&do_pdf=1&id=

10. www.sppimkel.net/budaya%20kerja%20gpi.doc

Anda mungkin juga menyukai