Anda di halaman 1dari 5

Ilmu pengetahuan adalah kunci kepada kebahagiaan hidup manusia di dunia dan akhirat.

Tanpa mempelajari ilmu pengetahuan, kita akan jadi jahil kerana sememangnya sejak dilahirkan kita tidak mempunyai apa-apa ilmu. Kita pada mulanya dilahirkan dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun. Tetapi Allah SWT memberikan fitrah kepada kita untuk mengetahui sesuatu yang belum diketahui. Naluri ingin mengetahui sesuatu merupakan pencetus kepada inginkan kepada maklumat dan cintakan ilmu pengetahuan. Firman Allah S.W.T.[2] Maksud : dan Allah mengeluarkan kamu daripada perut ibu kamu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati ( akal fikiran ) , agar kamu bersyukur. Berdasarkan kepada fitrah inilah, kita hidup di atas dunia ini dengan mencari seberapa banyak pengetahuan sama ada dalam bentuk ilmu duniawi atau sebaliknya. Kelebihan yang telah dianugerahkan oleh Allah kepada kita seperti pendengaran, penglihatan dan akal patut digunakan secara maksimum untuk mendapatkan ilmu-ilmu yang mendatangkan faedah kepada mereka. Ma asyiral Mukminin rahimakumulLah, Apabila kita berbicara tentang ilmu, maka tidak dapat tidak kita mesti meletakkan para guru dan pendidik sebagai golongan terpenting yang berperanan menyebarkan ilmu dan membuatkan seseorang menjadi berilmu atau terpelajar. Tugas seorang guru atau pendidik bukanlah satu tugas yang mudah dan bukan boleh dilakukan oleh semua orang. Justeru itu, kerjaya sebagai seorang guru atau pendidik dianggap sebagai satu tugas yang sangat mulia dan istemewa yang menuntut pengorbanan dan komitmen yang padu dalam mendidik seorang manusia menjadi insan yang berilmu, berfikiran waras dan sentiasa mendapat petunjuk serta keredaan dari Allah SWT. Kerana itu, kita seharusnya bersyukur di atas pengorbanan dan jasa guru yang telah mendidik serta membimbing kita menjadi manusia yang baik pada hari ini. Walaupun hari ini kita berada pada kedudukan yang selesa sebagai seorang yang berjaya .... arkitek, guru, doktor perubatan, pegawai tadbir, pensyarah, profesor dan sebagainya, namun semua ini mungkin tidak akan ercapai tanpa kehadiran seorang guru dalam hidup kita. Guru yang mengajar kita mengenal huruf, membaca, menulis dan sebagainya hingga kita dapat mengenal ayat-ayat al-Quran, hukum-hukum agama dan apa-apa sahaja pengetahuan. Tanpa bimbingan dan tunjuk ajar daripada guru, kita tidak mempunyai asas untuk mendapatkan pengetahuan tersebut, yang membolehkan kita dapat mengamalkan perkara-perkara yang difardu oleh islam sama ada fardu ain atau kifayah.

Guru bukan hanya berperanan mengajar dalam mata pelajaran atau bidang-bidang tertentu sahaja, bahkan mengajar bagaimana cara hendak hidup di atas dunia ini dan lebih jauh lagi di akhirat kelak seperti yang diredai oleh Allah SWT. Guru bukan sahaja mendorong pelajar untuk lulus dalam peperiksaan atau mendapat gred tertinggi dalam setiap persijilan, bahkan guru ialah penunjuk jalan atau pemudah cara kepada pelajar untuk mendapatkan sirat al-Mustaqim. Justeru peranan guru lebih jauh daripada apa yang disangkakan oleh kebanyakan orang atau yang dianggap oleh guru sendiri. Sebenarnya guru merangkumi tugas-tugas seorang mudarris (pengajar pelajar), juga tugas-tugas seorang muaallim (penyampai ilmu kepada pelajar), juga tugas-tugas seorang murabbi (pendidik & pengasuh pelajar), juga tugas-tugas seorang muaddib (pembentuk akhlak dan adab pelajar), juga tugas-tugas seorang muzakki (penyuci akhlak dan aqidah pelajar), juga tugas-tugas seorang muthabbit (pembina keyakinan dan kekuatan pelajar), dan juga tugas-tugas seorang mursyid (pembimbing pelajar ke arah kebenaran). Sesungguhnya matlamat tertinggi belajar ialah untuk mencari kebenaran. Maka tugas dan peranan mengajar, mendidik, mengasuh, menyampai ilmu dan sebagainya adalah satu amanah yang akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT. Jadi amat jelas sekali tugas guru adalah suatu ibadat dalam melaksanakan prinsip-prinsip maqasid syariyyah iaitu untuk menjaga agama, akal, keturunan dan harta. Ma asyiral Mukminin rahimakumulLah, Sememangnya guru adalah insan mulia kerana mereka telah diamanahkan untuk menyampaikan ilmu dan mentarbiah masyarakat. Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a. :
.

Maksudnya : " Sesungguhnya perumpamaan orang-orang yang berilmu pengetahuan di muka bumi ini seperti bintang-bintang di langit yang menjadi petunjuk dan menerangi di dalam kegelapan sama ada di daratan mahupun di lautan, apabila ia terbenam atau hilang dikhuatiri akan hilang arah tujuan". Profesion sebagai seorang guru adalah bidang yang amat disanjungi dalam Islam. Allah SWT telah meletakkan taraf orang-orang yang berilmu setaraf denagan para malaikat dari aspek penyaksian terhadap keesaan-Nya. Firman Allah:[3]

Terjemahan: Allah menerangkan (kepada sekalian makhluk-Nya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orangorang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia; yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Penyair Ahmad Syawqi pernah menyatakan dalam sajaknya yang masyhur:

Perlakukan guru dengan penuh hormat kerana ia hamper menyamai rasul. Pernahkah kamu melihat ada orang yang lebih agung daripada orang yang membina diri dan akal? Seorang guru ialah seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dan sentiasa bersedia menyebarkannya. Penyebaran ilmu amat dituntut dalam Islam terutama kepada orangorang yang memerlukannya. Umat Islam dilarang menyembunyikan ilmu yang ada pada mereka, bahkan mereka perlu menyampaikannya. Rasulullah s.a.w. pernah menyatakannya ketika haji wida' dalam ucapan penutupnya yang bermaksud : Hendaklah orang-orang yang hadir di kalangan kamu menyampaikan sesuatu yang telah kamu dengar kepada orang-orang yang tidak hadir dalam pertemuan ini . Manakala Abdullah bin Amr pula menyatakan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda :


Ertinya : Sampaikanlah olehmu daripadaku walaupun hanya satu ayat sahaja . Berdasarkan kepada inilah, para sahabat berlumba-lumba menyampaikan apa-apa sahaja yang mereka ketahui dan mereka dapati daripada Rasulullah s.a.w. terutama selepas dari kewafatan baginda SAW. Tidak hairanlah banyak hadis yang telah diriwayatkan oleh para sahabat sebagai menyahut seruan Rasulullah s.a.w. tersebut. Para sahabat dan pengikut-pengikutnya merupakan orang-orang yang paling senang memberikan dan menyebarkan ilmu pengetahuan yang ada dalam dada mereka kepada orang ramai. Mereka akan merasa kehidupan yang sempit dan tidak bermakna

sekiranya mereka tidak dapat menyebar apa yang mereka ketahui daripada Rasulullah SAW. Sebab itulah banyak di kalangan para ulama yang mengembara ke merata seluruh pelosok dunia untuk menyebarkan Islam hinggalah ke negara kita Malaysia.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Menyedari kedudukan guru atau pendidik dalam hidup kita, maka guru perlu diletakkan pada satu kedudukan yang sewajarnya. Menurut sunnah Rasulullah SAW, pelajar perlu menghormati guru dan memberikan hak pemuliaan dan penghargaan kepada mereka. Guru ialah umpama seorang ayah kepada anak-anaknya. Rasulullah SAW sendiri pernah menggambarkan dirinya sedemikian melalui sabdanya:[4]


Ertnya: Sesungguhnya aku terhadap kamu semua sepertilah seorang ayah dengan anaknya. Maka tanggungjawab seorang guru adalah amat besar dan berat sekali. Guru harus bertanggungjawab terhadap pendidikan para pelajarnya dan mendidik mereka agar berilmu pengetahuan, dalam masa yang sama juga berperangai baik dan membiasakan diri mereka dengan akhlak terpuji. Adalah menjadi tanggungjawab kita yang kini bergelar ibu bapa agar memulia dan menghormati guru kita dahulu atau guru anakanak kita sekarang. Bagi pelajar-pelajar, jagalah adab dengan guru. Berikan salam bila bersua muka dengan mereka, jagalah maruah guru dan jangan sekali-kali cuba mencari kesilapan dan keaiban guru, bersikap sopan apabila bercakap dengan mereka dan jangan membantah atau melawan arahan guru serta jangan menyakiti hati mereka. Semua ini akan menjamin kita mendapatkan keberkatan daripada ilmu yang kita pelajari daripada mereka. Marilah sama-sama kita berdoa kehadrat Allah SWT agar mereka yang telah mendidik kita baik sama ada dari kalangan ibu bapa mahupun guru-guru mendapat rahmat dan pertolongan Allah sepanjang masa. Manakala bagi guru-guru yang telah kembali rahmatullah sama-samalah kita mendoakan semoga roh mereka dicucuri rahmat oleh Allah SWT. Terjemahan: "(Engkaukah Yang lebih baik) atau orang Yang taat mengerjakan Ibadat pada waktu malam Dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya? "Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-

orang Yang mengetahui Dengan orang-orang Yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang Yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang Yang berakal sempurna.

Anda mungkin juga menyukai